Sunday, 1 January 2023

Selamat Datang Tahun 2023!

Pejam celik pejam celik dah masuk hari pertama bagi tahun 2023! Happy New Year! Dah masuk tahun baru, maka bertambah satu tahun usiaku. Baru 10 Oktober tempoh hari sambut birthday yang ke-25, tup-tup masuk 01 Januari 2023 dah jadi 26 tahun walaupun belum official. Lagi empat tahun akan jadi 30 tahun. Unbelievable. 


Selamat Datang Tahun 2023!


Dari Atiqah Najihah 2022 kepada Atiqah Najihah 2023,


"Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah, diberikan kesihatan tubuh badan yang baik, dipermudah segala urusan, rezeki, pekerjaan, kehidupan, jodoh dan juga kematian kelak. Semoga dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t. selalu. Semoga dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, dijauhkan daripada sebarang malapetaka dan penyakit yang berbahaya dan semoga terus tabah menghadapi sebarang ujian yang berlaku dalam hidup."


Kepada sesiapa yang membaca entri ini, aku doakan benda yang sama jugak kepada korang semua. Sesungguhnya perancangan Allah s.w.t. itu yang terbaik. Allah s.w.t tidak akan bagi apa yang kita mahu, tapi Allah s.w.t. akan bagi yang terbaik untuk hambaNya. Semoga terus sabar dalam meniti kehidupan pada hari ini, esok dan seterusnya.


Cakap pasal tahun baru kan, mestilah tak lupa nak tengok public holiday bagi tahun 2023. Mesti excited nak tahu bila puasa, bila raya puasa, bila raya haji kan kan kan?


Cuti Umum 2023


01    Januari

  1. Ahad, 01 Januari 2023: Cuti Tahun Baru (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
  2. Isnin, 02 Januari 2023: Cuti Tahun Baru (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
  3. Sabtu, 14 Januari 2023: Hari Keputeraaan YDPB Negeri Sembilan (Negeri Sembilan)
  4. Ahad, 22 Januari 2023: Tahun Baru Cina (Semua negeri)
  5. Isnin, 23 Januari 2023: Tahun Baru Cina (Semua negeri)
  6. Selasa, 24 Januari 2023: Tahun Baru Cina (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)


02    Februari

  1. Rabu, 01 Februari 2023: Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
  2. Ahad, 05 Februari 2023: Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)
  3. Isnin, 06 Februari 2023: Hari Thaipusam (Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)
  4. Sabtu, 18 Februari 2023: Israk dan Mikraj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu)
  5. Ahad, 19 Februari 2023: Israk dan Mikraj (Terengganu)


03    Mac

  1. Sabtu, 04 Mac 2023: Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
  2. Ahad, 05 Mac 2023: Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
  3. Khamis, 23 Mac 2023: Awal Ramadhan (Johor, Kedah & Melaka)
  4. Khamis, 23 Mac 2023: Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)


04    April

  1. Jumaat, 07 April 2023: Good Friday (Sabah & Sarawak)
  2. Sabtu, 08 April 2023: Nuzul Quran (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
  3. Ahad, 09 April 2023: Nuzul Quran (Kelantan & Terengganu)
  4. Sabtu, 15 April 2023: Hari Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)
  5. Sabtu, 22 April 2023: Raya Aidilfitri (Semua negeri)
  6. Ahad, 23 April 2023: Raya Aidilfitri kedua (Semua negeri)
  7. Isnin, 24 April 2023: Raya Aidilfitri hari kedua (Semua negeri kecuali Johor & Kedah)
  8. Rabu, 26 April 2023: Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu)


05    Mei

  1. Isnin, 01 Mei 2023: Hari Pekerja (Semua negeri)
  2. Khamis, 04 Mei 2023: Hari Wesak (Semua negeri)
  3. Rabu, 17 Mei 2023: Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis)
  4. Isnin, 22 Mei 2023: Hari Hol Pahang (Pahang)
  5. Selasa, 30 Mei 2023: Pesta Keaamatan (Labuan & Sabah)
  6. Rabu, 31 Mei 2023: Pesta Keaamatan hari kedua (Labuan & Sabah)


06    Jun

  1. Khamis, 01 Jun 2023: Hari Gawai (Sarawak)
  2. Jumaat, 02 Jun 2023: Hari Gawai kedua (Sarawak)
  3. Isnin, 05 Jun 2023: Hari Keputeraan YDP Agong (Semua negeri)
  4. Ahad, 18 Jun 2023: Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah)
  5. Rabu, 28 Jun 2023: Hari Arafah (Kedah & Terengganu)
  6. Khamis, 29 Jun 2023: Hari Raya Aidiladha (Semua negeri)
  7. Jumaat, 30 Jun 2023: Hari Raya Aidiladha hari kedua (Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)


07    Julai

  1. Jumaat, 07 Julai 2023: Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
  2. Sabtu, 08 Julai 2023: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
  3. Rabu, 19 Julai 2023: Awal Muharram (Semua negeri)
  4. Sabtu, 22 Julai 2023: Hari Sarawak (Sarawak)
  5. Ahad, 30 Julai 2023: Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang)
  6. Isnin, 31 Julai 2023: Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang)


08    Ogos

  1. Rabu, 23 Ogos 2023: Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor)
  2. Khamis, 24 Ogos 2023: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka)
  3. Khamis, 31 Ogos 2023: Hari Kebangsaan (Semua negeri)


09    September

  1. Sabtu, 16 September 2023: Hari Malaysia (Semua negeri)
  2. Ahad, 17 September 2023: Hari Malaysia (Kelantan & Terengganu)
  3. Khamis, 28 September 2023: Maulidur Rasul (Semua negeri)


10    Oktober

  1. Sabtu, 07 Oktober 2023: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah)
  2. Sabtu, 14 Oktober 2023: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak)


11    November

  1. Sabtu, 11 November 2023: Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)
  2. Ahad, 12 November 2023: Hari Keputeraan Sultan Kelantan hari kedua (Kelantan)
  3. Ahad, 12 November 2023: Hari Deepavali (Semua negeri kecuali Sarawak)
  4. Isnin, 13 November 2023:  Hari Deepavali cuti am tambahan (Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Sarawak & Terengganu)


12    Disember

  1. Isnin, 11 Disember 2023: Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor)
  2. Ahad, 24 Disember 2023: Krismas (Sabah)
  3. Isnin, 25 Disember 2023: Krismas (Semua negeri)


Sumber: https://www.kabinet.gov.my/bkpp/pdf/hari_kelepasan_am/hka_2023.pdf


Jadi, dah tahu cuti bila ni dah boleh dah rancang percutian kan? Aku macam berhasrat nak pergi melancong ke Langkawi dan Hatyai! Masih dalam perancangan. Nak kena buat calculation betul-betul hehehe. Apa-apapun, Selamat Tahun Baru untuk semua orang!

6 comments

  1. Happy New Year 2023!
    tahun ni banyak cuti. boleh dah buat perancangan :-)

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru 2023 & selamat bercuti juga 😁💕

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru 2023 Atiqah! Semoga segala impian awak tercapai

    ReplyDelete
  4. Happy new year! Saya yang baru masuk mid-20s ni pun rasa unbelievable. May all of your wishes come true! :D

    ReplyDelete
  5. selamat thn baru tiqah.. dh rancang pun, hehehe

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)