Contract Staff Sempena Hari Raya Aidilfitri di KFC

Contract Staff Sempena Hari Raya Aidilfitri di KFC | Apa macam tajuk post entri kali ini? Biar betik aku dah mula bekerja? Hehehe.

Alhamdulillah, aku diterima bekerja sebagai contract staff di Kentucky Fried Chicken or biasa kita panggil kepci (KFC). 


Alkisahnya bermula apabila aku ternampak iklan KFC mencari pekerja sempena Hari Raya Aidilfitri bila aku siap membeli di KFC. Belikan snack plate untuk kakak kedua aku sebelum dia bersalin tempoh hari. 

Keluar pintu, nampak iklan ditampal di pintu kaca KFC. Apalagi, terus ambil gambar. Fikir punya fikir, 06 May baru aku whatsapp person in charge untuk pengambilan pekerja ni. 

Aku ambil masa 5 hari untuk berfikir sama ada nak bekerja ataupun tidak 😂 Pengalaman bekerja di McD beberapa tahun yang lepas terimbau kembali HAHAHAHA.


Aku whatsapp person in charge pukul 4.25 petang, dan dalam masa dua saat, person in charge dah reply whatsapp aku. Laju betul! 

Dan hari khamis malam Jumaat, aku telah selamat ditemuduga oleh manager di KFC. Aku pergi lepas berbuka dalam pukul 9 malam macam tu. Temuduga pun biasa biasa sahaja. Lebih kepada briefing skop kerja di KFC nanti.

Ahhhhhhhhhhhh! Nervous! Poyo kan? Hahahaha. Aku dah lama tak bekerja, jadi macam ini lah. Nervous, takut, sakit perut dan macam macam lagi. Padahal ini bukan pekerjaan pertama aku.

Aku akan start bekerja bermula 10 May iaitu pada hari ini sehingga 20 May. 11 hari sahaja hehehe. Jadi nanti aku busy dan tak sempat nak blogwalking setiap blog untuk selama 11 hari. Tapi aku akan usahakan jugak untuk buka blog setiap hari walaupun sekejap.

Aku dengan pekerjaan yang berunsurkan fast food restaurants memang tak boleh dipisahkan kan? Hahahaha. Dulu McD, dan sekarang KFC. Tak apalah, janji cari rezeki yang halal. Bukannya buat pekerjaan yang haram kan hehehe. 

Lepas ni nak kena cari tshirt putih, kasut hitam dan stoking hitam. Raya pertama dan kedua dibenarkan memakai baju raya tapi ya Allah susahlah nak buat kerja kalau pakai baju kurung. Nak bergerak ke sana ke sini dalam keadaan laju mungkin agak terbatas kan?

Tapi boleh je kalau nak pakai tshirt putih, tak ada masalah. Tapi bak kata manager masa temuduga haritu, nak terasa suasana hari raya, nak nampak comel masa hari pertama hari raya, elok pakai baju raya hehehe.

Okay kawan kawan bloggersku sekalian, wish me luck! 😛

Nota jemari: Nak kena ingat menu KFC lah lepas ni 😆 

26 Comments

  1. Kerja waktu raya. Hehe. Kutip pengalaman di KFC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe haah kutip pengalaman di KFC pulak, haritu di McD :D

      Delete
  2. Wah rezeki nak raya ni hehehe..
    Selaamt bekerja tiqah.. Jgn noti2 eh.. Eh eh kfc area mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la kak ret kerja 11 hari hehehe daripada terperap dalam rumah tak buat apa kan hahaha.
      Baikk! Kita behave je! Hehehe. Kfc area rumah je, nak pergi jauh jauh susah sebab tak ada transportation :')

      Delete
  3. Selamat bskerja . Pengalaman kerja dihari raya seronok juga tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you CCL. Haah memang seronokkkk kerjaa time raya sebab kita tak beraya mana punn hehehe.

      Delete
  4. Oh, boleh ya kerja 11 hari sahaja.. anw, selamat bekerja, kerja comel2 okey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je Sk sebab contract staff untuk hari raya je. Thank youuuu Sk! :D

      Delete
  5. Alhamdulillah..Tahniah Atiqah. Selamat berkerja & take care.
    Pakai baju raya nanti ambil mood raya ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak fiza! Itulah, kena pakai baju raya jugak ni first raya biar ada mood raya :D

      Delete
  6. Alhamdulillah!! good luck ya !

    ReplyDelete
  7. Rezeki tu alhamdulillah . Lepas ni boleh la makan kfc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rabia, rezeki kutip pengalaman di kfc pulakk hehehe.

      Delete
  8. Good luck Atikah...rezeki jangan ditolak...at least gain extra money kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youuuu kak SA! Betul tu kak SA, gain extra money and new experience di kfc. Haritu di mcd hehehe :D

      Delete
  9. Selamat bertugas, Atiqah. Selamat mengumpul pengalaman. Jangan lupa jaga diri baik-baik ya.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah selamat bekerja tikah. Asalkan dpt income halal pun dh kira bagus. Masih ramai yg tak bekerja masa pkp ni. Pengalaman lebih berharga

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. 👍👍👍

    ReplyDelete
  12. wah keren kerja di kfc, sering makan paha dong hihi

    ReplyDelete
  13. Selamat bertugas ye, Atiqah. Seronoknya, hari-hari la makan keepci. Hehe..

    ReplyDelete
  14. Selamat bekerja ye. Alang-alang tak boleh raya, baik kerja kan boleh cari duit sampingan

    ReplyDelete
  15. Wow, tak pernah try kerja camnih..

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. cari pengalaman kan Atiqah..

    ReplyDelete
  17. Menarik ni kumpul pengalaman banyak2 tau!

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.