Mamat Dingin Hati Rindu & Demi Kamu, Anna Balqis

Selamat sampai. 

Yes, novel yang aku beli 26 Mei sudah selamat sampai pada 27 Mei. Tak banyak pun beli, dua buah saja hehehe. Harga cukup murah! Service pun laju. Aku beli dalam pukul 12 lebih tengah malam rasanya, lepas itu dalam pukul 10 pagi, seller dah ship out. J&T pun laju. Tengah hari tadi dah sampai! 

Alkisahnya bermula bila tengah ralik scroll shopee tiba tiba nampak ada novel murah di @karyasenishopee. Eh eh tiba tiba tercheckout HAHAHA. Jenis aku tak kisah pun novel keluaran lama ataupun baru, janji murah dan berbaloi hehehe.

Baca sinopsis macam okey walaupun agak cringe hahaha tapi lantaklah. Kita cuba beli dulu macam mana gayanya. Kalau tak best, kita preloved nanti hohoho.

Hanya RM 6.00 sahaja untuk dua buah novel. Murah kan? Harga sebenar RM 11.00 tapi ada voucher less RM 5.00, jadi total checkout RM 6.00 sahaja. Sangat berbaloi! Kalau ikutkan harga asal novel memang lagi mahal. 


Demi Kamu, Anna Balqis - Myra Ameer (RM 27.00)
Mamat Dingin Hati Rindu - Aifa Batrisya (RM 26.00)

Cringe gila baca tajuk novel HAHAHA. Tak sangka aku minat novel jenis genre romantik ni 😂 Niat dihati nak beli novel seram tajuk Puaka Taman Tema dengan Puaka Rumah Sewa tapi eh eh terbeli novel romantik pula. 



Bolehlah buat stok membaca pada masa lapang. Kadang kadang mata dah letih hadap telefon sepanjang masa kan, jadi kita belilah buku untuk kurangkan penggunaan telefon. Wahh, bukan main lagi alasan aku 😜

Baru buka novel Mamat Dingin Hati Rindu, baru baca 73 muka surat dan mood mengantuk sudah datang HAHAHAHA. Baca dalam suasana mendung, sejuk, diluar hujan memang mengundang mood mengantuk lah jawabnya. 

Nanti sebelum tidur kita sambung baca. Ubat tidur barangkali. Mana tahu mujarab! Dulu zaman belajar, nak mudah tidur pada waktu malam, memang buka slide notes lecturer je, memang confirm tertidur! Tak payah pusing kiri, kanan, terlentang. Baca satu muka surat pun dah mengantuk 😆

Sinopsis Mamat Dingin Hati Rindu 


Selepas dikecewakan NAURAH TIHANI (Hani) yang berkahwin dengan lelaki lain dan hanya menggangap dirinya hanya sebagai kawan sahaja, DAIYYAN HAWARI (IAN) nekad meninggalkan segala kenangan lamanya bersama wanita itu dan memulakan hidup baru. Profesion, nombor telefon dan pengenalan dirinya turut diubah sama sekali! Semua ini adalah sebab Ian mahu menjauhkan diri daripada Hani.

Namun, yang disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kehadiran seorang gadis kacukan Korea yang gedik dan manja bernama NIA ADARA telah membuatkan kehidupan Ian kembali menjadi huru hara. 

"Annyeonghaseyo!" - Nia Adara
"Boleh tak bagi salam? Dok sayur sana sini bukan dapat pahala pun!" - Ian

Ian rasa sangat sangat terganggu dengan gadis yang digelarnya sebagai minah sayur itu! Rasa meluat Ian terhadap Nia sampai lelaki itu tak tahu nak buat apa! Selain itu, kemunculan kembali Hani turut merimaskan teruna mix blood itu!

Umpama mendapat mimpi buruk, Ian kini dikejar dua orang wanita sekaligus!

"Nama awak... Apa nama awak yang sebenar?" - Naurah Tihani
"Nak tahu siapa saya sebenarnya? Kalau awak dah tahu siapa saya, saya berani jamin awak takkan boleh lupakan saya... Dan bila awak pula dah buat saya tak boleh lupakan awa, saya akan pastikan yang awak akan jadi hak saya. Sampai bila bila!" - Ian

Berjayakah Hani menemui dan menjalinkan kembali persahabatan dengan Hawari? Apakah akan terjadi kepada Ian yang sebelum ini mahu melupakan terus nama Hawari dalam hidupnya? Bagaimana pula dengan kisah rumah tangga Hani bersama Adam? Akankah berjaya Nia menjadikan Ian sebagai kekasih hati?

Seorang anak dara, seorang lagi masih bergelar isteri orang. Apakah yang akan terjadi seterusnya kepada mamat berhati dingin bernama Ian ini? Temui jawapannya dalam Mamat Dingin Hati Rindu.

Sinopsis Demi Kamu, Anna Balqis


HAKIM, hidupnya dari mula lagi tidak sesempurna mana. Lahirnya tanpa dia sendiri ketahui dari mana asal usulnya. Kehilangan ibu kandung ketika dia baru berusia 16 tahun membuat dia terpaksa berjerih untuk meneruskan hidup. 

BALQIS, hidupnya juga jauh dari sempurna. Dia keseorangan. Dibesarkan oleh lelaki yang tidak jelas ikatan mereka malah terlibat dengan dunia hitam membuatkan hidupnya terkongkong dan tidak pernah aman. Disebabkan satu kesilapan, Balqis diburu. Pelariannya menemukan dia dengan Hakim secara tidak sengaja. 

"Kau datang nak mencuri eh?" - Hakim
"Mencuri dekat bengkel buruk ini? Hello! Kalau setakat besi buruk saja yang ada, apa yang boleh aku curi dan jual?" - Balqis

Pertemuan tersebut tidak terhenti di situ. Mereka bertemu lagi dan setiap kali Balqis berada di dalam kesusahan, Hakim pasti muncul sebagai wira penyelamatnya. Disebabkan satu peristiwa yang tidak diduga, juga demi menyelamatkan nyawa dan maruah Balqis, Hakim yang terpaksa menjadi pelindungnya.

"Kalau kau dah tak sayang nyawa sangat, aku tak kisah. Lantak kaulah situ. Lagi senang hidup aku sebab tak payah fikirkan tentang keselamatan kau lagi." -Hakim
"Aku bukannya pergi mana-mana, aku turun bawah saja." - Balqis
"Pergi bawah saja? Kau tahu tak kalau kau leka sikit dekat bawah tu pun kau boleh mati!" - Hakim

Terbiasa hidup keseorangan menyebabkan kehadiran Balqis terasa begitu menyusahkan. Apatah lagi dengan kedegilan Balqis yang membuatkan mereka sering tidak sehaluan. Tetapi, di saat mereka memilih untuk berdamai, satu kebenaran yang memeritkan terbongkar. Hakim hampir rebah dan Balqis mulai hilang arah.

Sesungguhnya, setiap apa yang berlaku itu ada sebabnya. Sesungguhnya, takdir Allah itu benar! Dan sesungguhnya, Dia yang menentukan segala-galanya juga benar! Hakim dan Balqis, mampukah mereka reda andai kisah silam itulah yang membuatkan jiwa mereka goyah dan lukanya semakin parah?

"Hakim... kalaulah aku mampu undurkan waktu, aku lebih rela jika kita tidak pernah bertemu!" - Anna Balqis

13 comments

  1. Wah, murah tu! Berbaloi-baloi sangat. Hahahah macam mana dari aim novel seram tiba-tiba cash out novel romantik? :D Selamat membaca, Atiqah!

    ReplyDelete
  2. Murahnyaaaa!! K ret pun x tau bila nak katam kan novel yg ada katbrumah ni hahaha mood membaca mcm dh hilang 😂😂

    ReplyDelete
  3. Akak pun suka beli novel kat Karyaseni di shopee, murah pun murah dan cepat sampai...

    ReplyDelete
  4. menarik dua2 novel ni..selamat membaca!!

    ReplyDelete
  5. Lama akak tak baca novel romantik macam ni. Tua2 tak lalu dah nak berjiwang. Haha. Selamat membaca. Buatlah apa pun ye janji duduk rumah.

    ReplyDelete
  6. Selamat membaca novel Atiqah. Suka pulak dengan cover novel tu. Saya kurang baca novel, tengok drama kalau ada.

    ReplyDelete
  7. Bolehlah baca apabila bosan layari internet.
    Akak sudah tinggalkan novel romantik, sudah banyak baca.

    ReplyDelete
  8. Selamat membaca Atiqah. Otak sentiasa berfungsi dan lebih berimaginasi ketika membaca.

    ReplyDelete
  9. Murah juga beli di shopee tak payah nk berlama2 di kedai buku huhu. Kalau best boleh beli lagi heheh

    ReplyDelete
  10. Tu bahaya buka shopee.. hahaha.. termurah je tercheckout.. gitu..
    Demi Kamu Anna Balqis tu dah baca.. not badlah..

    ReplyDelete
  11. Alaaa nk beli novel jgk la nt.hehe

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)