Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, 20 July 2021

Selamat Hari Raya AidilAdha


Selamat Hari Raya AidilAdha semuanya! Moga moga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat seperti sediakala. Walaupun terpaksa beraya dalam rumah saja, tapi raya tetap raya. Raya mesti diraikan. Tapi bila dengar takbir raya, hati tetap terasa sayu. Tak apalah, nak buat macam mana kan? Ujian covid ni ujian Allah untuk kita semua. Nak ke tak nak ke, kita semua kena hadapinya.


Semalam off blogging sebab sibuk buat persiapan nak masak juadah hari raya. Amboi busy betul ya, bukan main buat persiapan bagai hahaha. Buat nasi minyak lauk daging masak merah dengan cheesekut saja. Tak banyak pun. Cukuplah untuk kami berdua makan. 


Amatur masak memang makan masa sikit buat persiapan. Lainlah kalau dah pro memasak, tak payah buat persiapan beriya sangat, tup tup siap hehehe. Alhamdulillah, selamat juga masak nasi minyak walaupun first time masak. 


Beginilah hidup tanpa kakak kedua aku yang jaguh memasak, terpaksa masak sendiri HAHAHA. Kalau tidak, dia yang biasanya memasak untuk juadah hari raya. Kami tolong gitu gitu je. Tapi sambil tolong, sambil dengar dan tengoklah cara dia memasak. Tapi okey saja walaupun kakak kedua aku tak ada sebab at least kami boleh belajar memasak sendiri. Sedap ke tak sedap ke tak ada orang nak condemn. Pak cik google kan ada? Manfaatkan sepenuhnya hehehe. 


Bolehlah daripada tak ada, walaupun daging keras sikit padahal dah rebus almost satu jam. Mungkin cara potong daging kot yang salah? Ke faktor lain? Tapi tak adalah keras sampai boleh tercabut gigi ya hahaha, liat sikit je. Yang lain-lain okey saja.


Apa cara lain untuk bagi daging empuk? Cara yang biasa kami buat ialah rebus daging dan letak air dalam empat kali macam tu. Kami ikut cara kakak kedua buat, tapi still keras. Kakak kedua buat daging jadi empuk je. Kami fikir mungkin cara potong lah kot yang jadi punca daging liat sikit sebab kami potong ikut sesuka hati, tak ada nak ikut urat ke lawan urat ke 😂 


Cheesekut? 


Foresight view

Close view

Menjadi juga tapi macam terlebih susu segar sikit. Kalau makan banyak banyak sekaligus memang muak lah (bagi aku), tapi overall sedap! Eceh puji diri sendiri tapi siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan? Hehehehe. Yang coklat atas tu milo, ingat nak letak nestum tapi macam satu warna je nanti. Jadi, nak nampak ada warna lain, kami letak milo. Optional sahaja, tak nak letak pun tak apa. 

'Kami' read as aku dan kakak ketiga. 

Senang betul buat cheesekut ni, tak payah oven ke microwave ke apa apa lah, hanya perlu blender saja. Bahan bahan pun simple. Biskut, susu segar (pakai dua sudu saja), susu pekat, milo atau nestum (optional) dan akhir sekali cream cheese. 

Rujuk sini: Resipi Cheesekut

Lepas dah buat cheesekut, kepala otak ni terus fikir nak buat apa lagi. Kek batik ke taufu fa ke pudding caramel ke burnt cheese cake ke apa lagi ya? Nak buat kuih muih macam susah sikit sebab takut tak ada kelengkapan alat yang cukup. Yang ada air fryer je. 

Tapi ni berangan jelah sebab kakak aku busy lepas ni. Dia pindah ke department ward. Memang busy. Aku tengok housemate aku yang sekarang tengah duduk di department ward, memang busy gila. 6.15 pagi dah keluar rumah, balik rumah pukul 9.30 malam, kadang-kadang pukul 10 malam. 

Jadi aku dah boleh bayangkanlah kakak aku macam mana nanti hahaha. Lunch dinner seorang diri sajalah, biasa lunch seorang diri, tapi nanti pakej dengan dinner sekali makan seorang diri. Tapi tak apa, tak ada masalah. Small matter ;)

Dari tadi pum pam pum pam cakap pasal aku, sekarang nak tanya juadah hari raya yang tengah membaca entri ini apa pula? 

Wednesday, 12 May 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat yang merayakan pada hari ini.



Hari yang ditunggu tunggu oleh semua orang yang beragama Islam setelah selesai menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan selama 30 hari. Maaf dipinta kepada semua kawan kawan bloggersku sekalian andai kata ada komen dari aku yang mengguris hati kalian.

Alhamdulillah, walaupun beraya dalam keadaan dunia menghadapi pandemik Covid-19, kita tetap harus meraikannya sebagai tanda kemenangan setelah selesai berpuasa pada bulan Ramadhan yang lalu. 

Larangan merentas daerah dan negeri bukanlah penghalang untuk kita meraikan hari raya dengan penuh ceria. Walaupun aku terpaksa bekerja di pagi raya, tapi masih boleh meraikannya di tempat kerja hehehe.

Terlalu banyak benda yang dirindukan. Antaranya rindu nak main bunga api! Dulu dulu main bunga api depan rumah, tak berani nak main mercun sebab takut hehehe. 

Ayah pun tak bagi main mercun sejak kecil lagi, walaupun nak main mercun pop pop pun tak boleh HAHAHA. Padahal lempar atas lantai macam tu je, bukannya macam mercun bola yang memang kena cucuh dengan api. 

Sekarang nak main bunga api pun tak boleh, duduk apartment macam mana nak main hohoho. Tengok dari jauh saja orang main mercun yang tembak ke langit. Yang warna warni itu. Mercun 30 das rasanya namanya hehehe. 

Kuih raya? Dulu tersangatlah rajin buat kuih raya, sekarang kuih raya tunjuk sahaja 😆 Dulu selalulah juga buat tart nenas, kuih dahlia, cornflakes madu dengan biskut coklat. Tapi itu dululah. Masa arwah mak masih ada lagi. 

Terpaling suka, cornflakes madu! Tak sempat hidang hari raya, memang habis dulu HAHAHA. Tart nenas memang wajib dibuat masa arwah mak ada. Siap ambil tempahan lagi. Arwah mak sakit sakit pun tapi masih gigih siapkan tart nenas.

Juadah hari raya? Antara juadah wajib pada hari raya ialah nasi minyak, sate dan kuah kacang. Sate biasa tempah dari orang, pagi raya baru bakar! Memang tugas aku dan abang ketiga bakar sate pagi raya walaupun aku sendiri tak makan sate. Best bakar sate walaupun berasap muka hahaha. 

Lepas arwah mak dah meninggal, kakak kedua lah ambil alih tugas memasak untuk juadah hari raya. Kadang-kadang buat nasi kunyit, kadang-kadang buat nasi dagang, ada juga buat nasi arab. Tengok atas mood kakak kedua aku. Kita tak boleh lawan sebab bukan kita yang memasak hehehe. 

Skill memasak arwah mak turun kepada kakak kedua aku, sebab itu kakak kedua aku ambil alih tugas memasak untuk hari raya lepas pemergian arwah mak. Memang sebiji sama rasa masakan kakak kedua dengan masakan arwah mak. 

Tapi memandangkan kakak kedua tengah berpantang, memang tak larat nak memasak. Lagipun tak boleh merentas daerah juga huhuhu. Tapi untuk tahun ini, kakak ketiga aku semangat nak masak nanti raya! Mentang mentang dia cuti, semangatlah nak memasak. Cuba kalau dia kena bekerja, memang tidak lah nak memasaknya HAHAHA. 

Macam mana persiapan hari raya para pembaca sekalian? Apa juadah wajib disediakan pada hari raya? Soto? Lontong? Rendang? Macam mana dengan kuih raya? Kuih dibuat sendiri atau kuih tunjuk sama macam aku juga? 😂

Apa apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin aku ucapkan sekali lagi kepada semua yang membaca post entri ini. 11 jari disusun memohon kemaafan andai kata ada tersilap bicara. Jangan sedih sedih tak dapat balik beraya, moga moga ada hikmah disebalik yang berlaku ini.

Aku akhiri post entri dengan serangkap pantun yang berbunyi,  
Andai langkah membekas lara,
Ada kata menusuk sukma, 
Ada tingkah menoreh luka,
Maka maafkanlah kesilapan saya.
Meh lawan pantun raya meh 😛

Hari Kedua Bekerja dah Off Day

Hari Kedua dah Off Day | Ya teman teman, hari kedua bekerja dah off day. Off day bukan sebab aku yang minta tapi memang manager yang tetapkan. 10 Mei aku masuk shift petang iaitu pukul 5 petang sampai 2 pagi. Lama tak bekerja, badan asyik relax, tak ada buat kerja berat, jadi bila start kerja semalam, badan macam work shock juga hahaha.


Tak adalah berat sangat kerjanya, sebab aku ditugaskan duduk di bahagian cashier. Fuhhh first day dah kena ambil order customers! Mencabar juga sebab aku tak berapa fasih lagi dengan monitor cashier KFC tu. Menu KFC pun aku ingat ingat lupa 😂


Takut okey jaga bahagian cashier. Kalau duit dalam drawer tak cukup, memang kena potong gajilah jawabnya. Kalau bawah RM 10.00, boleh diterima lagilah. Dah kalau tak cukup sampai mencecah RM 100.00, mahu tak menangis teman teman?


Mula mula masuk blank sekejap sebab tak tahu nak buat apa, lepas itu manager ajar macam mana nak ambil order, eh lepas itu dibiarkan aku seorang diri uruskan cashier. Nervous. Nak ucap "Hai selamat datang, makan sini ke bungkus?" pun terketar-ketar! HAHAHA.


Suara dah macam perempuan melayu terakhir begitu. Tapi bila dah lama lama eh dah hilang suara ayu, suara letih dah keluar. Dia letih sebab tak boleh duduk, kena berdiri selalu. Lenguh pinggang yang utama, lenguh kaki itu biasalah. 


Bila balik kerja dan dapat baring atas katil, ya Allah nikmatnya! Balik kerja terus mandi dan solat isyak. Terus sapu minyak angin biar berangin satu badan! Lagi lena nak tidur. Memang lena sungguhlah sampai terbabas sahur aku :')


Menyesal lah tak sahur masa pukul 3 pagi sebelum tidur tu, tapi apa boleh buat. Terlajak tidur, sampaikan alarm telefon berbunyi pun tak sedar. Sampaikan kakak aku pun terbabas bangun pukul 7 pagi, cepat-cepat pergi mandi dan siapkan diri untuk masuk kerja. Itupun housemate merangkap kawan kakak aku yang kejutkan kami berdua. 


Dia dah pelik tengok bilik kami sunyi sepi saja, mujurlah dia tergerak hati pergi kejutkan kami. Kalau tidak, memang lambatlah kakak aku masuk kerja HAHAHA. Puasa 29 Ramadhan, tahap kelaparan sampai terketar ketar satu badan. Puasa 28 Ramadhan, berbuka makanan yang diberikan oleh KFC iaitu nasi kolonel (nasi ayam), ayam goreng satu ketul, air pepsi dan coleslaw. 


Bukan selera aku makan nasi tak ada lauk, memang makan nasi kolonel dengan ayam goreng semata mata. Tekak aku memang tak boleh nak telan kalau tak ada kuah. Makan nasi kolonel dalam tiga atau empat suap sahaja. Terus aku ratah ayam goreng seketul. Balik kerja, tidur dan terlajak sahur. Kesudahannya, satu badan terketar ketar. 


Memang tak pernah lah terketar ketar satu badan, memang dah cakap dekat kakak, rasa nak berbuka. Memang tak larat, nak muntah pun ada, pening kepala dan macam macam. Tapi Alhamdullilah, berjaya juga tahan diri daripada berbuka waktu tengah hari. 


Eh eh bila dah berbuka 29 Ramadhan, foodpanda rider hantar lambat pula makanan. Kita punyalah order awal awal, pukul 8 lebih baru dapat makanan. Rider ada cakap, dia berbuka sekejap tapi tak expect lah sampai 8 lebih baru dia hantarkan makanan aku. Apa boleh buat, benda sudah berlaku.


Okay kembali kepada pekerjaan, sepanjang jadi cashier, perkataan maaf tak henti henti aku sebut. Minta maaf dekat customers sebab tak jumpa cari menu 😆 Dah tak terbiasa lagi dengan monitor menu, memang tak jumpa carilah menunya. 


Mujurlah customers memahami situasi aku iaitu pekerja baru. Customers siap cakap "Tak apa adik, perlahan lahan, nanti salah tekan menu kena marah dengan manager pula kan."  


Kadang kadang, ada juga tanya pekerja KFC yang lama, dekat mana menu tu terletak. Nasib baiklah pekerja lama tak lokek ilmu nak ajar, walaupun ada yang macam tegas dan berlagak sikit, ala biasalah kan, ala ala senior. Kita junior kenalah bersabar. Tegas semasa bekerja itu biasa. Lepas habis waktu bekerja, okey saja dia bercakap dengan aku. 


Jadi semalam 11 Mei aku dah off day. Tak ada off day sampai tarikh aku habis bekerja iaitu 20 Mei sebab memang sekali sahaja off day nya. Sekarang dah satu negara terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi dah tak boleh dine in dah. Boleh takeaway sahaja.


Masih berbaki 9 hari sebagai contract staff raya for KFC 💦


Nota jemari 1: Esok shift petang iaitu pukul 3 petang dan balik pukul 12 tengah malam. 


Nota jemari 2: Arahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu arahkan semua perniagaan tutup pada pukul 12 tengah malam pada malam hari raya, dan buka semula pada jam 1 tengah hari bagi raya pertama.

Tuesday, 11 May 2021

Kad Raya daripada Blog FAMF Tower

Kad Raya daripada blog FAMF Tower | Alhamdulillah, kad raya daripada kak Farrah selamat diterima. Sebelum itu, boleh baca disini: Projek Kad Raya 2021 Selesai


Awal bulan Mei tempoh hari, kak Farrah ada update entri berkenaan projek kad raya 2021 selesai dan sudah selamat diposkan kepada penerima. Pagi sabtu aku balik rumah kakak kedua aku di Marang, tiba tiba nampak ada terselit sampul surat di wiper kereta.


Maaf kak Farrah sebab lambat update tentang kad raya ini sebab saya lupa nak update latest address kepada kak Farrah. Terbagi alamat rumah kakak kedua, jadi kena tunggu balik Marang dululah baru boleh ambil kad raya tersebut.


Kakak kedua pulak tak ada di rumah sebab berpantang di rumah ibu mertua dia, jadi posmen selit celah wiper kereta sahaja. Alhamdulillah masih selamat daripada terkena air hujan mahupun tempias air hujan sebab kereta duduk bawah garaj berbumbung. 



Tadaaaaa! Kad raya daripada kak Farrah. My second kad raya, kad raya pertama diberi oleh kak Shida. Betul betul menggamit kenangan bila terima kad raya ini. Last terima tahun 2009 rasanya, masa sekolah rendah iaitu darjah 6. Sekarang dah 24 tahun, jadi sudah 12 tahun berlalu.

Cantik kad raya! Sebab semua dari hasil tangan kak Farrah sendiri. Kreatif! 

Kad raya bertemakan junk journal atau scrapbook ala ala vintage look ini memang cantik. Tulisan pun cantik! Kakak ketiga puji tulisan cantik hehehe. Dia memang pantang tengok tulisan tangan orang cantik cantik, sebab tulisan tangan dia hodoh HAHAHA. 

Kepada kak Farrah, terima kasih untuk kad raya ini. Ala hadiah yang saya bagi itu memang hadiah giveaway, kak Farrah terpilih sebagai pemenang giveaway saya. Small matter sahaja. Nak dibandingkan hadiah giveaway saya dengan kad raya kak Farrah ini, memang lagi bernilai kad raya ini 💚

Nota jemari: Simpan simpan jangan sampai jadi Hoarding Disorder pulak bak komen kak Fiza hehehe.

Monday, 10 May 2021

Contract Staff Sempena Hari Raya Aidilfitri di KFC

Contract Staff Sempena Hari Raya Aidilfitri di KFC | Apa macam tajuk post entri kali ini? Biar betul aku dah mula bekerja? Hehehe.

Alhamdulillah, aku diterima bekerja sebagai contract staff di Kentucky Fried Chicken atau biasa kita panggil KFC.


Alkisahnya bermula apabila aku ternampak iklan KFC mencari pekerja sempena Hari Raya Aidilfitri bila aku siap membeli di KFC. Belikan snack plate untuk kakak kedua aku sebelum dia bersalin tempoh hari. 

Keluar pintu, nampak iklan ditampal di pintu kaca KFC. Apalagi, terus ambil gambar. Fikir punya fikir, 06 May baru aku whatsapp person in charge untuk pengambilan pekerja ini. 

Aku ambil masa 5 hari untuk berfikir sama ada nak bekerja ataupun tidak 😂 Pengalaman bekerja di McD beberapa tahun yang lepas terimbau kembali HAHAHAHA.


Aku whatsapp person in charge pukul 4.25 petang, dan dalam masa dua saat, person in charge dah reply whatsapp aku. Laju betul! 

Dan hari khamis malam Jumaat, aku telah selamat ditemuduga oleh manager di KFC. Aku pergi lepas berbuka dalam pukul 9 malam macam tu. Temuduga pun biasa biasa sahaja. Lebih kepada briefing skop kerja di KFC nanti.

Ahhhhhhhhhhhh! Nervous! Poyo kan? Hahahaha. Aku dah lama tak bekerja, jadi macam ini lah. Nervous, takut, sakit perut dan macam macam lagi. Padahal ini bukan pekerjaan pertama aku.

Aku akan start bekerja bermula 10 May iaitu pada hari ini sehingga 20 May. 11 hari sahaja hehehe. Jadi nanti aku busy dan tak sempat nak blogwalking setiap blog untuk selama 11 hari. Tapi aku akan usahakan juga untuk buka blog setiap hari walaupun sekejap. Harap harap aku larat lagilah untuk blogwalking hahaha.

Aku dengan pekerjaan yang berunsurkan fast food restaurants memang tak boleh dipisahkan kan? Hahahaha. Dulu McD, dan sekarang KFC. Tak apalah, janji cari rezeki yang halal. Bukannya buat pekerjaan yang haram kan hehehe. 

Lepas ini nak kena cari tshirt putih, kasut hitam dan stoking hitam. Raya pertama dan kedua dibenarkan memakai baju raya tapi ya Allah susahlah nak buat kerja kalau pakai baju kurung. Nak bergerak ke sana ke sini dalam keadaan laju mungkin agak terbatas kan?

Tapi boleh saja kalau nak pakai tshirt putih, tak ada masalah. Tapi bak kata manager masa temuduga tempoh hari, nak terasa suasana hari raya, nak nampak comel masa hari pertama hari raya, elok pakai baju raya hehehe.

Okay kawan kawan bloggersku sekalian, wish me luck! 😛

Nota jemari: Nak kena ingat menu KFC lah lepas ini 😆 

Tuesday, 4 May 2021

Saguhati Sampul Raya Hispter daripada Blog Azhafizah.com

Saguhati Sampul Duit Raya daripada Blog Azhafizah.com | Alhamdulillah, hadiah saguhati sempena Giveaway Sampul Raya Hipster daripada kak Fiza selamat sampai! 


Walaupun tak ada rezeki menang tempat pertama, kedua dan ketiga, tapi ada rezeki menang hadiah saguhati. 


Boleh baca disini: https://www.azhafizah.com/2021/04/pemenang-giveaway-sampul-raya-hipster.html


Cantik betul! Lagi nampak exclusive dan cantikkk bila boleh letak nama sendiri dekat bahagian belakang sampul duit raya itu hehehe.


Kakak ketiga pun berkenan tapi tapi dia cakap raya tahun hadapan, dia order, in shaa Allah. 


Raya tahun ini tak boleh nak bagi lagi duit raya, in shaa Allah tahun hadapan baru boleh bagi 😂 Jadi sampul duit raya ini kita simpan sebagai kenangan. 

 


Masa Kak Fiza suruh pilih design mana yang berkenan di hati hari itu pun dah rambang mata nak pilih sebab banyak sangat design yang menarik. Sekejap nak pilih kucing, sekejap nak pilih bunga dan akhir sekali pilihlah corak bunga seperti gambar di atas hehehe.


Bahagian belakang sampul raya hipster. Boleh letak nama sendiri atau nama company dan sebagainya. 


Jadi, sesiapa yang berminat boleh lah tempah dengan Kak Fiza. Tapi tak sure Kak Fiza ambil order lagi ke tak sebab dah nak raya kan. Apa apa boleh contact Kak Fiza.

Rujukan design lain: Design Sampul Duit Raya Hispter

Kepada Kak Fiza: Terima kasih untuk hadiah saguhati ni. Semoga akak dilimpahkan rezeki yang berterusan

Wednesday, 28 April 2021

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah | Ya zakat yang wajib di bayar di bulan Ramadhan al Mubarak. Alhamdulillah sudah selesai bayar zakat fitrah pagi tadi. Walaupun aku masih belum bekerja, tapi duit elaun yang abang kedua aku bagi setiap bulan, aku gunakan sedikit untuk membayar zakat fitrah bagi diri aku.


First time aku bayar zakat fitrah untuk diri sendiri tahun ini. Kebiasaannya abang kedua ataupun ayah aku akan bayarkan. Tapi tahun ini, aku cuba bayar sendiri. Tak mahal pun, dalam RM 7.00 sahaja. 


Cara nak bayar pun senang dan mudah. Seperti sebutan ABC dan Alif Ba Ta hehehe. Aku bayar online sahaja melalui e-zakat Online MAIDAM. Senang betul proses pembayarannya, cuma isi maklumat diri dan bayar melalui bank pilihan kita. Tak sampai lima (5) minit sudahpun selesai. 



Lepas dah selesai bayar, pihak MAIDAM akan bagi resit kepada kita. Simpanlah resit itu sebagai bukti.

1.    Zakat Fitrah
  • Zakat fitrah ialah zakat yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat syarat yang ditetapkan.

2.    Syarat Wajib Zakat Fitrah
  • Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya atau keluarganya atau tanggungannya ialah:
    1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
    2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
    3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
    4. Seseorang yang meninggal selepas matahari terbenam akhir Ramadhan.

3.     Kadar Zakat Fitrah
  • Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri Negeri.

4.    Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
  • Wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari Satu Syawal
  • Afdal: Sebelum solat Hari Raya
  • Sunat: Sepanjang bulan puasa
  • Makruh: Selepas solat Hari Raya sehingga matahari terbenam Satu Syawal
  • Haram: Selepas terbenam matahari Satu Syawal


Jadi jangan lupa bayar zakat untuk diri sendiri dan keluarga :)

Thursday, 22 April 2021

Hadiah Giveaway daripada Shida Radzuan Blog

Hadiah Giveaway daripada Shida Radzuan Blog | Sebagaimana aku pernah update disini, aku merupakan salah seorang pemenang "Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog". 


Alhamdulillah, hadiah dah selamat sampai tengah hari tadi! Baru baca semalam disini yang kak Shida baru saja pos hadiahnya. Tup tup, dah sampai hehehe. Laju betul poslaju. 


Mungkin duduk di bandar Kuala Terengganu. Sebab dulu masa duduk di Marang, berjanggutlah menunggu parcel kalau seller pakai courier poslaju.



Kak Shida balut elok elok duduk dalam kotak


Tadaaaa! Ini dia isi di dalam kotak. Dua helai handsocks bewarna biru dan hitam, dua keping sheet mask Korea dan sekeping kad hari raya daripada kak Shida sendiri.

Handsocks itu mula mula aku ingatkan koyak, tapi rupanya dia untuk ibu jari tangan. Aku pun terus "Ah sudah, tangan kanan nak sarung macam mana pula" sebab tangan kanan aku ada dua ibu jari kan. Hehehe


Bila dah cuba pakai, nampak pelik pulak hahaha tapi never mind, lama lama tak pelik dah lah kan 😂


Gambar depan kad raya. Lupa nak ambil gambar belakang hehehe. Maaflah gambar tak menarik mana sebab aku tak reti nak ambil gambar. Buat video di tiktok, buat reels di instagram, semua tak cantik HAHAHA. Last last ambil gambar sekeping sekeping macam saja. 

Kepada kak Shida, terima kasih atas hadiah ini. Semoga kak Shida dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah 💜 Aamiin aamiin ya rabbal alamin.

Thursday, 15 April 2021

Pemenang Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan


Menang Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog | Pagi tadi kak Shida keluarkan senarai pemenang Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan, kita scroll scroll sampai akhir entri, tiba tiba ternampak ada nama blog atiqahnajihah.com

Alhamdulillah rezeki di bulan puasa. Tak sangka akan menang sebab selama aku join giveaway tak pernah menang HAHAHA. Ini pun menang untuk hadiah terakhir. Ada rezeki menyelit disitu.

Dapat handsock, sheet mask Korea dan sekeping kad raya daripada kak Shida sendiri. Adakah ini petanda kena belajar pakai handsock? Sebab aku tak pernah pakai handsock. Selalu pakai inner saja. 

By the way, nak ucapkan tahniah kepada para pemenang yang lain! Ada yang menang duit cash RM50 as Top Referral, dua orang pemenang tudung fareha dan bantal cushion sebab content blog dan penceritaan yang menarik dan tujuh orang pemenang sebagai cabutan bertuah daripada kak Shida.

Kak Shida cakap yang tak menang jangan merajuk sebab semua orang akan dapat sekeping kad raya daripada kak Shida jugak. Mana tahu pada masa akan datang kalian pula yang berjaya jadi pemenang dalam giveaway kak Shida ataupun giveaway orang lain 😉