Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Sunday, 29 August 2021

Kuiz Sempena Hari Kemerdekaan Negara ke - 64

Dekat dekat nak merdeka ni, macam macam jenis kuiz muncul. Jadi bila dah ada kuiznya, kita pun dengan senang hati cuba menjawab. Nak tengok sejauh manakah tahap pengetahuan kita tentang kemerdekaan negara. Tapi serious talk, memang banyak benda dah aku lupa.

Sebelum sebelum ni bukan main lagi ya seketul atiqah najihah cakap suka sejarah, suka sejarah. Nah sekali bila jawab kuiz pasal kemerdekaan negara, hancur. Dah lupa semuanya. Apa benda yang ingat pun tak tahulah. Dulu masa sekolah, pantang ditanya oleh cikgu yang mengajar subjek Sejarah, memang laju je mulut menjawab dengan betul. 

Tapi tadi masa jawab kuiz, terkerut kerut dahi memikirkan jawapan apa yang betul HAHAHA. Dan hasilnya bolehlah tengok gambar dibawah hehehe.


Aku berjaya menjawab 14 soalan dengan betul dan salah 11 soalan. Yang betul itupun soalan-soalan senang, memang semua orang tahu jawapannya. Contoh soalannya, siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia, berapakah jalur putih dan merah dalam bendera Jalur Gemilang, tahun bilakah Malaysia merdeka, berapa lamakah Malaysia sudah merdeka dan sebagainya.

Memang senang. Kalau soalan begitu pun boleh salah, boleh dah slow slow tukar kewarganegaraan. Okeyy kita gurau hehehe.


Confident level seketul atiqah najihah tinggi sungguh ya bila aku jawab lima bilah keris dalam jata negara itu mewakili lima prinsip Rukun Negara. Mentang-mentang Rukun Negara ada lima, ingat lima bilah keris itu mewakili Rukun Negara lah? Salah ya teman teman. Lima bilah keris itu sebetulnya mewakili Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Friday, 27 August 2021

Poster Kemerdekaan Malaysia Prihatin Part II

Sambungan daripada entri lepas. Baca disini: Poster Kemerdekaan Malaysia Prihatin Part I

Ingat nak jadikan satu entri je tapi macam panjang sangat dah entri sebelum ni. Jadi, apa salahnya kita jadikan dia menjadi dua entri kikiki. Dah dipaksa buat poster kemerdekaan, benda pertama kita kena tahu ialah tema merdeka pada tahun ini. Kita tengok juga requirement pertandingannya apa. 

Mula mula kakak aku cakap buat ala kadar sahaja. Senang kata, buat syarat je. Menang kalah tak peduli. Yang dia peduli, merit. Memandangkan dia tengah housemanship, jadi ada merit kalau dia masuk sebarang pertandingan yang dianjurkan oleh hospital tempat dia bekerja. 

Aku ni tak ada idea nak buat poster macam mana sebab memang tak pernah buat poster kemerdekaan ni. Gigih search di google contoh contoh poster kemerdekaan yang pernah orang lain buat sebelum ni. Buka Tiktok, nampak ada seorang perempuan ni ajar macam mana cara nak buat poster menggunakan canva. Bukan main ya siap download lagi video Tiktoknya sebab senang nak buat rujukan masa buat poster nanti. Dah semangat dah bila dah tahu nak buat poster apa, pergilah ke website canva. Maka terhasil lah poster pertama aku seperti gambar di bawah.


Mula-mula sedih sebab akaun canva aku tak premium. Kiranya tak boleh access semua gambar. Kalau nak access semua gambar, akaun kena jadi Canva Pro. Sedih. Kita dah excited nak buat tapi gambar yang kita nak tu tak boleh guna. Kalau gambar free itu ada, tapi tak cantik. Macam low resolution gitu. Senang kata, memang tak cantiklah.

Thursday, 26 August 2021

Poster Kemerdekaan Malaysia Prihatin Part I

Mood malas makin menjadi jadi lepas cucuk suntikan kedua vaksin tempoh hari. Tak tahu mana pergi mood rajin aku. Alhamdulillah, dua tiga hari lepas cucuk baru rasa sihat. Dont worry, hari ini dah sihat sepenuhnya. Perasan sungguh seketul atiqah najihah, ingat ada orang risau dekat dia ya kikiki.

Hari ini nak cakap pasal kemerdekaan negara. Tak lama dah kan negara kita iaitu Malaysia nak sambut Hari Kemerdekaan yang ke - 64. Pejam celik, pejam celik, hampir mencecah 64 tahun negara kita bebas daripada penjajah-penjajah yang pernah datang menjajah Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Nak cakap pasal sejarah kan, mahu mengantuk semua yang membaca entri ni nanti.

Jadi, kita skip pasal sejarah negara. Kita cakap pasal poster kemerdekaan. Ya, poster kemerdekaan. Antara aktiviti-aktiviti yang selalu dianjurkan atau dipertandingkan dalam bulan kemerdekaan termasuklah membuat poster kemerdekaan mengikut tema tahun tersebut. 

Bukan aku yang masuk pertandingan membuat poster kemerdekaan, tetapi kakak ketiga aku. Hospital di tempat dia bekerja ada anjurkan pertandingan sempena hari kemerdekaan negara iaitu pertandingan membuat poster kemerdekaan dan mendeklamasikan sajak.