Monday, 24 May 2021

Mencari Cari tapi Tak Ketemu

Apa benda yang aku mencari cari tapi tidak ketemu? Jodoh? Tidak sama sekali hehehe. Aku mencari cari pekerja j&t tapi tidak ketemu.

Cerita dia macam ini, aku dapat panggilan daripada pekerja j&t dan cakap ada di luar rumah untuk hantar parcel. Aku pun jawab "Sekejap ya encik, saya keluar.

Siap siap pakai tudung sarung dengan cardigan, aku pun keluarlah rumah nak pergi ambil parcel. Eh tak ada pun? Ada dua parcel sahaja yang ditinggalkan atas lantai.

Dalam hati:
Tadi beria suruh kita keluar ambil parcel, tapi orangnya tak ada pula. Baik tak payah call kalau nak tinggalkan parcel atas lantai saja.

Tengah unboxing barang, tiba tiba pekerja j&t call lagi sekali dan cakap, "Mana Cik Atiqahnya, tadi cakap nak keluar, tapi tak ada pun."

Aku balas, "Saya dah keluar tadi tapi encik tak ada pun."

Dia jawab, "Saya ada luar rumah Lot 37/1 ini."

Aku pun, "Ya Allah, ini j&t Marang ke? Bukan j&t Terengganu?"

Dia jawab, "Betul, saya daripada j&t Marang. Saya tinggal dah parcel Cik Atiqah atas rak kasut, saya dah ambil gambar dan saya dah send melalui whatsapp, nanti Cik Atiqah tengok ya."

"Baik encik, terima kasih."

Aduhai, j&t Marang rupanya. Aku fikirkan j&t Terengganu 😂

Aku tak tahu parcel yang aku terima itu daripada siapa. Aku rasa dari blogger Kak Shikin sempena top komentator bulan April lepas. Seingat aku, aku bagi alamat rumah Marang masa Kak Shikin minta details aku. Lupa nak update alamat terkini hehehe. Tapi itulah tak boleh nak dipastikan lagi.

Nak pergi ambil parcel pun tak boleh sebab kena rentas daerah, jadi nak tak nak kena tunggu habis perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 dululah baru boleh pergi ambil. Itupun kalau tak bersambung huhuhu.

Kalau bersambung, lagi lambat lah aku boleh ambil parcel itu. Harap harap bukan makananlah dalam parcel itu, sebab takut basi atau rosak makanan sebelum sempat aku ambil. 

Serious talk, masa pekerja j&t call, aku ingatkan j&t Terengganu sebab aku memang tengah tunggu parcel pun. Tak expect pun dari j&t Marang. Pekerja j&t Marang itu mesti bengang kan tunggu aku keluar tapi tak keluar keluar HAHAHA. Maafkan saya, encik :')

Aku keluar tapi keluar pintu lain HAHAHA. Aku nampak besar juga parcel berdasarkan gambar yang pekerja j&t hantar ke whatsapp aku. Harap harap abang ipar aku bawa masuk dalam rumah nanti petang.

Nota jemari: Confirmed parcel dari Kak Shikin sebab Kak Shikin baru whatsapp petang tadi hehehe 

19 comments

  1. Replies
    1. Itulah, bila baca balik rasa macam kelakar pulak hahaha

      Delete
  2. Pernah jadi gak macam ni. J&T hantar kat kampung. Rasa macam J&T courier tu bengang gak tu sbb dok tunggu kita tak keluar. Padahal kita keluar kat tempat lain. Harap harap parcel Atiqah selamat lah diambil letak dalam rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, siapa tak bengang kak fiza, tunggu kita keluar tapi tak keluar keluar hahaha adoiii.
      Selamat dah abang ipar letak dalam rumah hehehe.

      Delete
    2. Hehe..memang kedengaran suara marah bila second time dia call tapi kita tak ada kat luar rumah. baru teringat pos alamat lain. aduhaiii..
      Alhamdulillah selamat dah parcel dalam rumah ye :)

      Delete
  3. Haaa,akak pun pernah kena macamni..sabar je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak SA, sabar jelah hahaha, sedar silap diri sendiri sebab tak update latest alamat >.<

      Delete
  4. Replies
    1. Hahahah tidak lah wakk, haritu duduk rumah kakak, sekarang pindah duduk sendiri jadi lupa nak update latest alamat hehehe :D

      Delete
  5. hahhaha kena minta abg checkkan la kandungan parcel nya klu makanna hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whatsapp kak shikin tadi, dia cakap dont worry, bukan makanan hahaha. Nasib baik >.<

      Delete
  6. Itulah ingat JT tinggalkan bungkusan sebab tidak sabar tunggu. Haha adui banyak alamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kita keluar dah tapi tak ada orangnya, ingatkan dia dah balik lah rupanya rumah lain daaa hahahaha. Lupa haritu nak update latest alamat dekat kak shikin >.<

      Delete
  7. rider yg selalu hantar barang kat rumah saya, kalau lambat keluar dia letak je kat atas rak kasut..hhaha

    ReplyDelete
  8. Mudah-mudahan parcel akan sampai ke tangan tuannya. In shaa Allah.

    ReplyDelete
  9. hehe.. JNT mudah juga. Boleh minta tolong tinggalkan kalau kita tak available (0wn risk la) lagipun dorang akan whatsapp biasanya tunjuk letak barang semua..

    k.naniey kena dgn rider shopee express kelmarin. die ckp tiga minit lagi sampai suruh turun, then suruh die letak je kat atas box tu. (tak nak turun terus sbb nak elakkan contact dan nak turun ambil masa sikit) . lepas tu 5 minit kemudian turun xde pulak parcel. call die, die cakap barang kat hub tak bawak keluar. sakit hati betul. tengok updated kat shopee die tulis, buyer tak de kat rumah. senang betul kerja dia gitu. adoii..

    ReplyDelete
  10. Hahahaha.. Maaf ye Atiqah.. tergelak pula.. Boleh bayangkan situasi yang berlaku tu.. hadoilah.. hehehe

    ReplyDelete
  11. bayangkan kalo org byk orgrumah.. hahaha

    ps. kak shikin bagi bantal gwbu yg besar tuuhh.. 😅😅

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)