-->

Pengambilan 18, 702 Guru Secara One Off - Sesuai atau Tidak?

Dipetik daripada Utusan Malaysia online, pengambilan seramai 18, 702 pegawai pendidikan gred DG41 secara 'one off' yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk mengatasi masalah kekurangan guru di Malaysia yang membabitkan negeri dan matapelajaran tertentu.

Iklan tawaran yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan bermula 07 Julai dan penempatan secara berperingkat akan dibuat bermula Oktober, kata Menteri Kanan Pendidikan iaitu Datuk Dr. Radzi Jidin.

Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan perancangan ia lebih teratur dengan pendekatan baharu dibuat oleh kementerian bersama SPP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

Pengambilan guru secara one off ini adalah bertujuan untuk mengurangkan jurang kekurangan guru dan matapelajaran yang menghadapi masalah kekurangan guru. 

Empat negeri yang kekurangan guru ialah:
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Johor

Antara subjek yang kekurangan guru untuk diisi ialah:

Sekolah Rendah:
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Sekolah Menengah:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Reka Bentuk dan Teknologi

Berita pengambilan guru secara one off ini menarik minat aku memandangkan aku sekarang tak ada pekerjaan. Nak mencari pekerjaan sekarang bukan senang, mostly tak ambil pekerja disebabkan masalah kewangan akibat Covid-19. 

Bila tengok ada subjek Sejarah, lagilah menarik minat aku memandangkan aku memang minat dengan subjek Sejarah. Boleh dipertimbangkan untuk apply bila tawaran sudah dibuka. 

Tapi tengah tengah scroll pasal berita ini, tiba tiba ternampak satu berita yang mengatakan pengambilan guru secara one off ini tidak sesuai. 

Sebab apa tidak sesuai? Sebab takut akan menimbulkan masalah dari segi struktur dan kualiti keguruan. Hanya graduan yang memang dari bidang pendidikan sahaja yang layak untuk memohon dan diterima untuk mengisi kekosongan sebanyak 18, 702 jawatan baru yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 


Pendapat kalian macam mana? Sesuai atau tidak graduan yang datang dari pelbagai bidang dan mohon untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai guru seperti yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan? 

Atau graduan yang datang dari pelbagai bidang tersebut hanya perlu fokus kepada bidang asal mereka sahaja? Senang cerita, jangan menyibuk nak mohon sebagai guru. Kalau bidang asal perubatan, fokus saja dalam bidang perubatan. Jangan fokus bidang pendidikan.

Bagi aku, tak salah kalau nak mencuba bidang lain. As long as, kita diberikan pengetahuan, tunjuk ajar yang secukupnya sebelum mula mengajar para pelajar. 

Mudah kata, sebelum nak mengajar, kenalah belajar dulu selok belok bidang pendidikan. Sekurang kurangnya tak ada lah kosong sangat ilmu di dada. Mungkin boleh hadir kursus, ataupun belajar lagi dalam setahun hingga tiga tahun sebelum mula mengajar.

Kawan aku pernah ajak aku untuk ambil bidang perguruan. Kiranya, second degree aku dalam bidang perguruan. First degree dalam bidang Ukur Bangunan. Bila baca balik syarat kemasukan Institut Pendidikan Guru (IPG), rasa macam lambat lagilah boleh bekerja HAHAHA. 

Pertama sekali, kena ambil Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau tiga semester di IPG yang ditetapkan. Kemudian, akan ditawarkan untuk mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun atau 12 semester

Okay rasa macam menyimpang jauh jugalah tajuk entri dengan isi entri hehehe. Tapi bagi aku, pendapat aku, tak salah kalau mencuba untuk memohon walaupun aku bukan dari bidang pendidikan. 

Dunia sekarang, kena cuba semua benda. Ada rezeki, dapat tawaran. Tak ada rezeki, kita cuba di tempat lain. 

Jangan memilih kerja. Cari kerja, janji dari rezeki yang halal :)

Nota jemari: Takut sampai email daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 😂

12 Comments

  1. Saya dah lebih umur kot. Dulu ada juga cita-cita nak jadi guru. Keluarga besar saya ramai yang bekerja sebagai guru. Saya pun dulu mempunyai beberapa pengalaman mengajar di beberapa buah sekolah sebagai guru sandaran setelah tamat tingkatan 6 dan universiti.

    ReplyDelete
  2. Dari dulu guru bahasa inggeris selalu ada kekurangan...

    ReplyDelete
  3. benda ne sebenarnya jbtn pendidikan negeri sabah dah mula. amik guru interim. batch lepas eca, dorg kena kontrak 7tahun, xleh mohon pindah skola. dalam tempoh tu juga dorg kena amik kpli. kursus perguruan lepasan ijazah meantime kena servis kat skola lah. bagi eca, bagus juga, sambil belajar teori, sambil praktikal kat skola.

    xsalah buat camtu. dapat je peluang, grab terus. sabah, srwk, johor mmg kurang guru. selangor tu xbyk kurang gak tp sebab makin bnyk skola buka dan populasi tinggi, tu yg kira kurang guru. subjek BI mmg banyak kurang, takdak org nak jadi cikgu bi kot...hahahaha. eca pun terpaksa jadi cikgu bi, padahal niat dulu nak amik major maths.

    cuba je oke!

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan urusan mereka yang cari kerja

    ReplyDelete
  5. cecepat sesiapa yg berkelayakan tu. peluang bagus ni

    ReplyDelete
  6. kalau ada minat..tak salah nak tukar bidang..selalunya akan ada training sebelum tugasan mengajar..

    chaiyokk! semoga berjaya!

    ReplyDelete
  7. Tak salah mencuba. Tak semestinya graduan bidang perubatan kena kerja dalam bidang perubatan jugak. Salah ke kalau diorang nak jadi chef, retail exec atau lain bidang?

    Ramai je yang kerja lari bidang. Salah satu sebab takde jawatan kosong untuk bidang masa belajar. Plus mungkin bukan rezeki nak kerja sama bidang. Dan mungkin minat seseorang akan berubah ikut masa.

    ReplyDelete
  8. Mungkin ada pros and cons, tapi pada pendapat akak, tak salah awak cuba. Masih muda, jauh lagi perjalanan.terlalu nak fikir masa depan nanti langsung tak gerak. Good luck ye

    ReplyDelete
  9. Cubalah...
    Macam akak memang tak boleh jadi cikgu.Nanti anak2 murid kena gulai🤣

    ReplyDelete
  10. Tak salah mencuba Atiqah. Mana tahu ada rezeki dalam bidang pendidikan ni walaupun lari daripada bidang study.

    ReplyDelete
  11. Pada akak tak salah mencuba. Tak cuba tak tahu.

    ReplyDelete
  12. Why noy cuba hee mana tahu rezeki kan :) hee All the best awak.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri "aku"
Terima kasih sudi baca dan komen.