Sunday, 30 May 2021

Thailand Movie: The Con-Heartist


The Con-Heartist sebuah movie komendi romantis dari negara seberang iaitu Thailand. Sebuah movie yang mengisahkan tentang seorang kerani bank yang naif (Ina) yang telah ditinggalkan oleh bekas kekasihnya (Petch) dalam keadaan berhutang. 

Disaat bekas kekasihnya selesa menikmati kehidupan barunya, Ina berjuang untuk memenuhi keperluan hidupnya sambil berusaha membayar wang yang dia berhutang. Pada suatu hari, Ina menerima panggilan daripada seorang penipu yang licik (Tower) yang berjanji untuk memberikan sejumlah wang kepada Ina.

Nasib menyebelahi Ina apabila Ina berjaya menangkap penipu tersebut dan mengupah penipu tersebut untuk menipu bekas kekasihnya untuk membalas dendam! 

Movie: The Con-Heartist
Negara: Thailand
Tarikh tayangan: 03 Dec 2020

Best! Kelakar! Aku rasa aku banyak gelak je bila tengok movie ni. Ke aku yang mudah terhibur 😆 Hero heroin pun handsome dan cantik. Pelakon lelaki yang jadi manager hotel itu kan ya Allah, geli sungguh setiap kali tengok dia bercakap HAHAHA. 

Geli sebab air liur tersembur sembur! Sampai terkena tangan, muka hero heroin. Tapi menjadilah dia berlakon, nampak real air liur tersembur tu 😂 

Kena tengok macam mana mereka berempat buat rancangan untuk menipu si Petch dalam misi membalas dendam bagi pihak si Ina. Plan pertama gagal tapi nasib baik Tower tak khianat Ina. Dia kembali kepada Ina dan rancang plan kedua.

Suka ending movie ini bila Tower dah tak jadi seorang penipu lagi dah, dah cari kerja halal lepas buat perjanjian dengan Ina. Final ending dia, mesti kalian dah boleh agak. Tower dan Ina selamat menjadi pasangan kekasih. 


Bosan bosan duduk di rumah, bolehlah tengok movie ini. Di Netflix ada, jadi sesiapa yang ada akaun Netflix bolehlah tengok. 


Nadech Kugimiya sebagai Tower Suppapaisa


Baifern Pimchanok Luevisadpaibul sebagai Ina Jitimaim


Bank Thiti Mahayotaruk sebagai Petch 


Inilah manager hotel yang aku cakap tadi, tersembur sembur air liurnya! 


Ini Petch, bekas kekasih Ina yang bermulut manis. Semua perempuan dia nak kikis. Dah lah tak ada rasa bersalah langsung!

Apa apapun selamat menonton! Hehehe.

Saturday, 29 May 2021

Korean Movie: Recalled


Ada yang dah tengok ke movie korea yang baru keluar baru baru ini? Aku hari ini baru berkesempatan tengok. Bosan tak tahu nak buat apa, puas baring, bangun, termenung, last last tengok movie HAHAHA. Nak tengok Penthouse Season II tak ada mood lagi, nak tengok Sell Your Haunted House pun sama, masih tak ada mood.

Last last tengok movie Recalled. Movie keluaran negara South Korea ini dibintangi oleh Seo Ye Ji, Kim Kang Woo dan ramai lagi. Movie ini ditayangkan betul betul pada minggu Seo Ye Ji terpalit dengan kontroversi kekasih lama dia iaitu Kim Jung Hyun iaitu pada 21 April 2021. 

Walaupun terpalit dengan kontroversi, movie ini tetap menjadi Korea box office! Bukan biasa biasa. 

Sinopsis Recalled:


Kim Soo Jin (Seo Ye Ji) terlibat dalam kemalangan dan apabila sedar daripada koma, dia tidak ingat apa apa yang berlaku. Berkat penjagaan suaminya iaitu Lee Ji Hoon (Kim Kang Woo), Soo Jin dapat pulang dari hospital. 

Tetapi, pada suatu hari, Soo Jin dapat melihat masa depan orang, saat saat mereka menghadapi situasi berbahaya. Kebetulan, Soo Jin bertemu dengan rakan sekerjanya. Bekas rakan sekerjanya menceritakan sesuatu yang dia tidak boleh percayai. 

Sinopsis diambil daripada AsianWiki

Benda pertama aku assumed bila tengok permulaan movie ini, lelaki yang mengaku sebagai suaminya itu bukan suami betulnya. Dan betul jangkaan aku! 😂 Rupa rupanya dia ialah abang angkat yang menyamar sebagai suami Soo Jin.

Soo Jin sebenarnya bukan boleh melihat masa depan, tetapi melihat masa lalunya. Mula mula dia jumpa budak perempuan dan budak lelaki. Kemudian, dia jumpa seorang remaja perempuan. Itu semua masa lalu Soo Jin. Soo Jin masa kecil dan Soo Jin masa remaja. Budak lelaki itu abang angkat dialah.

Lepas kematian mak Soo Jin, Soo Jin tinggal dengan Sun Woo dan ayah Sun Woo. Tapi ayah Sun Woo jahat, nak bunuh Soo Jin. Tapi Sun Woo berjaya selamatkan, end up Sun Woo terbunuh ayahnya sendiri. 

Nama abang angkat dia Kim Sun Woo, dan dia menyamar sebagai suami adiknya pun bersebab. Tapi sad ending, abang dia meninggal :') Emosi kejap tengok movie ini HAHAHAHA sebab tak expect abang angkat dia akan meninggal. Suami Soo Jin pula masuk penjara sebab bunuh orang. 

Nak cerita lebih lebih takut spoilers >.< Jadi, nak tahu lebih lanjut boleh tengok sendiri hehehe. Tak adalah best sangat sangat, tapi tak ada boring sangat sangat. Bagi aku, boleh diterima. Aku bagi 8.7/10. 

Soe Ye Ji berlakon memang best, memang menjadi watak dia. Tengok dalam It's Okey to Not Be Okey lah, memang menjadi watak separuh gila dia tu HAHAHA. 

Tapi macam kecewa juga lah bila Ye Ji terpalit dengan kontroversi baru baru ini, dia undur diri dari semua drama atau movie yang telah dipersetujui oleh Ye Ji.

Mamat Dingin Hati Rindu & Demi Kamu, Anna Balqis

Selamat sampai. 

Yes, novel yang aku beli 26 Mei sudah selamat sampai pada 27 Mei. Tak banyak pun beli, dua buah saja hehehe. Harga cukup murah! Service pun laju. Aku beli dalam pukul 12 lebih tengah malam rasanya, lepas itu dalam pukul 10 pagi, seller dah ship out. J&T pun laju. Tengah hari tadi dah sampai! 

Alkisahnya bermula bila tengah ralik scroll shopee tiba tiba nampak ada novel murah di @karyasenishopee. Eh eh tiba tiba tercheckout HAHAHA. Jenis aku tak kisah pun novel keluaran lama ataupun baru, janji murah dan berbaloi hehehe.

Baca sinopsis macam okey walaupun agak cringe hahaha tapi lantaklah. Kita cuba beli dulu macam mana gayanya. Kalau tak best, kita preloved nanti hohoho.

Hanya RM 6.00 sahaja untuk dua buah novel. Murah kan? Harga sebenar RM 11.00 tapi ada voucher less RM 5.00, jadi total checkout RM 6.00 sahaja. Sangat berbaloi! Kalau ikutkan harga asal novel memang lagi mahal. 


Demi Kamu, Anna Balqis - Myra Ameer (RM 27.00)
Mamat Dingin Hati Rindu - Aifa Batrisya (RM 26.00)

Cringe gila baca tajuk novel HAHAHA. Tak sangka aku minat novel jenis genre romantik ni 😂 Niat dihati nak beli novel seram tajuk Puaka Taman Tema dengan Puaka Rumah Sewa tapi eh eh terbeli novel romantik pula. 



Bolehlah buat stok membaca pada masa lapang. Kadang kadang mata dah letih hadap telefon sepanjang masa kan, jadi kita belilah buku untuk kurangkan penggunaan telefon. Wahh, bukan main lagi alasan aku 😜

Baru buka novel Mamat Dingin Hati Rindu, baru baca 73 muka surat dan mood mengantuk sudah datang HAHAHAHA. Baca dalam suasana mendung, sejuk, diluar hujan memang mengundang mood mengantuk lah jawabnya. 

Nanti sebelum tidur kita sambung baca. Ubat tidur barangkali. Mana tahu mujarab! Dulu zaman belajar, nak mudah tidur pada waktu malam, memang buka slide notes lecturer je, memang confirm tertidur! Tak payah pusing kiri, kanan, terlentang. Baca satu muka surat pun dah mengantuk 😆

Sinopsis Mamat Dingin Hati Rindu 


Selepas dikecewakan NAURAH TIHANI (Hani) yang berkahwin dengan lelaki lain dan hanya menggangap dirinya hanya sebagai kawan sahaja, DAIYYAN HAWARI (IAN) nekad meninggalkan segala kenangan lamanya bersama wanita itu dan memulakan hidup baru. Profesion, nombor telefon dan pengenalan dirinya turut diubah sama sekali! Semua ini adalah sebab Ian mahu menjauhkan diri daripada Hani.

Namun, yang disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kehadiran seorang gadis kacukan Korea yang gedik dan manja bernama NIA ADARA telah membuatkan kehidupan Ian kembali menjadi huru hara. 

"Annyeonghaseyo!" - Nia Adara
"Boleh tak bagi salam? Dok sayur sana sini bukan dapat pahala pun!" - Ian

Ian rasa sangat sangat terganggu dengan gadis yang digelarnya sebagai minah sayur itu! Rasa meluat Ian terhadap Nia sampai lelaki itu tak tahu nak buat apa! Selain itu, kemunculan kembali Hani turut merimaskan teruna mix blood itu!

Umpama mendapat mimpi buruk, Ian kini dikejar dua orang wanita sekaligus!

"Nama awak... Apa nama awak yang sebenar?" - Naurah Tihani
"Nak tahu siapa saya sebenarnya? Kalau awak dah tahu siapa saya, saya berani jamin awak takkan boleh lupakan saya... Dan bila awak pula dah buat saya tak boleh lupakan awa, saya akan pastikan yang awak akan jadi hak saya. Sampai bila bila!" - Ian

Berjayakah Hani menemui dan menjalinkan kembali persahabatan dengan Hawari? Apakah akan terjadi kepada Ian yang sebelum ini mahu melupakan terus nama Hawari dalam hidupnya? Bagaimana pula dengan kisah rumah tangga Hani bersama Adam? Akankah berjaya Nia menjadikan Ian sebagai kekasih hati?

Seorang anak dara, seorang lagi masih bergelar isteri orang. Apakah yang akan terjadi seterusnya kepada mamat berhati dingin bernama Ian ini? Temui jawapannya dalam Mamat Dingin Hati Rindu.

Sinopsis Demi Kamu, Anna Balqis


HAKIM, hidupnya dari mula lagi tidak sesempurna mana. Lahirnya tanpa dia sendiri ketahui dari mana asal usulnya. Kehilangan ibu kandung ketika dia baru berusia 16 tahun membuat dia terpaksa berjerih untuk meneruskan hidup. 

BALQIS, hidupnya juga jauh dari sempurna. Dia keseorangan. Dibesarkan oleh lelaki yang tidak jelas ikatan mereka malah terlibat dengan dunia hitam membuatkan hidupnya terkongkong dan tidak pernah aman. Disebabkan satu kesilapan, Balqis diburu. Pelariannya menemukan dia dengan Hakim secara tidak sengaja. 

"Kau datang nak mencuri eh?" - Hakim
"Mencuri dekat bengkel buruk ini? Hello! Kalau setakat besi buruk saja yang ada, apa yang boleh aku curi dan jual?" - Balqis

Pertemuan tersebut tidak terhenti di situ. Mereka bertemu lagi dan setiap kali Balqis berada di dalam kesusahan, Hakim pasti muncul sebagai wira penyelamatnya. Disebabkan satu peristiwa yang tidak diduga, juga demi menyelamatkan nyawa dan maruah Balqis, Hakim yang terpaksa menjadi pelindungnya.

"Kalau kau dah tak sayang nyawa sangat, aku tak kisah. Lantak kaulah situ. Lagi senang hidup aku sebab tak payah fikirkan tentang keselamatan kau lagi." -Hakim
"Aku bukannya pergi mana-mana, aku turun bawah saja." - Balqis
"Pergi bawah saja? Kau tahu tak kalau kau leka sikit dekat bawah tu pun kau boleh mati!" - Hakim

Terbiasa hidup keseorangan menyebabkan kehadiran Balqis terasa begitu menyusahkan. Apatah lagi dengan kedegilan Balqis yang membuatkan mereka sering tidak sehaluan. Tetapi, di saat mereka memilih untuk berdamai, satu kebenaran yang memeritkan terbongkar. Hakim hampir rebah dan Balqis mulai hilang arah.

Sesungguhnya, setiap apa yang berlaku itu ada sebabnya. Sesungguhnya, takdir Allah itu benar! Dan sesungguhnya, Dia yang menentukan segala-galanya juga benar! Hakim dan Balqis, mampukah mereka reda andai kisah silam itulah yang membuatkan jiwa mereka goyah dan lukanya semakin parah?

"Hakim... kalaulah aku mampu undurkan waktu, aku lebih rela jika kita tidak pernah bertemu!" - Anna Balqis

Friday, 28 May 2021

Menang RM 60 daripada blog Amie's Little Kitchen Sempena 20, 000, 000 Juta Pageviews

Bukan main panjang lagi tajuk entri kali ini ya hahaha. Tak tahu nak letak tajuk apa, kita bedal jelah letak tajuk panjang panjang macam itu hehehe.

Saja nak berkongsi bila dapat duit raya RM 60.00 dari kak Amie sempena 20, 000, 000 juta pageviews di blog kak Amie sendiri iaitu Amie's Little Kitchen.

Semalam kak Amie ada post tentang cabaran tangkap pageviews 20 juta di Amie's Little Kitchen. Masa tu pageviews dah hampir cecah 20 juta. Kalau tak silap dalam 19, 991, +++. Fikir fikir rasa macam tak lama dah nak cecah 20 juta pageviews jadi kita buka blog kak Amie melalui telefon.

Maka gigihlah seketul Atiqah Najihah buka blog kak Amie setiap beberapa jam sekali semata mata nak tangkap pageviews 20 juta. Sambil sambil itu baca post lama kak Amie yang tahun 2011 punya. Lama sudah kak Amie berkecimpung dalam dunia blog ini ya. 

Kita cuba cuba, mana tahu ada untung kan? Belum cuba belum tahu hehehe. Hari itu dah dapat duit raya RM 50.00 sempena nama baru di top commentator di blog kak Amie juga. Alhamdulillah rezeki 😊

Last refresh tiba tiba pageviews dah jadi 20, 000, 006 juta. Cepat cepat screenshot then email kepada kak Amie. 


Rasa amazed gila bila ada beberapa orang bloggers yang berjaya screenshot exact figure which is 20, 000, 000 juta! Dan bloggers itu adalah kak NA, Mama Cella dan kak Farrah! Ingat kita dah paling laju, tapi ada lagi yang paling laju! Rasa wow sangat! 

Mula mula baca entri kak Amie, ingatkan tak ada rezeki dah nak menang since ada tiga orang bloggers berjaya screenshot exact figure, tapi kak Amie tetap bagi hehehe. Siap ada kategori nombor satu, dua dan tiga lagi! 

Apa apapun, tahniah diucapkan kepada bloggers lain hehehe. Untuk kak Amie, terima kasih diucapkan :) Semoga kak Amie dan keluarga dilimpahkan rezeki yang berterusan dari Allah s.w.t. 

Nota jemari: Rasa macam nak buat giveaway tapi takut orang boring kalau hadiah tak menarik 😂

Thursday, 27 May 2021

Tips Menjimatkan Elektrik

Tips Menjimatkan Elektrik.

Ya, sekarang ramai work from home, online class tak kira budak sekolah rendah ke menengah ke pelajar universiti ke, jadi secara tak langsung masa banyak dihabiskan di rumah. Jadi penggunaan tenaga elektrik pun makin lama makin meningkat seperti angka kes covid19 di Malaysia. 

Tapi tahu tak ada beberapa tips yang boleh dilakukan untuk menjimatkan elektrik daripada melambung tinggi setiap bulan?

Tips 01: Gunakan teknologi inverter

Aku rasa aircond atau alat penyaman udara dah menjadi salah satu alat wajib di rumah kan? Jadi, untuk menjimatkan elektrik rumah anda, pastikan anda membeli alat penyaman udara yang menggunakan teknologi inverter. Tak dilupakan, peti ais juga. Pastikan yang menggunakan teknologi inverter juga. 

Agak mahal berbanding peralatan yang biasa, tapi kesan dia boleh membantu anda menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam tempoh masa yang panjang.

Tips 02: Peralatan elektrik berstatus 5 bintang

Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang bintang itu merupakan Standard yang dikeluarkan oleh SIRIM untuk menyatakan Energy Efficiency peralatan tersebut. Peralatan yang efisien sangatlah membantu dalam menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah anda.

Tips 03: Menggunakan lampu diod pemancar cahaya (LED) 

Penggunaan lampu LED dikatakan mampu mengurangkan sebanyak 75% penggunaan elektrik jika dibandingkan dengan lampu lampu biasa yang lain.

Tips 04: Mencabut plug selepas digunakan

Antara tips yang sangat sangatlah membantu berdasarkan pengalaman aku sendiri hehehe. Mencabut plug selepas menggunakan peralatan elektrik seperti contoh, mesin basuh, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika dan sebagainya. 

Rutin setiap malam sebelum tidur, check setiap plug dalam rumah. Pastikan semua plug yang tak digunapakai dicabut. Kadang kadang letih juga lah bila selalu dah remind kan, tapi tetap masih berlaku. Plug mesin basuh bukan saja tak dicabut, tapi suis pun tak ditutup. Plug seterika rajin jugalah tak ditutup, mujurlah pergi periksa, kalau tak periksa, tak tahulah apa jadi :')

Duduk satu rumah, kena saling tolong menolong. Kalau gaji RM 10, 000.00 sebulan tak apa lah nak membazir elektrik yang celah gigi je harganya. Tapi ini gaji cukup cukup makan, kenalah berjimat. Benda boleh berjimat kan? Apa salahnya kita buat? Hehehe. Ke bagi kalian, "Overnya budak perempuan ni? Dengan bil elektrik pun nak berkira." 😂

Sebenarnya, main point entri ini nak highlight tips 04 saja. Yang lain sebagai tambahan hehehe. 

Siapa sini yang masih tak amalkan cabut plug selepas menggunakan? Angkat tangan 🙋 Lepas ni boleh lah slow slow belajar amalkan cabut plug selepas selesai menggunakan. Sedikit sebanyak dapat membantu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah anda.

Mula mula tak biasa juga, tapi lama lama dah jadi kebiasaan. Dah jadi rutin harian antara aku dan kakak aku. Kalau tak check setiap malam tu, rasa macam tak kena sebab takutlah ada suis suis elektrik yang tak ditutup. Risau, malam malam tengah lena syok tidur, berlaku kejadian yang tak diingini pula. Nauzubillahminzalik.

Wednesday, 26 May 2021

BTS Meal featuring McDonalds

BTS Meal featuring McDonalds.

Dari kiri: V, Jin, RM, Jimin, Suga, Jung Kook dan J-Hope

Ada peminat BTS ke dalam kalangan pembaca blog ini? Hehehe. Aku tak adalah seorang peminat tegar atau fanatik boy band BTS ini tapi boleh dikatakan minat lah juga. Tapi minat tak sampai obses! Ada beza hehehe.

Hari ini iaitu 26 Mei 2021, BTS Meal featuring McDonalds sudah boleh didapati di mana mana outlet McDonalds di Malaysia. 

Apa benda BTS Meal tu?

Kalau kalian nak tahu, dalam set BTS Meal ini hanya ada 10 ketul nuggets, fries, coke dan dua jenis sauce iaitu Cajun dan Sweet Chilies Sauce. 




Yang specialnya meal ini ialah sauces yang merupakan pilihan member member BTS itu sendiri. Nuggets tu masih sama seperti nuggets McDonalds sebelum sebelum ini 😂

Memang sudah sedia maklum, set BTS Meal ini memang simple set sahaja. Tak ada burgers, ayam goreng dan sebagainya. Kalau tak silap, beli set meal ini di drive thru dalam RM 15.70 harganya. Kalau beli di kaunter, murah lagi sedikit. Tapi kalau beli melalui apps, mahal lagi harganya daripada beli di drive thru.

Housemates aku yang memang seorang ARMY (nama fanclub untuk BTS) tak lepaskan peluang beli set BTS Meal ini. Alang alang McDonalds ada sebelah Giant saja, jadi apa salahnya pergi beli hehehe. 

Ceritanya, pagi tadi pergi shopping barang dapur, jadi lepas siap shopping tu singgah sebentar di McDonalds sebab tak ramai orang. Kalau ramai, kirim salam lah nak menunggu walaupun tunggu dalam kereta sahaja. Kami tidak sanggup hohoho. Perut dah berkeroncong macam macam lagu. 

Paper bag simpan ke? Tidak. Siap makan terus buang HAHAHA. Tak kuasa teman nak simpan buat kenangan. Tadi ada tengok orang lain siap jual lagi paper bag di carousell tu 😂 Harga yahudi teman teman. Ada cecah RM 90.00 untuk paper bag. Kalau ada orang beli juga, tak tahulah nak cakap apa. 

Sedap ke saucesnya? Aku tak rasa pula hahaha. Aku makan nuggets semata mata. Tapi bagi kakak dan housemate aku yang cicah nuggets dengan sauces tu, dua dua cakap cajun sauce tak berapa sedap. Lagi sedapp sweet chili sauce. Citarasa masing masing kan? Nak tahu boleh cuba beli hehehe.

Kenapa Aku, Kenapa Bukan Saya?

Kenapa Aku, Kenapa Bukan Saya?

Terfikir nak buat entri pasal ini lepas singgah membaca di blog bola katok hihihi.

Ya, kenapa aku. Kenapa bukan saya? 

'Aku'. Kata ganti diri yang aku gunakan dalam setiap entri merujuk kepada diri aku sendiri. Kenapa bukan 'saya'?

Aku pun tak pasti kenapa aku bahasakan diri 'aku' dalam setiap penulisan. Jujur aku cakap, lagi selesa pakai kata ganti diri 'aku' berbanding 'saya'. Rasa lagi bebas untuk aku bercerita. Dan bagi aku, tak kurang ajar pun kalau pakai 'aku' bila bercerita. 

Dan kekok pun ada bila pakai saya. Tapi, pakai 'saya' nampak sopan je kan? Rasa macam wah, ayunya pakai saya. Tapi feel tu tak ada hehehe. 'Aku' juga lagi best. 

Tapi kalau di ruangan komen, aku akan tetap pakai kata ganti diri saya. Eh kenapa tak guna aku juga? 

Sebab bagi aku, di ruangan komen tu, antara aku dengan si pengomen. Jadi ibaratnya aku tengah berinteraksi dengan si pengomen. Dan wajar bagi aku, aku guna 'saya' untuk menunjukkan tanda hormat aku kepada si pengomen. Unless si pengomen tu terdiri daripada kawan kawan aku. Yang itu dikecualikan hahaha.

'Aku' sesuai digunakan dalam entri blog, dan 'saya' sesuai digunakan apabila membalas komen di ruangan komen blog.


Di ruangan komen pun, aku minta maaf awal awal sebab bahasakan diri aku. Aku takut kalau pembaca yang pertama kali singgah di blog aku merasa aku bersikap kurang ajar dengan membahasakan diri 'aku' dalam entri. 

Tak ada niat di hati nak bersikap kurang ajar dengan penggunaan 'aku', cumanya aku lagi suka menggunakan apa yang aku selesa untuk mengarang cerita atau bercerita. 

Nota jemari: Ikut keselesaan masing masing kan ;)

Tuesday, 25 May 2021

Bila Nak Vaksin?

Masih menunggu bilalah masanya akan tiba untuk aku terima vaksin. 


Dah mendaftar sejak 02 April, tapi sampai sekarang tak ada khabar gembira. Aku rasa bukan aku seorang yang masih menunggu untuk cucuk vaksin dos pertama, tapi masih ramai yang satu nasib dengan aku. Kan?

Kakak aku dan kawan kawan dia yang lain merangkap housemates aku semua dah selamat terima dos pertama dan kedua vaksin. 

Hospital dah tepi rumah, vaksin tak dapat dapat lagi HAHAHAHA. 

Risau juga tengok sekarang ini ramai sungguh anti-vaccine kan? Yang sebarkan cerita karut, merepek dekat whatsapp tak payah cakaplah, berlambak! 

Mak cik pak cik, nenek, atuk semua jadi takut nak ambil vaksin. Bila sampai giliran mereka, semua tak nak pergi cucuk vaksin. Punca? Ajaran sesat yang disebarkan oleh sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab. Tak kisahlah mak teh ke bunga cengkih ke semua karut. Hmmmm.

Penat penat doktor belajar bertahun tahun, bagi hujah itu bagi hujah ini, last last pergi percaya cerita karut dari sembarangan orang sahaja. 

Tak tipu. Realiti. Ada yang sampai bertikam lidah dengan mak ayah semata mata nak terangkan perkara yang betul tentang vaksin ini. 

Vaksin tak nak percaya, bunga cengkih percaya pula 😭

Rasa macam menyimpang jauh dah dari tajuk asal tapi masih related to vaksin kan? Hehehehe. Dan aku masih menunggu giliran aku. Harap harap cepat cepatlah dapat vaksin. Kes saban hari makin meningkat. Seram tengok angka kes setiap haro. Bilalah nak menurun macam tahun lepas balik? Hmmmm.

Nasib baik aku dah habis kerja contract raya tu, memang kembali terperap dalam rumahlah jawabnya. Yang keluar masuk rumah sewa pun kakak aku dan housemates sebab kena pergi kerja. Moga moga selamatlah semuanya.

Ya tahu, cucuk vaksin tak menjaminkan kita tak akan positive Covid19, tapi sebagai langkah berjaga jaga. Ambil vaksin untuk achieve herd immunity. Jadi, bila dah ramai terima vaksin, tak ramai yang sakit teruk. 

Jadi, orang orang yang tak boleh ambil vaksin sebagai contoh, bayi, wanita mengandung, autoimmune disease dan sebagainya boleh kita protect secara tidak langsung.

Apa apapun, #kitajagakita #staysafe

Itu sahaja yang kita mampu lakukan. Keluar rumah apabila perlu sahaja. Sama sama kita cegah penularan Covid-19. Moga moga Covid-19 ini cepat cepat di angkat oleh Allah.

Takut baca tentang berita kematian dua tiga hari ini, tak kira muda mahupun tua, semuanya selamat menemui PenciptaNya angkara Covid-19. 

Yang hilang mak, ayah, adik beradik dalam masa beberapa hari sahaja pun tak mampu nak digambarkan kesedihannya. Salam takziah untuk semua :)

Monday, 24 May 2021

Mencari Cari tapi Tak Ketemu

Apa benda yang aku mencari cari tapi tidak ketemu? Jodoh? Tidak sama sekali hehehe. Aku mencari cari pekerja j&t tapi tidak ketemu.

Cerita dia macam ini, aku dapat panggilan daripada pekerja j&t dan cakap ada di luar rumah untuk hantar parcel. Aku pun jawab "Sekejap ya encik, saya keluar.

Siap siap pakai tudung sarung dengan cardigan, aku pun keluarlah rumah nak pergi ambil parcel. Eh tak ada pun? Ada dua parcel sahaja yang ditinggalkan atas lantai.

Dalam hati:
Tadi beria suruh kita keluar ambil parcel, tapi orangnya tak ada pula. Baik tak payah call kalau nak tinggalkan parcel atas lantai saja.

Tengah unboxing barang, tiba tiba pekerja j&t call lagi sekali dan cakap, "Mana Cik Atiqahnya, tadi cakap nak keluar, tapi tak ada pun."

Aku balas, "Saya dah keluar tadi tapi encik tak ada pun."

Dia jawab, "Saya ada luar rumah Lot 37/1 ini."

Aku pun, "Ya Allah, ini j&t Marang ke? Bukan j&t Terengganu?"

Dia jawab, "Betul, saya daripada j&t Marang. Saya tinggal dah parcel Cik Atiqah atas rak kasut, saya dah ambil gambar dan saya dah send melalui whatsapp, nanti Cik Atiqah tengok ya."

"Baik encik, terima kasih."

Aduhai, j&t Marang rupanya. Aku fikirkan j&t Terengganu 😂

Aku tak tahu parcel yang aku terima itu daripada siapa. Aku rasa dari blogger Kak Shikin sempena top komentator bulan April lepas. Seingat aku, aku bagi alamat rumah Marang masa Kak Shikin minta details aku. Lupa nak update alamat terkini hehehe. Tapi itulah tak boleh nak dipastikan lagi.

Nak pergi ambil parcel pun tak boleh sebab kena rentas daerah, jadi nak tak nak kena tunggu habis perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 dululah baru boleh pergi ambil. Itupun kalau tak bersambung huhuhu.

Kalau bersambung, lagi lambat lah aku boleh ambil parcel itu. Harap harap bukan makananlah dalam parcel itu, sebab takut basi atau rosak makanan sebelum sempat aku ambil. 

Serious talk, masa pekerja j&t call, aku ingatkan j&t Terengganu sebab aku memang tengah tunggu parcel pun. Tak expect pun dari j&t Marang. Pekerja j&t Marang itu mesti bengang kan tunggu aku keluar tapi tak keluar keluar HAHAHA. Maafkan saya, encik :')

Aku keluar tapi keluar pintu lain HAHAHA. Aku nampak besar juga parcel berdasarkan gambar yang pekerja j&t hantar ke whatsapp aku. Harap harap abang ipar aku bawa masuk dalam rumah nanti petang.

Nota jemari: Confirmed parcel dari Kak Shikin sebab Kak Shikin baru whatsapp petang tadi hehehe 

Double Face Mask


"Digalakkan untuk memakai double face mask dan face shield jika berada di tempat-tempat berisiko tinggi seperti di hospital. Di tempat awam tidak perlu memakai double face mask tapi wajib memakai face mask" - Director General Dr. Noor Hisham Abdullah

Baru perasan, akaun rasmi twitter milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dah tutup ruangan komen. Terlampau banyak komen negatif yang diterima sampai terpaksa ditutup ruangan komen.

Okay berbalik kepada tajuk iaitu double face mask. Hanya wajib dipakai double face mask dan juga face shield jika berada di kawasan yang berisiko tinggi seperti di hospital. Tapi kalau berada di kawasan yang tidak berisiko tinggi, hanya wajib memakai face mask sahaja.

Nak pakai double face mask pun tidak mengapa, tak ada masalah. Extra precaution orang cakap :)

Perkongsian daripada Doktor Nimelesh, sekiranya anda ingin memakai double face mask, anda mestilah:

  • Menggunakan topeng kain yang mempunyai pelbagai lapisan kain / Use a cloth mask that has multiple layers of fabric
  • Pakai topeng muka pakai buang dibawah topeng kain tersebut / Wear a disposable mask underneath a cloth mask
  • Topeng kain harus menolak tepi topeng pakai buang ke wajah anda / The cloth mask should push the edges of the disposable mask against your face
  • Pastikan anda dapat melihat dan bernafas dengan mudah / Make sure you can see and breathe easily


JANGAN LAKUKAN PERKARA INI / DO NOT DO THIS

  • Jangan gabungkan dua topeng muka pakai buang anda. Topeng pakai buang tidak dicipta untuk dipakai dengan ketat dan memakai lebih daripada satu tidak akan membantu / Do not combine two disposable face mask. Disposable masks are not designed to fit tightly and wearing more than one will not improve fit


  • Jangan gabungkan topeng muka KN95 dengan topeng muka yang lain. Sekiranya anda menggunakan topeng muka KN95, gunakan satu sahaja pada satu masa tertentu / Do not combine KN95 mask with any other mask. If you use KN95, use only one at a time

Sunday, 23 May 2021

Sayang Oh Sayang

Ke manalah sayang pergi ya? Satu persoalan menjengah dalam fikiran. Silap, bukan satu persoalan, tapi berpuluh puluh persoalan bermain di minda.

Sayang pergi mana?
Sayang tak nak balik rumah ke?
Sayang tak lapar ke?
Sayang sakit ke?
Sayang ingat tak ada orang di rumah dah ke?
Sayang mati dah ke?
Dan sebagainya...

Sayang, kucing jantan yang pernah aku cerita sebelum ini.

Kali terakhir abang ipar aku jumpa dia 04 Mei 2021, dan sampai sekarang tak balik balik ke rumah. Abang ipar akan singgah ke rumah untuk bagi makanan kepada Hitam, Sayang dan kucing tumpangan yang diberi nama Nana sekali sehari.

Memandangkan kakak kedua aku berpantang di rumah mentua dia, jadi tugas harian abang ipar sebelum balik ke rumah mak dia, kena sediakan makanan kepada Hitam, Sayang dan Nana. 

Tapi cuma Hitam dan Nana sahaja yang setia menunggu di depan pintu rumah. Sayang sampai ke sudah tak balik-balik. Tak tahu menghilang kemana. 

Sedih? Tipulah tak sedih. Tengah menaip inipun rasa nak menitik air mata teringatkan Sayang. Siapa yang catlovers mungkin akan faham perasaan ini. Kucing yang kita bela dari kecil, kita bagi makan, kita mandikan, kita bersihkan tahi mata, kita bersihkan telinga, tiba tiba menghilang tak tahu kemana. 

Tak tahu sihat ke tidak, makan ke belum, atau jangan jangan sudah mati. Tapi kalau dah mati, mana jasad awak sayang? Kalau ada jasad, sekurang kurangnya boleh tanam, ada kubur sebagai tanda ingatan.

Kali terakhir abang ipar bagi makan ke Sayang, abang ipar sempat ambil gambar sebagai bukti kucing kucing semuanya diberi makanan, Sayang memang nampak sihat saja. Tapi memang tak sangka yang Sayang tak akan balik terus keesokan harinya itu :(

Hmmmm, Hitam pun sekarang dah makin tak terurus. Kurap di telinga, luka di paha dan makin kurus. Hitam dah lah penakut, memang selalu jadi mangsa kucing jantan lain lah kalau bergomol.

Kalaulah aku boleh bela kucing, memang aku bela dah Hitam, Sayang dan Nana. Tapi duduk apartment macam ini memang tak boleh bela kucing. Takut pihak pengurusan marah kalau kantoi bela kucing dalam rumah. 

Sayang antara kucing paling manja yang pernah aku bela. Walaupun kucing kampung je, tapi manja dia memang tak boleh bawa berbincang. Suka duduk atas riba, atas sejadah masa orang tengah solat 😂

Masa sayang budak budak dulu, lagilah double triple manja. Memang berkepit tidur bawah ketiak. Tak payah panggil, Sayang akan datang sendiri, naik atas katil then tidur bawah ketiak. Cumanya bila dah besar ni Sayang susah sikit nak ajak tidur sekali, mungkin sebab ada hitam. Jadinya, Sayang akan tidur atas lantai ataupun hujung kaki.


Kali pertama jumpa Sayang, dah manja manja, kacau masa kita tengah solat 😂 Masa ni tak baligh lagi rasanya HAHAHAHA suara pun comel lagi, badan pun bersih lagi, tapak kaki dengan tangan merah lagi.

Mama Sayang tengah pantang pun teringat ingat dekat Sayang, kucing pertama dia bela. Memang terasa kehilangannya. 

Saturday, 22 May 2021

Social Rules / Common Sense?

Beberapa social rules yang boleh membantu kita.

  1. Jangan call seseorang melebihi dua atau tiga kali secara berterusan. Anggap mereka mempunyai urusan penting jikalau mereka tidak menjawab panggilan telefon kita.
  2. Kembalikan wang yang telah anda pinjam sebelum orang yang memberi pinjaman wang tersebut meminta kepada anda. Sikap begini menunjukkan integriti dan perwatakan diri anda. Begitu juga dengan dengan baju, pen, buku dan sebagainya.
  3. Jangan sesekali memesan makanan yang mahal jika ada seseorang ingin belanja makan minum anda kecuali tuan yang mahu belanja itu sendiri yang memesan makanan yang mahal untuk kita. 
  4. Jangan sibuk menjaga tepi kain orang lain dengan menanyakan soalan soalan yang sensitif seperti "Oh dah tua, tapi belum berkahwin ya?" "Oh dah kahwin, tapi belum ada anak lagi ya?
  5. Sentiasa bukakan pintu untuk orang yang berada di belakang kita tidak kira lelaki ataupun perempuan, muda mahupuan orang tua. 
  6. Sekiranya anda menaiki teksi atau grab dengan rakan anda, dan rakan anda membayarnya, cuba anda bayar lain kali.
  7. Jangan sesekali mengganggu atau mencelah ketika orang lain sedang bercakap. Cuba fokus apabila orang lain sedang bercakap. 
  8. Apabila seseorang menunjukkan gambar di telefonnya, jangan pula anda swipe left or right tanpa kebenaran tuan telefon.
  9. Ucapkan terima kasih semasa seseorang menolong anda.

Ya, some social rules atau common sense dalam kehidupan ini. Sebenarnya masih banyak common sense yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan ini. 

Yang no 1 itu aku pernah kena. Satu nombor tak dikenali call pukul 5 pagi macam itu. Call berkali kali tapi aku tak angkat. Last dia call pukul 6 lebih, aku siap solat subuh, aku angkat. 

Murung sekejap pagi pagi bila angkat call "Hai nak berkenalan boleh?" Memang kena block lah jawabnya HAHAHAHA.

Apa benda lah pagi pagi buta dah ajak orang berkenalan. Nak ajak berkenalan pun tunggulah matahari dah naik tinggi sikit 😂

Yang no 4 itu paling tak boleh tahan. Bila belum berkahwin, tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin, bila nak dapat anak. Bila dah dapat anak seorang, tanya bila nak tambah anak kedua dan seterusnya. 

Sampai bila bila tak pernah habis. Bila beranak setiap tahun, cakap kasihan anak anak lain tak dapat kasih sayang sepenuhnya. Sigh. Huhuhu.

Yang no 8 itupun boleh tahan juga. Habis digeledahnya gallery telefon kita. Siap buka whatsapp, twitter, instagram lagi :') Bila ditegur, tak diendahkan. Bila dimarahi, tersentap pula hatinya. Apa yang bestnya geledah telefon orang lain eh?

Common sense ke laut china selatan barangkali hahaha. 

Yang no 5 aku respect. Mostly rakyat Malaysia memang suka tahan pintu atau bukakan pintu bila ada orang di depan atau belakang mereka. Aku pernah penuh plastik di kedua dua tangan aku sampai nak bukakan pintu pun tak boleh, memang dah nak tolak pakai bahu tapi tak sempat buat, ada hamba Allah sudi bukakan pintu untuk aku.

Ada lagi ke social rules atau common sense yang kalian nak tambah? Boleh share share 😉 

Nota jemari: Yang no 2 itu apa pendapat kalian hehehe 

Friday, 21 May 2021

Kang Han Na dan Kim Ji Suk Pengganti Lee Kwang Soo dalam Running Man?

Pada 27 April 2021 yang lepas, agensi King Kong by Starship telah mengeluarkan pengumuman rasmi bahawa artis naungannya iaitu Lee Kwang Soo akan mengundurkan diri daripada variety show terkenal di Korea Selatan iaitu Running Man setelah 11 tahun menjadi ahli tetap dalam variety show tersebut.


Hari ini di koreaboo.com telah mengeluarkan satu artikel yang mengatakan desas desus Kang Han Na dan Kim Ji Suk akan menjadi pengganti kepada Lee Kwang Soo dalam Running Man



Pesaing pertama yang diyakini oleh netizen dalam perbincangan menggantikan Lee Kwang Soo ialah Kim Ji Suk. Menurut catatan asal netizen, nama Kim Ji Suk mula disebut sebut selepas berita tentang pengunduran Lee Kwang Soo diumumkan. Pesaing yang seterusnya disebut sebut sebagai pengganti Lee Kwang Soo tak lain dan tak bukan Kang Han Na.


Honest opinion daripada aku, macam okey kalau ada pengganti Lee Kwang Soo. At least, kita boleh nampak muka muka baru dalam variety show tersebut. Almaklumlah semua ahli dah makin berusia, jadi memang perlukan muka muka baru sebagai pengganti. 


Walaupun tahu memang tak ada orang yang boleh ganti tempat Lee Kwang Soo dalam Running Man, tapi apa salahnya kalau pengarah ambil orang baru untuk gantikan tempat dia. 


Macam So Min dan Se Chan yang menjadi pengganti Kang Gary, awal kemunculan mereka, rating jatuh, So Min dan Se Chan dapat ramai haters. Tapi lama lama, penonton dah boleh terima mereka walaupun tak sepenuhnya. 


So Min pun dah jadi lagi baik daripada sebelum ini. Dulu pun aku susah nak terima So Min tapi lepas So Min rehat selama sebulan hari itu, dia comeback jadi yang lagi baik.


Kang Han Na pun memang dah selalu jadi tetamu Running Man sampai ahli ahli tetap yang lain dah rasa Han Na macam keluarga. Dah memang selalu sangat jadi tetamu jemputan. Siap pergi project luar negara sekali dengan ahli ahli member yang lain.


Kim Ji Suk pun pernah datang ke Running Man sebagai tetamu. Tapi tak sekerap Han Na. Kalau Ji Suk confirm menjadi pengganti Kwang Soo, bolehlah partner dengan So Min sebab So Min pernah berlakon bersama sama dengan Ji Suk. Makin bertambahlah loveline So Min nanti 😂


Jadi pendapat kalian yang memang penonton setia Running Man ini macam mana? Okay ke kalau salah seorang atau kedua duanya sekali menjadi pengganti Lee Kwang Soo dalam Running Man? 

Tuesday, 18 May 2021

Betul ke Kalau Palestin Menang, Kiamat dah Dekat?

Perkongsian daripada Adnin Roslan.


Sebagaimana kita sedia maklum dengan isu isu semasa yang sedang berlaku, di bumi Palestin sedang berlaku pertempuran antara Briged Al Qassam dan Yahudi laknatullah. Ramai yang takut bila berlaku pertempuran antara Palestin dan Israel, dan Palestin menang, kiamat semakin menghampiri kita semua. Tapi betul ke, kalau Palestin menang, kiamat dah dekat?


Menurut Adnin Roslan, sekarang ini musim orang ramai bermain sentimen dan ramalan tentang hari kiamat. Terlampau banyak mesej berantai, ceramah agamawan yang mengaitkan virus Covid19 dan isu Palestin ini dengan petanda hari kiamat dan kemunculan Dajjal.


Ya, kiamat memang sudah menghampiri kita.


Dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi baginda sudah berpesan bahawa kiamat memang sudah dekat. Tapi Nabi s.a.w sendiri tidak pernah tahu bila dunia ini akan kiamat. Hatta malaikat sendiri pun tidak tahu bila akan kiamat. Hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui.


Perhatikan firman dibawah:



Jelas Allah sebut dalam Al Quran, alih alih wujud orang yang sesuka hati meramal bila dunia ini akan kiamat. Para ulama' menentang perkara ini adalah kerana apabila kita meramal bila kiamat akan berlaku, akan wujud dua golongan iaitu:

Golongan awal yang akan malas beramal dan berterusan membuat maksiat dengan alasan "nanti dah nak kiamat, aku bertaubatlah."

Dan

Golongan kedua pula ialah golongan orang yang mudah putus asa, takut, anxiety yang mana mereka akan kata "takutnya kiamat, malaslah nak kerja, malaslah nak belajar, malaslah nak kahwin, sebab kiamat sudah dekat, duduk rumah dan masjid sajalah."

Nabi s.a.w ajar dalam satu hadis iaitu bila dah kiamat dan di tangan kamu masih ada benih, maka Nabi s.a.w suruh tanam benih tersebut. Maksudnya, Nabi s.a.w. nak suruh kita beramal bersungguh sungguh walaupun kiamat sudah dekat. 

Nabi s.a.w bersabda:


Hikmah kiamat dirahsiakan adalah sama dengan hikmah Allah rahsiakan kematian kita semua. Hikmahnya adalah agar kita sentiasa bersedia. 

Kembali kepada tajuk:
Betulkah kalau Palestin menang, kiamat sudah dekat?

Kiamat memang sudah hampir, dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi, nabi s.a.w. bersabda

"Jarak diutusnya aku dan hari kiamat seperti dua jari ini (jari telunjuk dan jari tengah) HR. Bukhari

Bila berlakunya kiamat? Wallahua'alam...

Kalau Palestin menang kali ini, ia bukanlah tanda besar kiamat.

Tanda besar kiamat ialah kemenangan islam secara TOTAL iaitu umat Islam bersama sama Imam Mahdi dan juga Nabi Isa a.s. yang akan membunuh Dajjal dan semua orang yahudi. 

Hatta, orang yahudi yang bersembunyi dibelakang batu atau pokok sekalipun, batu dan pokok tersebut akan berkata kata bahawa ada orang yahudi dibelakangnya. Dan akhirnya, orang yahudi tersebut akan dibunuh.

Tugas kita ialah beramal, berdakwah, lazimi majlis ilmu, berakhlak, memberi manfaat untuk orang, membantu saudara Islam yang memerlukan, beribadah dan membuat persiapan untuk mati.

Kerana akhirnya, kematian itu hakikatnya satu kiamat juga pada diri kita sendiri.

Dan bila bila masa sahaja kematian itu boleh datang.

Wallahua'lam.

Jangan lupa, doakan untuk saudara saudara kita yang berada di Palestin, Syria, Ughyur dan juga kepada semua umat Islam. 

Baca sepenuhnya disini: Adnin Roslan

Sunday, 16 May 2021

Kembali Bersiaran

Kembali bersiaran lagi kita dalam sesi "Penat bekerja tak akan pernah habis" hahaha. Penat betul sampai tak sempat nak blogwalking. Memang balik kerja, terus basuh baju, mandi, solat, makan dan tidur. 

Itulah rutin harian aku sejak bekerja ini. Kadang kadang teringin nak blogwalking tapi bila dah mendarat atas katil, terus belayar ke alam mimpi HAHAHAHA. Kadang kadang tak belayar ke alam mimpi pun, tapi dah best mendarat dah jadi malas nak bangun on laptop pula hehehe. 

Hari ini sempat on blogwalking itupun sebab hari ini kerja shift petang, pukul 4 petang sampai 10 malam. Shift untuk esok tak tahu lagi sebab tak keluar jadualnnya lagi. Harap harap dapat shift pagi, pukul 8 pagi. Best! Tenang betul. Customers tak ramai hohoho. Lagi satu, boleh balik pukul 5 petang. Malam boleh berehat hehehe.  

Masih berbaki 5 hari lagi bekerja sebagai contract staff KFC hehehe. Harap harap lah tak bersambung sebab dengar cerita seorang staff, mulanya dia pun start as contract staff juga, tapi lama lama dah jadi pekerja tetap dah. Ohhhhh, saya tidak mahu itu 😂

Bukan tak seronok, tapi itulah. Tak tahu nak terangkan macam mana. Dulu dah pernah kerja McD, dan sekarang KFC. Macam teringin pula nak cuba kerja di bidang yang bukan food & beverages hehehe. Tahu tak boleh memilih pekerjaan, nak nak zaman sekarang, susah nak cari kerja tapi macam mana nak cakap ya hahaha. 

Alhamdulillah, aku dah makin bertambah pro kendalikan cashier. Dah boleh ingat menu makanan yang dijual di KFC hehehe. Cumanya kadang kadang masih tertukar burgernya. Nampak burger macam sama tapi tidak rupanya. 

Masih struggle untuk pasang balik bekas minuman air milo, orange juice dan mangga lepas siap dibasuh HAHAHAHA. Buka pandai, tapi bila nak pasang balik dah lupa macam mana caranya aku buka. Terpaksalah minta bantuan orang lain. 

Aku kalau dah pandai, tak adanya saja saja minta perhatian orang suruh tolong pasangkan. Tapi masalahnya masih tak berapa nak ingat. Kalau tersalah pasang nanti kan, rosak pula mesin airnya. Jadi nak tak nak terpaksa minta tolong orang. Dapat yang sudi tolong, Alhamdulillah. Dapat yang terbalik biji matanya bila diminta pertolongan, terima sahajalah hahaha. 

Biasalah. Tak semua orang sudi menolong. Tidak begitu teman teman? Hehehe. Bayi yang lahir tak ada yang pandai terus berjalan kan? Begitu juga dengan aku yang baru masuk bekerja tak sampai seminggu.

Makanan? Hmmmmmm baru seminggu bekerja dah jemu ya Allah hahaha. Aku tak tahulah yang kerja dah bertahun tahun itu macam mana. Aku tak tahu kenapa, belakangan ini selera makan tak ada mana. Makan nasi tak pernah habis. Selalulah kena bebel dengan staff KFC yang rehat sekali dengan aku.

Even nasi minyak yang pihak KFC sediakan (catering) sempena Hari Raya Aidilfitri pun tak mampu dihabiskan. Makan tak sampai lima atau enam suap, terus rasa kenyang.

Satu suap itupun bukannya banyak sangat aku suap ke dalam mulut, memang sikit saja. Memang betul betul tak ada selera. Berat badan confirm turun! Punyalah susah nak naikkan satu kilogram, tapi nak turun satu kilogram itu senang betul! 

Masih banyak benda untuk diceritakan tapi takut jadi sesi luahan hati hahaha. Sampai ketemu di lain hari. 

Wednesday, 12 May 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat yang merayakan pada hari ini.



Hari yang ditunggu tunggu oleh semua orang yang beragama Islam setelah selesai menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan selama 30 hari. Maaf dipinta kepada semua kawan kawan bloggersku sekalian andai kata ada komen dari aku yang mengguris hati kalian.

Alhamdulillah, walaupun beraya dalam keadaan dunia menghadapi pandemik Covid-19, kita tetap harus meraikannya sebagai tanda kemenangan setelah selesai berpuasa pada bulan Ramadhan yang lalu. 

Larangan merentas daerah dan negeri bukanlah penghalang untuk kita meraikan hari raya dengan penuh ceria. Walaupun aku terpaksa bekerja di pagi raya, tapi masih boleh meraikannya di tempat kerja hehehe.

Terlalu banyak benda yang dirindukan. Antaranya rindu nak main bunga api! Dulu dulu main bunga api depan rumah, tak berani nak main mercun sebab takut hehehe. 

Ayah pun tak bagi main mercun sejak kecil lagi, walaupun nak main mercun pop pop pun tak boleh HAHAHA. Padahal lempar atas lantai macam tu je, bukannya macam mercun bola yang memang kena cucuh dengan api. 

Sekarang nak main bunga api pun tak boleh, duduk apartment macam mana nak main hohoho. Tengok dari jauh saja orang main mercun yang tembak ke langit. Yang warna warni itu. Mercun 30 das rasanya namanya hehehe. 

Kuih raya? Dulu tersangatlah rajin buat kuih raya, sekarang kuih raya tunjuk sahaja 😆 Dulu selalulah juga buat tart nenas, kuih dahlia, cornflakes madu dengan biskut coklat. Tapi itu dululah. Masa arwah mak masih ada lagi. 

Terpaling suka, cornflakes madu! Tak sempat hidang hari raya, memang habis dulu HAHAHA. Tart nenas memang wajib dibuat masa arwah mak ada. Siap ambil tempahan lagi. Arwah mak sakit sakit pun tapi masih gigih siapkan tart nenas.

Juadah hari raya? Antara juadah wajib pada hari raya ialah nasi minyak, sate dan kuah kacang. Sate biasa tempah dari orang, pagi raya baru bakar! Memang tugas aku dan abang ketiga bakar sate pagi raya walaupun aku sendiri tak makan sate. Best bakar sate walaupun berasap muka hahaha. 

Lepas arwah mak dah meninggal, kakak kedua lah ambil alih tugas memasak untuk juadah hari raya. Kadang-kadang buat nasi kunyit, kadang-kadang buat nasi dagang, ada juga buat nasi arab. Tengok atas mood kakak kedua aku. Kita tak boleh lawan sebab bukan kita yang memasak hehehe. 

Skill memasak arwah mak turun kepada kakak kedua aku, sebab itu kakak kedua aku ambil alih tugas memasak untuk hari raya lepas pemergian arwah mak. Memang sebiji sama rasa masakan kakak kedua dengan masakan arwah mak. 

Tapi memandangkan kakak kedua tengah berpantang, memang tak larat nak memasak. Lagipun tak boleh merentas daerah juga huhuhu. Tapi untuk tahun ini, kakak ketiga aku semangat nak masak nanti raya! Mentang mentang dia cuti, semangatlah nak memasak. Cuba kalau dia kena bekerja, memang tidak lah nak memasaknya HAHAHA. 

Macam mana persiapan hari raya para pembaca sekalian? Apa juadah wajib disediakan pada hari raya? Soto? Lontong? Rendang? Macam mana dengan kuih raya? Kuih dibuat sendiri atau kuih tunjuk sama macam aku juga? 😂

Apa apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin aku ucapkan sekali lagi kepada semua yang membaca post entri ini. 11 jari disusun memohon kemaafan andai kata ada tersilap bicara. Jangan sedih sedih tak dapat balik beraya, moga moga ada hikmah disebalik yang berlaku ini.

Aku akhiri post entri dengan serangkap pantun yang berbunyi,  
Andai langkah membekas lara,
Ada kata menusuk sukma, 
Ada tingkah menoreh luka,
Maka maafkanlah kesilapan saya.
Meh lawan pantun raya meh 😛

Istana Terbiar Berusia Ratusan Tahun di Kuala Terengganu

Istana Terbiar Berusia Ratusan Tahun Terbiar di Kuala Terengganu | Pernah tak ada terbaca tentang kewujudan istana terbiar di Kuala Terengganu ini? Istana terbiar ini yang terletak di Kampung Tanjung Sabtu, Manir kira kira 14 kilometer dari Kuala Terengganu dan dianggarkan berusia melebihi 100 tahun. 



Istana ini juga dikenali sebagai Pura Tanjung Sabtu, 'pura' yang bermaksud istana dalam bahasa Sanskrit. Istana yang sangat cantik dan besar pada mulanya, namun setelah kematian penjaga istana tersebut iaitu Tengku Ismail Tengku Su pada tahun 2011, akhirnya istana itu dibiarkan mereput begitu sahaja. Sesetengah bahagian lantainya telah diselaputi lumut serta barangan perabot di dalam istana tersebut dalam keadaan bersepah.

Ia turut dikenali sebagai Tujuh Rumah Putera, Pura Tanjung Sabtu yang merupakan gabungan tujuh buah rumah kayu tradisional di Terengganu dalam kawasan tanah seluas 5.66 hektar berhampiran dengan Sungai Nerus.

Rumah Sebarang Baroh, Rumah Rhu Rendang, Rumah Kuala Ibai dan Rumah Atas Tol merupakan antara nama bagi rumah rumah tradisional di Pura Tanjung Sabtu dan dianggarkan berusia antara 100 hingga 200 tahun lamanya.

Dinamakan oleh Tengku Ismail Tengku Su sendiri iaitu salah seorang kerabat diraja negeri Terengganu mengikut tempat asal rumah itu diambil atau dibeli olehnya. Rumah rumah itu dibina berkonsepkan tanggam dan pasak dan tanpa menggunakan paku.





Cantik tapi terbiar usang. Sayangnya, dibiarkan begitu sahaja. Sepatutnya pihak bertanggungjawab pulihara istana ini dan dijadikan sebagai muzium. Atau mungkin boleh dijadikan sebagai pusat tarikan pelancong ke Terengganu

Kesenian sesebuah rumah pada zaman dahulu memang tak ada tolak tandingnya, memang betul betul berseni. Orang dulu dulu mana belajar hebat macam kita sekarang ini, tapi otak mereka bergeliga mampu berfikir macam mana nak bina sesebuah rumah itu yang memang masih ada dan kekal teguh berdiri sampai sekarang. Memang mengagumkan. 

Jadi, istana ini patut dipulihara. Biar generasi akan datang dapat melihat kesenian rumah pada zaman dahulu. Walaupun musim pandemik Covid-19 sekarang ini, tapi tak salah pun jikalau dipulihara, dibaiki pada hari ini. 

Mana tahu, lepas Covid-19 ini dah berakhir, sektor pelancongan dibuka semula, jadi secara tak langsung boleh menarik ramai pelancong ke negeri Terengganu.

Nak selit sedikit, aku dulu ada belajar juga subjek yang kena kaji tentang kesenian senibina bangunan atau rumah tradisional. Memang menarik! Aku minat sebab aku suka nak tahu tentang sejarah sesuatu bangunan tu. 

Tapi tak suka bila kena lukis semula bangunan tu HAHAHA. Mahu menangis aku 7 hari 7 malam kalau kena buat measured drawing 😂 

Aku lagi rela ambil segala jenis kecacatan pada bangunan dan buat report pasal kecacatan tersebut. Tak kisahlah ada 100 ke 200 ke jenis kecacatan, aku sanggup. Janji tak kena melukis. 

Almaklumlah aku tak berapa mahir dengan software AutoCAD. Software Revit boleh lah sikit sikit daripada tak boleh langsung hehehe.

Nota jemari: Teringin nak jelajah satu Melaka, nak pergi tempat bersejarah. Tapi aku tak pernah ada kesempatan lagi nak jelajah satu Melaka. Sepanjang 24 tahun hidup, baru satu kali aku jejakkan kaki di negeri Melaka. Sedihhh! A'Famosa pun tak pernah pergi. Hanya mampu mendengar saja pengalaman orang pergi sana :')

Hari Kedua Bekerja dah Off Day

Hari Kedua dah Off Day | Ya teman teman, hari kedua bekerja dah off day. Off day bukan sebab aku yang minta tapi memang manager yang tetapkan. 10 Mei aku masuk shift petang iaitu pukul 5 petang sampai 2 pagi. Lama tak bekerja, badan asyik relax, tak ada buat kerja berat, jadi bila start kerja semalam, badan macam work shock juga hahaha.


Tak adalah berat sangat kerjanya, sebab aku ditugaskan duduk di bahagian cashier. Fuhhh first day dah kena ambil order customers! Mencabar juga sebab aku tak berapa fasih lagi dengan monitor cashier KFC tu. Menu KFC pun aku ingat ingat lupa 😂


Takut okey jaga bahagian cashier. Kalau duit dalam drawer tak cukup, memang kena potong gajilah jawabnya. Kalau bawah RM 10.00, boleh diterima lagilah. Dah kalau tak cukup sampai mencecah RM 100.00, mahu tak menangis teman teman?


Mula mula masuk blank sekejap sebab tak tahu nak buat apa, lepas itu manager ajar macam mana nak ambil order, eh lepas itu dibiarkan aku seorang diri uruskan cashier. Nervous. Nak ucap "Hai selamat datang, makan sini ke bungkus?" pun terketar-ketar! HAHAHA.


Suara dah macam perempuan melayu terakhir begitu. Tapi bila dah lama lama eh dah hilang suara ayu, suara letih dah keluar. Dia letih sebab tak boleh duduk, kena berdiri selalu. Lenguh pinggang yang utama, lenguh kaki itu biasalah. 


Bila balik kerja dan dapat baring atas katil, ya Allah nikmatnya! Balik kerja terus mandi dan solat isyak. Terus sapu minyak angin biar berangin satu badan! Lagi lena nak tidur. Memang lena sungguhlah sampai terbabas sahur aku :')


Menyesal lah tak sahur masa pukul 3 pagi sebelum tidur tu, tapi apa boleh buat. Terlajak tidur, sampaikan alarm telefon berbunyi pun tak sedar. Sampaikan kakak aku pun terbabas bangun pukul 7 pagi, cepat-cepat pergi mandi dan siapkan diri untuk masuk kerja. Itupun housemate merangkap kawan kakak aku yang kejutkan kami berdua. 


Dia dah pelik tengok bilik kami sunyi sepi saja, mujurlah dia tergerak hati pergi kejutkan kami. Kalau tidak, memang lambatlah kakak aku masuk kerja HAHAHA. Puasa 29 Ramadhan, tahap kelaparan sampai terketar ketar satu badan. Puasa 28 Ramadhan, berbuka makanan yang diberikan oleh KFC iaitu nasi kolonel (nasi ayam), ayam goreng satu ketul, air pepsi dan coleslaw. 


Bukan selera aku makan nasi tak ada lauk, memang makan nasi kolonel dengan ayam goreng semata mata. Tekak aku memang tak boleh nak telan kalau tak ada kuah. Makan nasi kolonel dalam tiga atau empat suap sahaja. Terus aku ratah ayam goreng seketul. Balik kerja, tidur dan terlajak sahur. Kesudahannya, satu badan terketar ketar. 


Memang tak pernah lah terketar ketar satu badan, memang dah cakap dekat kakak, rasa nak berbuka. Memang tak larat, nak muntah pun ada, pening kepala dan macam macam. Tapi Alhamdullilah, berjaya juga tahan diri daripada berbuka waktu tengah hari. 


Eh eh bila dah berbuka 29 Ramadhan, foodpanda rider hantar lambat pula makanan. Kita punyalah order awal awal, pukul 8 lebih baru dapat makanan. Rider ada cakap, dia berbuka sekejap tapi tak expect lah sampai 8 lebih baru dia hantarkan makanan aku. Apa boleh buat, benda sudah berlaku.


Okay kembali kepada pekerjaan, sepanjang jadi cashier, perkataan maaf tak henti henti aku sebut. Minta maaf dekat customers sebab tak jumpa cari menu 😆 Dah tak terbiasa lagi dengan monitor menu, memang tak jumpa carilah menunya. 


Mujurlah customers memahami situasi aku iaitu pekerja baru. Customers siap cakap "Tak apa adik, perlahan lahan, nanti salah tekan menu kena marah dengan manager pula kan."  


Kadang kadang, ada juga tanya pekerja KFC yang lama, dekat mana menu tu terletak. Nasib baiklah pekerja lama tak lokek ilmu nak ajar, walaupun ada yang macam tegas dan berlagak sikit, ala biasalah kan, ala ala senior. Kita junior kenalah bersabar. Tegas semasa bekerja itu biasa. Lepas habis waktu bekerja, okey saja dia bercakap dengan aku. 


Jadi semalam 11 Mei aku dah off day. Tak ada off day sampai tarikh aku habis bekerja iaitu 20 Mei sebab memang sekali sahaja off day nya. Sekarang dah satu negara terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi dah tak boleh dine in dah. Boleh takeaway sahaja.


Masih berbaki 9 hari sebagai contract staff raya for KFC 💦


Nota jemari 1: Esok shift petang iaitu pukul 3 petang dan balik pukul 12 tengah malam. 


Nota jemari 2: Arahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu arahkan semua perniagaan tutup pada pukul 12 tengah malam pada malam hari raya, dan buka semula pada jam 1 tengah hari bagi raya pertama.