Monday, 28 June 2021

Korean Drama: Monthly Magazine House


Drama: Monthly House / Monthly Magazine House
Jumlah episod: 16 episod
Network: JTBC
Tarikh tayangan: 16 June - 05 August 2021
Negara: South Korea
Bahasa: Korean

Sinopsis:

Na Young Won (Jung So Min) merupakan seorang editor di Monthly House Magazine. Dia telah bekerja selama 10 tahun tapi masih tidak memiliki rumah sendiri. Setelah dipaksa keluar dari rumah sewa lamanya, Young Won telah menyewa di salah sebuah rumah kepunyaan bosnya iaitu Yoo Ja Sung (Kim Ji Suk) setelah diserang oleh anak lelaki kepada tuan rumah sewanya (rumah kedua yang disewa oleh Young Won selepas dipaksa keluar). Kiranya rumah kepunyaan bos Young Won ini adalah rumah ketiga.

Yoo Ja Sung merupakan seorang CEO dalam syarikat Monthly House Magazine. Bagi Ja Sung, rumah hanyalah alat untuk meningkatkan aset kepunyaannya dan sekadar tempat untuk melelapkan mata. 

Ja Sung dibesarkan dalam keluarga yang miskin dan bagi Ja Sung, satu-satunya cara untuk menjadi kaya raya adalah melalui real estate. 

Sinopsis tamat.

Ada sesiapa yang tengah tengok juga drama ini? Aku macam menyesal juga lah sebab tertengok drama yang on-going. Drama yang dah completed tak nak tengok pula, sibuk tengok drama yang on-going. Jadi, terseksalah tunggu episod baru setiap minggu >.<

Aku tak tahulah aku yang mudah terhibur atau drama Monthly Home Magazine ini memang lawak. Semalam tertengok episod 1 lepas kakak aku cakap yang dia ada terbaca good review tentang drama ini.

Nak tengoklah best ke tidak, eh eh tahu tahu dah habis tengok dah empat episod. Empat episod saja yang baru aku tengok sebab baru ada empat episod. Macam berbelit pula ayat dekat sini hahaha.

Mula mula aku tak minat nak tengok sebab tak minat pelakonnya iaitu So Min dan Ji Seok. So Min bukan ahli member Running Man. Ini So Min lain hehehe.

Tapi rupa rupanya ada juga pelakon lelaki yang pernah berlakon dalam Strong Woman Do Bong Soon. Ala gangster yang  patah gigi itu. Siapa yang tengok drama Do Bong Soon memang akan ingat watak gangster patah gigi itu 😂

Aku memang minat sungguh kalau dia berlakon. Memang menjadi lakonannya, dah lah lawak. Tengok muka dia pun rasa nak gelak dah HAHAHA.

Dan watak yang dibawa oleh Young Won dan Ja Sung pun kelakar. Punyalah kedekut Ji Suk, sampai total makan malam bersama pekerjanya ada limit iaitu 30,000 won sahaja. 

Memang sakit hati lah pekerjanya sebab tak boleh nak minum arak banyak banyak. Sudah lah dua jam sahaja masa yang diperuntukkan untuk makan malam. Memang tak puaslah sebab tak boleh lepak lama lama.

Dan Young Won pula, bercita cita nak beli rumah dalam usia yang muda, dia mula berjimat cermat dalam kehidupannya. Tapi tapi aku rasa macam laju sangat Ja Sung fall in love dengan Young Won. Eh tiberr.

Overall, setakat empat episode aku tengok, aku berpuas hati. Tak boleh tengok sebelum tidur sebab tak bebas nak gelak. Sebab kakak aku selalu tidur awal. Jadi nak ketawa ke gelak ke kena tahan. Kadang kadang tergelak juga, mulalah kakak aku 'adik, bising.' 'adik senyap sikit' 😂

Mahu kena bebel marah dengan kakak aku sebab bising tengah tengah malam HAHAHA. Member dah lah kena bangun awal pergi kerja, kalau tidur terganggu, memang tak dapat tidur yang berkualitilah. 

Nota jemari: Aku tertanya tanya siapalah yang hantar mesej ugutan kepada Ja Sung? Mesej ugutan nak bunuh Ja Sung, dan rumah yang Young Won sewa itupun ada kaitan dengan orang yang hantar mesej ugutan kepada Ja Sung.

37 comments

  1. Selalu tengok drama yang dah habis, jadi boleh marathon😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas hati kann boleh marathon, tak adalah tertunggu tunggu setiap minggu kannn

      Delete
  2. tengok hero tu tak handsome, dan tak pernah layan drama dia berlakon selalu akak memang tak layan heheheheh...
    sejenis layan drama tengok hero dan heroin heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pertama kali tengok hero berlakon dan kali ketiga tengok heroin berlakon.
      Oooooo kalau tak handsome tak tengok eh kak dana hahaha

      Delete
  3. Haaa.. sy suka tengok drama yg dah hbis tayang, marathon terus. Tapi drama yg ongoing ni, boleh rehat2, penat jugak marathon uiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sk, marathon punnn penat jugakkkk, yang on going pun penat jugak duk menunggu setiap minggu tapi boleh la santai santai sikit huhuhu

      Delete
  4. menarik..ttg real estate..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya menarik jugakk sebab boleh belajar tentang perumahan hehehe

      Delete
  5. Salam perkenalan Atiqah..
    Bila layan cerita Korea ni mahu tak berganjak dari tempat duduk.
    Sesekali layan mesti best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sekali layan memang tak nak bangun dahh dari tempat duduk hahaha. Syokk sangat tengok hehehe

      Delete
  6. salah satu drama yang dalam list, tunggu habis..boleh tengok sekaligus :P tak senang duduk nak tunggu each episod keluar nanti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly macam ni, tunggu habis baru tengok. Sebab tak sanggup nak tunggu setiap minggu kan hahaha, tapi tertengok dahh sampai empat episode, jadi terpaksalah tertunggu tunggu setiap minggu >.<

      Delete
  7. Kalau episode tak fully release memang payah sikit akak nak tengok sebab malas nak tunggu punya pasal. Penantian tu satu penyeksaan tau🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Memang penyeksaan menunggu episode setiap minggu hahaha, contohnya penthouse lah >.<
      Sudahlah satu minggu satu episode sahaja hahaha

      Delete
  8. Betul. Drama on-going memang berhantu sungguh. Lagi-lagi bila jalan cerita best. Memang melekat kat depan laptop hari-hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bola katok, tapi nak menanti setiap minggu tu yang terseksa huhuhu.

      Delete
  9. nak masuk dalam list lah sebab genre komedi. Boleh release stress bila dah penat kerja. Dah habis running nanti boleh marathon hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ana, genre komedi, bagi saya tak kering gusi lah hehehe

      Delete
  10. ha k ret both....ok je tgk drama on going tp mmg seksa la kan nk tgu next episod...
    tp dalam ms yg sama k ret akan menambahkan lagi tgk drama yg lain... so end up drama2 takkan putus di tgk hahahah... wlaau berlainan cerita :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh, kiranya kak ret boleh layan banyak banyak drama dalam satu masa lahh kan? Baguslahhhh, at least ada je drama yang boleh ditengok walaupun berlainan ceritanya. Kalau saya, tengok banyak banyak, nanti pening hahaha >.< Boleh dalam 3/4 drama je hehehe.

      Delete
  11. Selamat menonton dan moga bermanfaat.

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Sekali sekala try lah layan drama korea rabia hehehe

      Delete
  13. hahah! on going drama is pain in the ass.. sbb tu suka tgk bila dah habis

    ReplyDelete
  14. Adoi.. baca review Atiqah nie pun nampak macam menarik drama ini.. Tapi kita hold dululah.. Ongoing nie menyakitkan hati.. Hahaha..

    ReplyDelete
  15. singgah sini sekiranya tuan rumah sudi exchange bloglist.. https://www.jiwarosak.com/2021/06/kemaskini-exchange-bloglist-blog.html

    ReplyDelete
  16. Ray nak tengok but nak tunggu habis semua episode dulu. hehe

    ReplyDelete
  17. hero heroin cantik
    dulu2 suka tgk skrg tak berkesempatan lg dah

    ReplyDelete
  18. Memang tak suka tengok drama yg sedang running, takde kesabaran menunggu

    ReplyDelete
  19. Selamat melayan cerita korea, Atiqah. Akak takut terjebak. :)

    ReplyDelete
  20. Siri Korea mesti ada persoalan yang buatkan kita hendak terus tengok. Hehe betul seksa tengok siri ongoing.

    ReplyDelete
  21. Kalau KDrama ni tak sempat nak layan. Drama melayu pun sambil buat kerja sambil dengar je kekadang tu. huhu

    ReplyDelete
  22. Nampak best! Tapii da duduk rumah ponn xde masa lagi nak layan drama nii.. haha

    ReplyDelete
  23. Tak pernah lagi tengok cerita ni. nanti InshaAllah. masukkan dalam list dulu :)

    ReplyDelete
  24. Done masuk senarai tonton!
    Akak personally suka tengok sekali harung. Habiskan satu cerita dalam one seating hehehe puas hati.

    ReplyDelete
  25. Okay, nanti nak tengok. Kedua mereka memang selalu berlakon romantik komedi. Haha

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)