Wednesday, 21 July 2021

Pengalaman Bersama Intellifluence

Hello semuanya! Entri aku kali ini aku rasa sebilangan besar bloggers dah pernah baca dan tahu tentang Intellifluence. Sebab apa aku cakap sedemikian? Sebab kebanyakan bloggers sekarang dah ramai yang sign up bersama Intellifluence. Begitu juga dengan aku. 


Jadi kali ini, aku nak share pengalaman aku bersama Intellifluence. Sebelum aku pergi jauh, aku nak terangkan sikit apa itu Intellifluence. Intellifluence adalah satu platform dimana seseorang itu boleh dapat review jobs. Bukan secara percuma, tapi ada bayarannya. Bukan kita yang kena bayar, tapi orang yang membayar hasil kerja kita. 

Bayaran bukan dalam Malaysian Ringgit tapi dalam US Dollar. Ya teman teman, dalam US Dollar. Kalau convert ke duit Malaysia, agak agak berapa ringgit ya? Atau berapa ratus? Hehehe. Bayaran yang diterima akan dimasukkan ke dalam akaun PayPal apabila mencecah 25.00 US Dollar. Bukan 100.00 US Dollar macam AdSense. Cukup 25.00 US Dollar, automatik duit akan diproses dan ditransfer ke dalam akaun PayPal kita. 

Jobs? Jangan risau, kita boleh pilih jobs apa yang sesuai dengan diri kita. Tak ada paksaan sama sekali. Kalau kita rasa job tu sesuai dengan kita, barulah kita apply. Tapi kalau rasa macam tak ngam, abaikan je. Boleh survey jobs lain pula. Banyak jobs yang ada dalam Intellifluence. Siapa yang tahu mana satu review jobs yang pernah aku ambil, maka bijaklah kamu hehehe. 

Jobs yang available tak semestinya menulis di blog sahaja, boleh jadi di Instagram, Youtube dan sebagainya. Tapi kalau tanya aku, aku suka yang melibatkan blog. Kalau jobs yang melibatkan Instagram tu aku macam a little bit shy shy shy hehehe. Tapi sesiapa yang follow aku di Instagram, jangan terkejut pula kalau nampak story aku lepas lepas ni kikiki. Tapi setakat ni, aku masih belum ambil jobs yang melibatkan Instagram dan Youtube. Masih memikirkan.

Macam mana nak dapat jobs yang banyak? Sesiapa yang sign up kena pastikan profile kamu semua mencapai 100%. Tapi tapi tapi, pada permulaan memang tak akan capai 100% terus. Aku pun dapat 80% something. Lepas dah selesai satu job, baru naik jadi 100%. 

Tapi make sure, dekat bahagian About Me tu kena karang ayat bombastik sikit. Biar orang tengok profile kita, orang rasa yakin nak bekerjasama dengan kita. Aku jenuh juga lah nak karang ayat tentang diri aku tapi bedal saja. Janji nampak panjang dekat About Me tu HAHAHA. 


Profile aku capai 100% bila dah selesai satu jobs


Ini job pertama yang aku buat dan sudah eligible pembayarannya. Tapi memandangkan setiap hari Jumaat sahaja pembayaran akan dilakukan, jadi aku kena tunggu 23 Julai untuk duit ditransfer ke dalam akaun PayPal aku. 


Macam aku cakap tadi, tak payah tunggu 100.00 US Dollar baru boleh cashout. Minimum 25.00 US Dollar sahaja. Bolehlah daripada tak ada kan? Hanya perlu menulis sahaja. Senang. Hehehehe.


Job kedua masih pending sebab article yang aku tulis baru lulus 14 Julai tempoh hari, jadi aku kena tunggu selama 15 hari baru duit akan menjadi eligible. Tak apa, 15 hari sahaja. Bukan berbulan bulan.


Ini antara flow dari aku mula mula berminat untuk buat review job tersebut sampailah job aku diterima oleh pihak mereka. 

  • 03 Julai (6.33 petang) - Aku hantar pitch kepada pihak di sana lepas aku berminat untuk buat review job yang ditawarkan oleh mereka
  • 03 Julai (7.17 malam) - Hari yang sama pitch aku diterima dan aku baru boleh mula menulis review tentang job tersebut. 
  • 03 Julai (7.39 malam) - Dan pukul 7.39 malam aku hantar link entri yang telah aku publish di blog. 
  • 05 Julai - Job aku telah diterima oleh pihak mereka. Jadi aku kena tunggu selama 15 hari barulah bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun PayPal aku. Dan untuk job pertama ni, bayaran yang aku dapat ialah sebanyak 100.00 US Dollar. 

Bolehlah jana pendapatan sambil sambil blogging. Janji usaha. Tak adanya duit nak jatuh dari langit macam tu saja kan?

Nak access akaun Intellifluence kita pun senang sebab Intellifluence dah ada aplikasi di Play Store dan juga App Store. Boleh check setiap hari jobs apa yang available dan menarik untuk diambil. Oh ya, bukan semua jobs dibayar 100.00 US Dollar ya, ada yang dibayar 20.00 US Dollar, 75.00 US Dollar dan sebagainya.

Jadi sesiapa yang berminat juga nak buat pendapatan sambilan bersama blog, Youtube atau Instagram, bolehlah mendaftar disini -- Daftar Sini

Belum cuba belum tahu, sudah cuba pasti mahu lagi 😉

Kalau tak faham, boleh tanya. In shaa Allah aku tolong mana aku mampu. Adios!

41 comments

  1. MashaAllah, bangun pagi nampak jalan rezeki, cuma nak baca lain pasal profile tu.. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. K ret dh register jgk tp x tau kenapa masih blm lagi nk cuba buat review job2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la mcm x faham camne nak start the job tu...
      hari2 dapat email dr intellifluence ni tp mcm blm tergerak lagi nk eplore lelebih.
      Maybe mood nak mengarang entry berkaitan job tu blm muncul lagi.
      Takut TERambil job pastu x bole nak bg komitmen, tu yg paling takut sgt.
      Insyallah maybe bila hati dah terbuka betul2, dah paham konsep nya ni, mana tau akan cuba juga mcm tiqah...

      Sikit2 bole belajar dari tiqah dah yg lelain kan...

      Delete
    2. Saya mula mula tak faham jugak, tapi lepas godek sikit sikit baru boleh catch up.
      Haah dia nak kena ada mood mengarang tu baru entri kebaboom sikit, saya pun mintak tolong kakak saya baca semula lepas saya tulis hahahah.

      Takpe kak ret, in shaa Allah suatu hari nanti mana tahu tiba tiba kak ret dah tergerak hati nak buat jobs dari intellifluence ni. Saya pun ambik jobs yang senang senang je, kalau requirements banyak songeh memang saya tak apply. Malas nak serabut hahahaha. In shaa Allah kak ret, saya tolong mana yang saya mampu tolong :D

      Delete
  3. Sama juga dengan KakRet. Dah register dah tapi belum explore dan belum lagi nak belek job review. Terbaik Atiqah! Alang alang dah blogging tu boleh jana pendapatan. Seronok buat job bayaran dalam USD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti try lah godek godek kak fiza hehehe. Saya pun ambik jobs senang je, yang tak banyak songeh requirement nya hahahaha. Betul, sambil sambil blogging, saya ambik peluang jana pendapatan. Boleh lah daripada tak ada kan kak fiza hehehe.

      Delete
  4. Wah Atiqah sekali buat dapat $100.
    Hehe bagus kongsi perkara baik dengan orang lain. Alhamdulillah semoga bertambah pahala dan pendapatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah akak, tapi tak semua jobs bayarannya 100 USD. Saya share apa yang boleh bantu orang buat duit poket sikit sambil sambil blogging hehehe. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih kak NA ;)

      Delete
  5. Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih naim! :)

      Delete
  6. Alhamdulillah. Syukur. Tahniah, ini adikan sebagai satu langkah pertama, usahakan langkah lainnya lebih banayak dan menyusul nanti ya. Terus bersemangat. Cari rezeki kerana Allah. In sya Allah dipermudahkan. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kak PC. Terima kasih atas kata kata positif kak PC ;)

      Delete
  7. Akak pun sama macam Kak Ret dan Fizah. Dah ada akaun dah tapi tak betul2 explore lagi. Rasanya profile and details lain pun tak lengkap. Tahniah, Atiqah. Rezeki tu! Semoga terus sukses dan banyak pitch yang diterima.
    Lepas ni boleh berguru dengan Sifu Atiqah 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe mana tahu nanti nanti kak farrah tergerak hati nak explore lebih lagi dengan intellifluence ni hehehe. In shaa Allah kak farrah, terima kasih banyak banyak! ;)
      HAHAHAHA berguru tu tak layak lagi, tapi nak saya akan cuba tolong mana yang saya mampu.

      Delete
  8. Wahhh, baca baca ada pintu rezeki lah. Terima kasih share benda manfaat ini

    ReplyDelete
  9. itulah, saya sama macam kak ret dengan kak az, register lepas tu godek macam tu je. nak ambik job tu tak terambik lagi. insyaAllah boleh fokus lepas ni.

    pasti boleh! good job atiqah! keep going!

    ReplyDelete
    Replies
    1. AO boleh! Hehehe, try lah AO, sambil sambil blogging tu kan, dapat buat job. Ambik yang senang aje. Kalau yang banyak songeh tu memang tak payah apply hahaha.
      Btw thank you AO! ;)

      Delete
  10. Replies
    1. Boleh try explore rabia, mana tahu boleh buat jobs menulis lepas ni hehehe

      Delete
  11. Dah register tapi belum explore lagi. Good sharing Atiqah.. Thank u..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak yang komen dah sign up tapi belum explore. Takpe kak naniey, nanti nanti ada masa free boleh lah try explore ;)
      Sama sama kak naniey, moga moga membantu.

      Delete
  12. cik nor ada register jga
    tp. tak faham. sgt mcmna
    blog pun tak diterima

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh blog tak diterima? Macam mana tu ya cik nor?
      Sebab saya haritu, just letak je link blog, memang terus diterima :D

      Delete
  13. Sy sama m beberapa blogger, dah sign up.. tapi tak complete gak.. haritu je first day.. tpai job ke apa.. takda tengok ar all lagi.. Muahaha.. nampak syok je ni... nanti tunggu laptop dah pulih, baru explore semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ramai yang dah sign up tapi belum explore sepenuhnya. Nanti laptop dah pulih, boleh la try explore sepenuhnya nona hehehe ;)

      Delete
  14. menarik, boleh buat side income or income tetap..first job dah dapat USD 100..congrats!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul akak, boleh buat side income sambil sambil blogging hehehe.
      Alhamdulillah dapat jobs yang dapat 100 USD, tapi tak semua la 100 USD hehehe

      Delete
  15. Akak kena try jugak nii. Nampak menarik.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try kak nadyya hehehe. Boleh jana pendapatan sambil sambil blogging hehehe

      Delete
  16. wah terima kasih share! saya memang nak explore benda2 macam ni. congrats to you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama kai! Semoga membantu! Boleh explore kai, dapat jana pendapatan sambil sambil blogging. Ambik jobs yang kena dengan citarasa kita je, senang aje ;)

      Delete
  17. Akak pun dah dapat job pertama, cuma belum create & publish lagi dalam blog😁

    ReplyDelete
  18. adehai...kalau malas memang tak ke mana... malasnya nak buat job job tu semua..kihkihkih

    ReplyDelete
  19. menariknyaaaaa nk cuba jg lah! thanks 4 sharing tau👍👍

    ReplyDelete
  20. Selalu nampak logo tu kat blog. Baru tahu fungsinya. Terima kasih share tips. 👍

    ReplyDelete
  21. Terima kasih, Atiqah, share tentang Intellifluence. Akak baru tahu. Biasa, ketinggalan ketapi. Hehe..

    ReplyDelete
  22. Tahniah tiqah! Su baru complete kan part bio.. jenuh pikir nk tmbah apa... pastu pening menggodek job... Moga terus sukses!

    ReplyDelete
  23. terbaik AN! kak shida belum daftara lg..tp mcm kena join juga je mmandangkn lepas ni jd fully housewife ^_^

    ReplyDelete
  24. Tq share info dik. Ammi try register ye.. Mana lah tau ada rezeki

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)