Tak pernah pernah buat entri pasal makanan, tiba-tiba hari ini terasa nak update entri makanan hehehe. Yang sebetulnya, kekeringan idea nak update pasal apa. Aku asyik pakai alasan yang sama saja kan, asyik asyik kekeringan idea, sikit sikit kekeringan idea, betul tak? Bedal saja, janji bukan update entri yang mengarut ke yang pelik pelik hehehe.
Kali kedua yang sebetulnya, bukanlah sarapan semata mata, tapi brunch. Brunch ialah gabungan waktu makan antara sarapan dan tengah hari. Senang gabung sekali, tak payah pening pening kepala fikir nak makan apa. Nak makan apa pun penat nak fikir, sebab dah jemu semua makanan. Tapi, bagi diri aku dan kakak aku, tetap kena makan nasi juga, kalau tak rasa macam tak lengkap.
Simple saja brunch aku sebab perut dah berkeroncong sangat. Malam semalam makan nasi goreng tapi suku sahaja, jadi bila celik mata pagi hari, terus rasa lapar. Otak pun ligat fikir nak makan apa, dan teringat roti gardenia expired 14 Julai, jadi 15 Julai selamat lagilah untuk dimakan.
Walaupun kadang kadang takut juga nak makan roti even sehari baru expired, sebab dah ada pengalaman masa bulan puasa tempoh hari, cirit birit beb! Seharian cirit birit. Memang lembik badan den keluar masuk toilet tak berhenti henti. Padahal roti gardenia yang aku makan masa sahur baru expired sehari. Bila dah habis cirit birit, barulah perasan roti dah berkulat :')
Padahal sebelum sebelum ini, pernah saja makan roti yang dah expired lima enam hari, memang elok lagi. Tak kena cirit birit pun. Mungkin nasib aku terkena cirit birit masa puasa tempoh hari. Tapi Alhamdulillah, tak ada sakit perut pun lepas makan roti telur tadi.
Goreng nugget sikit dengan chicken finger strips. Makan sambil tengok running man memang mantap. Jenis aku, kalau makan sambil tengok drama ke movie ke running man ke apa apa ke, makanan aku akan habis dimakan berbanding aku makan tapi tak tengok cerita. Mungkin sebab syok kot makan sambil tengok cerita? Sedar sedar nasi dah habis. Sedar sedar buka tudung periuk nasi dan menambah! Hehehe.
Foresight view
Close view
Alamak kantoi air tak penuh gelas HAHAHA. Tak apa, ada satu jug air yang setia duduk tepi masa aku tengah makan. Tapi maaf lah ya, tak menarik sungguh gambar aku ambil. Tangan tak berseni memang macam inilah. Terketar ketar nak ambil gambar. Kakak aku cakap tangan aku terketar ketar masa nak ambil gambar sebab tangan tak kena bedung masa baby. Cis kurang asam jawa betul. Tapi ada kaitan ke? Curious pula aku 😂
Gigih juga buat watermark ya. Janji adalah watermark. Sebelum sebelum ini tak pernah pernah nak watermarknya. Tiba-tiba rajin letak watermark pula hari ini.
Tengok? Buat entri pasal sarapan saja, berjela jela yang ditulisnya huhuhu. Adios!
Nota jemari 1: Rasa macam tergantung pula entri kali ini hehehe
Nota jemari 2: Geram dengan blog sebab sampai sudah tak boleh nak edit HTML. Tak tahulah apa masalahnya tiba tiba tak keluar bahagian edit HTLM, loading setiap masa
Sedap juga makan roti telur dan nugget untuk brunch.
ReplyDeleteSedappp, menu simple dan menyenangkan hahaha
DeleteHaha sama bosan makan. Kalau begitu, akak fikir puasa sahajalah.
ReplyDeleteItulah akak pun makan roti terlebih tempoh tapi memang tengok betul-betul roti itu ada kulat ke tidak.
Saya masa puasa haritu tak perasan berkulat, syok makan 3 keping, sekali cirit birit hahahaha >.<
Deletesimple tapi mengenyangkan.
ReplyDeleteyang penting alas pertu. Alhamdulillah..
Betul tu kak naniey, janji kenyang pun dah Alhamdulillah.
DeleteSedap juga makan roti telur ni, dah lama tak makan. Btw betul saya pun bulan puasa haritu makan roti baru expired sehari terus muntah muntah cirit. rupanya dah berkulat. and memang fobiaa dah taknak buat langsung dah
ReplyDeleteSaya macam fobia jugak tapi fikir tak nak bazir sebab banyak jugak lebihan roti, jadi kita check satu satu tengok ada kulat ke tidak. Kalau langsung takde, selamat lagi hehehe.
Deleteroti gardenia yg nak disimpan lama sebaiknya letak dlm peti sejuk. Bila dikeluarkan boleh dicelup dgn telur lalu digoreng. Yg pasti ini lebih selamat.
ReplyDeleteTak pernah simpan roti dalam peti abe kie, nanti boleh lah try
DeleteSedapp tuu
ReplyDeleteRabia goreng wedges je pagi2
Petang ni bru makan nasi
Rabia diet ke? Hehehe
DeleteSedap dan mengenyangkan.
ReplyDeleteBetul tu As, janji kenyang hehehe
Deleteyum yum sedap. mama suka baca entry makanan sebab mama suka makan haha
ReplyDeleteMakanan tak pernah mengecewakan kan mama hahaha
DeleteOkey, datang sini terus lapar. Tiba-tiba teringin nak makan nuget tesco yang pedas tu. Dap dap dap!
ReplyDeleteNugget tesco sedapppp macam nugget ramly ke kak farrah? Tak pernah try hehehe
Deletehahahaha betul jugak tu mungkin tak bedung masa baby. Dulu kalau tengok running man jarang tengok masa makan. Bahaya betul sebab gelak berdekah
ReplyDeleteBahaya tuuuu kalau gelak berdekah, mahu bersepah tempat makan nanti hahahaha
Deleteringkas yang penting kenyang... alah akak punya gambar pun tak lawo, lagi takde seni... ini ok dah ni sampai apa yang nak di cerita kan
ReplyDeleteKann kak dana, janji kenyang.
DeleteItulah, nampak dah elok gambarnya, kira okey lah tu.
Walau simple janji bkfs kan 😁
ReplyDeleteBetul tu kak ret, janji kenyang jugak hahaha
DeleteMrs. A pun kalau lunch mesti nak makan nasi, kalau makan macam ni belum kira makan lagi walupun dah kenyang terduduk hahahaa...
ReplyDeleteMemang wajib nasi ni Mrs. A
DeleteKalau saya makan macam ni dah kenyang terduduk memang kenyang dah lah tu hahaha
Roti telur ni fav kita.. hurmmm.. patutlah susah nak naik berat badan awak, makan sikit sangat
ReplyDeleteHaah Sk, saya makan sikit sebab mudah kenyang hehehe
DeleteKalau akak selagi roti takde kulat akak bedal je
ReplyDeleteSaya biasa gitu gak kak sal, selagi tak kulat memang makan aje, tak bazir hahaha
DeleteSedap niii... suka menu gini.. baru lepas makan nugget.. sebagai makan petang... hihi... Wow.. rajin letak watermark... ehh apesal takleh edit html.. pernah buat adjustion kat memana ke... ce cite kalau dah settle... Pening gak kalo ilang woo
ReplyDeleteSetakat ni rajin lagi letak watermark hahaha, nanti nanti tak tahu rajin ke idok lagi.
DeleteDah boleh dah nona, tak tahu lah masalah apa. Mungkin blogger yang bermasalah kot.
Senang brunch terus. Samalah, kita jenis tak boleh tak makan nasi. Hihi
ReplyDeleteRoti telur nak expired buat roti telur laju habisnya. Menarik je tu gambarnya pun. Setiap orang seninya lain-lain. Bagus letak watermark. Kekalkan kerajinan :)
Kannn, memang tetap cari nasi hahaha.
DeleteJadikan roti telur memang lajuuu habis, kalau nak buang kan sayang pulakkk. Jadi, selagi tak berkulat, kita makan jelah hehehe.
In shaa Allah kak fiza :D
gigil kalau tak makan nasi. kena jugak makan. Ye, sayang nak buang. Kena buat sesuatu baru laju habis.
DeleteNOTA JEMARI 2: Akak jadi macam tulah kemarin masa nak loading blog. Nak betulkan html sikit punya lama nak loading.Hurmmmm....rupanya sebab memori phone penuh gambar & ada sync dengan google photo.Lepas akak transfer gambar dalam OTG baru blog boleh masuk macam biasa.
ReplyDeleteSaya punya dah okey dahh hahaha, mungkin blogger ada masalah kot sebab tu macam macam masalah timbul kannn kak syu?
DeleteSarapan simple camni pun sedap. Roti gardenia yang dah expired kena tengok dulu kat kulit roti tu, ada kulat ke tidak. Kadang ada, kadang takde. Akak pun biasa makan roti dah expired juga. Hehe..
ReplyDeleteSaya biasa check jugak before makan, tapi haritu tak sempat check, terus ngap sebab dah nak habis waktu sahur hehehe.
DeleteGandingan yang menyelerakan tu, roti telur dengan nugget.
ReplyDeleteSimple dan kenyang....itu yang paling penting...
ReplyDeleteTu pun dah sedap tengok. Nuget tu memang boleh habis kalau layan RM.
ReplyDeleteMenu yang mengenyangkan jugak tu bagi CCL .
ReplyDeleteSedappppp.. lama xbuat roti telur nii
ReplyDeleteRoti telur tu feveret Imani.. Kalau dia tak nak makan nasi, itulah yang dimakannya.. Siap potong-potong lepas tu susun macam bunga dalam pinggan baru makan.. hehehe..
ReplyDeleteNugget tu bila tak tahu nak kunyah apa di pagi hari memang antara makanan paling cepatlah..