Wednesday, 7 July 2021

Bertukar Warna

'Eh, bertukar warna pun nak update entri juga ke?

Mestilah! Hehehe. 

Ada beberapa orang perasan perubahan di blog aku. Tak adalah major perubahan pun, minor sahaja. Berubah warna dan kedudukan beberapa widget. 

'Kenapa tak tukar template? Tempoh hari bukan ke cakap teringin nak tukar template, nak pakai etsy template lah.'


Dan aku masih mengekalkan template blog yang sama adalah kerana:


Ada beberapa orang komen, cantik memang cantik tapi takut tak mesra Search Engine Optimization (SEO), pageviews menurun dan jejas AdSense. Jadi nak selamat, kita kekal sahaja dengan template lama. Tukar warna saja dari merah jambu kepada ungu.

Bagi aku not bad pun template sekarang ini, tapi itulah. Aku saja yang mudah bosan, sikit sikit nak tukar template, sikit sikit nak tukar template. Tapi buat masa sekarang, kita tahan diri dulu. Pakai saja yang mana ada. 


Sebab apa tukar warna kepada warna ungu? 

Sebab ungu merupakan salah satu warna kegemaran aku. Yang sebetulnya nak tukar kepada warna kuning, tapi takut menyerlah sangat ๐Ÿ˜‚ Nanti kan berpinar pinar biji mata bila masuk blog aku HAHAHA. 

Warna hijau pun warna kegemaran aku juga, tapi header blog terbuat campuran dua warna iaitu hitam dan ungu. Makanya, kita tukar semua jadi warna purple. 

Oh ya, cakap pasal header kan, rasa nak mention Bola Katok sebab atas pertolongan dia, header blog aku kembali normal. Siap berbalas email lagi sebab nak tolong aku dapatkan kembali header aku hehehe.

Actually header aku sebelum ini jadi blur dan kecil. Tak tahulah kenapa jadi begitu. Tapi lepas tambah code yang diberikan oleh Bola Katok ke dalam HTML, terus elok! Dah besar dan tak blur. 

Jadi, kita pun buat lah header baru di canva. Buat biasa biasa sahaja. Tak kreatif mana pun. Janji ada header ๐Ÿ˜‚

Header 1
Header 2
Ini bukan header blog aku, tapi aku saja saja buat untuk Rabia

Tak cantik dan tak kreatif pun designnya. Orang cakap sekadar ada rupa, tapi entah entah rupa pun tak ada hahaha. Tangan tak berseni nak buat macam mana kan? Huhuhu. 

Bak komen Alien Oren, 'so lively, i can smell the lavenders here.'

Yes, kalaulah blog boleh letak pewangi, memang aku letak pewangi lavender! Sebab bau lavender merupakan bau paling aku suka! Pelembut baju (softener) aku beli bau lavender, sabun baju (FAB) pun ambil yang lavender, pewangi bilik pun bau lavender! 

Sampai kakak aku bosan HAHAHA. Semua bau lavender. Macam bau-bau lain tak wujud hehehe. Nasib baik dalam toilet pewangi strawberry, bukan lavender. Tapi itupun tetap berbau manis juga.



Antara komen komen yang aku dapat tentang perubahan warna blog. Adios! 

44 comments

  1. Dulu2 Sk pun rajin tukar2 template ni, tapi semenjak2 3-4 tahun ni dah malas nak baca coding semua tu, nasib ada kwn jdt blogger yg bagi perkhidmatan ๐Ÿ˜œ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, malas betul nak hadap coding blog tu hahaha, jadi kekal jelah sampai bila bila template yang sama :D

      Delete
  2. Hahahaa jiwa muda belia lagi tiqah so mmg cepat je bosan.. Sama je masa zaman kita muda2 dl kan kak SK hahha.. Klu bole tetiap bln nak tkr template.. La ni mmg x rajin dah le.. Dh mls nak tengok coding2 tu sume.. Sume kita serah kat org yg rajin tlg amend kan pape hahahaa...

    K ret suka tgk blog2 org yg simple sbb x pening nak baca2 entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak ret, tak dinafikan, jiwa muda belia so mudah bosan hahaha >.<
      Tapi tetap kena tahan diri jugak dari tukar template sebab tak nakkkk ganggu SEO dan juga malas nak hadap coding ahahaha.

      Kann, simple tenang je nak masuk baca entri, saya pun suka gituuu jugakk :D

      Delete
  3. Hihi akak penah rasa apa yang awak rasa.. cepat bosan tengok template blog.. tapi seiring dengan usia yang semakin meningkat nie, nak ngadap coding tue rasa dah tak sanggup lagi.. hihi anyway, kita mempunyai citarasa yang sama, iaitu lavender.. In fact sebelum jurnal akak jadi dotcom, nama jurnal akak adalah starlavenderluna.blogspot.com..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun nak kena belajar jugaklah jangan jadi cepat bosan sangat hahaha >.<
      Cantikkk namanya! Starlavenderluna, rasa macam wow gituu namanya. Kenapa akak tak kekalkan bila tukar ke dotcom? Sebab panjang sangat ke?

      Delete
  4. Aha memang perasan tukar warna tapi sebab akak pernah hilang seminggu lebih, ingat akak ketinggalan zaman baru perasan.
    Hehe tidak payah tukar kalau trafik bagus. Itulah akak tertanya-tanya tidak ganggu iklan ke. Sekali ada jawapan. Yalah akak tidak guna AdSense.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tidak akak, saya baru je tukar ni, saja tukar warna lain, tak boleh tukar template, kita tukar warna jelah hahaha. Betul, lepas duk fikir fikir, tak jadi tukar, takut jejas trafik dan adsense.
      Kenapa akak tak nak apply AdSense?

      Delete
  5. Yup template kekadang akan kacau pv dan adsense. Semoga moga terus sukses lagi hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, takut kacau pv dan adsense.
      Thank you naim :)

      Delete
  6. Suka warna purple ya. Lama jugak tak tukar blog akak hehehe. Sekali sekala tukar mood baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak nina, sekali sekala ambik mood baruuu hehehe.
      Kak nina boleh upah Alien Oren kalau nak tukar blog hehehe

      Delete
  7. eh warna fav kita sama lahhhh!

    ReplyDelete
  8. comel kaler purple! header pon comel!

    ReplyDelete
  9. pink to purple..dua2 kaler lembut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, pakai kaler ala ala pastel gituu. Kalau terang takut sakit mata hahaha

      Delete
  10. Cantik. Setuju dengan Kak Ret.. Teringat zaman memula blog dulu. Template tukar, header bertukar lepas tu siap ada lagu2 lagi.
    Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog lama selalulah letakkk lagu sebab nak bagi pembaca syokk tapi rupanya lagu tulah yang buatkan blog kita loading lama kan kak naniey hehehe

      Delete
  11. Aww thank you buatkan header utk rabia ๐Ÿ’š๐Ÿ’“๐Ÿฅฐ Nanti2 komen blog rabia tau. Nanti rabia create header utk yg komen byk2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome rabia! Biasa biasa je header tuuuu hehehe :D

      Delete
  12. sesekali ubah selera kan
    hans dah lama tak tukar layout blog
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sesekali tukar dan ambik mood baru hehehe

      Delete
  13. CANTIKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  14. Header no. 2 tu ada maksud tersirat tu. Ki3๐Ÿ˜
    Dia bukan takat petik love jer. Dia petik sekali panggil duit datang. Wang mari...wang mari๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHA pandai kak syu! :P
      Baca fikiran saya ke ni HAHAHAHA :D

      Delete
  15. teruskan brblogging adik.. ye! blog awk nmpak fresh!

    ReplyDelete
  16. Mana yang boleh saya tolong, insyaAllah saya tolong. Seronok main coding ni. Banyak ilmu baru kita dapat. ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia jadi syok kalau kita faham, tak faham tu jadi sakit kepala hahaha :D

      Delete
  17. Okaylah guna warna favourite kita. Ingatkan fav colour pink. Betul betul, warna ni lavender sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidakk hehehe, tak pernah minat pink punn tapi masa guna template ni, malas nak tukar warna dia, itu pasal pakai je pink hehehe. Bagi saya, warna lavender ni tenang aje hehehe :D

      Delete
  18. wak pun suka bau perfume lavender tuu., ;p

    ReplyDelete
  19. cantik... sejuk mata memandang putih dan purple lilac ni

    ReplyDelete
  20. Cantiknya warna purple ni. Segar mata :) Hee. Rasa nak tukar tapi tak reti. Jadi begitulah hasilnya di blog haha.

    ReplyDelete
  21. Akk pun suka putih putple, sweet

    ReplyDelete
  22. Memang risau nak tukar template sebab kadang-kadang akan affect pv.

    ReplyDelete
  23. Niceee Tukar warna.. pemilihan ikut kita dan pembaca yang sedap mata memandangg.. gitu

    ReplyDelete
  24. Hahahaha cantik color purple ๐Ÿ’œ akak suka jugak color nii ๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
  25. blog akak, tak pernah nyer tukar apa2 sendiri.
    semua akak oder aje. org buat kan :)
    tak pandai, Tiqah, sedar diri.
    yg penting, mudah readers nak baca and load cepat.

    ReplyDelete
  26. Lembut color purple yang Atiqah guna ni. Sedap mata memandang. :)

    ReplyDelete
  27. cantik.. mama suka sgt warna pepel blog atiqah ni

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)