Sunday, 27 June 2021

Hadiah Pemberian Blogger Anies


Alhamdulillah, hadiah pemberian daripada blogger Anies akhirnya selamat sampai. Hadiah sempena aku ada menolong blogger Anies menjawab beberapa soalan mengenai Covid-19. Tak sangka dapat hadiah, ingatkan jawab soalan saja-saja sahaja.

Sebenarnya dah sampai 15 Jun tapi semalam baru aku jumpa hadiahnya. Tak jumpa cari hadiah masalah utamanya hahaha.


Aku pun terpadam mesej blogger Anies hantar, jadinya tak boleh nak trace hadiah dah sampai di mana. Tiba tiba 20 Jun aku teringat, terus whatsapp lagi sekali minta tracking number. 

Eh sekali check hadiah dah selamat delivered 15 Jun. Aku turun bawah pergi check peti surat. Aku pun satu hal juga sebab keliru nombor peti surat rumah aku 08/15 ke 15/08 ๐Ÿ˜‚ Kan tak pasal pasal jadi masalah lain bila tangan menggagau peti surat rumah orang lain.  

Tapi aku tetap gigih hulurkan tangan celah peti surat antara dua peti surat tersebut, mana tahu ada suratnya. Sudah macam nak mencuri gayanya :') Tapi hampa, tetap tak ada. 

Bukan tak ada, tapi tangan aku tak sampai nak ambil. Mahu terkehel pergelangan tangan aku kalau aku paksa juga masuk dalam peti surat. Aku pun 'cerdik' turun bawah tak bawa kunci peti surat. 

Dan kali kedua turun, aku bawa kunci peti surat. Nasib baik dapat buka memandangkan tempat masuk kunci itupun berkarat. Nampaklah ada beberapa kering surat, dan memang ada hadiahnya. Terbaring sepi dalam peti surat rupanya kamu ya. 



Hadiah yang berisi buku nota, eye mask, sticker bernombor, extender mask dan pencil case (aku panggil pencil case sebab aku suka letak stationery dalam beg rajut ini). 

Cute betul extender mask! Eye mask punn cute! Tahu tahu saja aku memang tengah survey eye mask hehehe. 

Kakak aku tanya, hadiah sempena apa lagi aku dapat kali ini hahaha. Curious betul kakak aku. Aku ceritalah yang pasal surat PIN AdSense, eh eh tanya dah sampai ke suratnya? Ya Allah, ingat pos surat dari Kuala Lumpur ke Terengganu ke? Surat dari luar negara kot, ajaib sungguh kalau boleh sampai dalam masa dua tiga hari sahaja.

Apa apapun, terima kasih kepada blogger Anies untuk hadiah ini ๐Ÿ™†

38 comments

  1. suwitnya hadiah dia..suka plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kak fiezz, kita pun suka sebab comel comel hadiahnyaaa hehehe

      Delete
  2. Blogger anies memang perangai dia suka hantar barang comel2 heheh. Murah rezeki Atiqah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya pun tak sangka dapat sebab ingatkan jawab soalan saja saja je hehehe

      Delete
  3. wah bestnya dapat hadiah. lagi-lagi kalau dapat sticker kiut miut ni. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Kannn, sticker tuuu cute! Eye mask tuuu punnn cute jugakk hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. Kannn, memang sama dengan encik fairus punya hadiahhh

      Delete
  5. Alhamdulillah
    Dapat hadiah cantik2

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..comel2 hadiahnya..

    ReplyDelete
  7. Tahniah! Untung lah dapat hadiah selalu. Rezeki tu.

    ReplyDelete
  8. akak dah terima tau hadiah giveaway tu... terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay selamat sampai jugak. Sama sama kak dana :)

      Delete
  9. Tahniah, Atiqah. Cantik hadiahnya.

    ReplyDelete
  10. Comel hadiahnya. Alhamdulillah, rezeki. :)

    ReplyDelete
  11. Alhamduillah rezeki x penah salah alamat. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka dapat hehehe

      Delete
  12. hahaha naya terpadam mesej tracking number tu. alhamdulillah sampai dengan jayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jenis suka padam mesej, segan jugak nak mintak balik hahaha. Tapi alhamdulillah lah selamat sampai.

      Delete
  13. Alhamdulillah.. Yeah!! Cute-cute hadiahnya..

    ReplyDelete
  14. Tahniah... dapat hadiah kecik kecik pun dah sangat sangat membahagiakan kann?

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. Cantiknya hadiah tu..

    ReplyDelete
  16. Hehe sama dapat. Suka barang-barang diterima. Comel.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah..dapat juga diterima dengan selamat. Menyorok pulak dia kat situ. Memang comel comel hadiah Anies bagi. Semoga murah rezeki Anies. Aaaminn..

    ReplyDelete
  18. Wah seronoknya. Tahniah Atiqah ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  19. Wah, tahniah!! Comel hadiahnyer๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  20. Aaaa comelnya hadiah hee :) Alhamdulillah rezeki.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)