Sunday, 18 July 2021

Selamat Pengantin Baru!


Alhamdulillah, akhirnya selamat juga bernikah! Tapi jangan salah faham, bukan aku yang menikah hehehe. Tapi kawan baik aku. Simple wedding sahaja. Tak ada makan makan pun. Pagi menikah di pejabat agama, kemudian balik rumah ambil gambar sebagai memori. 

Macam macam masalah yang timbul sebab pkp sekejap, lockdown sekejap, member pun frust nak kahwin banyak betul masalahnya HAHAHA. Tapi berjaya juga nikah. Sedih memang sedih sebab sanak saudara yang duduk jauh tak dapat datang, tapi apakan daya. Buat apa yang mampu sahaja. Tapi, kalau tengok dari sudut lain, jimat kan kalau wedding simple? Baik simpan duit untuk kegunaan masa akan datang.


Dari kiri (depan): Farena, Atiqah, Aishah
Dari kiri (belakang): Shamimy, Azyan

Wah hidung aku memang tak boleh cover eh HAHAHA. Hidung penyek ni ikut belah mak ya teman teman hahaha. Hanya mampu video call sebab masa ni tengah meraikan Farena 'bride to be'. Aku jauh nun di Seri Iskandar, memang tak dapat balik untuk meraikan hari hari terakhir Farena sebagai wanita bujang sebab kebiasaannya minggu minggu akhir semester memang huru hara sikit dengan submission assignment, presentation dan sebagainya.

Jadi, video call saja lah yang mampu. Itu pasal aku duduk dalam telefon hahaha. Sedih memang sedih sebab tak dapat join sekali tapi keadaan tak mengizinkan. Aku kenal Farena, Azyan dengan Shamimy masa aku pindah dari Sekolah Menengah Kebangsaan ke Sekolah Menengah Teknik. Aishah aku kenal masa darjah 2 lagi. Alhamdulillah, masih utuh persahabatan kami walaupun jarang jarang berjumpa.

Tiga daripada lima orang dah off market, tinggal lagi dua orang yang masih bujang trang tang tang iaitu aku dengan shamimy.


Aishah dan Amin


Farena dan Firdaus (tak ada dalam gambar)


Azyan dan suaminya (lupa nama)

Cantik cantik kawan kita dalam pakaian perkahwinan! Farena tu pengantin lama ๐Ÿ˜† Dah ada anak dah si Farena tu hahaha. Saja letak gambar dia sekali dengan pengantin baru. Biar dia baca dan acah acah rasa macam pengantin baru. 

Farena nikah 07 Disember 2019, Azyan nikah 16 Jun 2021 dan Aishah 16 Julai 2021. Sebulan saja beza tarikh perkahwinan Azyan dengan Aishah. 

Atiqah? Shamimy? In shaa Allah bulan Disember tapi tahun bila tak tahu lagi HAHAHA. Lamberttt lagi. Muda lagi kan 24 tahun? Ini kalau arwah nenek aku dengar mesti dia akan cakap 'Aku masa umur 24 tahun dah berderet anak anak.

Uish, nak bandingkan zaman dulu dengan sekarang susahlah. Dulu lain, sekarang lain. Nenek aku berumur 24 tahun pada tahun 1948. Itu kalau ikut kad pengenalan dia yang nyatakan nenek aku lahir pada tahun 1924. Tahun 1948 pun tak merdeka lagi. Memang jauh sungguhlah perbezaannya kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang.

Kahwin bukan ikut trend semata mata, tapi kahwin bila kita dah bersedia untuk pikul tanggungjawab yang mendatang. Ke pendapat korang lain? Kahwin saja, ready ke tak ready ke belakang cerita. Ke macam mana?

Zaman sekarang, semua pakai duit. Tak ada pakai air liur. Takkan nak makan pasir? Betul tak? Tak salah pun kahwin lambat, yang salahnya bila ada manusia yang suka jaga tepi kain orang lain. Hehehehe. 

Apa-apapun, Selamat Pengantin Baru aku ucapkan kepada Aishah dan Azyan. Semoga perkahwinan awak berdua kekal hingga ke hujung nyawa, dikurniakan anak anak yang soleh dan solehah dan berbahagia selalu! 

Eh geli pula bila bahasakan diri 'awak' dengan Azyan sebab aku biasa bahasakan diri aku mu dengan Azyan dan Shamimy. Dengan Farena dan Aishah saja aku bahasakan diri awak saya. Ini kalau Azyan dengar aku cakap awak ni, memang dia buat buat nak muntah HAHAHA.


Muhammad Muqsith Farrel - anak Farena

43 comments

  1. MashaAllah comel pula bergedering dalam telepon.. Kawan dari sekolah, mesti rapat, moga kekal selamanya bff kan.. InshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rapat, in shaa Allah kekal berkawan sampai bila bila :)

      Delete
  2. insyaallah jodoh akan tiba
    happy kan tgk kwn2 rapat naik pelamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, cepat atau lambat aje hehehe.
      Betul, memang happy tengok sorang sorang kawan dah naikk pelamin hehehe

      Delete
  3. Haha cepat betul mereka kahwin. Apapun jodoh kan.
    Wah sudah tetapkan bulan Disember akan kahwin. Insya Allah. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai seru dah mereka semua hahaha.
      Ya Allah akak, saya gurau je bulan Disember tu hahaha, tahun bila tak tahu lagi :D

      Delete
  4. Kahwin time PKP ni memang jimat banyak . Selesai yang mana paling wajib aje dulu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CCL, buat yang wajib je dulu sekarang ni. Janji selesai akad nikahnya hehehe

      Delete
  5. PKP ni mmg dugaan buat bakal pengantin.. tp dr sudut positifnya dpt berjimat..
    alhamdullillah.. selamat jadi isteri org..

    eh akk dulu kawen umo 27tahun tau.. 24tahun tu masa utk bersuka ria lg.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jimat sangat sebab tak ada makan makan tu hehehe.
      Hahahaha betul tu akak, 24 tahun untuk bersuka ria lagi kannn :D

      Delete
  6. Hahaha 24 masih mudaaa! Enjoy dulu kikiki. Ain pun bestfriend semua dah kahwin & beranak pinak. i masih menungguh putera raja., lahhhh tibahhhh hahaha gurau2 #Staysafe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe lah, kita tengok jelah dulu bestfriend kita kawin kan ain, turn kita lambat lagi kannn hahaha. Stay safe too ain! :D

      Delete
  7. Musim PKP ni kawen jimat banyak bukan jimat sedikit.. Nanti-nanti lepas tamat PKP bolehlah buat jamuan sedikit.. Berapa orang anak buah saya bernikah masa PKP..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang jimat banyakkk sebab buat yang wajib je. Tak ada jamu jamu orang, door gift dan sebagainya kannnn.

      Delete
  8. Eh eh ingatkan Atiqah tadi. Selamat pengantin baru untuk kawan Atiqah, pengantin baru mahupun lama. Semoga berbahagia sampai syurga. Aaaminnn...
    InshaAllah lepas ni Atiqah dan Shamimy menyusul pulak. Jimat dan mudah majlis nikah PKP ni kan. Comelnya anak Farena. Sedap namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha kita lamberttt lagi kak fiza, tak sampai seru lagi.
      Aamiin aamiin ya rabbal alamin.
      In shaa Allah, sampai jodoh, kahwinlah saya hehehehe.

      Delete
  9. Kita pun ingat ATiqah yang bernikah. Semoga aura tu terjangkit kat kamu sekali ye, atiqah. Lambat atau cepat itu semua urusan Allah. Tapi bila bff kita nak kawen, kita pun auto jadi semangat dan teruja lain macam kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha aamiin, kita aamiin kan dulu SS sebab tak tahu lagi bila kahwin hehehe. In shaa Allah kalau sampai jodoh, kahwin jugak saya satu hari nanti.

      Delete
  10. Memang jimat nikah time musim covid ni. Nak jemput orang kenduri pun tak boleh, buat yang wajib je. Akak umur 24, dah ada sorang anak. Hehe.. nanti tunggu Disember nanti, giliran Atiqah pulak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak nur, nak jamu orang kampung pun tak boleh, jadinya memang jimat lah, doorgift pun tak payah sediakan. Wahh dah ada anak sorang ye kak nur hahaha. Ehhh yang bulan Disember tu saya gurau aje hahaha, tahun bila tak tahu lagi tuuuuu :D

      Delete
  11. Cantiknyaaaaaa pengantin tuu. Ingat Atiqah kawen. Baru nak happy! Tapii happy jugak untuk kawan Atiqah tuu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macehhh kak nadyya! Saya sebagai kawan, berbangga sebab orang puji kawan saya hahahahaha tiber! :P Kita lambertt lagi kak nadyya, bagi kawan kawan dulu kahwin hahahaha

      Delete
    2. Kenapaaa lambat sgt ni Atiqah.. hahahahahah

      Delete
  12. Lahh adikk lah ni
    Akak 25 tahun ni

    ReplyDelete
  13. Kahwin bukan bab main2 tau . Tanggungjawab tu penting and semoga dpt jodoh dgn lelaki yg baik2. Zaman skrg kita kena hati2 pilih bakal suami . For akak lah tak salah kahwin lambat asal tak salah pilih suami .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah rabia, kita beza setahun aje hehehehe.
      Betul tu, cari calon suami bukan macam cari baju di kedai kann, so kena hati hati.

      Delete
  14. Selamat pengantin baru. Nikah musim pandemik ni jimat wang. Buat yang betul2 wajib sahaja dan cukup rukun nikah, settle. :)
    Apapun tanggungjawab selepas nikah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak naniey kannn, buat mana wajib aje. Yang lain lain tu kemudian hari takpe.

      Delete
  15. Selamat pengantin baru tiqah.. Eh silap.. Kawan kawan tiqah.. Hahaha semog kekal selamanya.. Utg nikah time2 ni mmg jimat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHA jangan silap gitu kak ret :P
      Aamiin aamiin ya rabbal alamin. Haah kak ret, dengar kawan kawan cerita memang banyak lah jimat nya sebab akad nikah je. Habis habis sewa baju dengan pelamin sikit.

      Delete
  16. Esok lusa Tiqah pulak.Hi3.Bagus kawen time2 pandemik ni.Jimat belanja!!BTW,barakallah untuk kawan-kawan Tiqah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok lusa tahun bila tak tahu lagi kak syu HAHAHA :p
      Betul, memang jimat sebab sewa baju dan pelamin aje, makan makan tak payah dah, doorgift pun tak payah dah hehehe.

      Delete
  17. Semua comel2 aih...awak bila pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Giliran saya tak tahu lagi bila akak hehehe. In shaa Allah dalam dua atau tiga tahun lagi ;)

      Delete
  18. Barakallah, selamat dah jd isteri orang..24thn muda lg..lepas ni raikan Atiqah & Shamimy pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selamat jadi isteri orang semuanya.
      Hahaha in shaa Allah kak nohas, sampai seru saya dengan shamimy nanti hehehe

      Delete
  19. In shaa Allah sampai juga nanti jodoh Atiqah.
    Biar pun musim pandemik, kalau jodoh dah sampai, tak akan ke mana orang kata.
    Tahniah buat semua kawan Atiqah yang sudah melangsungkan perkahwinan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kak amie, suatu hari nanti sampai seru saya untuk berkahwin hehehe.
      Terima kasih kak amie.

      Delete
  20. Alhamdulillah.. Dah selamat dah kawan Atiqah..

    ReplyDelete
  21. 24 masih muda trang tang tang lagi hehehe
    Selamat pengantin baharu buat kawan Atiqah. Moga rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati Allah.

    ReplyDelete
  22. Sejak PKP, lama dah tak bau nasi minyak. ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  23. barakallahulakunna...
    semoga berbahagia hgga ke syurga aminnn

    ReplyDelete
  24. Yaa. masih muda la 24 tuu.. kahhh.. akak 28 pun x kawen lagik.. sobbss! Tahniah to your friendss! Moga cepat giliran awak pulak... Kata kwn akak, ready tu takdelah ready sangat... Sebab memang belum pernah kawen kan.. tapi ada sedikit persediaan dah mencukupi, lelain belajo lepas kawen... Gituhhhhh. hehehe

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)