Istana Terbiar Berusia Ratusan Tahun di Kuala Terengganu

Istana Terbiar Berusia Ratusan Tahun Terbiar di Kuala Terengganu | Pernah tak ada terbaca tentang kewujudan istana terbiar di Kuala Terengganu ini? Istana terbiar ini yang terletak di Kampung Tanjung Sabtu, Manir kira kira 14 kilometer dari Kuala Terengganu dan dianggarkan berusia melebihi 100 tahun. 



Istana ini juga dikenali sebagai Pura Tanjung Sabtu, 'pura' yang bermaksud istana dalam bahasa Sanskrit. Istana yang sangat cantik dan besar pada mulanya, namun setelah kematian penjaga istana tersebut iaitu Tengku Ismail Tengku Su pada tahun 2011, akhirnya istana itu dibiarkan mereput begitu sahaja. Sesetengah bahagian lantainya telah diselaputi lumut serta barangan perabot di dalam istana tersebut dalam keadaan bersepah.

Ia turut dikenali sebagai Tujuh Rumah Putera, Pura Tanjung Sabtu yang merupakan gabungan tujuh buah rumah kayu tradisional di Terengganu dalam kawasan tanah seluas 5.66 hektar berhampiran dengan Sungai Nerus.

Rumah Sebarang Baroh, Rumah Rhu Rendang, Rumah Kuala Ibai dan Rumah Atas Tol merupakan antara nama bagi rumah rumah tradisional di Pura Tanjung Sabtu dan dianggarkan berusia antara 100 hingga 200 tahun lamanya.

Dinamakan oleh Tengku Ismail Tengku Su sendiri iaitu salah seorang kerabat diraja negeri Terengganu mengikut tempat asal rumah itu diambil atau dibeli olehnya. Rumah rumah itu dibina berkonsepkan tanggam dan pasak dan tanpa menggunakan paku.





Cantik tapi terbiar usang. Sayangnya, dibiarkan begitu sahaja. Sepatutnya pihak bertanggungjawab pulihara istana ini dan dijadikan sebagai muzium. Atau mungkin boleh dijadikan sebagai pusat tarikan pelancong ke Terengganu

Kesenian sesebuah rumah pada zaman dahulu memang tak ada tolak tandingnya, memang betul betul berseni. Orang dulu dulu mana belajar hebat macam kita sekarang ini, tapi otak mereka bergeliga mampu berfikir macam mana nak bina sesebuah rumah itu yang memang masih ada dan kekal teguh berdiri sampai sekarang. Memang mengagumkan. 

Jadi, istana ini patut dipulihara. Biar generasi akan datang dapat melihat kesenian rumah pada zaman dahulu. Walaupun musim pandemik Covid-19 sekarang ini, tapi tak salah pun jikalau dipulihara, dibaiki pada hari ini. 

Mana tahu, lepas Covid-19 ini dah berakhir, sektor pelancongan dibuka semula, jadi secara tak langsung boleh menarik ramai pelancong ke negeri Terengganu.

Nak selit sedikit, aku dulu ada belajar juga subjek yang kena kaji tentang kesenian senibina bangunan atau rumah tradisional. Memang menarik! Aku minat sebab aku suka nak tahu tentang sejarah sesuatu bangunan tu. 

Tapi tak suka bila kena lukis semula bangunan tu HAHAHA. Mahu menangis aku 7 hari 7 malam kalau kena buat measured drawing 😂 

Aku lagi rela ambil segala jenis kecacatan pada bangunan dan buat report pasal kecacatan tersebut. Tak kisahlah ada 100 ke 200 ke jenis kecacatan, aku sanggup. Janji tak kena melukis. 

Almaklumlah aku tak berapa mahir dengan software AutoCAD. Software Revit boleh lah sikit sikit daripada tak boleh langsung hehehe.

Nota jemari: Teringin nak jelajah satu Melaka, nak pergi tempat bersejarah. Tapi aku tak pernah ada kesempatan lagi nak jelajah satu Melaka. Sepanjang 24 tahun hidup, baru satu kali aku jejakkan kaki di negeri Melaka. Sedihhh! A'Famosa pun tak pernah pergi. Hanya mampu mendengar saja pengalaman orang pergi sana :')

20 comments

  1. menariknya..semoga ada usaha utk membaikpulih, memulihara istana ni..

    lepas pkp ni, kalau dah boleh rentas negeri, bolehlah jalan2 ke Melaka..

    ReplyDelete
  2. Cantik. Tapi banyak dah tempat lama ni, orang runtuhkan je. Tak tau la pihak majlis atau waris ke, punya kerja. Kat Perak pun ada rumah lama macam ni. Sayang betul. Kalau negara omputih, architecture lama semua dia orang jaga, bukan macam orang kita.

    ReplyDelete
  3. Honestly cite k ret x minat sejarah haha.. Zaman sekolah mmg subjek sejarah antara subjek yg ermm slalu FAIL 😂 Tp peliknya lpeas abs sek bole plak suka nelawat tmpt2 sejarah..

    ReplyDelete
  4. Menarik istana lama. memang patut dijaga dan dibuka semula. Seni bina yang lama sangat mahal valuenya dan cantik. Pernah pergi Muzium Terengganu yang besar tu. Itupun rombongan sekolah :)

    ReplyDelete
  5. abg fairusmamat kata gerbang tu bukan afamosa yg sebenarnya., namanya gerbang santiago., huhuhu

    selamat hariraya maaf zahir batin dari wak yg jauh dimata., ;p

    ReplyDelete
  6. syg nyaaa terbiar..kalau tak mesti cantik jaaa kan? :)

    ReplyDelete
  7. Teringinnya pergi Terengganuuu

    ReplyDelete
  8. teringin nya nak pegi, nak tgk dalam2 setiap pelusuk...

    ReplyDelete
  9. Ini kalau dibaik pulih, betul-betul maintain dan buka pada public, boleh jadi tarikan pelancong kan...

    ReplyDelete
  10. sayangnya dibiarkan usang begitu je. patut pihak bertanggungjawab selenggara dan jadikan sebagai muzium tempat warisan. Boleh jadikan tempat tarikan pelancong berkunjung.

    ReplyDelete
  11. Alahai sayang betul. Tapi tulah, kat semenanjung Malaysia ni boleh dikatakan negeri yang betul-betul pelihara warisan sejarah dia, negeri Melaka je. Lain banyak yang ke laut

    ReplyDelete
  12. Alahai.. Sayangnya istana ini dibiarkan reput tanpa usaha baik pulih.. Kalau dijadikan muzium pun bagus.. Bukan senang nak tengok binaan lama yang bertahan sampai ke hari ini.. Lama-lama ditelan waktu dan hilang terus..

    ReplyDelete
  13. kalaulah sy ada byk duit sy beli istana ni... sy buat cantik2... tp bkn utk resort...sblk nya buat tatapan generasi akan dtg... syg kalau benda mcm ni dibiarkan dimakan anai anai dan ditenggelami lalang


    p/s kalau nk merayau 1 melaka roger sy tau!

    ReplyDelete
  14. Baru terbaca kisah istana ni kat Facebook. Kan sayangnya terbiar gitu je. Patutnya boleh dibaik pulih untuk dijadikan tarikan pelancong. akak pun suka baca kisah2 bangunan bersejarah macam ni. wpun usang tapi senibina dia tu, susah nak dicari zaman skrg ni. sayang kalau dibiarkan mereput begitu je.

    ReplyDelete
  15. Pernag beberapa kali terserempak istana lama ini di FB tapi baca sambil lalu begitu saja. Sayang sungguh khazanah berharga ini terbiar begitu saja. Kena ada usaha untuk menyelamatkan tapak warisan ini.

    ReplyDelete
  16. Elok kerajaan negeri mengambil langkah untuk memulihara Istana tersebut. Sekiranya sudah roboh, apa pun tak berguna lagi.

    ReplyDelete
  17. Satu masa nanti bila dah boleh rentas negeri bolehlah pergi jelajah melaka...

    Bangunan lama seperti istana ini seeloknya dipelihara kerana ianya merupakan satu khazanah. Sayang kalau ianya terbiar macam itu saja.

    ReplyDelete
  18. Pernah baca beberapa tahun lepas pasal ni. Istana tinggal. Bila dah lama, entah apa yang berkampung kat situ.

    ReplyDelete
  19. Senibina istana macam ni boleh dilihat dalam cerita sejarah Thailand, disana dijadikan studio untuk perfileman.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)