Monday, 21 February 2022

Konvokesyen UITM Yang Ke-95 Pada Bulan Disember

Finally, setelah sekian lama, dapat tahu jugak bulan berapa aku akan konvokesyen bagi pengajian ijazah sarjana muda. Kalau ikutkan jadual asal (kalau tak silap), aku sepatutnya konvo pada bulan Disember 2021. Tapi faham-faham sajalah. Musim Covid yang tak tahu bila akan habis, memang postponed lah jawabnya. 


Tup tup last week dapat tahu yang batch aku akan konvokesyen pada bulan Disember. Itupun kalau tak ditangguhkan lagilah sebab dua tiga hari lepas konvokesyen yang ke-93 yang dijadualkan akan berlangsung pada 02 March hingga 23 March 2022 ditangguhkan ke Jun - Julai 2022. 



Jadi aku yang dijangka bulan Disember ni, kalau ditangguhkan lagi, mungkin tahun 2023 lah kot baru konvo. Berjanggut jugaklah menunggu tapi apa boleh buat kan? Cumanya harapan aku, janganlah bagitahu last minit kalau ditangguhkan. 

Monday, 7 February 2022

Target Nak Capai 1 USD Setiap Hari

Dah lama tak cakap pasal Adsense kan? Sejak sejak akaun Adsense dah kembali normal selepas sebulan suspended, aku jadi takut nak post entri pasal anime. Ada terbaca komen daripada Kak Shida yang cakap post entri mengenai anime mungkin menjadi punca Adsense aku mencanak naik selama beberapa hari.

Masuk tahun 2022, aku target nak jadi blogger yang aktif macam tahun lepas sebelum aku dapat kerja. Iyelah masa tu tanam anggur (menganggur) memang banyaklah masa terluang sebab tak ada kerja nak dibuat. Masuk je bulan Oktober, terus tenggelam timbul. Sekejap ada, sekejap tak ada. Busy katakan hehehe. 

Jadi, sekarang dah masuk bulan Februari, aku ada set a new target iaitu nak capai 1 USD pada setiap hari. Boleh ke tidak? Aku pun tak pasti dan tak ada jawapan untuk soalan itu πŸ˜‚ 

Aku tweet di Twitter beberapa hari yang lepas. Jadi, penghujung Februari nanti kita tengok macam mana hasilnya sama ada mencapai objektif or KPI ke tidak. Belum cuba belum tahu. Kalau dah cuba tapi hasil tak memberangsangkan, kena usaha lebih lagi! 

Nota jemari: Apa target 2022 korang dalam dunia blogger ni? 

Sunday, 6 February 2022

Selesai Menonton Layangan Putus!

3 hari masa diambil untuk selesai menonton kesemua episode Layangan putus di WeTv. Sanggup langgan WeTv selama sebulan dengan bayaran RM7.90 sahaja. Cerita yang viral sampai kaum Adam minta drama Layangan Putus ini berhenti disiarkan.


Layangan Putus merupakan kisah benar yang dikongsikan oleh Mommy ASF di media sosial. Mengisahkan seorang suami yang bernama Aris Pratama Sugarda yang dilakonkan oleh Reza Rahadian yang curang dengan seorang cikgu psikologi kanak-kanak yang bernama Lydia Permata Danira (Anya Geraldine). Hubungan sulit antara Aris dan Lydia mula dihidu oleh isteri Aris iaitu Kinan Aripurnami (Putri Marino) selepas Aris mula berubah iaitu suka menipu, balik kerja lewat malam dengan alasan kerja yang banyak dan juga sukar dihubungi

! Spoiler Alert !

First of all, sis terkejut tengok ada beberapa adegan atas katil dalam drama Layangan Putus ni. Dah tahu drama ni sesuai ditonton oleh seseorang yang berumur 17 tahun dan ke atas. Ingatkan kiss scene je yang ada, sekali lebih daripada itu ya πŸ˜‚ Sejak bila ya drama Indonesia ada babak-babak atas katil macam tu? Aku dah lah lama tak tengok drama Indonesia. Sekali tengok, ambik kau. Cepat-cepat dilajukan. Tak sanggup nak tengok.

Jujur aku cakap, sepanjang tengok Layangan Putus ni memang penat tahan mulut daripada berkata-kata perkara yang tak elok atau senang cerita tahan daripada maki Aris dengan Lydia. Tapi ada terlepas jugalah sebab geram sangat! Si Aris punya menipu tu rasa nak cili kan saja mulut dia. Tak bersalah langsung tipu isteri yang tengah sarat mengandung.


Tapi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Firasat seorang isteri tak pernah salah kan? Itu orang lain yang cakaplah. Orang lain yang bergelar isteri. Aku tak tahulah kesahihannya memandangkan aku masih belum bergelar seorang isteri πŸ˜‚ Tapi, aku rasa firasat isteri tu memang betul sebab ada dalam kenalan aku yang mengalami perkara yang sama dan memang betul suaminya curang. 

Saturday, 5 February 2022

Selamat Pengantin Lama!

Dah masuk umur 25 tahun bermaksud dah masuk fasa kawan-kawan sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti menamatkan zaman bujang mereka. Ramai dah kawan-kawan kahwin, yang timang anak pun dah ramai πŸ˜‚ Kami bila? Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Boleh tak jawab macam tu? HAHAHA. Tak sampai seru lagi, jadi kita chill chill dulu. Orang cakap enjoy dulu zaman hidup bujang πŸ˜›

15 Januari lepas sempat menghadiri kenduri kahwin kawan zaman belajar di UiTM Seri Iskandar. Nasib baik tak jauh mana dari Putrajaya, bolehlah pergi. Kalau jauh, memang tak pergi dah. 


Sampai awal di majlis jadi tak sempat nak berjumpa dengan ex classmates yang lain. Ex classmates datang lambat, dalam pukul 2 ke 3 petang macam tu. Kami dah sampai pukul 11 pagi. Malas nak menunggu sebab majlis kawan ni sekali dengan adik beradik yang lain. Meraikan empat pasang pasangan terus dalam hari yang sama. Jadi, memang ramai oranglah jawabnya. Kawasan pun terhad, jadi terpaksalah balik lepas siap makan dan bergambar. 

Friday, 4 February 2022

Terjumpa Duit Indonesia dan Vietnam yang Lama!

Tak ingat hari apa, tengah tengah mengemas bilik, terjumpa purse lama. Purse yang memang aku tak pakai dah sebab panjang dan tak muat dalam sling bag aku. Terus check dalam purse, mana tahu ada duit tersesat ke HAHAHA. 

Dan memang betul, ada duit yang tersesat! Tapi sayang, duit tu tak boleh digunakan dalam Malaysia πŸ˜‚ Jumpa duit dari negara Indonesia dan Vietnam. Punyalah lama aku simpan duit tu ya, sampai sekarang masih elok keadaan semua duit yang aku jumpa.

Last time aku pergi Indonesia tahun 2018, pergi Bali. First time pergi Indonesia tahun 2015. Haaa duit Indonesia yang aku jumpa tu yang aku simpan dari tahun 2015. Masa pergi Bali, aku tak pegang duit sebab semuanya kakak aku pegangkan. Dan Vietnam pulak, last time aku pergi pada tahun 2016. Jadi cincai cincai dalam 7 tahun jugak aku peram duit Indonesia dengan Vietnam dalam purse. 

Rindunyaaa nak travel. Rindu nak naik kapal terbang! Teringin jugak nak pergi Korea, Jepun dan negara-negara Eropah yang lain. Bukan main berangan ya! Tapi sekali sekala berangan, tak salah kan 😜 Bila boleh pergi tu tak tahu lah. Selain Covid, kekangan kewangan pun masalah utama jugak.

Duit Indonesia

Duit Vietnam


Agak agak bila convert semua duit Indonesia dan Vietnam ke Ringgit Malaysia jadi berapa RM ya? Aku rasa tak banyak pun. Bawah RM5 mungkin? πŸ˜‚

Thursday, 3 February 2022

Susu Berperisa Pisang dari Brand Nilofa

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Februari. Seronok minggu ni sebab cuti dua hari. Isnin kerja, Selasa dan Rabu cuti, Khamis dan Jumaat sambung kerja balik. Next cuti bulan March pulak. Itupun sehari je. Tak ambil cuti sebab cuti limited. Lagipun, tak balik Terengganu. Jadi, malas lah nak ambil cuti. Kita duduk rehat di rumah saja.

Semalam lepas makan tengah hari di mamak, singgah sekejap pasar raya sebelah mamak. Makan mamak sebab malas dah nak fikir nak makan dekat mana. Masalah besar nak fikir nak makan dekat mana πŸ˜‚ Jadi, nak senangkan cerita, terus pergi mamak. Makan je nasi kandar dekat mamak. 

Dah siap makan, singgah pasar raya mini tepi mamak. Saja je masuk. Tak berniat nak shopping barang dapur pun sebab gaji belum masuk. Gaji MyStep masuk lambat which is setiap 10 haribulan baru masuk :') Even kerja dekat sektor kerajaan, tapi gaji tak masuk sama tarikh dengan staff kerajaan iaitu 25 haribulan. Tak tahu kenapa gaji masuk lambat, tak ada sesiapa yang boleh menjawab soalan tu.

Pusing pusing dalam pasar raya mini tu terbeli susu pisang brand Nilofa. Susu ni dah keluar berzaman lamanya, tapi baru semalam aku terasa nak mencuba.


Harga RM4.90 kalau tak silap. Resit tak tahu campak mana. Masuk kereta terus buka dan minum. Bagi aku, air susu berperisa pisang ni not bad. Tak over manis. Sebab ada terbaca review orang lain yang cakap yang susu ni terlampau manis. Tak boleh habiskan sebab terlampau manis. Tapi bagi aku, okay saja. Tapi rasa pisang macam kurang sikit. Ke aku je yang rasa macam tu? πŸ˜‚

Tapi secara keseluruhan okay sahaja. Boleh diterima oleh mulut dan perut aku yang baru mencuba buat pertama kali. Repeat? Mungkin tidak hehehe.