Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga dapat vaksin! Dan berjaya cucuk vaksin pada 31 Julai 2021, pukul 12.50 tengah hari. Alhamdulillah semua proses berjalan dengan lancar. Walaupun ketibas (baca: ketiak basah) juga lah tunggu giliran nak masuk dewan utama 😂
Aku pergi pukul 10.20 pagi, beratur tak sampai lima minit, aku balik rumah semula sebab panjang sungguh barisannya! Memang terkeluar dari khemah. Dan cuaca pun agak panas walaupun baru pukul 10 lebih waktu pagi. Nasib baik rumah dekat, tak ada masalah untuk pergi dan balik hehehe.
Datang semula pukul 11.30 pagi. Untuk dos pertama, dah tak ada barisan panjang, siap ada kerusi kosong lagi. Okey kalini tak balik. Terus duduk dan tunggu giliran untuk masuk dewan utama. Nasib baik sampai awal sikit, sebab lepas aku sampai dan duduk, fuhhhhh terus ramai orang beratur untuk dos pertama.
Dos kedua tak payah cakap, memang lagi panjang barisannya. Oh ya, aku nampak dekat whiteboard, total penerima vaksin haritu ialah seramai 1198 orang. 498 orang untuk dos pertama iaitu Pfizer dan dos kedua seramai 700 orang untuk vaksin Sinovac. Tak kisahlah vaksin Pfizer ke Sinovac ke Astra ke janji vaksin. Betul dak? Hehehe
Dah sampai giliran masuk dalam dewan utama, segala proses berjalan dengan lancar. Ada ramai jugalah yang mengalami masalah dengan MySejahtera. Dan yes, kebanyakannya orang tualah yang alami masalah tersebut. Kasihan bila tengok sebab disebabkan ada masalah dengan MySejahtera, proses nak cucuk vaksin jadi lambat. Tapi nasib baik lah staff situ semua baik baik belake. Terang satu persatu kepada mak cik pak cik yang agak blur. Tolong tuliskan bila ada seorang mak cik ni tak reti menulis.
Setel isi borang apa semua, pap! Selesai cucuk di tangan kanan. Aku pilih tangan kanan sebab aku fikir waktu tidur, aku banyak mengiring belah kiri. Waktu lain? Aku tak fikir HAHAHA. Walaupun aku kidal, tapi aku banyak juga gunakan tangan kanan. Kadang bila difikirkan balik, ish apa hal aku pergi minta cucuk tangan kanan, tapi tak apalah. Dah cucuk dah. Dah selamat dah masuk dalam badan aku. Second dos nanti try cucuk kiri pula. Tengok macam mana hehehe.
Ruangan menunggu sementara nama dipanggil untuk ambil kad vaksin
Second dos aku 21 Ogos nanti. Tiga minggu dari dos pertama. Kesan sampingan? Alhamdulillah tak ada sakit kepala ke mengantuk ke lapar ke cuma lenguh dekat tempat cucuk je. Lenguh lenguh tu okey lagilah. Lain orang, lain kesan sampingannya kan?
Ada terbaca tak berita yang mengatakan penerima vaksin Pfizer mungkin akan dicucuk sampai suntikan ketiga. Ini antara petikan yang aku petik dari Astro Awani yang bertarikh 09 Julai 2021.
"PFIZER merancang untuk meminta Badan Kawal Selia Amerika Syarikat meluluskan dos vaksin tambahan ketiga atau booster (penggalak) pada bulan hadapan. Dalam kenyataannya, Pfizer menjelaskan ia adalah berdasarkan bukti terdapat risiko jangkitan semula yang lebih tinggi setelah enam bulan menerima suntikan. Menurut Pegawai Saintifik Pfizer, Mikael Doksten, faktor penyebaran varian Delta yang mudah menular juga menjadi penyebab perlu dos booster itu."
Ada baca juga mungkin perlu dicucuk setiap tahun. Aduhai, nak buat macam mana kan kalau betullah apa yang ditulis. Bukan saja saja cucuk kan? Ala setakat cucuk ni okey lagilah, bukan kena bedah pun! So chill. Small matter begituuuu kauuuuu hehehe. Apa apa pun, aku doakan yang masih menunggu panggilan vaksin pertama akan segera dapat panggilan vaksin.
Kalau boleh walk in, walk in je. Aku pun walk in juga ni. Hari kejadian baru naik di MySejahtera tarikh appointment untuk dos pertama. Aku dapat vaksin inipun sebab anjuran negeri Terengganu. Kalau bukan sebab ni, tak tahulah bila aku akan dapat vaksinnya. Jadi akhir kata, semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Take care dan stay safe semuanya!
Nota jemari: Maaf ya tak sempat nak blogwalking lagi. Tunggu online pakai laptop, baru aku terjah blog semua orang! Inipun update pakai telefon, agak tak best ya
Social Icons