Monday, 14 June 2021

Kisah Benar Corona Virus


Kisah benar daripada pesakit Covid-19. Sedih bila dengar cerita tentang pesakit Covid-19. Cerita benar dan bukan rekaan semata-mata. 

Tapi cerita ini bukanlah aku yang dengar sendiri. Kakak aku bercerita semula kepada aku selepas selesai bekerja. 

Sebagaimana aku pernah bagitahu sebelum ini, kakak aku bekerja as pegawai farmasi di hospital. Jadi setiap hari adalah cerita cerita yang dia kongsi bersama aku bila balik bekerja.

Apa yang aku nak cakap, kita jadi manusia, jangan pentingkan diri sendiri. Ya tahu rindu dekat mak ayah di kampung, tapi benda boleh video call ataupun call, call sajalah. Tak payah balik kampung. 

Tahu tak sama bervideo call dengan berjumpa secara bersemuka, tapi keadaan sekarang tak mengizinkan kita nak seperti dahulu. Nak peluk cium pun dah tak boleh sekarang ini. 

Tapi kalau ada kecemasan dan terpaksa balik kampung, apa boleh buat kan? Tapi, bagi bagi cerita pertama ini, memang balik kampung bukan atas tiket 'kecemasan'.

Kita tak tahu diri kita ini ada virus ataupun tidak. Selagi tak buat swab test, selagi itulah tak tahu kita ada virus ataupun tidak. Kalau kita tak ada simptom, terus balik kampung, tak pasal pasal mak ayah di kampung dapat Covid-19 daripada kita. Bila dah terkena, baru nak menyesal. Kalau boleh sembuh, Alhamdulillah. Kalau meninggal? Menyesal tak sudah. 

Menangislah, meraunglah sepuas hati, tak akan dapat kembalikan mak ayah kita yang sudah meninggal. Salah siapa? Salah diri sendiri sebab gatal balik kampung dan tak sedar diri pembawa virus. 

Sebab apa aku cakap macam ini? Sebab cerita pertama yang kakak aku ceritakan ini berlaku kepada seorang pakcik. Alkisahnya bermula bila anak dia pulang ke kampung sempena hari raya. 

Anak pakcik itu tak sedar dirinya pembawa virus, akhirnya virus itu mendapat dekat ayahnya. Sekarang, ayahnya ditempatkan di Intensive Care Unit or senang cerita kita panggil ICU. 

Tahu kan tempat ICU itu macam mana? Peluang 50-50. Kalau berjaya sembuh, Alhamdulillah boleh keluar dan kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan bernyawa. Kalau sebaliknya? Pulang juga ke pangkuan keluarga tapi dalam keadaan tidak bernyawa. 

Tahu, mati itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan mati. Dari tanah kita dicipta, kepada tanah jua kita kembali. Tapi kalau meninggal disebabkan Covid-19 sangatlah meruntun jiwa. Semuanya akan diuruskan oleh pihak hospital. 

Kaum keluarga tak boleh tengok saat jenazah dimandikan, dikafankan malahan dihantar ke liang kubur itupun hanya mampu melihat dari jauh sahaja. Sedih tak? Bagi aku tersangatlah sedih. Tak dapat peluk cium jenazah buat kali terakhir. 

Okay back to this pakcik, disebabkan anak dia pulang ke kampung dan membawa virus dan sekaligus menyebabkan dia dapat Covid-19, sampai kesudah pakcik itu tak nak bercakap dengan anaknya setiap kali anaknya membuat panggilan. 

Puas dipujuk oleh nurse, tapi pakcik itu tetap tak nak bercakap. Betul betul berkecil hati ataupun marah dengan anak yang punca membawa virus Covid-19. 

Boleh bayang tak mak ayah kita yang dah tua dan ada pelbagai penyakit, ditambah pula dengan Covid-19. Bertambah tambah penyakitnya. Nak nak Covid-19 ini serang paru-paru, sampai satu tahap terpaksa pakai alat pernafasan dan sampai tahap yang terakhir, doktor terpaksa tidurkan pesakit.

Dan cerita kedua, kisah seorang pakcik juga. Pakcik yang takut untuk tidur sebab takut tidur untuk selama-lamnya. Ya Allah, pakcik itu sanggup tak tidur, sanggup tahan mata sebab takut ajal menjemput semasa tidur.

Doktor dah bagi banyak ubat tidur, nak suruh pakcik tidur biar boleh tenangkan diri, biar organ dalaman tak bekerja keras sangat, tapi pakcik tetap tak nak tidur. Kadang kadang tertidur juga pakcik itu, tapi tak lena.

Kejap kejap terbangun, kejap kejap terbangun. Memang tak lena. Sampaikan doktor sendiri dah tak tahu nak buat apa dengan pakcik itu. 

Macam aku cakap tadilah kan, bila duduk di ICU, peluang itu 50-50. Bila difikir-fikirkan balik, kalau aku jadi pakcik itupun aku takut nak tidur. Sebab takut akan tidur untuk selama-lamanya :')

Jadi teman teman, Covid is real. Bukan main main. Tak habis fikir aku dengan sesetengah orang yang masih anggap Covid ini agenda sesetengah pihak yang jahat. Yang tak percaya vaksin itupun satu hal.

Apa apapun, semoga Allah s.w.t segera mengangkat wabak ini dan kita dapat hidup dalam kehidupan normal seperti sebelum pandemik Covid-19 melanda. Semoga Allah melindungi kita semua. Aamiin aamiin ya rabbal alamin 👐

17 comments

  1. Betul..covid is real..ada rakan blogger pun di tidurkan lama..dari pertengahan May, x leh brain la bila ada sesetengah pihak kata Covid ni agenda sesetengah pihak or agenda politik...kalau covid ni tak real yng mati dah 3000 lebih tu apa, yang kat Maeps tu? kat hospital seluruh dunia tu?

    ReplyDelete
  2. Betul covid ni mmg wujud pun . kita kena jaga kita. Stay at home

    ReplyDelete
  3. Sedih bila baca kisah-kisah begini. Kecewa dengan sikap segelintir manusia yang pentingkan diri lepas tu bawa kesan dan menyusahkan orang lain. Mentaliti yang anggap Covid ni tipu, agenda ini agenda itu memang perlu dibenamkan ke laut dalam. Tak nampak ke sistem kesihatan kita dah nak lumpuh...

    ReplyDelete
  4. Alahai.. Kecik hati sungguh pakcik tu dengan anak dia.. semoga baik-baik sahaja hubungan mereka..
    Semoga kedua-dua pakcik tu diberikan kesembuhan..
    Covi19 ini real.. Menyerang tak kira siapa..

    ReplyDelete
  5. haritu baca ada kawan office dia balik kampung lepastu jadi virus carrier then mak dia kena. Baru semalam mak dia meninggal sebab covid-19.

    ReplyDelete
  6. Covid ni tak kena batang hidung sendiri boleh la pandang remeh kan. Kesian dengan golongan berisiko tinggi. Diorang duduk rumah diam-diam tetibe dapat virus. Kalau semua tak dengar cakap sampai bila-bila dok pkp, pkpkb sampai abang jamil mampus

    ReplyDelete
  7. kan, belum kena ramai yg tak percaya
    mcm2 andaian dibuat tp tanyalah pd yg dah kena
    memang akan menakutkan, emosi pun terganggu

    ReplyDelete
  8. Baca yg pakcik takntido2 tu rs letihnya kan.. Sbb k ret pun pernah terasa mcm tu.. Tu kita rs kat rumah tu dh tkut nk tido.. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dr covid dan apa jua penyakit berbahaya

    ReplyDelete
  9. Tengok tidak pasal-pasal ayah berkecil hati dengan anak.
    Harap dapat pengajaran untuk si anak dan kita semua.

    ReplyDelete
  10. Semoga covid-19 ini segera diangkat oleh Allah SWT dari muka bumi ini.

    ReplyDelete
  11. amiin..ya rabbala'lamin....sedih dengar pakcik makcik yg dah tua, kena penyakit ni..

    ReplyDelete
  12. covid is real. Kluster raya hari tu banyak juga kes. Sekarang kluster kilang/tempat kerja pulak. Bila ada kecemasan pun risau juga nak balik sebenarnya lagi lagi urusan kat Hospital.

    ReplyDelete
  13. mak kawan akak pun baru jer meninggal baru-baru ni.Kesian...satu family pulak tu kena covid.

    ReplyDelete
  14. Hmm covid inii benarrrr ya. Bila ibu akk sampai masuk icu. Sedih sangat akak rasa. Alhamdulilah ibu semakin baikk. Cuma dia masih dihospital

    ReplyDelete
  15. Kalau tak kena kat family kita, tu yang tak berapa ambil berat. Sebab benda tak nampak, kan. Kita ikut je la SOP yang disediakan, untuk kebaikan kita dan family kita jugak.

    ReplyDelete
  16. sedihnyaa :(
    truee.. covid is real.. so please la jaga diri memasing :(

    ReplyDelete
  17. Semoga kita semua baik baik saja hendaknya. Covid ni ada. itu yang pasti. stay safe everyone!

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)