Thursday, 10 March 2022

Main Teka Teka di Katapat Pada Setiap Hari

Main game Katapat pada setiap pagi ni dah jadi rutin harian dalam hidup aku hahaha. Sambil sambil tunggu bas nak pergi kerja, sempatlah main game Katapat ni. Korang tahu tak game Katapat ni game apa? 


Katapat ni dalam versi Bahasa Melayu. Kalau sesiapa nak main dalam versi English, boleh main Wordle. Sama sahaja. Konsep pun sama. Cuma yang membezakannya ialah Bahasa Melayu dan English. Aku malas nak sakit kepala pagi-pagi, jadi aku mainlah dalam versi Bahasa Melayu. Senang! 


Katapat ni game teka perkataan. Korang fikirlah perkataan apa yang ada 5 huruf dalam Bahasa Melayu. Contoh, tuala, lipas, cicak, askar, badan dan sebagainya as long as ada 5 huruf. 

Game Katapat

Dan gambar di atas tu adalah arahan game Katapat. Kalau huruf yang korang tulis tu bertukar menjadi hijau, maksudnya huruf tu memang berada dalam perkataan dan di tempat yang betul. Kalau huruf yang korang tulis tu bertukar menjadi kuning (ke warna apa tu?), maksudnya huruf tu ada dalam perkataan tu tapi kedudukannya tak betul. Dan last sekali, kalau huruf yang korang tulis tu bertukar menjadi kelabu, maksudnya huruf tu salah dan tak ada dalam perkataan tu.

Mula-mula aku loading jugak nak main game ni macam mana, tapi lepas kawan aku explain elok-elok, barulah otak aku boleh cerna game ni nak apa yang sebenarnya kikiki.

Game Katapat
Percubaan kali pertama meneka. Aku teka 'tuala'. Huruf A dah betul dah. Huruf T tu salah dan tak wujud dalam perkataan yang dicari. Dan huruf U dan L tu ada wujud dalam perkataan yang dicari tapi berada pada kedudukan yang salah.

Game Katapat
Percubaan kali kedua, aku teka 'bulan' pulak. Ada penambahan which is huruf N tu wujud dalam perkataan yang dicari tapi berada pada kedudukan yang salah. 

Tekaan kali ketiga baru betul! Rupanya jawapan yang dicari ialah perkataan 'ulang'. Bernasib baik dapat teka pada percubaan kali ketiga. Ada hari lain, sampai sudah aku tak berjaya teka kah! 

Dalam game katapat ni, korang boleh teka sebanyak enam kali sahaja. Tak pernah lagilah aku berjaya teka pada percubaan kali pertama. Memang tak pernah. Selalu berjaya teka pada kali keempat, kelima ataupun keenam. Kadang-kadang tak berjaya teka langsung. 

Game ni boleh main sekali sehari je. Kalau korang main banyak kali pun, perkataan yang dicari akan tetap sama. Keesokan harinya baru perkataan yang dicari akan berubah.

Nak main boleh click sini: Game Katapat

12 comments

  1. Menarik ni. Nanti nak cuba main la.. walaupun perkataan pendek, tapi kadang susah jugak tu nak teka.

    ReplyDelete
  2. Menarik ni, nanti nak cuba jugak.

    ReplyDelete
  3. first time tahu nama game ni. nanti nak trylah

    ReplyDelete
  4. Menarik juga. Boleh mengasah akal dan fikiran.

    ReplyDelete
  5. ammi kena download ke ni..pantang betul dengan Word Games ni. senang terpengaruh

    ReplyDelete
  6. wah menarik ni mama suka game macam ni

    ReplyDelete
  7. Popular betul game ni kat twitter. Ramai dah terjebak main game ni. Okaylah isi masa lapang asah otak pepagi. Hebatlah siapa yang terus dapat betul tu.

    ReplyDelete
  8. Menarik kalau bagi anak-anak main ini.. boleh buat minda diorang berfikir..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)