Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Sunday, 6 February 2022

Selesai Menonton Layangan Putus!

3 hari masa diambil untuk selesai menonton kesemua episode Layangan putus di WeTv. Sanggup langgan WeTv selama sebulan dengan bayaran RM7.90 sahaja. Cerita yang viral sampai kaum Adam minta drama Layangan Putus ini berhenti disiarkan.


Layangan Putus merupakan kisah benar yang dikongsikan oleh Mommy ASF di media sosial. Mengisahkan seorang suami yang bernama Aris Pratama Sugarda yang dilakonkan oleh Reza Rahadian yang curang dengan seorang cikgu psikologi kanak-kanak yang bernama Lydia Permata Danira (Anya Geraldine). Hubungan sulit antara Aris dan Lydia mula dihidu oleh isteri Aris iaitu Kinan Aripurnami (Putri Marino) selepas Aris mula berubah iaitu suka menipu, balik kerja lewat malam dengan alasan kerja yang banyak dan juga sukar dihubungi

! Spoiler Alert !

First of all, sis terkejut tengok ada beberapa adegan atas katil dalam drama Layangan Putus ni. Dah tahu drama ni sesuai ditonton oleh seseorang yang berumur 17 tahun dan ke atas. Ingatkan kiss scene je yang ada, sekali lebih daripada itu ya ๐Ÿ˜‚ Sejak bila ya drama Indonesia ada babak-babak atas katil macam tu? Aku dah lah lama tak tengok drama Indonesia. Sekali tengok, ambik kau. Cepat-cepat dilajukan. Tak sanggup nak tengok.

Jujur aku cakap, sepanjang tengok Layangan Putus ni memang penat tahan mulut daripada berkata-kata perkara yang tak elok atau senang cerita tahan daripada maki Aris dengan Lydia. Tapi ada terlepas jugalah sebab geram sangat! Si Aris punya menipu tu rasa nak cili kan saja mulut dia. Tak bersalah langsung tipu isteri yang tengah sarat mengandung.


Tapi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Firasat seorang isteri tak pernah salah kan? Itu orang lain yang cakaplah. Orang lain yang bergelar isteri. Aku tak tahulah kesahihannya memandangkan aku masih belum bergelar seorang isteri ๐Ÿ˜‚ Tapi, aku rasa firasat isteri tu memang betul sebab ada dalam kenalan aku yang mengalami perkara yang sama dan memang betul suaminya curang.