Sunday, 30 May 2021

Thailand Movie: The Con-Heartist


The Con-Heartist sebuah movie komendi romantis dari negara seberang iaitu Thailand. Sebuah movie yang mengisahkan tentang seorang kerani bank yang naif (Ina) yang telah ditinggalkan oleh bekas kekasihnya (Petch) dalam keadaan berhutang. 

Disaat bekas kekasihnya selesa menikmati kehidupan barunya, Ina berjuang untuk memenuhi keperluan hidupnya sambil berusaha membayar wang yang dia berhutang. Pada suatu hari, Ina menerima panggilan daripada seorang penipu yang licik (Tower) yang berjanji untuk memberikan sejumlah wang kepada Ina.

Nasib menyebelahi Ina apabila Ina berjaya menangkap penipu tersebut dan mengupah penipu tersebut untuk menipu bekas kekasihnya untuk membalas dendam! 

Movie: The Con-Heartist
Negara: Thailand
Tarikh tayangan: 03 Dec 2020

Best! Kelakar! Aku rasa aku banyak gelak je bila tengok movie ni. Ke aku yang mudah terhibur 😆 Hero heroin pun handsome dan cantik. Pelakon lelaki yang jadi manager hotel itu kan ya Allah, geli sungguh setiap kali tengok dia bercakap HAHAHA. 

Geli sebab air liur tersembur sembur! Sampai terkena tangan, muka hero heroin. Tapi menjadilah dia berlakon, nampak real air liur tersembur tu 😂 

Kena tengok macam mana mereka berempat buat rancangan untuk menipu si Petch dalam misi membalas dendam bagi pihak si Ina. Plan pertama gagal tapi nasib baik Tower tak khianat Ina. Dia kembali kepada Ina dan rancang plan kedua.

Suka ending movie ini bila Tower dah tak jadi seorang penipu lagi dah, dah cari kerja halal lepas buat perjanjian dengan Ina. Final ending dia, mesti kalian dah boleh agak. Tower dan Ina selamat menjadi pasangan kekasih. 


Bosan bosan duduk di rumah, bolehlah tengok movie ini. Di Netflix ada, jadi sesiapa yang ada akaun Netflix bolehlah tengok. 


Nadech Kugimiya sebagai Tower Suppapaisa


Baifern Pimchanok Luevisadpaibul sebagai Ina Jitimaim


Bank Thiti Mahayotaruk sebagai Petch 


Inilah manager hotel yang aku cakap tadi, tersembur sembur air liurnya! 


Ini Petch, bekas kekasih Ina yang bermulut manis. Semua perempuan dia nak kikis. Dah lah tak ada rasa bersalah langsung!

Apa apapun selamat menonton! Hehehe.

28 comments

  1. Yg ni k ret dh tgk.. Hahha mmg lawak gilaa.. Dh la pelakon dia comel n hensom2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha betull tu kak ret! Handsome and cantikkk! Lawak pulak tu. Masuk air semuanya hahahaha

      Delete
  2. Haha seronok tengok orang balas dendam.
    Tengoklah nanti camne. Akak tengah layan cerita hantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita hantu apa tu kak NA? Mind to share? ;)
      Kita ni minat benor lah cerita hantunyaaa hehehehe

      Delete
  3. Tak pernah tengok lagi...
    Baca reviews kelakar giler... heheheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mrs A, review semua cakap kelakar gila. Dan memang betul hehehe

      Delete
  4. Dulu-dulu zaman cerita hantu Thailand layan juga. Sekarang dah tak berapa tengok tv.

    ReplyDelete
  5. boleh tengok esok ni.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak tengok cerita Thailand. Rasa nak tengok yang ini la :)

    ReplyDelete
  7. Hero & heroin movie Thailand memang lawa-lawa.

    ReplyDelete
  8. Nnti nak sambung tgk..haritu dah tgk sikit citer ni. tapi tgk separuh jalan. tak sampai separuh pun, baru start baper minit. haha. Baca review ika ni, boleh ar sambung..

    ReplyDelete
  9. Kalau jd ina kan dh jd hulk hahaha. Tak guna betul org lain kena bayar hutang. Kelakar sinopsis :)

    ReplyDelete
  10. Waktu-waktu macam ini, memang sesuai sangat layan filem kelakar ini..

    ReplyDelete
  11. Sk baru tengok cerita ni kelmarin, eiii.. geli betul time ailio dia menyembur2 tuuuu... Si Petch tu, cepat betul dah dewasa, tapi muka dia masih remaja lagi, dulu2 berlakon jadi budak sekolah, hehe

    ReplyDelete
  12. Banyak kali gak Netflix rekemen. Best ye.. Ok nanti nak layan

    ReplyDelete
  13. Wuuu nadech ada belakon. Akk kene tgk ni..

    ReplyDelete
  14. Ramai juga yang layan cerita ni. belum smpat layan lagi. nanti nak tengok jugak best ke tidak.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)