Kad Raya daripada Blog FAMF Tower

Kad Raya daripada blog FAMF Tower | Alhamdulillah, kad raya daripada kak Farrah selamat diterima. Sebelum itu, boleh baca disini: Projek Kad Raya 2021 Selesai


Awal bulan Mei tempoh hari, kak Farrah ada update entri berkenaan projek kad raya 2021 selesai dan sudah selamat diposkan kepada penerima. Pagi sabtu aku balik rumah kakak kedua aku di Marang, tiba tiba nampak ada terselit sampul surat di wiper kereta.


Maaf kak Farrah sebab lambat update tentang kad raya ini sebab saya lupa nak update latest address kepada kak Farrah. Terbagi alamat rumah kakak kedua, jadi kena tunggu balik Marang dululah baru boleh ambil kad raya tersebut.


Kakak kedua pulak tak ada di rumah sebab berpantang di rumah ibu mertua dia, jadi posmen selit celah wiper kereta sahaja. Alhamdulillah masih selamat daripada terkena air hujan mahupun tempias air hujan sebab kereta duduk bawah garaj berbumbung. 



Tadaaaaa! Kad raya daripada kak Farrah. My second kad raya, kad raya pertama diberi oleh kak Shida. Betul betul menggamit kenangan bila terima kad raya ini. Last terima tahun 2009 rasanya, masa sekolah rendah iaitu darjah 6. Sekarang dah 24 tahun, jadi sudah 12 tahun berlalu.

Cantik kad raya! Sebab semua dari hasil tangan kak Farrah sendiri. Kreatif! 

Kad raya bertemakan junk journal atau scrapbook ala ala vintage look ini memang cantik. Tulisan pun cantik! Kakak ketiga puji tulisan cantik hehehe. Dia memang pantang tengok tulisan tangan orang cantik cantik, sebab tulisan tangan dia hodoh HAHAHA. 

Kepada kak Farrah, terima kasih untuk kad raya ini. Ala hadiah yang saya bagi itu memang hadiah giveaway, kak Farrah terpilih sebagai pemenang giveaway saya. Small matter sahaja. Nak dibandingkan hadiah giveaway saya dengan kad raya kak Farrah ini, memang lagi bernilai kad raya ini 💚

Nota jemari: Simpan simpan jangan sampai jadi Hoarding Disorder pulak bak komen kak Fiza hehehe.

16 comments

  1. seronok dpt kad raya dr kwn blogger

    ReplyDelete
  2. Haah cantik tema lama. Unik tiada di kedai.

    ReplyDelete
  3. Best kan dapat kad raya. Teringat dulu-dulu

    ReplyDelete
  4. Sma la k ret pun x perasan ada kad raya ni kt pos box.. Klu adik x check, mmg x nmpk la kd raya ni..

    ReplyDelete
  5. Kad raya limited edition dan ada sentimental value ni. Kak Farrah dia punya tahap kreatif memang terbaik. Suka ala vintage macam ni. Tahniah Atiqah dapat 2 dah kad raya :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, dah selamat sampai. Tidak kiralah encik posman selit celah wiper ke celah pagar ke… yang penting sampai juga ke tangan Atiqah 😊 Enjoy your raya tau!

    ReplyDelete
  7. creative nya kak farah ! bestnyaaa dpt kad raya :)

    ReplyDelete
  8. kretip tol Kak Farrah ni.. kad kad dia semua lawa2..

    ReplyDelete
  9. Memang cantik kad rayanya..

    ReplyDelete
  10. wahhh cantiknya kad raya dia dapat... simpan lek lok tu...jd kenangan... ;-)

    ReplyDelete
  11. Wah bestnya dapat kad raya!!! Kreatif!

    ReplyDelete
  12. Kreatif betul. Tahun ni tak dapat kad raya pun. Sampul raya je yang banyak.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)