Monday, 3 May 2021

Pengalaman Masuk Hospital

Pengalaman Masuk Hospital | Siapa sini pernah masuk hospital? Ala masuk hospital bukan sebab melawat orang sakit, tapi diri sendiri yang menjadi pesakit. 


Aku pernah masuk hospital masa tingkatan lima (2014). Walaupun duduk dua hari satu malam sahaja, pengalaman tu tetap segar dalam ingatan! 

Sebelum ini, aku selalu saja tidur dalam wad sebab teman arwah mak masa sakit. Boleh dikatakan hospital dah jadi rumah kedua sebab arwah mak selalu pergi hospital untuk checkup penyakit kanser, buat kimoterapi dan sebagainya. 

Dari Hospital Dungun ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan akhir sekali Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di Kelantan. 

Best ke masuk hospital?

Tidak bagi aku HAHAHA. Siapa saja yang suka bila sakit kan? 

Sebab apa masuk hospital?

Dan aku masuk hospital sebab disyaki demam kencing tikus.

Macam mana boleh demam panas?

Aku mula demam panas lepas balik kem untuk calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Waktu malam aku akan terjaga dari tidur sebab rasa serabut, rasa bising sangat dalam bilik dan rasa macam ada orang tengah main bola jaring padahal tak ada pun.

Pagi itu aku pergi sekolah macam biasa tapi sampai saja dalam kelas, aku duduk atas kerusi dan terus tertidur. Tapi aku tertidur sambil mengalir air mata. Aku takut nak pergi hospital ya, kawan kawan dah puas membebel suruh pergi tapi aku degil. Sampailah pagi aku tertidur, classmates senyap senyap pergi beritahu guru kelas. 

Apa lagi, guru kelas pun bertegas suruh pergi hospital. Pasal kenderaan, jangan risau sebab van sekolah akan hantarkan. Maka, selamatlah aku sampai ke hospital walau dalam keadaan tidak rela. Tapi nasib baik aku tidak keseorangan, classmate aku pun ada ikut sekali sebab dia ada nak ambil ubat. 

Tunggu punya tunggu, sampailah giliran aku. 

Aku dapat doktor Cina. Dia terkejut masa tengok bacaan suhu badan aku sebab cecah 40 darjah Celcius. Dia tekan tekan perut aku, tanya ada cirit birit tak dan aku jawab ada. Terus dia tulis something atas kertas dan cakap dekat aku, aku kena masuk wad. 

Reaksi aku? Memang menangis lah HAHAHA. Siap merayu dengan doktor tak nak masuk wad, nak makan ubat tapi tangisan aku tetap tak berjaya. Doktor tetap suruh masuk wad juga. 

Doktor Melayu yang ada dalam bilik rawatan gelak besar bila doktor Cina tak layan rayuan aku. Cisss kurang asam jawa betul! HAHAHAH.

Aku keluar bilik doktor, aku sambung menangis dekat classmate aku yang pergi sekali dengan aku. Mujurlah classmate aku perempuan. Tak malu mana nak menangis hahaha. 

Classmate call warden untuk update pasal aku. Aku pun call abang kedua aku pakai public phone. Menangis lagi masa call abang aku. Memang menangis lah kerja aku pada masa itu HAHAHA.

Masuk wad terus tukar uniform. Classmate balik untuk kemas barang keperluan aku masa di hospital. Petang itu juga, kakak sulung, kakak kedua, abang ipar, abang kedua, anak saudara semua datang melawat. 

Abang ipar duduk luar sebab jaga anak saudara yang tak lepas masuk wad sebab masih dibawah umur.

Semua macam tak percaya aku masuk hospital. Tak rajin rajin dalam sejarah keluarga aku, demam sampai kena masuk hospital huhuhu. 

Aku sendiri tak terkira berapa belas botol ubat (aku panggil botol ubat yang biasa sangat kalia tengok kalau di hospital) yang masuk dalam badan aku. Botol ubat yang itu okey lagilah, tak sakit pun. Datang botol ubat kencing tikus, ya Allah ya Rabbi, sakit dia tak boleh bawa berbincang.

Makin laju air ubat masuk dalam badan, makin sakit! Nurse lajukan sebab nak suruh habis cepat cepat. Total botol ubat untuk lawan kencing tikus ada tiga botol saja tapi seksa dia memang sakit. Sampai bengkak tangan aku. Dari tangan kiri ke tangan kanan lepas tu kiri pula. 

Bila nurse tak nampak, aku perlahankan kelajuan ubat hehehe. Boleh tenang sikit. Tapi bila nurse datang check, dia akan membebel sebab kantoi aku perlahankan kelajuan air ubat tersebut πŸ˜†

"Patient Atiqah, awak buat apa?

Masa ini dia perasan tangan aku tengah cuba perlahankan kelajuan ubat kencing tikus lepas nurse lajukan semula.

"Patient Atiqah, jangan perlahankan, biar ubat masuk laju laju. Cepat habis sikit."

Dan sampai sekarang aku masih ingat ayat nurse tersebut beserta renungan tajam dia  :')

Ambil darah almost sepuluh kali sebab nak check aku demam kencing tikus ataupun tidak. Tapi Alhamdulillah, aku demam panas biasa sahaja. Tapi ubat lawan kencing tikus dah selamat masuk dalam badan aku HAHAHA. 

Makan minum? Aku tak makan pun makanan hospital sediakan, tak ada selera. Awal awal lagi aku dah bagitahu nurse, tak payah letak makanan atas meja aku sebab aku tak nak. Walaupun kena bebel dengan nurse sebab tak nak makan, nurse tetap tinggalkan buah untuk aku.

Tak nak makan nasi pun tak apalah janji makan buah. Baru cepat sihat. Abang kedua aku pun belikan milo ais dan roti untuk aku makan dan minum. Bolehlah janji perut tak kosong dan tak masuk angin.

Part sedikit best bila masuk wad ialah aku masuk wad dengan tangan kosong, tapi bila aku keluar wad, aku bawa balik almost RM 100.00. Datang dari mana duit RM100 tersebut? Datang dari pelawat hospital yang datang jenguk kaum keluarga, lepas itu ternampak aku patient paling muda dalam wad. 

Semua pakat tanya, "Sakit apa?", "Tumpah darah ke?" 😳 Whattttttttt tumpah darah? Terkejut kita hahaha. 

Hari kedua, aku excited menunggu keputusan doktor sama ada aku dah boleh keluar ataupun masih kena tahan. Masa ini dah rasa segar sikit, nurse check suhu badan pun dah turun dah, tak cecah 40 darjah Celcius dah. 

Alhamdulillah lagi sekali, doktor bagi aku keluar lepas aku berjanji untuk makan ubat sampai habis. Seronok boleh keluar wad rasa macam nak terbang ke awan, kahhh! 

24 comments

  1. tak pernah masuk hospital tapi pernah ada pengalaman warded masuk air dekat klinik UTM je..memang tak best sebab susah nak ke sana-sini dengan beg air tu..nak gi toilet, gi surau semayang, susah...huhu..maka jagalah kesihatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Cik Sun, susahnya nak mandi, solat dengan beg air tu. Kemana mana kena bawak beg air tu πŸ˜‚

      Delete
  2. Hihihi, kelako sedih cerita Atiqah ni. Eh, memang nurse akan panggil pesakit macam tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe haah Sk, time saya haritu dia panggil patient Atiqah. Tapi orang lain dia panggil makcik, akak macam tu je πŸ˜‚

      Delete
  3. Hahaha tiqah tiqah.. Selama k ret msk spital.. X terpk nkndjust air tu.. πŸ˜…πŸ€£ Dok spital byk tido je.. Makan tido makn tido hahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA sebab sakit kak ret bila unat kencing tikus tu masuk dalam badan kita, boleh rasa dia masuk 🀣 Sebab tu pulun kita slow kan, biar ubat tak rushing masuk hahahahaha.

      Part tidur tu memang dahh, tak tahu nak buat apa, memang tidur lah jawabnya 🀣🀣

      Delete
  4. wak pon penah masuk wad tapi xlah smpi overnight.. yg penting sihat pastu.. πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya satu malam je bermalam, nak bermalam malam tak sanggup wakk hahaha

      Delete
  5. 3x masuk wad - 2x demam denggi, 1x operate..warded kt private hospital, bab makan mmg best, boleh pilih menu..hehe..

    tumpah darah?? perghh..mulut takde insuran..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua kali masuk sebab denggi, demam denggi boleh menyerang acap kali ke once kita dah pernah kena dulu? Ohhhhhh private hospital memang best sebab boleh pilih menu, kita hospital kerajaan je masa tu HAHAHA

      Delete
    2. first time kena tahun 90an, 2nd time thn 2017..kalau kena gigit dgn nyamuk aedes mmg boleh kena denggi lg walaupun dh pernah kena dulu..

      Delete
  6. Pernah masuk wad. Sebab rabia buat pembedahan jantung berlubang dkt IJN.

    ReplyDelete
  7. Kencing tikus bahaya kan? Nasib baik dikesan awal-awal. Alhamdulillah akak tidak pernah masuk wad. Harap-harap rekod bersih sampai mati.

    ReplyDelete
  8. Akak dgn wad ni dh mcm rumah kedua..keluar masuk..spital yg dekat(kulim) dan yg jauh( sultanah bahiyah)
    Kalau nk citer suka duka memang tak habis hehe.
    Akak ni ada penyakit kencing manis darah tinggi,batu dlm hati,saluran kejantung tersumbat..
    MRI,ECG,ENDOSKOPI,..Semua tu dh dilalui

    ReplyDelete
  9. Tinggi betul suhu tu. seram masuk hospital ni macam macam fikir dalam kepala ni dengan menahan rasa sakit lagi kan. Alhamdulillah setakat ni saya tak pernah lagi sakit masuk hospital. Setakat pernah jaga pesakit kat hospital je.

    ReplyDelete
  10. mak aiiii tingginya suhu... x dpt sy nk byg kan keadaannya...

    x penah kena msk wad tp penah temankan mak dulu. rs terseksa jg laa esp waktu mlm sbb x dpt lelap bising sn sini heheheh

    ReplyDelete
  11. Masuk hospital sekolah rendah jela dulu sebab kes saluran hidung tersumbat. Ada kacang ke apa ntah. Harap takdela masuk hospital lagi melainkan sebab bersalin. Lol

    ReplyDelete
  12. Tingginya suhu! Alhamdulillah, semuanya dah ok, kan. Risau pula bila baca tang kencing tikus tu.

    ReplyDelete
  13. Lucu pula baca cerita sampai nangis-nangis tak mau masuk wad. Tapi syukurlah,kembali sihat seperti biasa. Memang bahaya penyakit kencing tikus tu... rupanya disyaki!

    ReplyDelete
  14. Ishhh,seram ehhh demam kencing tikua tu..tapiii lawak laaa Atiqah ni! Hahahahaahahahah.

    Akk penah gak masuk wad masa kecik2 sebab darahhh akk mcm beku.. habes 1 badan lebam2.. sampai sebulan duduk kat wad.. hahahahaha

    ReplyDelete
  15. Awat jadi tikua pulak. Tikus laaa.hahaha

    ReplyDelete
  16. Husband pernah kena demam tikus ni. Time tu tinggal lagi seminggu jer nak kahwinπŸ˜….

    ReplyDelete
  17. hahahahaa ya Allah terhibur baca part kene bebel dengan nurse tu. nakal betul XD

    ReplyDelete
  18. Hahaha.. Kelakarlah Atiqah.. Tapi faham je perasaan tak suka masuk hospital tu.. hehehe..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)