Saturday, 26 June 2021

Emak


Aku screenshot tweet yang ditulis oleh aku sendiri. Yang aku * faham saja kan? Malas nak tulis penuh. Kasihan dengan encik khinzir, nama dia terpalit sekali. Hahaha. 

Aku tweet lepas aku terbaca satu tweet luahan hati seseorang yang berjantina perempuan yang berbunyi sama seperti apa yang aku tulis. Aku tak tahu apa masalah yang dihadapi oleh budak perempuan tersebut. Aku tak pernah kenal dia dan tak pernah berada dalam kehidupan dia.

Aku tak berada di tempat dia, jadi aku tak tahu situasi apa yang dia lalui dalam kehidupan sehariannya. Cumanya, bila terbaca tweet budak perempuan tersebut, tiba tiba teringat dekat mak yang jauh di mata, tapi sentiasa dekat di hati. Sentiasa. 

Tak pernah sesaat pun jauh dari hati. Tak pernah sekali pun hilang dari ingatan. Tak pernah tak rindu, tapi dalam konteks ayat 'tidur'. Rindu nak tidur dengan mak. Ala rindu semuanyalah! 

Okey sebelum aku pergi lebih jauh, entri ini bukanlah untuk menagih simpati para pembaca. Sekadar diri aku yang suka bercerita selagi benda itu tak mengaibkan sesiapa. Panjang ya entri kali ini 😂

Aku memang dari kecil lagi tidur dengan arwah mak. Memandangkan ayah aku kerja luar negeri Terengganu, jadi memang akulah yang teman mak aku tidur setiap malam.  

Kakak ketiga aku pun teman dan tidur sekali juga tapi dia tidur bawah, atas toto. Aku special tidur atas katil dengan mak aku 😜 Anak bongsu katakan hehehe.

Dari kecil atau lagi tepat dari bayi lagilah rasanya aku tidur dengan mak sampai aku umur berumur 11 tahun 7 bulan. Sampai 11 tahun 7 bulan sahaja sebab mak meninggal masa aku umur 11 tahun 7 bulan. Tapi aku tak pernah rasa terganggu, rasa si*l, rasa penat atau rasa perasaan perasaan yang negatiflah bila tidur dengan mak. 

Aku tak boleh kalau tak nampak mak aku, mulalah fikir macam-macam. Contoh situasi 1:

Mak aku pergi rumah mak cik saudara dengan abang kedua, tinggal kunci rumah dalam rak kasut. Aku pun balik sekolah, tengok mak tak ada di rumah. Menangis. Serious, aku menangis. Padahal mak pergi rumah saudara saja. Bukannya pergi jauh pun. 

Setia duduk luar rumah atas buaian, tunggu mak balik. Buka television sebab nak bagi ada suara bising, padahal tak tengok pun. Tengok jalan raya (tak ada telefon lagi masa ini) menunggu bila mak nak balik HAHAHA. Aku tak tahulah, tapi aku memang tak boleh kalau tengok mak tak ada dekat rumah. Takutnya mak aku tinggalkan aku. Takut mak pergi dalam keadaan bernyawa, pulang dalam keadaan tidak bernyawa. 

Tapi nasib baik (nasib baik ke?) masa mak meninggal, aku dalam kategori remaja, boleh berfikir. Dan aku sendiri pun redha dengan pemergian mak aku. Dah tak sanggup nak tengok mak terseksa. Dari aku umur lima tahun lagi, mak dah sakit.

Keluar masuk hospital perkara biasa. Macam rumah kedua dah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan. Pembedahan dua kali, kimoterapi tak tahu lah berapa kali, rasanya 18 kali kalau tak silap aku. Even mak aku warded pun, aku teman mak sekali di wad. 

Doktor bagi kerusi malas untuk aku tidur hehehe. Padahal abang kedua aku dah siap sewa homestay berhampiran hospital lagi untuk kemudahan bermalam masa di Kelantan. Tapi aku masih nak tidur dalam wad walaupun aku sendiri tak suka bau hospital :')

Kanser. Tak ada penawarnya lagi buat masa sekarang. Mungkin kalau tahu di peringkat awal, boleh sembuh. Tapi dalam kes mak aku, tahu tahu dah peringkat teruk. Doktor pun tak letak harapan tinggi, tapi Alhamdulillah, tujuh tahun bertahan atas sebab nak tengok anak-anak membesar.  

Okay kembali kepada tajuk, apa yang aku rasa ialah perasaan gembira. Macam mana nak cakap ya? Gembira sebab dapat tidur dengan mak. Orang lain belum tentu ada kesempatan nak tidur setiap malam dengan mak masing masing kan? 

Dan ya sampai sekarang, aku masih rindu nak tidur dengan mak. Tak kisahlah orang nak cakap apa, dah besar panjang, dah boleh bersuami dah tapi masih nak tidur dengan mak lagi. Like mak aku ya, bukannnya aku tidur dengan mak orang lain pun kan? 

Kalau mak aku masih ada sampai sekarang pun, aku rasa aku tetap akan tidur dengan mak aku setiap malam sampailah aku kahwin. Itupun kalau sempat kahwin. Tapi itulah, cakap pasal kalau, semua benda boleh jadi kan 😂


Tiap tiap malam, mak main main dengan jari lebih aku hahaha. Selimutkan aku tapi tak sampai lima minit, selimut dah jatuh bawah HAHAHA sebab dulu dulu masa aku kecil, aku tak suka berselimut walaupun cuaca sejuk macam apa.


Kebal sungguh ya kulit aku masa kecil. Memang pantang diselimut, terus ditolak jatuh katil hahaha. Bila dah tua dah sikit, barulah reti berselimut kalau tidur waktu malam. 

Kembali kepada budak perempuan tersebut, mungkin budak perempuan tersebut ada masalah tersendiri kan? Mungkin wujud family toxic dalam kehidupannya. Kita tak tahu sebab kita tak ada dalam kehidupannya. Aku sendiri bukan nak judge budak perempuan tersebut, sekadar bercerita pengalaman aku sendiri.

Tapi satu saja aku nak cakap, selagi boleh tidur dengan mak (tidur sekali sekala pun boleh), tidurlah. Tak salah pun tidur dengan mak. Jangan rasa si*l, penat, ba*i dan sebagainya bila dengan mak. Nanti bila mak dah tiada, jangan menyesal di kemudian hari. Bila mak dah tiada, baru nak menangis, meraung memang tak ada guna dah. 

Hargai mak selagi mak masih hidup, masih bernyawa dan masih berada di depan kita. Peluk cium puas puas, sebab bila dah meninggal, dah tak ada kesempatan lagi dah nak buat semua itu :)

Dan satu persoalan dari aku, ada sesiapa percaya tak family toxic itu wujud? 

20 comments

  1. kak ret sampai saat akhir mak k ret hidup masih tido ngan emak dan adik lelaki...
    sebab bila arwah abah k ret dah x de, mak mengharap kan kita je sebagai peneman dia memalam...
    arghhh rindu nya kat arwah mak..

    al-fatihah

    ReplyDelete
  2. sayang emak dulu, kini dan selamanya.

    jom tukar link blog.Tq

    ReplyDelete
  3. Mungkin ada sebab atau sejarah tertentu yang menyebabkan seseorang itu menulis sesuatu di luar kebiasaan manusia normal. Apa pun sebagai anak, kita bertanggungjawab untuk hormat dan taat kepada kedua ibu bapa.

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah.

    Betul. Mungkin segelintir orang tinggal dalam famili yang toxic. Sampai tahap sanggup buka aib famili sendiri.

    Yang penting, kita masih waras. Dapat beza baik buruk.

    ReplyDelete
  5. Akak x merasa tido ngan mak..maybe masa kecik la kot..akak kan anak sulung..so ada adik2 lain..tapi kami pun memang tak tido ngan mak kecuali waktu kecil...dalam kes ni akak rasa kurang didikan budak tu jadi macam tu...kesian

    ReplyDelete
  6. Sebak baca coretan ni...pdngalaman tido bersama mak..betul kalau mak dah takda..tak guna dh menangis meratap nk huat semua tu

    ReplyDelete
  7. Toxic family memang wujud dear, kalau tak, takdela kes dera, lari dari rumah etc. Takpela, kita yang ada famili yang penyayang, kena bersyukur dan appreciate apa yang kita ada. Tak semua orang beruntung ada blessed childhood.

    ReplyDelete
  8. Sedihnya baca. Sabar ye Atiqah. Mungkin kehidupan dia ada cerita disebaliknya.

    ReplyDelete
  9. Walaupun besar manapun masalah, dia tetap emak yang perlu dihormati. Kadang-kadang bila terdengar, terbaca tentang keluarga bermasalah begini, sedih juga.

    ReplyDelete
  10. Family toxic tu memang ada, Atiqah. Sulit nak cerita. Tapi ujian orang kan, contohnya, kalau parents layan kita buruk mana sekalipun, sebagai anak, kena hormat orang tua. Camana orang tua layan tu, itu urusan dia dengan Allah la. Kita sebagai anak, tak leh lawan balik. Cuma kita tak boleh ubah camana cara orang tu dibesarkan. Tak de sape yang sempurna, kecuali Rasullullah SAW je.

    ReplyDelete
  11. Tulah best tidur dengan mak tp sejak dh umur 25 tahun ke atas sampai la saat dh kawen ni memang tak dpt tidur sbb mak kak nina nk privacy 😂😂 tidur dgn kucing.

    Semoga tabah tiqah, doa banyak2 utk mak, doa tu akan sampai sepantas kilat buat arwah.

    ReplyDelete
  12. Apa2 pun alasannya tak sepatutnya dia tulis macam tu

    ReplyDelete
  13. sampai begitu sekali tulisannya...ibubapa tiada galang gantinya..

    ReplyDelete
  14. sy umur 30 pun masih tidur dengan mak hehe

    stay safe tiqah n family^^

    ReplyDelete
  15. rezeki orang lain tak sama. ada yang dapat parents/family yang baik, ada yang dapat family toxic. tapi ada juga yang jenis derhaka.

    ReplyDelete
  16. Thank for sharing the lovely story. Rindu mama juga ni. bila la covid nak habis.
    Family toxic tu memang wujud.

    ReplyDelete
  17. siapalah tak sayang emak sendiri, tapi ada kann, tiqah khannns., huhuhu

    *ps. haabis xde mak baru ke pastu?

    ReplyDelete
  18. Haah akak semakin menghargai emak. Rasa rindu walaupun emak keluar sekejap. Tidur sama tidak boleh sekarang sebab emak tidur dengan abah.

    ReplyDelete
  19. Penah tido ngn mak masa akak pantang lepas besalin kan hud. Akak jenis tido mati. Hud nanges xreti nak bangun. Haha itulaaa kenangan. Skng da bjauhan ngn mak sejak xleh rentas daerah ni. Sedihhh la jugak.

    ReplyDelete
  20. Tengah mak ada ni sila la berkepit tido sekali sekala tau. Ni mak dh takda baru sedih mengenangkan tak pernah bertempek tido sekali hmmmm

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)