Tuesday, 27 July 2021

Covid-19 Self-Test Kits


Semalam dah share pasal isu vaksin kosong beserta tatacara vaksinasi, dan hari ini nak kongsi Covid-19 Self-Test Kits yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Covid-19 Self-Test Kits ini membolehkan individu untuk membuat ujian saringan sendiri untuk Covid-19 dan mendapatkan keputusan yang cepat

Dua Covid-19 Self-Test Kits yang diluluskan ialah:
  • Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test (sampel air liur dan hidung) by Reszon Diagnostic International Sdn Bhd Malaysia
  • Gmate Covid-19 Ag Saliva for home use by Philosys Co Ltd, Korea Selatan


Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test merupakan kit buatan pertama bagi Malaysia. MyMedKad menyatakan bahawa bahawa ia adalah satu-satunya self-test kits yang tersedia untuk orang ramai yang akan mempunyai integrasi dengan MySejahtera. 

RT-PCR vs RTK Ag Tests

Untuk makluman, RTK Ag test boleh menghasilkan keputusan negatif palsu jika kepekatan antigen terlalu rendah atau sampel diambil dengan tidak betul. Oleh itu, ujian ini hanya boleh digunakan untuk pemeriksaan segera sahaja. RTK Ag test hanya berharga RM 40 sahaja dan boleh dapat keputusan yang cepat. 

Untuk mendapatkan ujian pengesahan, seseorang mesti melakukan RT-PCR di klinik atau hospital. Ujian RT-PCR biasanya berharga sekitar RM 190 hingga RM 240 dan keputusan akan keluar dalam masa 24 jam. 

Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test

Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test adalah ujian yang menggunakan sampel air liur dan sampel hidung untuk mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2. Jangan risau, sampel hidung untuk RTK Ag test tak perlu sampai dalam masuknya, cukup sekadar masuk sedalam 2 centimeter sahaja.

Macam mana nak guna Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test


  • Kalau nampak ada satu line merah di sebelah 'C', bermaksud keputusan anda adalah negatif.
  • Tapi, kalau nampak ada satu line merah di sebelah 'C' dan di sebelah 'T' (walaupun pudar), bermaksud keputusan anda adalah positif.
  • Sekiranya anda tidak melihat line merah di sebelah 'C' tapi ada line merah di sebelah 'T', bermaksud ujian anda tidak sah. Boleh cuba lagi sekali.

Gmate Covid-19 Ag Saliva

Gmate Covid-19 Ag Saliva hanya menggunakan sampel air liur untuk mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2. 

Macam mana nak guna Gmate Covid-19 Ag Saliva

Gmate Covid-19 Ag Saliva hanya mempunyai lima cara sahaja tetapi anda mesti membilas mulut anda dengan air terlebih dahulu. Tidak boleh makan, minum atau merokok 30 minit sebelum membuat ujian. 


Dan keputusannya adalah sama seperti Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test.

  • Kalau nampak ada satu line merah di sebelah 'C', bermaksud keputusan anda adalah negatif.
  • Tapi, kalau nampak ada satu line merah di sebelah 'C' dan di sebelah 'T' (walaupun pudar), bermaksud keputusan anda adalah positif.
  • Sekiranya anda tidak melihat line merah di sebelah 'C' tapi ada line merah di sebelah 'T', bermaksud ujian anda tidak sah. Boleh cuba lagi sekali.

Murah! Hanya RM 39.90 sahaja kalau nak dibandingkan dengan harga swab test. Dan boleh tahu keputusan dalam masa yang singkat. Kakak aku pun macam nak beli juga self-test kits ni, simpan dekat rumah. Anything, boleh check dekat rumah dulu.  Kalau swab test di klinik atau hospital, kena tunggu dalam masa 24 jam. Nak menunggu tu memang tak senang duduk. Asyik terfikir je kan? Macam housemate akulah.

Sabtu lepas buat swab test lepas salah seorang pesakit yang pernah berjumpa dengan housemate aku positive Covid-19. Walaupun housemate aku dalam kategori low risk sahaja, tapi dia tetap buat swab test. Dan Alhamdulillah, keputusan swab test dia negatif. Risau juga kalau positive, habislah satu rumah termasuk aku kena swab test sekali.

Kena swab test tu tak kisah, yang kisahnya keputusannya nanti samaada negative ataupun positive. Sudahlah aku seorang je yang belum dapat panggilan vaksin, yang lagi empat orang dah selamat dah dengan dua dos vaksin. Bulan April lagi dah selesai semuanya vaksin memandangkan mereka semua frontliners walaupun dalam bidang farmasi (ubat-ubatan). 

Dan sekarang, kakak aku dah masuk department ward. Lagilah terdedah dengan pesakit di dalam ward. Minta mintalah baik baik sahaja. Aku ni dahlah satu katil tidur dengan kakak aku, tapi Alhamdulillah setakat hari ini aku masih sihat walafiat. Tak ada demam ke sakit tekak ke atau simptom simptom lain. Dah lama dah tak jenguk luar rumah. 

Memang tak pergi mana mana pun. Kalau dulu, rajin juga turun beli lauk tengah hari dekat kedai bawah, tapi sekarang tak ada dah. Memang foodpanda atau grabfood semuanya. Kalau rajin, masak. Memang nak elakkan keluar rumah. 

Lately ni, kes di Terengganu agak tinggi dari hari hari biasa. Tapi tak adalah kes setinggi di Selangor atau Kedah yang cecah ribu kes. Terengganu yang cecah 300 kes pun dah risau, dah gusar inikan pula yang cecah 7000, 8000 ribu kes dalam masa sehari. Fuhhh! Minta dijauhkanlah. Nauzubillahminzalik. 

Apa-apapun stay safe semuanya! 

22 comments

  1. Semoga kita terselamat dari ujian ini, aduhhhh

    ReplyDelete
  2. Stay Safe Atiqah.. Okay juga ada kit ini.. Boleh buat sendiri test..

    ReplyDelete
  3. Better beli simpan kat rumah kan..bila rasa pelu buat test boleh terus buat

    ReplyDelete
  4. Mudah juga dah ada Covid 19 test kits ni. Boleh buat sendiri. Harga pun mampu beli.

    ReplyDelete
  5. semalam ada tengok kawan office buat tapi yeww geli hahaha

    ReplyDelete
  6. Test air liur sendiri boleh lagi. Tapi kalau buat untuk orang lain memang emmmm....ewwww....ha3😂

    ReplyDelete
  7. Bagus gak sesiap ready dah test kit ni kat rumah..
    Kita prepare je dulu..

    ReplyDelete
  8. Bagus utk langkah berjaga jaga

    ReplyDelete
  9. Menunggu keputusan itu yang seksa. Jadi orang depan perubatan memang tinggi risiko. Adik akak pun sudah kena nasib dia sudah suntik.

    ReplyDelete
  10. Senang dah sekarang, boleh test sendiri di rumah. Kawan akak ada jual benda ni, online. Test guna air liur.

    ReplyDelete
  11. Musim covid ni maxam2 produk dah muncul...mula2 dulu mask..mahal bkn main..la ni dah reda isu mask..

    ReplyDelete
  12. Moga semuanya baik-baik saja utk kita semua aamin
    Boleh juga beli utk stand by di rumah kan.

    ReplyDelete
  13. Sis tak kuat kalau nak kena buat sendiri. mcm seram je. heheheh

    ReplyDelete
  14. Bagus. Senang nak test nanti. Yang ni sekali guna ke?

    ReplyDelete
  15. Stay safe, Atiqah. Baguslah kit ni dah ada di pasaran. Kes sekarang mencanak-canak macam nak masuk Olimpik juga gayanya. Akak dah feeling-feeling spesis ratu kayangan dah ni lama tak keluar jejak tanah 🤣

    ReplyDelete
  16. bagus ni..tapi berdebar jg tunggu result..

    ReplyDelete
  17. Boleh test sendiri dirumah lepas ni

    ReplyDelete
  18. Rasanya sekarang..ni mgkin AN boleh masak sndri jer..elak lah beli2 kdg2 kat luar tu xtahu la pembawanya sape kan..take care AN!

    ReplyDelete
  19. mudah jgk.. boleh buat sndiri kan..

    ReplyDelete
  20. Bagus ni ada Covid-19 Self Test Kits. Taklah susah hati menunggu result lama baru boleh tahu.

    ReplyDelete
  21. member sy cakap kit ni laku keras. sbb guna iar liur kn banding kena korek hidung tu...

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)