Pejam celik pejam celik tinggal 2 hari je lagi sebelum kita melangkah masuk ke tahun baru mengikut kalendar Masihi iaitu tahun 2022. Cepat ya masa berlalu. Aku rasa macam baru habis intern 24 Januari tempoh hari, know know dah 29 Disember dah. Tulat dah 01 Januari 2022.
Walaupun bakal melangkah masuk ke tahun 2022, tiada apa yang bakal berubah. Kehidupan masih sama seperti tahun 2021. Yang berubah hanyalah usia kikiki. Rindu nak blogging macam dulu. Kita baca je komen-komen yang ditinggalkan oleh bloggers tapi tak sempat lagi nak blogwalking. Penyakit M menguasai diri. Bila dah berbaring atas katil, memang malas sungguh nak buka laptop >.<
Okey rasa macam dah jauh sangat dari tajuk asal entri ni 😆
Just nak create satu entry sempena mengingati hari kelahiran arwah mak aku pada hari ini iaitu 29 Disember. Kalau arwah mak masih ada, dah berumur 66 tahun. Dah kategori warga emas. Kalau dulu selalu orang salah anggap aku ni sebagai cucu kepada mak aku padahal aku anak dia. Mak aku pun kadang iye kan aje bila orang tanya ''Cucu ke?"
Apa-apapun, Selamat Hari Lahir kepada ibuku yang pernah hadir walau hanya untuk seketika. Seketika yang penuh makna, seketika yang sangat berharga, seketika yang tak dapat kujumpa jika engkau tiada di dunia.
Semoga berbahagia disana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.
Hasfiah Othman,
29 Disember 1954 - 15 Julai 2009
We miss you always 💖
Social Icons