Nak Makan Mana?

Perkongsian dari Aiman Psikologi.

"Nak makan mana?"


Susah tak nak menjawab soalan ini kalau diajukan oleh kawan kawan?

Dalam bulan Ramadhan pun tak tahu kan nak berbuka di mana unless kita memang dah ada dapat jemputan berbuka puasa. 

Dalam Psikologi, ada satu istilah nama iaitu The Paradox of Choice

Pilihan yang terlalu banyak yang menyebabkan kita susah nak pilih! 

Padahal, kalau fikir secara logik, lagi banyak pilihan lagi seronoklah kan untuk kita memilih. 

Dulu dulu nak tengok televisyen pun tak sampai sepuluh channel yang ada antaranya TV1, TV2, TV3, TV9 dan sebagainya. Dan hidup terasa ringkas.

Tapi sekarang, macam macam dah ada. Contoh, Iflix, Netflix, Androidbox, Astro, njoi, dan memang ada beratus ratus channel. Last sekali, kita tengok channel yang sama atau lebih kurang sahaja. Ini semua disebabkan oleh Paradox of Choice.

Barry Schwartz menerangkan Paradox of Choice menggunakan tiga konsep mudah iaitu:

  • Kelumpuhan minda (mind paralysis) bila membuat pilihan

Satu eksperimen dijalankan di shopping mall di mana ada satu booth menjual 24 jenis jelly. Pelanggan bebas untuk merasa jelly jelly tersebut dan memilih yang mana dikehendaki. 

Keesokan harinya, tuan booth itu jual dengan konsep yang masih sama tapi hanya menjual enam jenis jelly sahaja. 

Nak tahu apa yang jadi?

Jualan meningkat secara mendadak iaitu sepuluh kali ganda daripada semalam! 

Pelik tak pelik? Okey, disinilah berlakunya mind paralysis. 

Disebabkan pilihan terlalu banyak (24 jenis jelly), pelanggan tak dapat pilih yang mana terbaik dan akhirnya tak jadi membeli. 

Tapi bila ada enam jenis jelly, pelanggan lagi senang untuk membuat pilihan dan hasilnya ramai yang membeli. 

Jadi, bila ditanya nak makan di mana, minda kita terbayang macam macam jenis kedai di luar sana, sampai berlakunya inner mind paralysis. 

Tak dapat memilih, akhir sekali pergi ke kedai yang selalu dibeli sahaja hahaha. 

Lagi senang, ikut sahaja driver ke kedai pilihannya. Ini memang selalu terkena HAHAHA. Ikut saja driver bawa ke kedai mana-mana. 

Bila ditanya semua menjawab "tak kisah makan di mana mana", "aku tak kisah", tapi sekali dah sampai kedai yang jual makanan western, terus cakap "eh aku tak nak makan western lah." Orang macam ini patut ditinggal saja hahaha.

Awal awal cakap okey lah itulah inilah, tapi bila dah sampai, lain pula jadinya 😂

  • Pilihan yang terlebih banyak akan membuatkan keputusan kita menjadi lemah

Analogi: Kalau tanya kita, apa ciri-ciri lelaki atau wanita idaman kita impikan?

Ramai akan bagi macam-macam jenis kriteria impian masing masing. 

Ada nak tinggi, putih, hitam manis, comel, sedap mata memandang dan sebagainya. 

Tapi, bila kita dah berjumpa dengan seseorang yang kita suka, walaupun dia cuma ada tiga daripada sepuluh ciri ciri lelaki atau wanita idaman kita, last last kita tetap mahukan dia kan? 

Sebab apa? Sebab kita akan back to dua atau tiga most basic dan dominan kriteria yang kita nak. Lain lain kriteria 'dimaafkan'. 

Bila orang tanya kita nak makan mana, kita akan ada beberapa kriteria yang kita suka, contohnya sedap, service laju, layanan mesra, tempat selesa, ada aircond dan sebagainya.

Tapi, kita sebenarnya nak a very specific kriteria dan akhirnya kita pergi ke kedai yang sudah biasa pergi (yang memang dah fulfill apa kita cari).

Punyalah sebelum itu terbayang bayang macam macam jenis kedai, setiap seorang cadangkan empat atau lima buah kedai, last last pergi kedai yang sama hahaha.

Lagi satu, nak dapat persetujuan dan persamaan preference pun memakan masa kan? Masa ini lah penting ada seorang diktator yang terus pergi, tak payah fikir panjang. 

Dan yang terakhir,

  • Pilihan yang terlebih banyak akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam diri kalau salah pilih

"Kita pergi kedai A, tapi nanti rugilah kedai B ada lauk tomyam yang sedap."

"Kita makan di sinilah. Tapi kedai pertama kita lalu tadi ada aircond."

"Jom makan sini, murah pun murah. Tapi, kedai tadi lagi murah kalau ambil menu yang sudah dalam set."

Jenuh. Sampai bila bila tak selesai hahaha 😆

Memang tak akan jumpa kedai yang perfect dan betul betul menepati preference kita. Sebab itu kalau dah jumpa satu kedai (yang almost perfect), kita akan jadi regular customers. Siap recommend lagi dekat orang lain. Betul tak? Hehehe.

Jadi ada penyelesaian ke untuk soalan ini?
  1. Senaraikan kriteria apa yang kita nak. Murah? Sedap? Tempat makan selesa? Mudah parking? Atau lain lain? Jangan banyak banyak, cukuplah sekadar 3 kriteria sahaja. 
  2. List down kedai mana yang menepati 3 kriteria yang korang inginkan. Maksimum 3 kedai sahaja. Sebab apa 3 kedai sahaja? Sebab nanti takut jadi macam contoh eksperimen jelly di atas hehehe.
  3. Faham yang kita tidak akan sesekali dapat pilihan terbaik. Mesti akan ada benda yang tidak cukup. Jadi, bersyukur dan terima seadanya 😛

17 comments

  1. Mesti soalan tu wajib ditanyakan dekat kawan. Nak makan dekat mana?

    ReplyDelete
  2. Soalan wajib ditanya setiap kali nak lunch :)

    ReplyDelete
  3. dah kawin ni pun soalan sama je akak tanya kt laki akak nak buka apa, nk msk apa... tp hujungnya akak jugak kene pikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😅sama...bila di tanya jawabnyer "entah"??

      Delete
  4. Ni lah soalan akak dekat husband semalam😅,ha3

    ReplyDelete
  5. ayat pembuka bicara tu...kita nak makan d mana hari ini? kena main dgn psikologi lah gak...

    ReplyDelete
  6. Dulu Mrs. A ada gang lunch lebih kurang 7 orang ahlinya siap ada group Wassup memang soalan sama setiap kali nak lunch nak makan mana, nak makan apa hahahaaa.... tapi sama jugaklah jawapan masing-masing tak kisah. Biasanya bila sorang decide yang lain-lain okay jer... follow. Tapi sekarang dah tinggal kenagan ahli kekal 2 orang je huk! huk! huk!

    ReplyDelete
  7. kalo kt opis time lunch mmg akan tanya soklan tu...tp kalo dh masing2 tkde kata sepakat so masing2 masuk mall cari la makanan yg masing2 suka..melainkan mmg pegi 1 tmpt tu mkn sama2 hehe...tp mmg btul soklan yg susah nk jwb...kdg2 kena pk awal sehari hahaha

    ReplyDelete
  8. Masalah ni kan selalunya terjadi pada orang perempuan..complicated sangat bila nak cari tempat makan...kadang geram kan..boyfriend tanya nak makan mana..pas tu gf cakap tak kisah la makan mana..bila dah pilih tempat masam muka plak...hahaha...

    ReplyDelete
  9. soalan boleh gaduh laki bini ni.. hahaha... kalo dgn geng opis gitu jugak... dh start keta dh pastu xtau nk mkn ktne... hahaha

    ReplyDelete
  10. haaa.. Ajoom kita bincangggg... lol ^o^

    ReplyDelete
  11. Selalu sangat dengan soalan ni . Makan je mana ..asalkan tempat tu bersih, servis yg ok , makanan sedap

    ReplyDelete
  12. kalau sha, sebelum keluar decide sesiap haha

    ReplyDelete
  13. nak makan mana, nak makan apa, nak masak apa..soalan yang memerlukan masa untuk jumpa jawapan. Betul betul, kalau pilihan tu sikit senang kita nak memilihnya pun. Sudahnya yang satu tu je lah kita repeat :)

    ReplyDelete
  14. Hahaaaa... Soalan wajib, tapi ambil masa juga nak jawab.

    ReplyDelete
  15. Soalan paling susah nak jawab.. hehehe..
    Dari bujang membawa ke dah kawin, sama je soalannya..
    Nak makan mana.. hehehe Atau nak makan apa..

    ReplyDelete
  16. Hehe soalan biasa ni... Dan jawapannya selalu... Hmmm.. hehe... Kadang2 sebab tempat makan ada banyak pilihan sampai tak tahu nak makan apa.

    Kadang kalau makan ramai2 ni, senang pergi lagi pergi food court. Sebab ada banyak pilihan di sana dan semua ahli geng makan2 ni boleh pilih apa je yang diorang nak makan.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)