Tuesday, 18 May 2021

Betul ke Kalau Palestin Menang, Kiamat dah Dekat?

Perkongsian daripada Adnin Roslan.


Sebagaimana kita sedia maklum dengan isu isu semasa yang sedang berlaku, di bumi Palestin sedang berlaku pertempuran antara Briged Al Qassam dan Yahudi laknatullah. Ramai yang takut bila berlaku pertempuran antara Palestin dan Israel, dan Palestin menang, kiamat semakin menghampiri kita semua. Tapi betul ke, kalau Palestin menang, kiamat dah dekat?


Menurut Adnin Roslan, sekarang ini musim orang ramai bermain sentimen dan ramalan tentang hari kiamat. Terlampau banyak mesej berantai, ceramah agamawan yang mengaitkan virus Covid19 dan isu Palestin ini dengan petanda hari kiamat dan kemunculan Dajjal.


Ya, kiamat memang sudah menghampiri kita.


Dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi baginda sudah berpesan bahawa kiamat memang sudah dekat. Tapi Nabi s.a.w sendiri tidak pernah tahu bila dunia ini akan kiamat. Hatta malaikat sendiri pun tidak tahu bila akan kiamat. Hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui.


Perhatikan firman dibawah:



Jelas Allah sebut dalam Al Quran, alih alih wujud orang yang sesuka hati meramal bila dunia ini akan kiamat. Para ulama' menentang perkara ini adalah kerana apabila kita meramal bila kiamat akan berlaku, akan wujud dua golongan iaitu:

Golongan awal yang akan malas beramal dan berterusan membuat maksiat dengan alasan "nanti dah nak kiamat, aku bertaubatlah."

Dan

Golongan kedua pula ialah golongan orang yang mudah putus asa, takut, anxiety yang mana mereka akan kata "takutnya kiamat, malaslah nak kerja, malaslah nak belajar, malaslah nak kahwin, sebab kiamat sudah dekat, duduk rumah dan masjid sajalah."

Nabi s.a.w ajar dalam satu hadis iaitu bila dah kiamat dan di tangan kamu masih ada benih, maka Nabi s.a.w suruh tanam benih tersebut. Maksudnya, Nabi s.a.w. nak suruh kita beramal bersungguh sungguh walaupun kiamat sudah dekat. 

Nabi s.a.w bersabda:


Hikmah kiamat dirahsiakan adalah sama dengan hikmah Allah rahsiakan kematian kita semua. Hikmahnya adalah agar kita sentiasa bersedia. 

Kembali kepada tajuk:
Betulkah kalau Palestin menang, kiamat sudah dekat?

Kiamat memang sudah hampir, dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi, nabi s.a.w. bersabda

"Jarak diutusnya aku dan hari kiamat seperti dua jari ini (jari telunjuk dan jari tengah) HR. Bukhari

Bila berlakunya kiamat? Wallahua'alam...

Kalau Palestin menang kali ini, ia bukanlah tanda besar kiamat.

Tanda besar kiamat ialah kemenangan islam secara TOTAL iaitu umat Islam bersama sama Imam Mahdi dan juga Nabi Isa a.s. yang akan membunuh Dajjal dan semua orang yahudi. 

Hatta, orang yahudi yang bersembunyi dibelakang batu atau pokok sekalipun, batu dan pokok tersebut akan berkata kata bahawa ada orang yahudi dibelakangnya. Dan akhirnya, orang yahudi tersebut akan dibunuh.

Tugas kita ialah beramal, berdakwah, lazimi majlis ilmu, berakhlak, memberi manfaat untuk orang, membantu saudara Islam yang memerlukan, beribadah dan membuat persiapan untuk mati.

Kerana akhirnya, kematian itu hakikatnya satu kiamat juga pada diri kita sendiri.

Dan bila bila masa sahaja kematian itu boleh datang.

Wallahua'lam.

Jangan lupa, doakan untuk saudara saudara kita yang berada di Palestin, Syria, Ughyur dan juga kepada semua umat Islam. 

Baca sepenuhnya disini: Adnin Roslan

21 comments

  1. Thank you share, barulah faham sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. terima kasih berkongsi...

    bagi sy laa... sama ada palestin mng atau tak... ya betul kiamat mmg dekat dgn kita. cuma kita je tak rs yg kiamat tu tu dekat. kalau ms nabi hidup, nabi dah berbicara fsl kiamat, jd tak usahlah terkejut kalau kiamat semakin mendekat. cuma kita jelah... dah bersedia ke belum nak hadap kiamat ni?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih berkongsi..
    semoga kita semua akan terus memperbanyakkan amal sebagai bekal di akhirat..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana berkongsi, sesungguhnya percaya kepada hari kiamat itu adalah Rukun Iman.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  6. Allah maha besar maha mengetahui segalanya. Perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Walaupun kita tahu ada tanda-tandanya, itu mengingatkan kita untuk terus menambah amalan kebaikan dan sentiasa bersedia. Semoga saudara kita disana terus kuat dan mencapai kemenangan jugak. Aaamin...

    ReplyDelete
  7. Kiamat memang hampir tidak semestinya ketika Palestin menang.

    ReplyDelete
  8. tak suka dengan orang yang suka sebar sesuatu yg tak pasti, buat orang takut waluapun niatnya baik....

    ReplyDelete
  9. Allahu Akbar. Mari berpegang kepada rukun Islam dan rukun iman.

    ReplyDelete
  10. Apa yang sudah tertulis di al-Quran mestinya benar, cuma kita tak tahu bila waktunya tiba. Apa yang penting kita perlu saling memperingati terutama ahli keluarga untuk terus beribadat kepada Allah SWT.

    ReplyDelete
  11. Pada akak, tak perlu fikir bila. Baik kita buat persiapan masing-masing.

    ReplyDelete
  12. follow here..semoga palestin diberi kemenangan..

    ReplyDelete
  13. Thank for sharing Atiqah. Ada juga tengok video2 berkaitan dengan kiamat ni.

    ReplyDelete
  14. Geram tul la bila baca ttg serangan Israel terhadap Palestine ni. Lagi rasa sedih sbb negara2 Islam lain cuma berdiam aje. Arrghhh!

    P.S. Jom join GA yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.
    http://www.zukidin.com/2021/05/happy-birthday-giveaway-by-abam-kie.html

    ReplyDelete
  15. Save Palestin. Doa buat saudara-saudara kita di sana.
    Apa pun yang bakal terjadi kepada mereka, bukan alamat kiamat atau tidak. Kita ni sebagai 'yang percaya' perlu sentiasa bersedia.

    ReplyDelete
  16. pernah baca gak pasal ni..seramnyaaa lahaiii

    ReplyDelete
  17. Kiamat semakin dekat bila tiba pandemik covid ni iaitu kiamat kecil. Kena siap sedia

    ReplyDelete
  18. Tanda-tanda kecil dah banyak. Cuma yang besar belum muncul lagi.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)