Wednesday, 25 January 2023

Family Mart x GSC Caramel Popcorn Sofuto

Family Mart x GSC Caramel Popcorn Sofuto

Berkesempatan untuk merasa dan mencuba aiskrim keluaran terbaru dari Family Mart iaitu GSC Caramel Popcorn Sofuto. Bila sebut je caramel memang dah terbayang-bayang dah kemanisan aiskrim tu! Dan memang betul, memang manis. Tapi bagi aku manis dia tu acceptable hehe. Tak adalah manis do'oh. Aiskrim ni merupakan kolaborasi antara Family Mart dan GSC Cinema. That is why ada terselit popcorn.

Family Mart x GSC Caramel Popcorn Sofuto

Haaaa begitulah rupanya. Ada dijual di dalam cup (RM4.90) dan juga cone (RM3.90). Harga cone murah sikit daripada harga dalam cup. Tapi aku lagi suka beli dalam cup sebab tak meleleh-leleh. Kalau beli cone kena makan cepat-cepat sebab nanti meleleh-leleh sampai kena baju. Aku ni makan tak cepat sangat, tak lambat sangat juga tapi selalunya lah kalau beli cone memang menitik-nitik atas baju kerja aku.

Jadi, to be safe beli dalam cup! Banyak pun banyak! Apa rasa? Macam aku cakap tadi, manis! Tapi aku suka! Popcorn dia memang sebijik rasa popcorn beli kat panggung wayanglah. Tapi tak banyaklah dia letak, buat raso-raso gitu. Aku tak suka mana popcorn letak dalam aiskrim macam tu sebab popcorn tu jadi lembik, macam lemau gitu. Tak crunchy. Tapi dah ada kan? Makan jelah sekali.

Untuk hari ini aku tak pasti promosi aiskrim ni masih ada ke atau dah habis. Hari Ahad tempoh hari aku nak beli aiskrim ni dekat Family Mart NU Sentral tapi staff situ cakap dah habis. Tu promosi lama punya. Padahal aku beli (gambar atas) ni hari Khamis minggu lepas jugak. Tapi malas nak banyak songeh, aku proceed beli aiskrim chocolate je. 

4 comments

  1. itulah hajatnya nak beli tapi sebab manis potong kaki tu yang tak jadi. nanti pening pulak

    ReplyDelete
  2. Popcorn dengan aiskrim? Gabungan yang tak pernah terfikir.

    ReplyDelete
  3. Nampak haritu tapi tak Terasa nak beli pulak 😂

    ReplyDelete
  4. comel! cari merata tp dah tak jumpa

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)