Thursday, 29 December 2022

Konvokesyen UiTM ke-95!

Pejam celik pejam celik akhirnya 01 Disember 2022 tempoh hari aku selesai bergraduasi di UiTM Shah Alam bagi Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan dengan kepujian. Sebetulnya banyak benda nak share dekat blog tapi itulah, dia punya malas tu Allah saja yang tahu.

Back to the main topic, aku konvokesyen pada 01 Disember 2022 untuk sesi pagi. Seawal 5.30 pagi dah bangun untuk siapkan diri. Sepatutnya aku bangun pukul 5.00 pagi sebab kawan aku, Bella akan mekapkan aku tapi aku terlajak tidur! Pukul 6.00 pagi Bella start mekap dan pukul 7.15 pagi baru siap! 1 jam 15 minit! Part paling lama dan susah ialah part bila nak pakaikan bulu mata palsu! Mata aku mudah betul dengan air mata. Bella mesti membebel tiap kali nak pakaikan eyeliner dan bulu mata palsu sebab air mata aku mudah mengalir.

Kesudahannya aku sampai lambat dan tak sempat nak masuk barisan bersama classmates aku yang lain. Aku lambat sikit je, tapi nak buat macam mana kan? Terpaksa duduk di barisan belakang sekali bersama-sama graduan lain yang datang lambat jugak.

Konvokesyen UiTM ke-95!

Tak adalah boring sangat sebab tepi aku pun ada seorang lagi classmate lelaki aku yang datang lambat jugak. Kiranya ada kawan untuk bercakaplah sepanjang majlis berlangsung. 

Konvokesyen UiTM ke-95!

Yeay! Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi sebab berjaya jugak habiskan degree walaupun mulut selalu meratib nak quit nak quit hehehe.

Konvokesyen UiTM ke-95!

Bersama classmates aku. Ada seorang yang tak dapat datang, ada beberapa orang yang tak ada dalam gambar sebab tak jumpa cari, jadi kami proceed bergambar dengan mana yang jumpa saja. Bolehlah buat raso raso. Kami tak ramai, dalam 18 orang sahaja. Satu kelas sahaja. Selebihnya dicampakkan di UiTM Shah Alam.