Monday, 7 February 2022

Target Nak Capai 1 USD Setiap Hari

Dah lama tak cakap pasal Adsense kan? Sejak sejak akaun Adsense dah kembali normal selepas sebulan suspended, aku jadi takut nak post entri pasal anime. Ada terbaca komen daripada Kak Shida yang cakap post entri mengenai anime mungkin menjadi punca Adsense aku mencanak naik selama beberapa hari.

Masuk tahun 2022, aku target nak jadi blogger yang aktif macam tahun lepas sebelum aku dapat kerja. Iyelah masa tu tanam anggur (menganggur) memang banyaklah masa terluang sebab tak ada kerja nak dibuat. Masuk je bulan Oktober, terus tenggelam timbul. Sekejap ada, sekejap tak ada. Busy katakan hehehe. 

Jadi, sekarang dah masuk bulan Februari, aku ada set a new target iaitu nak capai 1 USD pada setiap hari. Boleh ke tidak? Aku pun tak pasti dan tak ada jawapan untuk soalan itu 😂 

Aku tweet di Twitter beberapa hari yang lepas. Jadi, penghujung Februari nanti kita tengok macam mana hasilnya sama ada mencapai objektif or KPI ke tidak. Belum cuba belum tahu. Kalau dah cuba tapi hasil tak memberangsangkan, kena usaha lebih lagi! 

Nota jemari: Apa target 2022 korang dalam dunia blogger ni? 

23 comments

  1. InshaAllah boleh... :)
    Jom sama sama realisasikan impian blog untuk tahun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan izin Allah kan kak naniey hehehe. Nanti kita tengok capai ke tidak hahaha

      Delete
  2. Semoga Allah swt makbulkan doa dan target Atiqah tu, Amiiinnn.

    Akak pun target nak dapat sekurang2nya USD30 sebulan ni, Alhamdulillah, so far dah dapat lebih dari apa yg ditagetkan, cuma kena maintain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh seronoknyaaaa dah capai! Tapi betul tu, kena maintain, kalau tak nanti jatuhh. Moga moga kak Sk terus konsisten! ;)

      Delete
  3. Semoga dapat. Insya Allah.
    Tahun ini akak lebih ke arwah kesihatan. Puasa dan IF.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkejut saya baca 'arwah' ahahaha. Moga moga kak wina dapat capai apa yang kak wina target <3

      Delete
    2. Entah apa-apa hp ini ada auto correct. Hendak tulis 'arah'.

      Delete
  4. Kak Amie tak pernah buat sebarang target UTK dapat USD. Setakat ini biasanya lebih USD45 sebulan. 2 atau 3 bulan sekali dapat tuai hasil.

    ReplyDelete
  5. Good luck Atiqah. Ada jugak target macam tu tapi tulah PV pun sendu. Sedang cuba sedaya upaya ni. Chaiyok untuk kita

    ReplyDelete
  6. Chaiyokk tiqah!! Semoga berhasil! Hehehe...

    ReplyDelete
  7. Semoga Atiqah dapat mencapai target yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  8. Insya Allah, semoga tercapai dan dapat lebih dari target.

    ReplyDelete
  9. Wahhhh, all the best! Agaak susah jugak tuu kalau kat blog akak.. tapi orang cakap, usaha dan usaha kan... Ayuhlahhh

    ReplyDelete
  10. wah good luck. entahlah target blog kita ni macam mana..huhu. nak capai sehari 1usd pun susah. jadi, nak target post entry yang best2 je lah dulu laa kan

    ReplyDelete
  11. Good luck ! <3 Semoga target tercapaii , aamiin :))

    ReplyDelete
  12. Boleh tu, Blog najihah dah memang sangat sangat maju!

    ReplyDelete
  13. Aamiin.. aaminn.. aamiin. In sya Allah boleh.

    ReplyDelete
  14. Pasti boleh. Kena usaha lebih. Semoga tercapai target Atiqah :)

    ReplyDelete
  15. insya-allah aminnn! All the best :)

    ReplyDelete
  16. Nak capai cash out duit from adsense

    ReplyDelete
  17. Good luck.. Aini nk capai 1USD mcm susah.. so chill dulu..hehe

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)