Sunday, 9 May 2021

Selamat Hari Ibu!


Selamat Hari Ibu untuk semua ibu ibu di luar sana! Sebagaimana kita sedia maklum, sambutan Hari Ibu di Malaysia akan disambut pada setiap hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei, maka 09 Mei 2021 merupakan tarikh Hari Ibu bagi tahun ini.

Pada setiap tahun, setiap anak pasti menunggu ketibaan Hari Ibu dan Hari Bapa bagi menghargai pengorbanan ibu bapa mereka yang telah banyak berjasa membesarkan mereka.

Bagi anak anak yang sudah kehilangan ibu atau bapanya, pasti perasaan sedih membelenggu dirinya. Rasa sedikit cemburu apabila melihat kawan kawan menyambut Hari Ibu bersama ibu masing masing sedangkan diri kita sendiri sudah tiada ibu untuk diraikan. 

Tidak mengapa, jangan bersedih dan jangan cemburu. Setiap yang hidup pasti akan mati. Antara cepat atau lambat sahaja, lambat laun kita akan tetap pergi menemui PenciptaNya. 

Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk anak anak yang sudah kehilangan ibunya? Kita boleh mendoakan untuk mereka yang telah pergi. Doa bukan hanya Hari Ibu, tapi berdoalah setiap hari dan setiap kali selesai solat fardhu. Moga moga Allah perkenankan doa kita. 

Syurga di bawah telapak kaki ibu.

Ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata:
"Wahai Rasulullah, saya ingin berjihad menegakkan agama Allah."

Rasulullah bertanya,
"Adakah ibumu masih hidup?"

Jawab lelaki tersebut,
"Ya."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tetaplah engkau berada dekat dengan kaki ibumu, di sanalah syurga berada."

(Riwayat At - Thabrani)

Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu memang tidak dapat diukur dan dibandingkan dengan apa benda sekalipun. Satu kisah dan iktibar yang dipetik daripada hadis Riwayat Al Bukhari iaitu kisah Juraij bersama ibunya yang menunjukkan betapa ampuhnya doa seorang ibu yang dekat dengan Allah s.w.t, doanya akan dikabulkan dengan segera.

Berdasarkan hadis hadis itulah, Islam mengangkat tinggi darjat seorang ibu berbanding seorang ayah dalam memperoleh pengabdian anak kepada diri masing masing. 


Kepada arwah ibuku, Hasfiah binti Othman,
Selamat Hari Ibu! 

Walaupun ma dah tiada di dunia, tapi setiap tahun adik tetap akan ucap Selamat Hari Ibu untuk ma. Hanya doa yang mampu dihulurkan untuk ma yang berada di alam kubur sana. Moga moga doa yang dititipkan oleh setiap anak anakmu dapat membantu ma di alam sana.

Dan terima kasih ya Allah untuk 12 tahun, Engkau pinjamkan dan hadirkan Hasfiah binti Othman sebagai ibuku. 12 tahun yang cukup bermakna 💜

14 comments

  1. Al Fatihah buat arwah ibu Hasfiah binti Othman. Moga rohnya tenang di sana bersama hamba-Nya yang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih kak amie :)

      Delete
  2. Hanya kenangan dan doa dapat dititipkan.
    Semoga roh arwah tenang di sana. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan terindah kak NA.
      Aamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih kak NA :)

      Delete
  3. Alfatihah buat arwah ibu Atiqah. Semalam alhamdulillah sempat rai dengan beberapa slice kek dr SR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnyaaa boleh celebrate! Selamat hari ibu untuk ibu AO :)

      Delete
  4. Alfatihah buat ibu atiqah . Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih CCL :)

      Delete
  5. Alfatihah buat ibu atiqah.Semoga kenangan itu tak pernah akan hilang

    ReplyDelete
  6. Alfatihah buat arwah ibu Atiqah, Hasfiah binti Othman

    Pengorbanan seorang ibu melahirkan dan membesarkan anak tak ternilai harganya.

    ReplyDelete
  7. Jgn lupa sedekahkan doa setiap hari utk mama tikah. Inshaallah doa sepantas kilat sampai ke sana.

    ReplyDelete
  8. Al fatihah buat arwah ibu Atiqah, Hasfiah binti Othman..
    semoga rohnya sentiasa dirahmati Allah..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)