Monday, 21 February 2022

Konvokesyen UITM Yang Ke-95 Pada Bulan Disember

Finally, setelah sekian lama, dapat tahu jugak bulan berapa aku akan konvokesyen bagi pengajian ijazah sarjana muda. Kalau ikutkan jadual asal (kalau tak silap), aku sepatutnya konvo pada bulan Disember 2021. Tapi faham-faham sajalah. Musim Covid yang tak tahu bila akan habis, memang postponed lah jawabnya. 


Tup tup last week dapat tahu yang batch aku akan konvokesyen pada bulan Disember. Itupun kalau tak ditangguhkan lagilah sebab dua tiga hari lepas konvokesyen yang ke-93 yang dijadualkan akan berlangsung pada 02 March hingga 23 March 2022 ditangguhkan ke Jun - Julai 2022. 



Jadi aku yang dijangka bulan Disember ni, kalau ditangguhkan lagi, mungkin tahun 2023 lah kot baru konvo. Berjanggut jugaklah menunggu tapi apa boleh buat kan? Cumanya harapan aku, janganlah bagitahu last minit kalau ditangguhkan. 


Macam kes konvokesyen ke-93 yang ditangguhkan ni, ada baca ramai pelajar yang burn tiket flight Sabah Sarawak, tiket bas dan sebagainya sebab tiba-tiba ditangguhkan. Bukan murah ya tiket flight tu nak nak zaman sekarang, semuanya ada masalah kewangan. Yang tak ada masalah kewangan tak apalah. 

 


Boleh check senarai nama disini: 
Konvoksyen UiTM ke-95 


Jenuh mencari nama, sampai rasa nak juling biji mata mencari nama diri sendiri, rupa-rupanya ada butang find. Hampeh betul lah hahaha.Tengoklah nama aku tu berada pada nombor berapa. Nombor 7694! Page 140 daripada 601! Jadi bayangkanlah berapa ramai pelajar UiTM yang belum konvo? 31,220! 

13 comments

  1. Tahniah Tiqah!! Heheheh xpe sabar ye.. janji dah abs belajar..
    Insyallah klu takde rzeki dapat la convo nya tu kan :)

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan Atiqah untuk menghadiri konvokesyen nanti.

    ReplyDelete
  3. Tahniah, dah tahu bila nak konvo. Iman ni,bulan disember tahun 2023 nanti baru konvo.

    ReplyDelete
  4. Ramai betul belum konvo.
    Haha kelakar pula cari nama sendiri dalam senarai.
    Apapun semoga dapat hadiri istiadat. Hehe berharga kan untuk ambil skrol.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Atiqah! Saya Konvo-94, moh ler sama-sama menunggu :P

    ReplyDelete
  6. Lama betul tangguh tu. Tulah, dengar bulan Mac ni tiba tiba ditangguhkan pulak. Sebab kes makin naik ni kan..Tak boleh nak jangka. Harap harap kes menurun dah semuanya berjalan lancar. Excited kan, Tak sabar nak konvo. Tahniah Atiqah :)t

    ReplyDelete
  7. Kalau akak jauh dari tmpt konvo, sampai naik flight, memang malass terus dah nak konvo rasanya... Tapi tuhla.. syg tak join.... kenangan sekali sekala aje.. Kan... Apa apa pun, tahniah yeee

    ReplyDelete
  8. wahh, tahniah Atiqah. akak alumni uitm juga tahun 2011 akak convo.

    ReplyDelete
  9. Tahniahh
    Akak sepatutnya konvo jgk tapi tak pergi pun kerja kan .
    Amik di kolej sini jelah scroll diploma janji habis belajar

    ReplyDelete
  10. Hi atiqah, macam mana nak tahu exact tarikh untuk konvokesyen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, itu saya tak pasti sebab covid kan. Kena alert dengan berita terkini daripada uitm lah kot in case nak tahu exact date for konvokesyen. Maaf, sebab tak membantu.

      Delete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)