Tuesday, 8 March 2022

Gaji MySTEP Masuk Lambat?

Semalam sebelum tidur, aku log in blog melalui telefon macam selalu aku buat. Dah log in blog, memang akan buka google search console sekali sebab nak tengok perkembangan blog walaupun tak berapa nak berkembang HAHAHA. Tengah tengah belek google search console tu, nampak ada orang search ke apa eh nak panggil kalau macam ni?


Gaji MySTEP masuk lambat? Ya, benar sekali. Memang masuk lambat. Setiap 10 hari bulan baru masuk. Orang lain siap nak habis gaji pulak dah, tapi personnel MySTEP baru nak dapat gaji 😂 

Kalau ada yang bertanya kenapa masuk lambat? Aku sendiri tak ada jawapannya. Walaupun aku MySTEP di sektor kerajaan, tapi gaji kami semua tak masuk tarikh yang sama dengan pekerja kerajaan yang lain iaitu setiap 25 hari bulan. Ada jugak tanya personnel MySTEP yang dah lama bekerja, mereka pun tak ada jawapan untuk soalan itu.

Dan kami, setiap bulan wajib sediakan satu borang yang kami panggil 'Borang Output Bulanan'. Borang output bulanan ni kiranya macam log book di tempat kerja. Ala macam kita intern dulu-dulu kan, kita kena cerita dalam log book kita apa yang kita buat pada setiap hari. Haa lebih kurang macam tulah.

Borang output bulanan ni mesti dihantar kepada ketua personnel MySTEP department aku pada setiap 23, 24 atau 25 hari bulan macam tu. Bila semua MySTEP dah hantar borang output bulanan, ketua akan minta tandatangan pengarah department aku dan kemudia baru hantar kepada Bahagian Kewangan.

Senan je nak buat borang output bulanan ni. Yang tak senangnya bila tak capai target. Confirm! Memang confirm bos akan tanya kenapa tak capai target. Ketar kepala lutut nak jawab HAHAHA. Jadi kami MySTEP akan sedaya upaya buat kerja sampai capai target. Seram ooooo kalau kena marah dengan bos! 

Ini aku ceritakan berdasarkan pengalaman aku sendiri. Mungkin lain company, lain borang outputnya atau mungkin tak perlu buat borang output. Itu semua bergantung kepada company yang korang bekerja as personnel MySTEP. Gaji masuk lambat ke cepat tu memang tak boleh buat apa-apa sebab kita tak ada kuasa nak menentukan. Gituh.  

17 comments

  1. Baru tahu gaji MySTEP masuk lambat

    ReplyDelete
  2. first time tau pasal MyStep ni... btw kurang paham.. yg x capai target tu untuk dapatkan gaji ke? klu x capai target x dpt gaji ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam saya, kena semak data dalam 130 - 150 data untuk sehari. Darab berapa hari bekerja dapat 1600 (contoh). Tapi untuk bulan tu saya tak capai 1600 data, saya capai 1300 je. Jadi baki 300 lagi tu dikira hutang dan dibawa ke bulan depan. Gitu lah lebih kurang kak ret hehehe, tak ada lah tak dapat gaji cumanya, kena tegur/marah/bebel dengan bos lah nanti sebab apa tak capai target sedangkan orang lain boleh capai >.<

      Delete
  3. Bila baca ni saya tak faham apa itu mystep, terus saya Google... Oooo.. baru faham. Tak tahu pulak ada mystep di sektor awam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada di sektor awam dan juga GLC. Mystep ni macam salah satu usaha kerajaan untuk bantu rakyat yang tak ada pekerjaan. Boleh lah cari rezeki sementara mencari peluang yang lagi baik gituuuu.

      Delete
    2. Kalau gaji mystep ni, contoh untk spm, sebulan 1600 kan?

      Delete
    3. Haah betul, kalau level SPM, gaji RM1600. Tolak KWSP dan SOCSO, akan dapat dalam 1.4k+

      Delete
  4. Mencabar betul nak buat report kena capai KPI. Gaji masuk lambat susah juga. Tapi okay lagi sebab gaji confirm masuk tiap tiap bulan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memaang mencabar kak fiza sebab kalau tak cukup target, dikira hutang. Bawa ke hari esok. Esok tak selesai jugak, hutang lagi. Bawa ke lusa. Dan sampailah lunas semua hutang tu baru lega >.<

      Delete
  5. Alahai xsama macam zaman PSH.. beza PSH bayaran sehari rm45.. xdatang kerja xda gaji.. tu yg untung Mystep dr PSH.. zaman PSH pon gaji mmg msuk lambat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul tuuu, ramai jugak yang cakap, better mystep daripada PSH. PSH tak ada peruntukan cuti, kalau macam mystep ni ada 12 hari cuti untuk setahun.

      Delete
  6. Mcm mana etika pemakaian MyStep? Formal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya mystep di pejabat kerajaan, saya pakai baju kurung. Kadang kadang je saya pakai blouse dengan seluar slack.

      Delete
  7. Dekat tempat Sha kerja nie ada staf mystep..
    Tapi masih tak berapa nak faham sangat apa yang staf mystep ini buat.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. Macam mana penyata gaji?.. nak dapat kan macam mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, kalau tak silap saya, penyata gaji mungkin kena tanya bahagian kewangan company masing masing.

      Delete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)