-->

Ungkapan 'Kalau'

Kalau...

Bercakap pasal kalau ini, semua benda boleh jadi kan?

Kalau itu...

Kalau ini...

Tapi hati-hati, ungkapan 'kalau' yang biasa kita sebut boleh mengundang bahaya kepada akidah kita.

Hadis bernombor 1279 yang direkodkan oleh Imam Muslim dalam bab takdir di bawah tajuk 'Perintah agar kuat, tidak lemah dan perintah memohon pertolongan hanya kepada Allah'. 

Apabila kamu ditimpa sesuatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan,

"Kalau saya tadi berbuat begini dan begitu, sudah tentu tidak akan terjadi begini dan begitu."

Tetapi katakanlah,

"Ini sudah takdir Allah dan apa dikehendakiNya pasti akan dilaksanakan."

Sesungguhnya perkataan 'kalau' akan membukakan jalan syaitan.

Baru aku tahu, perkataan kalau yang selalu diucapkan adalah asalnya daripada perkataan 'lau' dalam bahasa Arab. Apabila menganalisis komentar para ulama mengenai hadis di atas, secara umumnya penggunaan perkataan 'lau' yang bermaksud 'kalau' dan seandainya itu kepada dua keadaan iaitu;

1.    Tidak puas hati terhadap takdir

Tidak berpuas hati dengan takdir yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Perbuatan ini adalah dilarang sama sekali oleh Rasulullah s.a.w. bahkan ditegah oleh Allah s.w.t. 

Imam Nawawi berkata perkataan 'kalau' dicampak ke dalam hati manusia untuk menentang qadar Allah dan juga membuka ruang kepada syaitan untuk melakukan keraguan.

Iman Nawawi turut mencatatkan jika mengungkap 'kalau' kerana menyesal disebabkan kecuaian tidak melakukan ketaatan pada masa lalu, maka ia tidak termasuk dalam kategori larangan. Lebih lebih lagi ia akan menjadi motivasi untuk tidak mengulangi kesilapan dulu.

2.    Persoal kejadian

Mempersoalkan kejadian yang sudah dijadikan oleh Allah adalah suatu kesalahan, iaitu termasuklah dalam larangan menggunakan perkataan 'kalau'. Apatah lagi jika mengeluarkan perkataan yang difahami seolah olah mempertikaikan mengapa Allah menciptakan sesuatu.

Tidak kiralah apa jua profesion kita, lebih lebih lagi yang menggunakan ucapan dan syarahan sebagai medium utama profesion seperti ahli politik, penceramah, pensyarah dan seangkatan dengannya, kita perlu berhati hati dalam memilih setiap perkataan

Sumber: Berita Harian

21 Comments

  1. mcm kite menolak takdir sebenarnyaa.. tapi kadang dah terbiasa ckp mcm tu.. masyaAllah..moga dijauhkan ckp gaya cmtuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak nadyya, selalu jugak guna perkataan 'kalau' tuuu sebab dah terbiasa kan huhuhu

      Delete
  2. kita macam dah terbiasa dengan kalau kan ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah itulah, dah terbiasa sangat guna dalam kehidupan seharian sebelum ni huhuhu

      Delete
  3. Oh tapi ada boleh guna kalau tidak melakukan ketaatan.
    Apapun kena berhati berkata-kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah bergantung kepada ayat, ada yang dilarang dan ada yang tidak termasuk dalam perkara dilarang.

      Delete
  4. hati hati dengan 'kalau' tapi kita manusia mudah lupa..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak fiza, kadang kadang terguna jugak perkataan 'kalau' tu kann huhuhu

      Delete
    2. Itulah pasalnya. terlepas juga kadang tu. huhu

      Delete
  5. Ya jgn guna ayat kalau tu .My mom ada pesan . kdg2 ada terbabas jgk guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tua tua memang selalu pesan tapi kadang kadang terbabas jugakkk huhuhu

      Delete
  6. Betul sangat, moga kita boleh berubah dengan kebiasaan yang boleh mencemar akibah kepada suatu pemikiran yang lebih positif dan bersangka baik dengan Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, moga moga lepas ni dah tak guna perkataan 'kalau' ni :)

      Delete
  7. tahniah kak pemenang header blog rabia top komen bulan may 2021

    ReplyDelete
  8. Bagus tulisan awak, salam dari Indonesia

    ReplyDelete
  9. Akak tak suka perkataan kalau. Kalau kita dapat, contohnya. Akak suka guna bila. Bila kita dapat, bunyi lebih sedap. Hehe.. tapi tu semua kerja Allah. Kita kena terima dan redha apa Allah bagi. :)

    ReplyDelete
  10. benda kalau ni...kucing jantan boleh bertelur hihihihihihi

    ReplyDelete
  11. dah terbiasa sangat dengan kalau ni...tapi takde niat apa pun...

    ReplyDelete
  12. yee dari sekolah dulu ustaz dengan ustazah ada ingatkan, elakkan guna perkataan kalau...

    ReplyDelete
  13. x silap sy pernah tazkirah psl 'KALAU' ni ms sek men dulu. benda ni tampak kecil tapi implikasinya sgt besar lbh2 lg mereka yg jahil

    ReplyDelete
  14. Nampak macam kecil je perkataan Kalau tu tapi besar implikasinya..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.