Monday, 7 March 2022

Review: Honey Ice Cream from Bubblebee

Dua tiga hari lepas tengok housemate makan honey ice cream ni rasa terliur pulak sebab nampak sedap. Tup tup keesokan harinya, kita pulak yang membeli hahaha. Nasib baik beli dekat shopee food sebab boleh dapat harga yang murah! Kalau beli dekat foodpanda atau grabfood, memang kirim salam awal-awal sebab mahal. 


Bagi aku, comel jugaklah dia ikat macam tu. Nak nak warna kuning! Memang lagi comel! First of all, maaflah ya sebab gambar tak berapa menarik sebab bilik aku tak ada tingkap, jadi kuranglah sikit pencahayaan dalam bilik aku. Nak edit pun malas jadi kita letak jelah apa yang ada hehehe.


Haa bila dah buka ikatan tu, beginilah rupanya. Ice cream dah cair dah sikit, itu pasal yang bahagian atas dah tak berapa nak tinggi 😂


Jadi, inilah isi dalamnya. Basically, honey ice cream ni just ada ice cream vanilla, syrup honey (?) dan cornflakes sahaja. Kata kakak kedua aku, baik beli ice cream vanilla then beli cornflakes. Makan puas puas. Boleh dapat banyak lagi. 

Maksudnya, tak berbaloi nak beli honey ice cream ni dengan harga RM10.00. Yang ni tak ada honeycomb tau, kalau ada honeycomb lagi mahal harganya. Tapi makan sekali sekala bolehlah. Bukan selalu pun beli. Orang kata buat lepas mengidam aje kikiki. 

Overall bagi aku sedap. Manis tu acceptable. Bergantung kepada orang yang makan. Ada yang suka manis (macam aku) dan ada yang kurang gemar manis. Tapi bagi aku, manis dia tak manis letting (orang ganu punya bahasa). Manis dia just nice. 

Dan cornflakes tu kena makan cepat cepat before dia jadi lembik (sebab rendam dalam ice cream). Rasa crunchy lah jugak bila makan cornflakes masa keras lagi. Kalau dah lembik jadi tak berapa sedap dah. Dan sekarang, rasa nak beli lagi sekali 😂

7 comments

  1. Simple je bahan bahan honey ice cream bubblebee ni. Sesekali cuba rasa why not kan. Belum cuba lagi versi ice cream. Pernah beli versi minuman je.

    ReplyDelete
  2. Haaaa.. akak setuju dengan cadangan kakak Atiqah tu.

    ReplyDelete
  3. Biras kak PC dah beli dan dan cuba.. dia kata ok sebab kena dengan tekak. Lagi sedap beli terus makan. Kak PC tak cuba lagi.

    ReplyDelete
  4. tak pernah rasa walaupun kedai dia ada berdekatan di pejabat ni..

    ReplyDelete
  5. Kalau sedap takpelah.
    Hehe boleh ulang makan lagi.

    ReplyDelete
  6. Sekali-sekala tak pe beli kan, Atiqah.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah try lagi bubblebee ni sebab tak tahu nak beli apa. Harga boleh tahan la.. 😊

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)