Tuesday, 20 July 2021

Selamat Hari Raya AidilAdha


Selamat Hari Raya AidilAdha semuanya! Moga moga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat seperti sediakala. Walaupun terpaksa beraya dalam rumah saja, tapi raya tetap raya. Raya mesti diraikan. Tapi bila dengar takbir raya, hati tetap terasa sayu. Tak apalah, nak buat macam mana kan? Ujian covid ni ujian Allah untuk kita semua. Nak ke tak nak ke, kita semua kena hadapinya.


Semalam off blogging sebab sibuk buat persiapan nak masak juadah hari raya. Amboi busy betul ya, bukan main buat persiapan bagai hahaha. Buat nasi minyak lauk daging masak merah dengan cheesekut saja. Tak banyak pun. Cukuplah untuk kami berdua makan. 


Amatur masak memang makan masa sikit buat persiapan. Lainlah kalau dah pro memasak, tak payah buat persiapan beriya sangat, tup tup siap hehehe. Alhamdulillah, selamat juga masak nasi minyak walaupun first time masak. 


Beginilah hidup tanpa kakak kedua aku yang jaguh memasak, terpaksa masak sendiri HAHAHA. Kalau tidak, dia yang biasanya memasak untuk juadah hari raya. Kami tolong gitu gitu je. Tapi sambil tolong, sambil dengar dan tengoklah cara dia memasak. Tapi okey saja walaupun kakak kedua aku tak ada sebab at least kami boleh belajar memasak sendiri. Sedap ke tak sedap ke tak ada orang nak condemn. Pak cik google kan ada? Manfaatkan sepenuhnya hehehe. 


Bolehlah daripada tak ada, walaupun daging keras sikit padahal dah rebus almost satu jam. Mungkin cara potong daging kot yang salah? Ke faktor lain? Tapi tak adalah keras sampai boleh tercabut gigi ya hahaha, liat sikit je. Yang lain-lain okey saja.


Apa cara lain untuk bagi daging empuk? Cara yang biasa kami buat ialah rebus daging dan letak air dalam empat kali macam tu. Kami ikut cara kakak kedua buat, tapi still keras. Kakak kedua buat daging jadi empuk je. Kami fikir mungkin cara potong lah kot yang jadi punca daging liat sikit sebab kami potong ikut sesuka hati, tak ada nak ikut urat ke lawan urat ke 😂 


Cheesekut? 


Foresight view

Close view

Menjadi juga tapi macam terlebih susu segar sikit. Kalau makan banyak banyak sekaligus memang muak lah (bagi aku), tapi overall sedap! Eceh puji diri sendiri tapi siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan? Hehehehe. Yang coklat atas tu milo, ingat nak letak nestum tapi macam satu warna je nanti. Jadi, nak nampak ada warna lain, kami letak milo. Optional sahaja, tak nak letak pun tak apa. 

'Kami' read as aku dan kakak ketiga. 

Senang betul buat cheesekut ni, tak payah oven ke microwave ke apa apa lah, hanya perlu blender saja. Bahan bahan pun simple. Biskut, susu segar (pakai dua sudu saja), susu pekat, milo atau nestum (optional) dan akhir sekali cream cheese. 

Rujuk sini: Resipi Cheesekut

Lepas dah buat cheesekut, kepala otak ni terus fikir nak buat apa lagi. Kek batik ke taufu fa ke pudding caramel ke burnt cheese cake ke apa lagi ya? Nak buat kuih muih macam susah sikit sebab takut tak ada kelengkapan alat yang cukup. Yang ada air fryer je. 

Tapi ni berangan jelah sebab kakak aku busy lepas ni. Dia pindah ke department ward. Memang busy. Aku tengok housemate aku yang sekarang tengah duduk di department ward, memang busy gila. 6.15 pagi dah keluar rumah, balik rumah pukul 9.30 malam, kadang-kadang pukul 10 malam. 

Jadi aku dah boleh bayangkanlah kakak aku macam mana nanti hahaha. Lunch dinner seorang diri sajalah, biasa lunch seorang diri, tapi nanti pakej dengan dinner sekali makan seorang diri. Tapi tak apa, tak ada masalah. Small matter ;)

Dari tadi pum pam pum pam cakap pasal aku, sekarang nak tanya juadah hari raya yang tengah membaca entri ini apa pula? 

39 comments

  1. Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir batin. Semoga berbahagia di samping keluarga tersayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidiladha jugak untuk encik fairus dan keluarga. Semoga ceria selalu.

      Delete
  2. Selamat hari raya Aidiladha Atiqah. Juadah raya rendang ayam, nasi impit, kari kambing, kuah lodeh semuanya akak punya mak yang masak. Kalau kak Sal yang masak setakat kari ayam bolehla. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi himpit tuuuu mesti sedappp! Nak nak ada rendang ayam pulakkk tuuu. Ala kalau pandai masak kari ayam pun apa salahnya kak sal hehehe.

      Delete
  3. Salam Aidil Adha, pandai masak Atiqah, teringat petua potong melintang urat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidiladha jugak buat babypose. Tak pandai mana, sikit sikit boleh lah hahaha. Ohhh potong melintang urat eh, saya ni pakat potong je hehehe

      Delete
  4. Selamat Hari Raya Aidiladha Atiqah..

    Sedap tu, nasi minyak lauk daging..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidiladha jugak untuk kak nohas dan keluarga.
      Not bad lah walaupun daging keras sikit hehehe

      Delete
  5. Petua chef..gaul daging dgn soda bikarbonat..biarkan dlm 20_30 minit kemudian bilas..msk mcm biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh siap bagi petua chef! Terima kasih akak sebab bagi petua tu, nanti saya try dengan lebihan daging yang ada hehehe

      Delete
  6. Selamat hari raya Tiqah.Cekelat hacks kan hado!!Hi3
    Macam sedap jer cheesekut tu.Seumur hidup akak tak pernah makan.
    Daging ni kebiasaannya kalau potong salah pun boleh liat jugak.Tapi tak ngape.Cuma masa nak masak tu kena lama sikitlah.BTW, Kak kamsiah dah bagitahu dah tu petuanya.Guna soda pun boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh iyelah, lupa tang cekelat hacks tu! Nanti kita try HAHAHA.
      Tengok menjadi sedap ke idokkkkk.
      Nanti free boleh lah try buat kak syu, sedapppp!
      Ohhh kalau salah potong pun boleh jadi liat jugak eh even kita dah rebus lama?
      Itulah, kak kamsiah ada bagi petua chef, nanti nak try dengan lebihan daging yang ada hehehehe.

      Delete
  7. Juadah lontong dan rendang ayam.
    Tepuk tangan sebab berjaya masak nasi minyak dan daging masak merah dan cheesekut. Eh bukan daging masak hitam ke? Hehe. *Clasps hands*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedappp tu rendang ayam! Lama tak makan!
      Hahahaha finally berjaya juga masak nasi minyak.
      Biasa masak daging merah hehehe, jarang sekali makan daging masak hitam :D

      Delete
  8. Biasalah juadah raya
    ada ketupat, lemang, burasak, rendang, lodeh dll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah jugakkk tuu juadah hari raya wak. Mesti sedap sedap semuanya! Pos ganu sikit wakk hehehehe

      Delete
  9. Selamat hari raya aidil adha buat Atiqah & family. Kak Amie suka rebus daging dengan api perlahan saja. Kadang-kadang rebus daging seketul besar, tak potong. Kalau api besar air cepat kering, tu yang nak kena tambah selalu. kalau api kecil, masak lembut sekata, tak perlu bubuh air lagi. Kakak ni jenis tak minat pakai pressure cooker, atau periuk NOXXA. Lebih suka rebus cara zaman dulu, rebus api perlahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey petua kedua saya terima. Ohh kiranya lepas rebus daging seketul besar tu baru potong kecik kecik la ek kak amie? Ohhh zaman dulu punya cara lagi kak amie suka ya, saya pun pakai cara dulu sebab tak ada periuk NOXXA hahaha, tapi bagi saya, cara dulu lagi best walaupun NOXXA lagi memudahkan kerja.

      Delete
  10. Selamat hari raya. Cheesekut pun best apa. Kalau saya makan, suka letak coklat sirap Hershey's. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh tambah coklat sirap hershey's eh? Lagi sedap ke rasanya?
      Macam boleh try jugakk sebab sirap hershey's sedapppp hehehe

      Delete
    2. Memang sedap. Sampai nak terus tuang direct kat mulut. 😅

      Delete
  11. Replies
    1. Selamat hari raya aidiladha jugak buat rabia dan keluarga :)

      Delete
  12. Selamat Hari Raya Aidiladha Atiqah. Ada hikmah raya kalini, belajar masak sendiri. mungkin juga tu faktor cara potong tu. Saya ada share tips, boleh cari kat blog.Sedapnya cheesekut tu. ada coklat sekali extra sedap! Okaylah puji diri sendiri. Siapa lagi nak puji kan. Dapat bayangkan kesibukan kakak Atiqah tu nanti. Saya masak rendang ayam dan pulut kuning je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baikk kak fiza, nanti saya try search di blog kak fiza.
      Betul extra sedappp sebab letak milo atas tuuu hehehe.
      Kannn, saya pun bayangkan pun dah terasa letihnya, kakak saya yang akan mengalami lagilah letihnya ahahaha. Wahh rendang ayam lah! Lama dahhh tak makannnn. Mesti sedappp!

      Delete
  13. Selamat Hari Raya Aidiladha Atiqah..
    Bab potong daging tu kak Naniey kalau beli salah daging memang mudah sangat potong salah. Xjumpa urat. Rasa mcm betul. Lepas masak jadi liat. Adeh.. Sakit hati betul nak masak daging..

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya tiqah!

    ReplyDelete
  15. Selamat Hari Raya Aidiladha buat Atiqah sekeluarga. Kak shima kalau bab potong daging ni memang fail. Biasanya minta tolong brader yang jual daging potongkan. Selamat kat situ hehehe

    Juadah raya tahun ini rendang ayam + pulut kuning + kuah lodeh + kuah kacang + lontong ( beli ) + nasi impit ( jiran bagi )

    ReplyDelete
  16. Selamat hari raya korban, Tiqah. Wah, bukan main seronok bersilat di dapur ya! 😊 Cheesekut tu nampak tempting. Yumms!

    Akak kalau bab daging, akak pun ikut cara macam Kak Amie. Rebus guna api perlahan, masak daging slow and steady hehehe. Cuma akak akan letak beberapa tangkai yang dekat labu bawang putih tu dalam 2 atau 3. Selalu tangkai kat labu bawang putih tu memang simpan khusus utk lembutkan daging.

    ReplyDelete
  17. Rajin Atiqah buat nasi minyak, masak daging dan cheesekut ye. Kipidap! Juadah akak takde yang spesial, lauk biasa je. Lemang dan rendang ayam ada orang bagi. Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
  18. juadah raya kita semalama, leftover food dari secret recipe, rendang dengan nasi impit jiran bagi lepas tu kurma daging dalam tin >_<!

    begitulah hidup bujang atiqah. alhamdulillah meriah jugak dalam suram gitu. sedapnya cheskut tu. meh ulur sikit sini ^_^

    ReplyDelete
  19. Kan.. sy pernah masak daging pun lambat nak empuknya... Penat tunggu. hahahaa.. Ada org suh beli periuk Noxa, settle lembit terus daging katanya... Ehh. cheesekut... sedap dan senang dibuat.. kek batik pun senang gak nak buat.. buat egg tart guna air fryer harituu.. pun boleh... menu nona.. macma dalam blog.. simplee jer

    ReplyDelete
  20. Mana gambar nasi minyak nii. Beriaaa akk scroll atas bawah rupanya xde gambarnya. Hikhik selamat hari raya Atiqah 😁

    Dulu akak paling xsuka masak daging.. sejak mil akk bg pressure cooker.. dah xkesah sgt. Tekan2 jaa siap 😆😆😆

    ReplyDelete
  21. masih dlm mood beraya ke tu?😊

    ReplyDelete
  22. walaupun dah 2 minggu...

    salam aidil adha ;-)

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)