Tuesday, 29 March 2022

Pertama Kali Makan Vietnamese Cuisine di MyViets, Ayer 8, Putrajaya

21 March 2022 haritu housemates tiba-tiba ajak makan malam sama-sama. Tiberr sangat hahaha. Kami berempat tak permah makan malam dekat luar bersama-sama. Dalam rumah tu pernahlah. Mula-mula aku tak nak pergi sebab dah beli lauk untuk makan malam nanti, just masak nasi je nanti bila balik kerja. Tapi bila fikirkan balik, join jelah sekali mereka bertiga sebab bukan selalu kan. Gituh. 


Sampai rumah dalam pukul 5 petang, solat asar then tunggu housemate lagi seorang belum sampai rumah. Tunggu punya tunggu, dalam pukul 5.30 petang jugaklah naik grab pergi MyViets, Ayer 8. Dekat je. Tambang grab RM7.00. Aku macam terkejut jugak sebab ingatkan nak pergi makan malam dekat kedai masakan Melayu, rupanya nak pergi makan dekat MyViets. Aku dah lah tak pernah makan. First time! Tapi bedal jelah. Nanti sampai, tengoklah menu apa yang ada kan.

MyViets, Ayer 8, Putrajaya MyViets, Ayer 8, Putrajaya

Aku order menu simple je sebab nak buat alas perut je. Lauk dah beli dah, nanti balik rumah nak makan nasi lagi. Mahu kembung perut aku nanti.

Grilled Marinated Chicken with Lemongrass and Lime Leaf

Makanan pertama yang sampai lepas siap order. Kena order melalui QR Code yang disediakan. Kiranya scan QR Code then nanti automatik dia akan bawa kita ke link untuk order makanan. Kalau tak silap aku, nama menu ni Grilled Marinated Chicken with Lemongrass and Lime Leaf. Harga mungkin RM15.90. Maafkan aku kalau salah sebab dah lupa resit letak mana. 

Aku dengan housemate yang tak makan sayur ternganga kejap bila makanan ni sampai HAHAHA. Sebab penuh sayur! Kami bukan tak makan sayur tapi ada sesetengah sayur je yang makan. Paling tak suka taugeh! Housemate cakap sedap. Ayam pun sedap. Aku try rasa ayam and memang sedap. Ayam apa je yang tak sedap kan? Hihihi.

Monday, 28 March 2022

Booster Dose Completed At Klinik Mediviron, Putrajaya

Setelah sekian lama tertangguh, akhirnya completed jugak booster dose. Aku pernah post entry pasal terpaksa reject booster appointment sebab lokasi yang jauh dari tempat aku tinggal sekarang which is Putrajaya. Dapat appointment di Terengganu memang terpaksa reject lah sebab malas nak balik Terengganu semata-mata booster hehehe. 


Lepas reject 24 January 2022 haritu, sampai ke sudah tak dapat appointment baru. Member aku ada jugak booster appointment, tapi tak sampai dua minggu dah dapat date baru untuk booster. Tapi aku punya sunyi sepi. Tapi tak kisah pun sebab aku memang dah aim nak walk in klinik swasta yang ada di Putrajaya je. Tangguh punya tangguh, 24 March 2022 haritu baru dapat suntikan booster di Klinik Mediviron, Putrajaya. Sebetulnya nak pergi klinik yang berhampiran dengan rumah aku (Presint 9) tapi sayang, klinik tu hanya terima Sinovac's clan je. Selain daripada Sinovac, kena pergi klinik lain untuk booster. 


Kawan pun suggest klinik yang dia pergi tempoh hari. Terus call dan set appointment nak booster hari yang sama tapi lepas habis waktu pejabat, dalam pukul 5.30 petang. Punch out pukul 4.30 petang, kelam kabut balik naik bas, solat dan tukar baju. Tunggu kawan datang ambil dan terus pergi klinik. Klinik tu berhampiran Alamanda. Memang tepi Alamanda je. Parking dalam Alamanda, then keluar pintu yang berhampiran Cold Storage. Jalan lagi dalam 2 ke 3 minit, terus sampai.  



Nasib aku baik sebab masa aku sampai, tak ada pun customers. Yang ada doktor dan dua orang pembantunya. Serah kad pengenalan, isi borang sikit dan pap! Siap cucuk. Tak sampai 10 minit. Alhamdulillah tak ada kesan sampingan yang teruk lepas cucuk booster. Cumanya, sehari selepas cucuk (hari Jumaat) dalam tengah hari macam tu, tiba-tiba rasa tak bermaya. Rasa lemah badan. Tengah jalan nak pergi surau, tiba-tiba menangis sebab menggigil kesejukan ๐Ÿ˜‚ Padahal pagi Jumaat tu elok je. Segar bugar je badan. 

Sunday, 27 March 2022

Panduan dan Langkah untuk Membeli Rumah Pertama

Sudah menjadi lumrah kehidupan bilamana kita semua mula menginjak ke alam dewasa, kita berkeinginan untuk memiliki sebuah rumah di bawah nama kita sendiri kan? Betul tak? Rumah merupakan tempat untuk kita berlindung dan merehatkan diri selepas seharian penat bekerja di pejabat. Jadi, memiliki rumah sendiri memang merupakan impian dan cita-cita semua orang.


Tapi, bukan mudah ya untuk membeli sebuah rumah. Ada beberapa panduan atau langkah yang perlu diambil kira atau difikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk membeli sebuah rumah yang diimpikan. 


1.     Kawasan rumah yang strategik


Bagi aku, benda pertama yang aku akan fikir sebelum membeli rumah ialah kawasan rumah yang strategik. Maksud aku kawasan rumah yang strategik ni, adakah kawasan rumah yang aku akan beli ini berhampiran dengan tempat kerja aku? Kalau boleh, aku akan cari rumah yang berhampiran dengan tempat kerja aku sebab ia dapat menjimatkan masa dan duit kita. Jimat masa sebab jarak yang dekat antara rumah dengan pejabat. Dan jimat duit sebab penggunaan minyak kereta yang tak banyak. Memang membantu sangat dalam menjimatkan masa dan duit kalau kawasan rumah yang kita akan beli itu berada dalam keadaan yang strategik. 


2.     Kemudahan fasiliti disekeliling kawasan rumah


Kedua, kemudahan fasiliti yang terdapat disekeliling kawasan rumah. Extra points kalau kawasan rumah yang kita akan beli itu dikelilingi oleh pelbagai kemudahan seperti hsopital, balai polis, balai bomba, pasar raya, sekolah dan kemudahan-kemudahan yang lain lagi. Memang sangat memudahkan kalau dikelilingi kemudahan-kemudahan seperti ini.


Kalau tiba-tiba sakit tengah-tengah malam, tak kalut nak pergi hospital sebab ada hospital yang berhampiran. Tak payah tunggu keesokan harinya baru nak pergi hospital sebab hospital jauh. Nanti dah berkahwin, dah ada anak, anak dah masuk alam persekolahan, tak kalut nak hantar pagi-pagi pergi sekolah sebab sekolah dekat je. 


3.    Kemampuan


Benda paling penting yang perlu difikirkan sebelum membeli rumah. Membeli rumah mengikut kemampuan diri kita. Kena semak dahulu gaji bersih yang kita terima setiap bulan dan perbelanjaan bulanan kita yang terkini. Buat pengiraan secara kasar dahulu untuk pastikan berapakah bajet yang kita mampu peruntukan untuk membeli sebuah rumah dengan gaji kita sekarang. Nanti nak buat loan pun senang. Untuk membuat pengiraan, aku tertarik dengan cara pengiraan perumahan oleh Mortgage Calculator

Thursday, 10 March 2022

Main Teka Teka di Katapat Pada Setiap Hari

Main game Katapat pada setiap pagi ni dah jadi rutin harian dalam hidup aku hahaha. Sambil sambil tunggu bas nak pergi kerja, sempatlah main game Katapat ni. Korang tahu tak game Katapat ni game apa? 


Katapat ni dalam versi Bahasa Melayu. Kalau sesiapa nak main dalam versi English, boleh main Wordle. Sama sahaja. Konsep pun sama. Cuma yang membezakannya ialah Bahasa Melayu dan English. Aku malas nak sakit kepala pagi-pagi, jadi aku mainlah dalam versi Bahasa Melayu. Senang! 


Katapat ni game teka perkataan. Korang fikirlah perkataan apa yang ada 5 huruf dalam Bahasa Melayu. Contoh, tuala, lipas, cicak, askar, badan dan sebagainya as long as ada 5 huruf. 

Game Katapat

Dan gambar di atas tu adalah arahan game Katapat. Kalau huruf yang korang tulis tu bertukar menjadi hijau, maksudnya huruf tu memang berada dalam perkataan dan di tempat yang betul. Kalau huruf yang korang tulis tu bertukar menjadi kuning (ke warna apa tu?), maksudnya huruf tu ada dalam perkataan tu tapi kedudukannya tak betul. Dan last sekali, kalau huruf yang korang tulis tu bertukar menjadi kelabu, maksudnya huruf tu salah dan tak ada dalam perkataan tu.

Wednesday, 9 March 2022

Golden Salted Egg Chahan & Original Pudding from FamilyMart

Hari jumaat lepas pergi FamilyMart untuk beli makanan tengah hari. Dah tak berapa suka pergi cafe company sebab lauk yang sama sahaja dimasak setiap hari. Kadang-kadang tepu otak fikir nak makan apa. Memang boleh hafal lauk yang cafe masak setiap hari. Ini bukan aku seorang sahaja ya yang cakap pasal ni, even staff lain pun ada merungut benda yang sama. 


Alang-alang rehat hari Jumaat panjang, jadi aku pun pergilah FamilyMart. Mujurlah dekat je FamilyMart tu. Jalan kaki dalam 3 atau 4 minit dah sampai. Duduk termenung depan rak makanan sebab tak tahu jugak nak makan apa HAHAHA. Last-last ambil Golden Salted Egg Chahan.

 

Golden Salted Egg Chahan FamilyMart
Foresight

Golden Salted Egg Chahan FamilyMart
Close view

Itulah golden salted egg chahan yang berharga RM6.20. Kecil sahaja portionnya. Dan tak cukup. Lepas makan tu aku masih rasa lapar ya teman teman sebab sikit ๐Ÿ˜‚ Udang pun 2 ekor je, size besar sikit daripada udang kering kikiki. 

Tuesday, 8 March 2022

Gaji MySTEP Masuk Lambat?

Semalam sebelum tidur, aku log in blog melalui telefon macam selalu aku buat. Dah log in blog, memang akan buka google search console sekali sebab nak tengok perkembangan blog walaupun tak berapa nak berkembang HAHAHA. Tengah tengah belek google search console tu, nampak ada orang search ke apa eh nak panggil kalau macam ni?


Gaji MySTEP masuk lambat? Ya, benar sekali. Memang masuk lambat. Setiap 10 hari bulan baru masuk. Orang lain siap nak habis gaji pulak dah, tapi personnel MySTEP baru nak dapat gaji ๐Ÿ˜‚ 

Kalau ada yang bertanya kenapa masuk lambat? Aku sendiri tak ada jawapannya. Walaupun aku MySTEP di sektor kerajaan, tapi gaji kami semua tak masuk tarikh yang sama dengan pekerja kerajaan yang lain iaitu setiap 25 hari bulan. Ada jugak tanya personnel MySTEP yang dah lama bekerja, mereka pun tak ada jawapan untuk soalan itu.

Dan kami, setiap bulan wajib sediakan satu borang yang kami panggil 'Borang Output Bulanan'. Borang output bulanan ni kiranya macam log book di tempat kerja. Ala macam kita intern dulu-dulu kan, kita kena cerita dalam log book kita apa yang kita buat pada setiap hari. Haa lebih kurang macam tulah.

Monday, 7 March 2022

Review: Honey Ice Cream from Bubblebee

Dua tiga hari lepas tengok housemate makan honey ice cream ni rasa terliur pulak sebab nampak sedap. Tup tup keesokan harinya, kita pulak yang membeli hahaha. Nasib baik beli dekat shopee food sebab boleh dapat harga yang murah! Kalau beli dekat foodpanda atau grabfood, memang kirim salam awal-awal sebab mahal. 


Bagi aku, comel jugaklah dia ikat macam tu. Nak nak warna kuning! Memang lagi comel! First of all, maaflah ya sebab gambar tak berapa menarik sebab bilik aku tak ada tingkap, jadi kuranglah sikit pencahayaan dalam bilik aku. Nak edit pun malas jadi kita letak jelah apa yang ada hehehe.


Haa bila dah buka ikatan tu, beginilah rupanya. Ice cream dah cair dah sikit, itu pasal yang bahagian atas dah tak berapa nak tinggi ๐Ÿ˜‚