Sunday, 27 March 2022

Panduan dan Langkah untuk Membeli Rumah Pertama

Sudah menjadi lumrah kehidupan bilamana kita semua mula menginjak ke alam dewasa, kita berkeinginan untuk memiliki sebuah rumah di bawah nama kita sendiri kan? Betul tak? Rumah merupakan tempat untuk kita berlindung dan merehatkan diri selepas seharian penat bekerja di pejabat. Jadi, memiliki rumah sendiri memang merupakan impian dan cita-cita semua orang.


Tapi, bukan mudah ya untuk membeli sebuah rumah. Ada beberapa panduan atau langkah yang perlu diambil kira atau difikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk membeli sebuah rumah yang diimpikan. 


1.     Kawasan rumah yang strategik


Bagi aku, benda pertama yang aku akan fikir sebelum membeli rumah ialah kawasan rumah yang strategik. Maksud aku kawasan rumah yang strategik ni, adakah kawasan rumah yang aku akan beli ini berhampiran dengan tempat kerja aku? Kalau boleh, aku akan cari rumah yang berhampiran dengan tempat kerja aku sebab ia dapat menjimatkan masa dan duit kita. Jimat masa sebab jarak yang dekat antara rumah dengan pejabat. Dan jimat duit sebab penggunaan minyak kereta yang tak banyak. Memang membantu sangat dalam menjimatkan masa dan duit kalau kawasan rumah yang kita akan beli itu berada dalam keadaan yang strategik. 


2.     Kemudahan fasiliti disekeliling kawasan rumah


Kedua, kemudahan fasiliti yang terdapat disekeliling kawasan rumah. Extra points kalau kawasan rumah yang kita akan beli itu dikelilingi oleh pelbagai kemudahan seperti hsopital, balai polis, balai bomba, pasar raya, sekolah dan kemudahan-kemudahan yang lain lagi. Memang sangat memudahkan kalau dikelilingi kemudahan-kemudahan seperti ini.


Kalau tiba-tiba sakit tengah-tengah malam, tak kalut nak pergi hospital sebab ada hospital yang berhampiran. Tak payah tunggu keesokan harinya baru nak pergi hospital sebab hospital jauh. Nanti dah berkahwin, dah ada anak, anak dah masuk alam persekolahan, tak kalut nak hantar pagi-pagi pergi sekolah sebab sekolah dekat je. 


3.    Kemampuan


Benda paling penting yang perlu difikirkan sebelum membeli rumah. Membeli rumah mengikut kemampuan diri kita. Kena semak dahulu gaji bersih yang kita terima setiap bulan dan perbelanjaan bulanan kita yang terkini. Buat pengiraan secara kasar dahulu untuk pastikan berapakah bajet yang kita mampu peruntukan untuk membeli sebuah rumah dengan gaji kita sekarang. Nanti nak buat loan pun senang. Untuk membuat pengiraan, aku tertarik dengan cara pengiraan perumahan oleh Mortgage Calculator



Mula-mula peninglah jugak sebab memang tak ada pengalaman beli rumah. Senangnya guna Mortgage Calculator ni sebab ada dinyatakan sekali harga rumah, bilangan tahun, berapa total harga yang perlu dibayar termasuklah harga bunga (interest fees). Memang memudahkan!

Bila dah ada kira-kira macam ni, rasa excited pulak nak memiliki rumah sendiri. Tak salah kan nak berangan? Hehehe. Nanti dah berkeluarga, senang sikit. Tak salah pun kalau menyewa, tapi dalam masa yang sama, tak salah jugak kalau kita nak beli rumah kita sendiri. Rumah tak sama macam kereta yang mana kita tahu bahawa nilainya akan susut pada masa akan datang. Harga rumah makin naik seiring dengan peredaran masa.   

6 comments

  1. hahahha lama kita x jenguk dia kat sini...
    So, dah rancang belum nak beli rumah kat mana tu nanti ?:p

    ReplyDelete
  2. nak share tips ye. hehe. kita baru ja apply rumah prima. harap dapat lah

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing. harap awak pun cepat-cepat dapat beli rumah sendiri

    ReplyDelete
  4. Senang guna mortgage calculator ni 😊. Akak masih lagi bercari rumah. Tak tahu bila ada rezeki.

    ReplyDelete
  5. Senang ada calculator online buat kira kira nak beli rumah. Memudahkan kerja jugak kan. Seronoknya kalau dapat beli dan duduk rumah pertama sendiri.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)