Friday, 25 June 2021

AdSense dan Personal Identification Number (PIN)

Alhamdulillah, lima belas hari menunggu akhirnya kamu muncul juga. Apa yang muncul? Iklan AdSense di blog ini.

Itulah, tukar domain blog tak fikir panjang, nasib baik menyebelahi aku sebab hanya perlu menunggu selama lima belas hari sahaja. Kalau baca pengalaman orang lain, ada yang sampai berbulan bulan lamanya. 


Pukul 10.33 pagi aku dapat email daripada Google AdSense yang mengatakan blog aku iaitu atiqahnajihah.com sudah bersedia untuk memaparkan iklan AdSense. Terus buka blog, tengok tengok dah ada iklannya. 

Setiap hari aku check email, tunggu bilalah Google AdSense nak hantar email dekat aku HAHAHA. Kalau dulu, masa first time apply, aku hanya menunggu dalam masa tiga hari sahaja, terus diterima. Tapi kali kedua, terpaksa tunggu lima belas hari.

Lima belas hari pun lima belas hari lah, janji lulus hehehe. Takut juga kalau kena reject, macam contoh baca pengalaman orang lain yang pernah direject oleh Google AdSense atas beberapa sebab, contohnya:

  • Do not create multiple pages or sites with duplicate content
  • Provide content that gives users a reason to visit, and return to your site
  • Provide the information or service promised
  • Pages should provide originality and added value
  • Strive for well-organized and information rich content
  • Avoid placing ads on non-content based pages

Ini antara sebab-sebab direject oleh Google AdSense yang dialami oleh Sii Nurul. Nurul dan Kak Fiza antara orang yang aku selalu tanya kalau berkenaan AdSense. Yang sebenarnya, aku tersangatlah segan nak email untuk tanya beberapa soalan, tapi memandangkan aku masih tak faham juga, terpaksa aku email juga.

Terima kasih ya sudi menjawab persoalan yang bermain di mindaku, bukan aku tak google, tapi bila dah google google pun masih pening, terpaksalah bertanya juga. 

Sebab itu, aku buang semua broken links yang ada dalam blog aku, edit semula entri lama lama dan bagi lebih patah perkataan. Minimum patah perkataan yang aku kena tulis dalam sesebuah entri ialah 300 patah perkataan. Ada yang cakap kena melebihi 500 patah perkataan dan ada yang cakap 300 patah perkataan sudah mencukupi. Tapi kalau boleh, aku nak tulis lebih daripada 500 patah perkataan.

Itupun kalau bolehlah HAHAHA. Ada saja entri yang 300 lebih patah perkataan, 400 lebih patah perkataan, janji melebihi 300 patah perkataan lah. Kalau tak cukup patah perkataan, kena panjangkanlah. Tapi kalau tak ada idea sangat, aku padam entri. Jenuh tahu nak edit satu satu entri. 

Aku banyak juga padam entri sebab rasa macam tak penting. Tapi nak lulus AdSense kan, kenalah berusaha sikit hehehe. 

Dan lagi satu, semua entri yang berkaitan dengan segmen, contest, giveaway yang aku anjurkan atau aku sertai, lepas dah selesai atau tamat, aku akan padam entri tersebut. Kalau tak padam, aku akan revert to draft. 

Dan dan lagi satu, aku tak pakai bahasa singkatan, sebab itu kalau perasan aku guna bahasa yang formal. Contoh, kalian, itu, ini dan sebagainya. Kadang kadang rasa macam cringe juga bila baca balik penggunaan bahasa yang aku pakai, tapi tak apalah 😂 

Tiba tiba, dalam pukul 6.25 petang, dapat email lagi sekali daripada Google AdSense yang mengatakan Google AdSense akan menghantar Personal Identification Number (PIN) melalui surat kepada aku.

Zaman dah maju pun masih hantar melalui surat ya. Dari luar negara lagi. First time nak terima surat dari luar negara, bukan biasa biasa 😂 


Personal Identifiation Number (PIN) ini akan dihantar apabila akaun AdSense kita telah mencapai USD10. Alhamdulillah, semalam juga akaun AdSense aku berjaya mencecah USD10. 

Entah berapa minggu surat akan sampai ya. Jangan sampai berbulan bulan :') Tak senang duduk rasanya hahaha. Harap haraplah surat selamat sampai. Ada yang cakap alamat kena sama seperti dalam kad pengenalan, ada yang cakap tak sama pun tak apa.

Aku macam takut juga sebab alamat yang aku isi dalam akaun Google AdSense tak sama seperti dalam kad pengenalan aku. Dah tak ada orang duduk di rumah yang beralamat dalam kad pengenalan aku, jadi terpaksalah aku buat alamat rumah menyewa sekarang ini. Moga moga selamat sampai. 

Nak kena check peti surat seminggu sekali ke macam mana? Hahaha. Sudahlah peti surat duduk dekat kawasan terlindung, seram aku nak pergi check HAHAHA. Memang kawasan perumahan aku duduk selamat, tapi itulah, takut juga kadang kadang bila sunyi sangat.

Jadi sekarang hanya perlu menunggu surat PIN dari luar negara sampai ke rumah. Barulah boleh verify address.

Nota jemari: Berapa lama surat PIN sampai ke rumah kalian bagi sesiapa yang pernah terima PIN? Ada yang pernah request PIN kali kedua atau kali ketiga ke? 

52 comments

  1. Alhamdulillah..moga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih kak nohas :)

      Delete
  2. akak mohon 10 tahun baru lulus adsense tau...macam macam hal yang tak betul. sampai rasa nak delete blog pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamanyaaa 10 tahunnn! Itulah, kalau saya pun mahu fedup hahaha, kena check balik keseluruhan blog kak yan biar tak ada apa yang boleh direject oleh adsense lagi rasanyaa.

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan, Atiqah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih Jannah :)

      Delete
  4. abe kie tepek adsense d blog tp duit masuk ciput je. last cash out awal jan 2019... org lain tiap2 bln boleh duit. apalah malang nasibku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah tahun ni boleh cashout lagi sekali tuuu, kena usaha lebihhh lagi abe kie hahaha.

      Delete
  5. Rabiaa punyaa nakk naikk USD tu lambat lgg lahh tu gigih menuliss blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah nanti nanti turn rabia pulak! Fighting!

      Delete
  6. Tak dpt lg no pin huhu.. msih menunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah nanti sampai pin kak nina punya hehehe

      Delete
    2. Aaminnn.. menunggu bagaikan tunggu bulan jatuh ke riba punya lama

      Delete
  7. Alhamdulillah..betul tu, janji lulus. Anything, boleh tanya. mana tahu kita jawab. Harap harap cepat sampai surat cinta google tu. Aaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak fiza, janji lulus sudahhh hahaha. In shaa Allah, nanti kalau ada tak faham, saya email kak fiza hehehe, terima kasih banyak banyak sudi jawab persoalan saya :)
      Aamiin, mudah mudahan selamat sampai >.<

      Delete
  8. Tahniah! Untung berblogging. 👍

    ReplyDelete
  9. wah sekejap je dah dapat balik adsense tu. tahniah ye..semoga makin bertambah semangat untuk blogging pasni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak sangka sekejap je menunggu, tak boleh bayang kalau kena tunggu berbulan bulan hehehe. Aamiin, terima kasih tiara :)

      Delete
  10. Hehe akak suka tunggu awal2 bln nk chek duit google ads bg

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin, terima kasih naim :)

      Delete
  12. Dah tak ingat la pulak berapa lama tunggu. Memang teruja bila dapat dulu. Good luck Atiqah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak sal, memang cukup mengujakan! Aamiin, terima kasih kak sal! ;)

      Delete
  13. Alhamdulillah . Lagi bertambah semangat nak berblogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CCL, lagi bersemangat nak blogging hahaha

      Delete
  14. Tahniah! Dah boleh beriklan dah

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. dah boleh beriklan.

    Tak ingt berapa lama tunggu pin. Rasa mcm tak lama. Tak ingat dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Harap harap begitu jugak kak naniey, harap harap tak lama lah menunggu hehehe

      Delete
  16. Tak ingat dah berapa lama tunggu, tapi tak lama jugalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terseksa sangat kan kalau menunggu sekejap je, tapi kalau lama menunggu itu yang terseksa kan huhuhu :')

      Delete
  17. wah..caya lah bru lulus adsense dah dpt USD10..tahniah..keep up the good work. Akak dulu nak cash out yang kali pertama dkt berapa tahun baru cukup USD100..kali ke-2 belum cukup lagi masih mengumpul..dah setahun lebih. haha.. so ika keep up consistent, boleh cash out tetiap bulan macam blogger lain yg dpt jadikan GA ni income bulanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya pun tak sangka saya dah kumpul usd10 kak fiezz hehehe. Makan tahun jugak ya nak cashout, nak kumpul 100 usd tu sakit jugak rasanya hahaha. In shaa Allah kak fiezz, semoga semangat berblogging saya sentiasa membara hehehe

      Delete
  18. ha'ah sama lah satu review tu minimum 600 patah perkataan sebab nak dia detect SEO. Avoid guna shortform lepastu guna bahasa helok sikit sebab nanti kalau international reader translate ke bahasa diorang tak lah pelik sangat kejadiannya hahaha. btw tahniah tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pehhh 600 min patah perkataan. Nak cecah 500 punnn hausss rasanya HAHAHAHA. Dah tak tahu nak tulis apa. Betul, biarlah macam formal sikit janji bila translate ke bahasa lain tak pelik bunyi kannn hehehe. Thank you! :)

      Delete
    2. Hi saudari Farhana dan Atiqah. saya terimpirasi menulis posting hasil daripada membaca post by atiqah dan komen daripada farhana. Jemput baca --> https://www.nadiajamhari.com/2021/07/menukar-cara-penulisan.html#more

      Delete
  19. Wah.. cepatnya Atiqah. Akak punya adsense baru 1 dollar. Kikiki.. lambat lagi la nampaknya pikir pasal pin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, nanti turn kak nur pulakkkk, saya pun tak sangka dah kumpul usd10 hehehe

      Delete
  20. Oh kalau sertai segmen tidak boleh ke mohon AdSense? Akak baru tahu. Tahniah dapat US10 banyak itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh join akak, tapi dah selesai atau tamat segmen, terus revert to draft. Sebab baca minimum patah perkataan dalam satu entri mesti 300 atau lebih hehehe.

      Delete
  21. Wah Tahniah Tiqah. Dah dapat Usd10 kira banyak dah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih kak fiza :)
      Saya punn terkejut saya dah cecah usd10 huhuhu

      Delete
  22. Tahniah awak. ika tak apply lagi emmmserabut tak reti. nanti nak cuba la huu

    ReplyDelete
  23. Wahhh tahniah. Saya baru berjaya dapat adsense huhuhu kena usaha lagi lebih ni!

    ReplyDelete
  24. Wah, tahniah Atiqah! Road to USD100!

    ReplyDelete
  25. kak shida masih bertatih hahaaa ^_^

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)