Showing posts with label Mother. Show all posts
Showing posts with label Mother. Show all posts

Thursday, 15 July 2021

12 Tahun Sudah Berlalu

Pejam celik pejam celik (Alhamdulillah masih dapat celik) dah 12 tahun berlalu. Rasa macam baru beberapa tahun, tapi kenyataannya dah 12 tahun berlalu.


15 Julai 2009 - 15 Julai 2020. Masa yang tercatat dalam sijil kematian, tepat pada pukul 11.15 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 

Ya, hari ini cukup 12 tahun pemergian arwah mak aku. Kalau bulan Julai ini, memang banyak kematian yang berlaku dalam keluarga dan sanak saudara aku. Tapi ada yang aku ingat dan kenal, dan ada yang aku tak ingat, tak kenal tapi dengar kakak dan abang aku bercerita. Yang bezanya, tahun meninggal sahaja. 

Pergi yang tak akan kembali. Perpisahan yang kekal abadi. Walaupun pada permulaan susah nak terima, tapi lama-lama tetap kena redha. Allah lebih sayangkan arwah mak aku. Walaupun 11 tahun 7 bulan sahaja dapat membesar bersama sama arwah mak, itupun sudah cukup membahagiakan.

Ada yang jauh bernasib malang daripada aku, ada yang tak sempat nak membesar bersama sama ibunya, mungkin sebab ibunya meninggal ketika bersalin dan sebagainya. Apa-apapun, kita yang masih hidup tetap kena redha dengan takdir yang telah Allah tetapkan di Loh Mahfuz lagi.

Sebetulnya arwah mak dah nazak hari Sabtu malam Ahad sebelum 15 Julai 2009, tapi masih dipanjangkan umur untuk beberapa hari. Mungkin bagi peluang kepada sanak saudara yang duduk jauh untuk pulang ziarah arwah mak buat kali terakhir? Aku pun tak pasti huhuhu.

Masa arwah mak nazak hari Sabtu malam Ahad, kami sekeluarga tak tidur. Memang masa itu, orang cakap, nyawa arwah mak dah berada di hujung hujung dah. Tapi aku dengan kakak ketiga dah mengantuk macam apa, dah tersengguk sengguk di kaki arwah mak, tapi tak boleh tidur. Campur dengan menangis lagi, mata bengkak tak payah cakaplah. Baca yassin pun dah tak berapa betul sebab tersedu sedu akibat menangis. 

Ayah dan abang kakak aku yang lain marah kalau kami tidur sebab mungkin itu peluang  terakhir yang ada untuk kami bersama arwah mak. Sampailah pukul tiga atau empat pagi, tiba-tiba arwah mak macam sedar sepenuhnya. Macam tiba tiba sihat. Memang rasa lega gila bila tengok arwah mak dah bernafas macam biasa.

Hari Ahad, Isnin, Selasa, kami bagi apa saja yang arwah mak nak makan. Makanan yang memang dia pantang sepanjang dia sakit, kami bagi saja makan. Biarlah, sebab arwah mak memang dah lama nak makan. Dan kami tak pasti berapa lama lagi arwah mak dapat bertahan. 

Hari Rabu, arwah mak nak sangat pergi jumpa ustaz yang biasa dia jumpa. Pagi pagi buta lagi dah pergi. Aku tak ikut sebab nak pergi sekolah, tak sangka pula itu hari terakhir arwah mak aku akan hidup. Aku celik sekejap saja mata pagi itu, nampak arwah mak tengah duduk atas kerusi roda, kakak sulung aku tengah siapkan arwah mak pagi itu.

Dipendekkan cerita, arwah mak meninggal di hospital. Abang kedua aku datang jemput aku di sekolah. Tengah belajar, tiba tiba kerani sekolah cakap ada orang nak jumpa aku. Aku pelik, siapalah nak jumpa aku kan? Kemas beg sekolah, keluar pintu kelas, dari jauh nampak abang kedua aku tengah berdiri sambil bercakap dengan guru penolong kanan kalau tak silap aku. 

Masa dalam kereta, baru abang aku beritahu, arwah mak dah tak ada. Menangis? Itu pasti. Takkan bergembira pula kan? Hahaha. Sampai rumah, tukar baju, kemas rumah dan apa-apa yang patut, tunggu arwah mak sampai dari hospital. Dalam sejam lebih juga rasanya perjalanan dari hospital ke rumah aku pada masa tu. 

Part paling tak boleh tahan masa nak cium arwah mak buat kali terakhir. Ayah pesan, jangan jatuhkan air mata. Like susah weh! Memang tengah menangis kot masa tu, nampak arwah mak berbalut serba putih, mahu tak menangis? Tapi berjaya juga cium tanpa jatuhkan air mata walaupun puas seka air mata daripada menitik.

Punca kematian? 

Advanced Ovarian Cancer Stage IV with Lung and Bowel Metastasis

Kanser Ovari Tahap Empat dengan paru paru dan usus. Kanser ovari tahap empat bermaksud barah dah merebak ke organ tubuh lain yang agak jauh dari ovari iaitu hati atau paru paru. 


Sumber: Cancer Research UK

Macam aku pernah beritahu sebelum ini, arwah mak dah dua kali melakukan pembedahan dan 18 kali kimoterapi. Kalau tak silap aku 18 kali, tapi memang banyak kalilah arwah mak buat kimoterapi. Kepala botak itu perkara biasa hahaha. Buat nestum panas sikit pun kena marah HAHAHA. Tapi kita kena faham, orang sakit ini memang dah tak fikir benda lain dah selain penyakit yang ada pada dirinya. Dan mungkin, fikir anak-anak. 

Arwah mak bertahan selama tujuh tahun atas sebab nak tengok anak anak membesar. Yang dah besar tak risau mana sebab dah reti jaga diri, yang kecil kecil macam aku, kakak ketiga dan abang keempat masih kategori remaja. Masih memerlukan perhatian seorang ibu. Jadi, mungkin sebab itulah arwah mak berjaya juga bertahan selama tujuh tahun walaupun doktor sendiri cakap arwah mak hanya mampu bertahan sekejap sahaja bila arwah mak mula dikesan menghidapi penyakit kanser ovari tahap empat.

Arwah mak cik aku pun meninggal sebab kanser, kalau tak silap aku kanser antara lapisan perut. Kanser yang agak rare kalau tak silap aku. Bertahan dalam beberapa bulan sahaja. Tapi arwah mak cik baru lagi meninggal, kalau tak silap tahun 2015. 


Kubur yang sudah lama tak diziarahi. Last aku pergi kubur, raya tahun lepas. Tahun ini raya tak boleh rentas daerah, jadinya tak boleh nak ziarah. Tapi tak apa, janji jangan lupa kirimkan doa untuknya yang berada di alam sana. 

Tak cabut rumput sebab orang cakap biarlah, rumput akan doakan untuk orang yang berada di dalamnya. Betul tak? Tapi kalau rumput panjang sangat, cabut juga sikit sikit, tapi tak adalah bagi clear terus. Ada tinggal sikit sikit. 

Rindunya ya Allah. Rasa nak peluk lama lama arwah mak. Nak cakap, adik sayang sangat sangat dekat ma. Ma yang sangat baik, yang sempurna di mata adik. Maaf ya, terluah perasaan sekejap. 

Aku selalu pesan, siapa yang masih ada mak ayah itu, peluk cium lah puas puas, biar mak naik rimas. Sebab nanti bila mereka dah tak ada, dah tak boleh peluk cium dah. Jadi, cepat peluk cium mak ayah sekarang ini hehehe.

Dan pada kesempatan ini, aku nak minta yang baca entri ini untuk sedekahkan Al Fatihah untuk arwah mak aku yang bernama Hasfiah Othman. 

Al Fatihah Hasfiah Othman,
29 Disember 1954 - 15 Julai 2009 

Rindu itu pasti. 

Satu nama tetap tersemat dihati, tetap terlakar indah di sanubari, tetap kukenang sampai ke mati, tetap kusayang sepenuh hati, walaupun jasadmu sudah bersemadi, walaupun dirimu sudah tiada lagi, kerana dirimu tiada pengganti 💛

Saturday, 26 June 2021

Emak


Aku screenshot tweet yang ditulis oleh aku sendiri. Yang aku * faham saja kan? Malas nak tulis penuh. Kasihan dengan encik khinzir, nama dia terpalit sekali. Hahaha. 

Aku tweet lepas aku terbaca satu tweet luahan hati seseorang yang berjantina perempuan yang berbunyi sama seperti apa yang aku tulis. Aku tak tahu apa masalah yang dihadapi oleh budak perempuan tersebut. Aku tak pernah kenal dia dan tak pernah berada dalam kehidupan dia.

Aku tak berada di tempat dia, jadi aku tak tahu situasi apa yang dia lalui dalam kehidupan sehariannya. Cumanya, bila terbaca tweet budak perempuan tersebut, tiba tiba teringat dekat mak yang jauh di mata, tapi sentiasa dekat di hati. Sentiasa. 

Tak pernah sesaat pun jauh dari hati. Tak pernah sekali pun hilang dari ingatan. Tak pernah tak rindu, tapi dalam konteks ayat 'tidur'. Rindu nak tidur dengan mak. Ala rindu semuanyalah! 

Okey sebelum aku pergi lebih jauh, entri ini bukanlah untuk menagih simpati para pembaca. Sekadar diri aku yang suka bercerita selagi benda itu tak mengaibkan sesiapa. Panjang ya entri kali ini 😂

Aku memang dari kecil lagi tidur dengan arwah mak. Memandangkan ayah aku kerja luar negeri Terengganu, jadi memang akulah yang teman mak aku tidur setiap malam.  

Kakak ketiga aku pun teman dan tidur sekali juga tapi dia tidur bawah, atas toto. Aku special tidur atas katil dengan mak aku 😜 Anak bongsu katakan hehehe.

Dari kecil atau lagi tepat dari bayi lagilah rasanya aku tidur dengan mak sampai aku umur berumur 11 tahun 7 bulan. Sampai 11 tahun 7 bulan sahaja sebab mak meninggal masa aku umur 11 tahun 7 bulan. Tapi aku tak pernah rasa terganggu, rasa si*l, rasa penat atau rasa perasaan perasaan yang negatiflah bila tidur dengan mak. 

Aku tak boleh kalau tak nampak mak aku, mulalah fikir macam-macam. Contoh situasi 1:

Mak aku pergi rumah mak cik saudara dengan abang kedua, tinggal kunci rumah dalam rak kasut. Aku pun balik sekolah, tengok mak tak ada di rumah. Menangis. Serious, aku menangis. Padahal mak pergi rumah saudara saja. Bukannya pergi jauh pun. 

Setia duduk luar rumah atas buaian, tunggu mak balik. Buka television sebab nak bagi ada suara bising, padahal tak tengok pun. Tengok jalan raya (tak ada telefon lagi masa ini) menunggu bila mak nak balik HAHAHA. Aku tak tahulah, tapi aku memang tak boleh kalau tengok mak tak ada dekat rumah. Takutnya mak aku tinggalkan aku. Takut mak pergi dalam keadaan bernyawa, pulang dalam keadaan tidak bernyawa. 

Tapi nasib baik (nasib baik ke?) masa mak meninggal, aku dalam kategori remaja, boleh berfikir. Dan aku sendiri pun redha dengan pemergian mak aku. Dah tak sanggup nak tengok mak terseksa. Dari aku umur lima tahun lagi, mak dah sakit.

Keluar masuk hospital perkara biasa. Macam rumah kedua dah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan. Pembedahan dua kali, kimoterapi tak tahu lah berapa kali, rasanya 18 kali kalau tak silap aku. Even mak aku warded pun, aku teman mak sekali di wad. 

Doktor bagi kerusi malas untuk aku tidur hehehe. Padahal abang kedua aku dah siap sewa homestay berhampiran hospital lagi untuk kemudahan bermalam masa di Kelantan. Tapi aku masih nak tidur dalam wad walaupun aku sendiri tak suka bau hospital :')

Kanser. Tak ada penawarnya lagi buat masa sekarang. Mungkin kalau tahu di peringkat awal, boleh sembuh. Tapi dalam kes mak aku, tahu tahu dah peringkat teruk. Doktor pun tak letak harapan tinggi, tapi Alhamdulillah, tujuh tahun bertahan atas sebab nak tengok anak-anak membesar.  

Okay kembali kepada tajuk, apa yang aku rasa ialah perasaan gembira. Macam mana nak cakap ya? Gembira sebab dapat tidur dengan mak. Orang lain belum tentu ada kesempatan nak tidur setiap malam dengan mak masing masing kan? 

Dan ya sampai sekarang, aku masih rindu nak tidur dengan mak. Tak kisahlah orang nak cakap apa, dah besar panjang, dah boleh bersuami dah tapi masih nak tidur dengan mak lagi. Like mak aku ya, bukannnya aku tidur dengan mak orang lain pun kan? 

Kalau mak aku masih ada sampai sekarang pun, aku rasa aku tetap akan tidur dengan mak aku setiap malam sampailah aku kahwin. Itupun kalau sempat kahwin. Tapi itulah, cakap pasal kalau, semua benda boleh jadi kan 😂


Tiap tiap malam, mak main main dengan jari lebih aku hahaha. Selimutkan aku tapi tak sampai lima minit, selimut dah jatuh bawah HAHAHA sebab dulu dulu masa aku kecil, aku tak suka berselimut walaupun cuaca sejuk macam apa.


Kebal sungguh ya kulit aku masa kecil. Memang pantang diselimut, terus ditolak jatuh katil hahaha. Bila dah tua dah sikit, barulah reti berselimut kalau tidur waktu malam. 

Kembali kepada budak perempuan tersebut, mungkin budak perempuan tersebut ada masalah tersendiri kan? Mungkin wujud family toxic dalam kehidupannya. Kita tak tahu sebab kita tak ada dalam kehidupannya. Aku sendiri bukan nak judge budak perempuan tersebut, sekadar bercerita pengalaman aku sendiri.

Tapi satu saja aku nak cakap, selagi boleh tidur dengan mak (tidur sekali sekala pun boleh), tidurlah. Tak salah pun tidur dengan mak. Jangan rasa si*l, penat, ba*i dan sebagainya bila dengan mak. Nanti bila mak dah tiada, jangan menyesal di kemudian hari. Bila mak dah tiada, baru nak menangis, meraung memang tak ada guna dah. 

Hargai mak selagi mak masih hidup, masih bernyawa dan masih berada di depan kita. Peluk cium puas puas, sebab bila dah meninggal, dah tak ada kesempatan lagi dah nak buat semua itu :)

Dan satu persoalan dari aku, ada sesiapa percaya tak family toxic itu wujud? 

Sunday, 9 May 2021

Selamat Hari Ibu!


Selamat Hari Ibu untuk semua ibu ibu di luar sana! Sebagaimana kita sedia maklum, sambutan Hari Ibu di Malaysia akan disambut pada setiap hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei, maka 09 Mei 2021 merupakan tarikh Hari Ibu bagi tahun ini.

Pada setiap tahun, setiap anak pasti menunggu ketibaan Hari Ibu dan Hari Bapa bagi menghargai pengorbanan ibu bapa mereka yang telah banyak berjasa membesarkan mereka.

Bagi anak anak yang sudah kehilangan ibu atau bapanya, pasti perasaan sedih membelenggu dirinya. Rasa sedikit cemburu apabila melihat kawan kawan menyambut Hari Ibu bersama ibu masing masing sedangkan diri kita sendiri sudah tiada ibu untuk diraikan. 

Tidak mengapa, jangan bersedih dan jangan cemburu. Setiap yang hidup pasti akan mati. Antara cepat atau lambat sahaja, lambat laun kita akan tetap pergi menemui PenciptaNya. 

Jadi apa yang boleh kita lakukan untuk anak anak yang sudah kehilangan ibunya? Kita boleh mendoakan untuk mereka yang telah pergi. Doa bukan hanya Hari Ibu, tapi berdoalah setiap hari dan setiap kali selesai solat fardhu. Moga moga Allah perkenankan doa kita. 

Syurga di bawah telapak kaki ibu.

Ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata:
"Wahai Rasulullah, saya ingin berjihad menegakkan agama Allah."

Rasulullah bertanya,
"Adakah ibumu masih hidup?"

Jawab lelaki tersebut,
"Ya."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tetaplah engkau berada dekat dengan kaki ibumu, di sanalah syurga berada."

(Riwayat At - Thabrani)

Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu memang tidak dapat diukur dan dibandingkan dengan apa benda sekalipun. Satu kisah dan iktibar yang dipetik daripada hadis Riwayat Al Bukhari iaitu kisah Juraij bersama ibunya yang menunjukkan betapa ampuhnya doa seorang ibu yang dekat dengan Allah s.w.t, doanya akan dikabulkan dengan segera.

Berdasarkan hadis hadis itulah, Islam mengangkat tinggi darjat seorang ibu berbanding seorang ayah dalam memperoleh pengabdian anak kepada diri masing masing. 


Kepada arwah ibuku, Hasfiah binti Othman,
Selamat Hari Ibu! 

Walaupun ma dah tiada di dunia, tapi setiap tahun adik tetap akan ucap Selamat Hari Ibu untuk ma. Hanya doa yang mampu dihulurkan untuk ma yang berada di alam kubur sana. Moga moga doa yang dititipkan oleh setiap anak anakmu dapat membantu ma di alam sana.

Dan terima kasih ya Allah untuk 12 tahun, Engkau pinjamkan dan hadirkan Hasfiah binti Othman sebagai ibuku. 12 tahun yang cukup bermakna 💜

Wednesday, 31 March 2021

Mak. Mama. Ibu. Mommy. Umi.


Mak. Mama. Ibu. Mommy. Umi. | Panggilan nama seorang anak kepada seorang wanita yang melahirkan dirinya. Panggilan nama yang ditunggu saat anak mula bertatih berbicara. Rindunya nak panggil seseorang dengan panggilan nama Ma. 2021, 12 tahun berlalu. Sekejap saja masa berlalu.


12 tahun yang lalu, aku berumur 12 tahun. Dan 12 tahun pada 2021, aku berumur 24 tahun. Pejam celik pejam celik, berjaya menghabiskan pembelajaran sampai ijazah sarjana muda walaupun ma hanya sempat tengok sampai UPSR. Actually, UPSR pun tak sempat sebab arwah mak meninggal bulan 7, UPSR bulan 10 kot hehe. Sudah lupa bulan berapa.


Betul tak, tak kiralah berapa ramai pun manusia yang ada dalam sesebuah rumah tu, kalau mak tak ada di dalamnya, rumah tu tetap terasa kosong. Hilang penyeri. Boleh diibaratkan hilang tiang rumah. Boleh runtuh bila bila masa. 


Arwah mak meninggal disebabkan oleh penyakit kanser rahim dan beberapa komplikasi lain. Panjang sangat punca kematian yang ditulis dalam sijil kematian. Tapi nak senang cerita dan apa yang aku faham, puncanya kanser rahim. 


Dulu masa kecik kecik, sesetengah mak kepada kawan kawan aku bahasakan dirinya mak kepada aku. Sebab tahu aku dah tak ada mak masa tu. Tapi kadang kadang aku tak selesa sebab takut anak dia jealous kan bila mak dia bahasakan diri as mak kepada aku, padahal tak ada masalah pun. Kawan aku okey je, aku je yang over rasa macam tu HAHAHA.


Dulu, zaman arwah mak ada memang excited nak puasa dan raya. Arwah mak masak sejenis je lauk tapi feel dia tu fuhhh. Pantang orang Kemboja datang rumah sambil junjung bungkusan baju atas kepala, mak belikan baju lawa lawa hehehe. Sekarang, baju raya pun recycle je baju lama lama since aku pun tak berubah berat badan sobs sobs sobs. Masih muat dipakai even dah bertahun bertahun bajunya 😭 Can someone transfer your fat (lemak) to me? 


Nota jemari: Hargai mak dan ayah korang selagi mereka masih hidup. Aku terkilan sebab tak sempat nak balas jasa arwah mak aku since mak aku meninggal pun aku masih sekolah.