-->

Air Fryer Kelen Munoz 3L


Hasil pembelian sempena sale 06/06 di Shopee akhirnya selamat sampai! Hehehe. Barang yang ditunggu tunggu sekian lama, akhirnya tiba jua. Over betul hahaha. Actually air fryer ini hasil pembelian kakak aku. 

Memang dah lama mencari cari air fryer tapi tak ada yang dapat memikat hati kakak aku. Kakak aku tersangatah cerewet nak nak melibatkan barang yang agak mahal. Last last terbeli juga air fryer Kelen Munoz masa 06/06 hari itu. 

Kakak aku bukan seorang yang senang senang nak membeli. Dia berbeza dengan aku HAHAHA. Jenis aku, aku memang agak boros kalau dibandingkan dengan kakak aku. Aku memang senang sangat membeli hehehe. Tapi walaupun aku berboros, simpanan tetap kena ada 😂

First time dengar brand Kelen Munoz. Biasa dengar Tefal, Khind, Pery Smith dan seangkatan dengannya. Tapi sebelum beli, kena baca review dulu. Tengok review dan feedback pengguna lain. Puas baca review sana sini, barulah beli. 

Dekat seminggu juga menunggu, baru barang sampai. Sampai sampai, terus test! Takutlah rosak ke apa apa ke, boleh lah minta refund dengan seller. Tapi Alhamdulillah, air fryer berfungsi dengan baik.

Awal awal test, tersangatlah noob HAHAHA. Pertama kali guna air fryer. Puas cari dimana tempat nak setting suhu, tak jumpa jumpa. Rupa rupanya, setting suhu itu duduk di atas. Nombor suhu pun bukan main kecil! Kalau nak setting suhu, kena tengok elok elok. Sebab nombor dia kecil je. 


Ini hasilnya hehehe. Maaf gambar tak menarik sebab tak ada seni fotografi :') Nak masak ayam masak halia, jadi nak kena goreng ayam dulu. Jadi kita goreng pakai air fryer. Setting suhu 180 darjah celcius dan setting masa selama 20 minit. Dan akhirnya siap. 

Kakak aku still pakai minyak sikit masa letak dalam air fryer. Sapu minyak sikit. Sikit sahaja. Kalau tak silap dia ada terbaca komen seorang pengguna cakap, letak minyak sikit masa goreng ayam. Nak bagi nampak berminyak mungkin? Mungkinlah hahaha. 

Lepas dah ada air fryer ini, jimatlah minyak masa HAHAHA. Boleh jaga kesihatan juga (eh tiba). Tapi overall, memang mudah dan senang kerja dengan ada air fryer ini. Boleh lah masak fries, nugget, isi ketam hari hari lepas ini 😜

Oh ya, kakak aku beli dengan harga RM 120.00 di shopee. 

Features air fryer Kelen Munoz 3L:

  • Power 200 V ~ 220 V
  • 50/60Hz, 1000W power
  • Health Conscious - Rapid Air Technology for Healthier Frying, 40% faster
  • Removable non-stick coated cooking basket
  • 30-minute timer with automatic shut-off
  • Versatile - Fry, Grill, Roast and even Bake
  • Unique design for delicious and low-oil cooking results
  • Double layer accessory for more versatile recipes
  • Large cooking capacity for all your favorite recipes

38 Comments

  1. Bagusla kakak awak amat berhati-hati bila berbelanja. Untung abang ipar. Wah, lepas ni banyak la ye share resepi guna air fryer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih berhati hati kak sal hahaha.
      Segannnn kita kak sal nak share >.<
      Tak pandai memasak katakan hehehe

      Delete
    2. Takpelah, masak untuk perut sendiri je dulu. Nanti lama-lama pandai la tu

      Delete
    3. In shaa Allah kak sal, harap harap begitulah :D

      Delete
  2. Belum pernah lagi guna air fryer walaupun kat kampung ada sebiji. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak guna? Syok jugak guna hahaha, tapi kalau saya, memang noob gila sebab tak pernah pakai air fryer hahaha

      Delete
  3. okay la harga dia utk 3L
    best kan..hari2 boleh grg tanpa minyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah berbaloi harga dia untuk 3L.
      Yessss, hari hari goreng tanpa minyak, kurang lah sikit rasa bersalah hahahaha

      Delete
  4. best sangat air fryer.. kite sekarang baking pun pakai air fryer.. senang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, memudahkan kerja kita kalau ada air fryer ni hehehe

      Delete
  5. haritu ingat nak beli jugak yang ni 🤣 tapi fikir nanti nak pindah susah nak bawak, nanti lah beli! tapi dh ada dalam cart 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belii jangan tak beli sha HAHAHAHA, memudahkan kerja kita tau :P

      Delete
  6. Rumah saya pun ada.. tapi lambat masak. Puas nak tunggu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dinafikan hahaha, puas jugak menunggu kadang kadang, kalau air fryer kecik tu, nak kena masak acap kali kalau goreng fries ke nugget ke >.<

      Delete
  7. Whoaaaa.. nice! Selamat berair fryer yee.. Memang mudah dan cepat gituuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nona, memang memudahkan kerjaaaa dan jimat minyakk hehehe

      Delete
  8. first time gak dgr brand ni, tiqah. tapi,kalau penggunaan nyer sama, berkualiti, onz aje la kan.
    air fryer ni memudahkan byk keje menggoreng kita. akak ada sebuah. da lebih 5 tahun guna, philips. best guna!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, kalau elok dan berkualiti, onzz selalu hahaha.
      Waaaaa dah 5 tahun ya, memang tahann tuuuu, jenama philips pulak tuu, memang lagi lama lah boleh pakai kann hehehe

      Delete
  9. Wah...bagus la..kita sama- sama senang terjebak...Kak SA pun sama...ni barang2 terjebak belum sampai lagi ni.....ada dari Go Shop dan ada dari Shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah terpengaruh kan kita ni kann hahaha, wahhhh nanti dah sampai, lagi syok lah kak SA masak lepas ni :P

      Delete
  10. Kacak bergaya air fryer tu. Lepas ni bolehlah masak macam-macam guna air fryer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasratnya begitu jugak kak farrah, masak macam macam lepas ni hehehe :D

      Delete
  11. haritu beli masa sale 3.3 sebab murah gila 200 je. Sekarang happy guna nak buat ayam bakar, ikan bakar ke banyak lah menu boleh masak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, time sale memang murah sungguh. Kena cecepat grab sebab kadang kadang limited kuantitinya. Betul tu, boleh masak macam macam, jimat minyak dan tak rasa bersalah sangat kalau tak guna minyak yang banyak hahaha

      Delete
  12. Bagus perancangan perbelanjaan kakak Atiqah.. Boleh dipraktikkan..
    Akak kalau masak guna air fryer, tak bubuh dah minyak.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak saya memang ada perancangan perbelanjaan yang baik (jauh beza dengan saya hahaha).
      Cadangnya taknak letak minyak jugak, tapi eh terletak jugak sikit, sikit jelah tapi hehehe

      Delete
  13. Harap semakin rajin memasak.

    ReplyDelete
  14. Seronok tu masak guna air fryer. kerja menggoreng jadi mudah. jimat penggunaan minyak. Pertambahan penggunaan elektrik tak pasti kenaikan dia camne. Pasni boleh baked pulak. Saya masih xde air fryer lagi. Masih guna kaedah tradisional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terfikir jugak penggunaan elektrik macam mana huhuhu, asyik sangat guna air fryer kan, tiberr bil elektrik melambung tinggi hahaha. Takpe kak fiza, cara tradisional pun okey :)

      Delete
  15. Senang ada air fryer ni. Nk goreng fries, nuget guna ni. Jimat sikit minyak. Kdg, akak goreng ikan pun masuk dlm air fryer je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak fiezz, jimat minyak. Boleh lah jaga kesihatan sikit hehehe

      Delete
  16. Akak pun cadang nak beli air fryer ni.Tapi memandangkan dekat rumah macam dah penuh jer pekakas dapur.So better stop jap niat nak berbeli.Hi3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA ingatkan tetap nak membeli jugak :P

      Delete
  17. dah lama put this on the list..tapi still tak beli lagi

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.