Tuesday, 25 May 2021

Bila Nak Vaksin?

Masih menunggu bilalah masanya akan tiba untuk aku terima vaksin. 


Dah mendaftar sejak 02 April, tapi sampai sekarang tak ada khabar gembira. Aku rasa bukan aku seorang yang masih menunggu untuk cucuk vaksin dos pertama, tapi masih ramai yang satu nasib dengan aku. Kan?

Kakak aku dan kawan kawan dia yang lain merangkap housemates aku semua dah selamat terima dos pertama dan kedua vaksin. 

Hospital dah tepi rumah, vaksin tak dapat dapat lagi HAHAHAHA. 

Risau juga tengok sekarang ini ramai sungguh anti-vaccine kan? Yang sebarkan cerita karut, merepek dekat whatsapp tak payah cakaplah, berlambak! 

Mak cik pak cik, nenek, atuk semua jadi takut nak ambil vaksin. Bila sampai giliran mereka, semua tak nak pergi cucuk vaksin. Punca? Ajaran sesat yang disebarkan oleh sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab. Tak kisahlah mak teh ke bunga cengkih ke semua karut. Hmmmm.

Penat penat doktor belajar bertahun tahun, bagi hujah itu bagi hujah ini, last last pergi percaya cerita karut dari sembarangan orang sahaja. 

Tak tipu. Realiti. Ada yang sampai bertikam lidah dengan mak ayah semata mata nak terangkan perkara yang betul tentang vaksin ini. 

Vaksin tak nak percaya, bunga cengkih percaya pula 😭

Rasa macam menyimpang jauh dah dari tajuk asal tapi masih related to vaksin kan? Hehehehe. Dan aku masih menunggu giliran aku. Harap harap cepat cepatlah dapat vaksin. Kes saban hari makin meningkat. Seram tengok angka kes setiap haro. Bilalah nak menurun macam tahun lepas balik? Hmmmm.

Nasib baik aku dah habis kerja contract raya tu, memang kembali terperap dalam rumahlah jawabnya. Yang keluar masuk rumah sewa pun kakak aku dan housemates sebab kena pergi kerja. Moga moga selamatlah semuanya.

Ya tahu, cucuk vaksin tak menjaminkan kita tak akan positive Covid19, tapi sebagai langkah berjaga jaga. Ambil vaksin untuk achieve herd immunity. Jadi, bila dah ramai terima vaksin, tak ramai yang sakit teruk. 

Jadi, orang orang yang tak boleh ambil vaksin sebagai contoh, bayi, wanita mengandung, autoimmune disease dan sebagainya boleh kita protect secara tidak langsung.

Apa apapun, #kitajagakita #staysafe

Itu sahaja yang kita mampu lakukan. Keluar rumah apabila perlu sahaja. Sama sama kita cegah penularan Covid-19. Moga moga Covid-19 ini cepat cepat di angkat oleh Allah.

Takut baca tentang berita kematian dua tiga hari ini, tak kira muda mahupun tua, semuanya selamat menemui PenciptaNya angkara Covid-19. 

Yang hilang mak, ayah, adik beradik dalam masa beberapa hari sahaja pun tak mampu nak digambarkan kesedihannya. Salam takziah untuk semua :)

16 comments

  1. tulah akak pun sama dah lama daftar tapi senyap je... ni yang dapat yang sukarelawan pulak dah... bila lah kita nak dapat ni ya

    ReplyDelete
  2. samalah kita..masih dalam proses..jom hari ni kita daftar astrazeneca..

    tak dapat bayangkan tiba2 hilang ahli keluarga..semoga kita semua tabah..

    ReplyDelete
  3. Insyallah... mmg ramai tgh menunggu tu kan.
    YG tak paham bila org2 tua ni terlalu percaya kan info2 yg x sepatutnya.
    mcm pakcik kak ret la... jenuh anak2 soh mendaftar vaksin tapi semua tak nak.
    DOk percaya lagi pasal info2 yg bukan2...

    YG dewasa2 mcm kita punya la jenuh tgu giliran...
    Bersabar je la ye

    ReplyDelete
  4. Sedang mananti juga ni. Allahuakbar.

    ReplyDelete
  5. Daftar jugak tapi doktor tak call lagi

    ReplyDelete
  6. In shaa Allah akan tiba masanya untuk suntikan itu nanti. Suntikan ini satu usaha atau langkah berjaga-jaga, ikhtiar orang kata. Memang rasa sedih sangat akhir-akhir ini jumlah positif covid-19 semakin mencanak naik. Jumlah kematian pun semakin bertambah! Allahu Akbar.

    ReplyDelete
  7. Akak baca kat telegram MKN. Jumlah yang daftar vaksin, dah 10 juta. Jumlah dah terima vaksin, 2 juta. Lagi 8 juta tu, termasuk kita la, Atiqah, sabor ye... hehe...

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya atiqah.. sabar ye nnt ada lah tu appointment... mst selalu je check mysejahtera kn? akak selamat dh 1st dose semalam

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah . Akan tiba masanya nanti .

    ReplyDelete
  10. sha dah daftar dari mula bukak lg 😂 tkdpt lg haha

    ReplyDelete
  11. tengok video yang sedut wap guna getah paip tu. adoii la. kata bodo kang marah pula.
    Kat Kelantan ramai juga tak pergi Vaksin. Membazir je.. Sebab gol antivax ni la yang menyusahkan orang menyebarkan benda yang tak betul. tak nak vaksin duk diam sudah!

    ReplyDelete
  12. Sabar dulu ye, bagi laluan kami yang lebih tua ni. Hehe

    ReplyDelete
  13. tertunggu-tunggu juga.. lepas tu baru ini ramai yang menyebarkan video tak betul mengenai proses vaksin ini.. Adoi.. ada je caranya nak hasut orang lain jangan vaksin..

    ReplyDelete
  14. Masih menunggu jugak ni. Sekarang ni bukak untuk sel, kl, jhr dan sewaktu dengannya. Sabar menanti giliran negeri kita pulak. Semoga dipermudahkan segala urusan kita nanti. Aaminnn...
    yang anti vaksin tu abaikan je mereka.

    Bunga cengkih tu okay lagi. paling tak boleh terima yang sanggup lumur badan dengan tahi lembu dan minum air kencing lembu tu.

    ReplyDelete
  15. Sama la mama pun hari2 tgk status ni

    ReplyDelete
  16. Sama la mama pun hari2 kecewa tgk xde dipanggil lagi

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)