Siapa sini tak pernah main masak masak masa zaman kanak-kanak dulu? Aku rasa mostly pernah ada kenangan main masak masak masa kanak-kanak ribena dulu kala. Rasa macam tua sangat bila guna dulu kala. Aku pun selalu main masak masak masa umur 5 ke 7 tahun.
Tak guna bahan masakan yang betul lah, just guna daun, pokok bunga mak saudara, pasir dan sebagainya sebagai bahan memasak 😂 Kalau guna bahan masak yang betul, memang kena marahlah jawabnya sebab membazir.
Tapi sekarang zaman dah maju, teknologi dah canggih kan? Tak payah susah susah nak main masak masak macam dulu lagi dah. Main masak masak secara online pun boleh! Guna telefon je. Semua di hujung jari. Dekat mana nak main? Mestilah dekat Culinary School. Ada banyak jenis game yang boleh dipilih untuk dimainkan. Rambang mata!
Ahad tiga minggu lepas sempat menghabiskan masa di waktu pagi dengan tidur berjalan jalan di sekitar Masjid Putra dan sekelilingnya. Hari Sabtu dah penat berbaring je atas katil, jadi hari Ahad kenalah keluar walaupun hanya berjalan jalan sambil menghirup udara yang segar. Cerita ni cerita tiga minggu lepas ya teman teman. Dah basi dah. Tapi tak kisah, tetap nak publish juga!
Aku tak tahu lah berapa kilometer aku berjalan tapi yang pasti almost 2 jam lebih aku habiskan masa untuk morning walk di pagi Ahad haritu. Tak adalah straight jalan tak ada berhenti. Adalah dalam 5 atau 6 kali stop untuk ambil nafas. Tapi tak lama pun. Dalam 2 ke 3 minit berehat untuk satu perhentian.
Jalan punya jalan sampailah di tangga viral iaitu Tangga Putrajaya Steps. Viral betul ke? Aku pun tak tahu 😂 Ya Allah ramai ya hamba-hamba Allah yang mendaki tangga viral tu. Tak kira usia. Ada orang tua, ada kanak-kanak dan ada juga baby yang masil kecil, aku assume umur baby tu dalam 3 atau 4 bulan macam tu pun mendaki tangga bersama-sama ibunya.
Jangan ingat baby tu dah boleh berjalan pulak. No! Hahaha. Mestilah ibu baby tu yang mengendong. Yang naik wheelchair pun ada. Tapi tak adalah dia naik melalui tangga tu. Ada laluan lain untuk pengguna wheelchair kalau tak silap aku.
Inilah Tangga Putrajaya Steps dari atas. Tinggi tangganya. 2 kali aku berhenti masa mendaki anak tangga ni. Mengah. Sampai atas, ketar kepala lutut sekejap HAHAHA. Last-last sampai jugak walaupun ada lagi tangganya tapi aku berhenti sampai takat dalam gambar tu sahaja. Lain kali kita sambung naik tangga seterusnya sampailah sampai ke puncaknya.
Social Icons