Berkesempatan untuk merasa dan mencuba aiskrim keluaran terbaru dari Family Mart iaitu GSC Caramel Popcorn Sofuto. Bila sebut je caramel memang dah terbayang-bayang dah kemanisan aiskrim tu! Dan memang betul, memang manis. Tapi bagi aku manis dia tu acceptable hehe. Tak adalah manis do'oh. Aiskrim ni merupakan kolaborasi antara Family Mart dan GSC Cinema. That is why ada terselit popcorn.
Haaaa begitulah rupanya. Ada dijual di dalam cup (RM4.90) dan juga cone (RM3.90). Harga cone murah sikit daripada harga dalam cup. Tapi aku lagi suka beli dalam cup sebab tak meleleh-leleh. Kalau beli cone kena makan cepat-cepat sebab nanti meleleh-leleh sampai kena baju. Aku ni makan tak cepat sangat, tak lambat sangat juga tapi selalunya lah kalau beli cone memang menitik-nitik atas baju kerja aku.
Social Icons