Monday, 7 June 2021

Blog Review dan Kad Raya Virtual daripada Blog Alien Oren


Blog review daripada blog Alien Oren akhirnya muncul juga.

Alien Oren screenshot blog aku yang masa itu post entri tentang kucing aku Sayang yang tak pulang ke rumah :( 

Boleh baca: Sayang Oh Sayang

Tapi Alhamdulillah Sayang dah balik rumah dah! Dia hilang 04 Mei dan pulang ke rumah pada 25 Mei! Gembira tak terkata bila kakak kedua hantar gambar sayang 😭 Tapi sayang, Sayang balik dalam keadaan teruk. 

Luka di hidung, atas kepala dan bahu semakin teruk! Ibarat Sayang terkena penyakit kulit yang merebak sampai satu badan. 

Balik balik badan kurus kering. Ya Allah tak sanggup nak bercerita, nak menggambarkan keadaan sayang, takut air mata menitik kembali. Berharap sangat boleh rentas daerah, boleh bawa Sayang pergi klinik haiwan :( 

Okey kita back to the topic, 


From number 1 to number 5 real quick ya HAHAHA. Tak ada rezeki nak menang tempat pertama, kedua dan ketiga. Tapi Alhamdulillah mendapat tempat walaupun nombor lima. Dapat duit raya RM 10 daripada Alien Oren hehehe.

Jatuh daripada nombor 1 kepada nombor 5 sebab kerja part time, memang tak sempatlah nak collect points setiap satu jam. Tapi tak apa, menang kalah adat pertandingan. Kita santai santai sahaja.

Mengenai blog review, bagus juga sebenarnya sebab ada orang sudi untuk review blog kita. Free of charge! Tak dikenakan sebarang bayaran pun! Memang syok! Hehehe.

Aku berterima kasih kepada Alien Oren kerana sudi untuk review blog aku. Sangat bagus sebab aku boleh tahu pandangan pembaca mengenai blog aku. Aku boleh betulkan dimana yang terkurang atau terlebih supaya penulisan aku mudah difahami dan dapat disampaikan dengan baik.

Bak kata Alien Oren, aku sangat rajin membuat artikel mengikut arus semasa. Aktif menulis dan melontar pandangan dalam menyuarakan pendapat. Kadang kadang terasa macam mini Facebook. Alahai, mini Facebook pun bolehlah Alien Oren 😜 

Tapi tak boleh dinafikan, aku membuat artikel mengikut arus semasa. Kadang kadang, kebuntuan idea nak menulis pasal apa, maka kita ambil isu semasa. Kita ulas mengikut citarasa kita sendiri. Bertukar tukar pendapat sesama blogger yang lain. 

Tak naklah setiap hari bercerita tentang kehidupan aku yang sangat membosankan. Tak ada apa apa yang menarik dalam kehidupan aku 😂

Tidak dilupakan juga kad raya virtual daripada Alien Oren, walaupun sudah memasuki 25 Syawal, tapi masih dikira bulan raya! ;)


Terima kasih Alien Oren! 💜

27 comments

  1. Hahaha... Kdg lawak cara dia review tp kdg ada yg betul.. Dia mcm pakar psiko plk bole bc karaktor org haha.. Pape pun tahniah utk tiqah dan yg lelain jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha mana adalah kak ret. saya dulu belajar pun bidang construction dengan real estate je...tak sempat nak ambil double degree dalam psikologi...terhibur saya :D

      insyaAllah, ada rezeki saya ambil kos psikologi lepas ni. hehehehe

      Delete
    2. Kak ret cakap AO macam pakar psiko hahaha, terhibur jugak saya :D

      Delete
    3. Dulu k ret pun minat psiko ni tp sbb x pandai bab2 hafal menghafal so kita let go je la keinginan tu 😂😂

      Delete
    4. Satu lagi kan.. Tiqah ni slalu k ret terbygkan member opis knret nama shiqah haha.. X tau kenapa mcm terbyg cara tiqah bercerita, cara tiqah mcm member tu 🤣🤣

      Delete
    5. Saya pun minat kalau tengok drama movie psiko tapi setakat drama movie lah, nak belajar tu rasa macam tak boleh gi dengan psiko ni hahaha

      HAHAHAHA nama dah lebih kurang dah tu kak ret, shiqah dengan tqah :D
      Tiba tiba teringin nak jumpa kawan kak ret tu HAHAHA

      Delete
  2. Alhamdulillah Sayang sudah tulang. Harap selera diberi rawatan.
    Haha akak takut review blog akak sebab tahu blog akak itu banyak kelemahan. Bagus juga Atiqah terima pandangan dengan terbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh rentas daerah, baru boleh bawa pergi vet kak NA :(
      Takut jugak nak baca orang review blog kita tapi tak apa. Terima dengan hati terbuka.
      Betulkan mana kurang or terlebih hehehe :D

      Delete
  3. Haah la, baru teringat pasal review blog tu. Nanti nak pergi baca gak lah review blog kak Sal yang sendu itu. Huhu. Semoga Sayang kembali sihat. Dia rindu awak kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh mana ada sendulah blog kak sal :D
      Aamiin, terima kasih kak sal. Kakak kedua saya pun cakap macam tu, Sayang rindu bibik dia hahaha adoii bilalah boleh rentas daerah :(

      Delete
    2. Nampak tak ayat ' kakak-kakak' sangat

      Delete
  4. sama-sama kasih atiqah :D
    saya, masa tengok point atiqah drop rasa macam...ala napeeee...nak tolong tak boleh huhuh kita perhati saja turun naik setiap point. berlumba habis.

    tapi takpe...insyaAllah ada rezeki lain akan datang. duit raya tu....semoga murah rezeki selalu dan terima kasih juga setia join contest dari awal sampai akhir :D

    terharu sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun dah down bila points drop, nak nak kerja, tak sempat nak collect points hahaha. Tak ada rezeki kan AO. In shaa Allah mana tahu AO buat contest lagi, ada peluang untuk menang hehehe :D
      Terima kasih AO! Semoga doa ini melantun ke AO juga :)

      Delete
  5. Sayang dh sembuh sepenuhnya ke...alahai gembira tak terkata..kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum kak kamsiah :(
      Nak bawa pergi vet tak boleh rentas daerah, entah bila baru boleh bawa.

      Delete
  6. Balik juga, Sayang ye. Kalau tak boleh pergi vet, bagi dia minum air kelapa.
    Tahniah, Atiqah. Walaupun tak menang nombor 1. At least, kita dah cuba. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menjadi ke air kelapa tu kak nur? Dia macam luka accident kot ke macam mana tak tahu nak describe, sedih gila tengok muka sayang. Macam terkoyak kulit gitulah ya Allah tak sanggup nak gambarkannnnnn :(

      Btw terima kasih kak nur. Betul, atleast kita dah mencuba :)

      Delete
  7. Tahniah Atiqah.. :), semoga terus sukses dalam dunia blogging

    ReplyDelete
  8. Siapalah yang nak review blog saya. Tak pernah pun orang review. Hihi

    ReplyDelete
  9. Tahniah atiqah! Memang cantik kad digital AO kalau print lg cantik

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah Sayang dah pulang.. Bestkan bila baca review orangnpasal blig kita.. Tahniah Atiqah..

    ReplyDelete
  11. Tahniah Atiqah. Seronok ada orang review blog kita. Bolehlah kita buat penambahbaikan kalau perlu. Tak kisah nombor berapa menang pun. Terselit juga rezeki Atiqah.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)