Tuesday, 24 August 2021

Kesan Sampingan Suntikan Kedua Vaksin

Empat hari berlalu selepas suntikan kedua vaksin dan aku masih mengalami beberapa kesan sampingan vaksin. Dalam pukul 12 lebih tengah malam, tiba tiba aku menggigil kesejukan. Memang betul-betul mengejut menggigil tu sebab sebelum tu memang tak menggigil langsung, tak sejuk langsung. Macam aku tulis dalam entri sebelum ni, aku sekadar minor headache dan lenguh tangan je.


Baca disini: Selesai suntikan kedua vaksin


Aku tengah blogwalking masa tu, tengah blogwalking blog kak fiza. Awal awal aku macam okey lagi tapi tak sampai 10 minit, dah rasa tak mampu nak mengadap laptop lagi, aku terus shutdown laptop dan selubung bawah selimut. Ingatkan selubung bawah selimut bolehlah redakan kegigilan (betul ke term aku pakai ni?) tapi tak berjaya. Aku still menggigil. Nak tutup kipas kan rasa lemas pula nanti sebab tak ada pengudaraan, tapi bila buka kipas rasa sejuk gila. Last last aku buka kipas juga tapi volume 1 dan pusingkan kepala kipas. Bagi kena sikit je dekat badan aku. 


Lama juga lah aku cuba tidur tapi tak tidur tidur. Tapi tak adalah tak tidur sampai ke subuh. Last aku tengok jam pukul 1:40 pagi. Celik mata pukul 3 pagi tapi sekejap je. Sambung tidur balik. Celik lagi pukul 3.20 pagi. Tidur balik. Celik lagi pukul 3.45 pagi. Tidur balik. Celik lagi pukul 3.55 pagi dan berterusan sampai pukul 5 pagi. Aku anggarkan dalam 20 kali kot aku terkejut dari tidur. Aku gelisah tak tahu nak apa.

 

Padahal masa tu dah tak menggigil dah. Cumanya, aku rasa lama sangat dah aku tidur. Aku rasa macam lambat lagi ke nak subuh? Padahal baru tidur 3 jam macam tu. Sudahnya lepas sedar pukul 5 pagi tu aku tak sambung tidur balik. Aku termenung sampailah pukul 6.30 pagi, baru aku pergi solat subuh.


Second day selepas cucuk vaksin yakni dua hari lepas (hari Ahad) dah tak menggigil dah. Cumanya rasa badan suam suam panas bila masuk waktu malam. Lenguh tangan pun dah tak ada dah. Dah boleh mengiring belah kanan macam biasa dah. Tak ada demam demam dah. Harap harap dah tak ada kesan sampingan vaksin lah ya. Risau juga kadang kadang kalau berlarutan. Aku ni dahlah penakut dengan tempat yang bernama 'Hospital', 'Klinik' dan seangkatan dengannya kikiki.


Apa yang aku ceritakan ni bukanlah nak menakut-nakutkan orang yang tengah menunggu suntikan vaksin. Sekadar untuk berkongsi pengalaman aku selepas selesai cucuk suntikan kedua vaksin. Kalau aku demam, tak semestinya orang lain akan demam juga. Lain orang, lain kesan sampingannya. Dont worry, jangan takut untuk ambil vaksin. Vaksin tu dikira ikhtiar kita untuk selamatkan diri dan orang lain daripada Covid-19. Kita dah usaha dengan ambil vaksin, jaga SOP, itu dan ini. Selebihnya, kita serah pada Allah s.w.t.


Nota jemari 1: Kata anti-vaccine, kita yang ambil vaccine ni lagi takut dengan vaccine daripada Allah s.w.t. Kepada anti-vaccine yang takut nak ambil vaksin sebab fikir haram, tapi mencuri atau menipu buat sijil vaksin palsu macam mana pula ya? Jeng jeng jeng...


Nota jemari 2: Line internet menguji kesabaran sungguh ya :/

43 comments

  1. Betul tu lain orang lain kesan sampingannya . Semoga baik2 sahaja

    ReplyDelete
  2. Betul, memang lain-lain. Even dos pertama dan ke-2 pun kesan tak sama.

    Sekarang geng antivac dah kalut tak boleh bebas. 🙄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa semua duk kalut dahh tak bebas nak pergi mana mana, sebab tu sanggup buat sijil tipu tuuu :/

      Delete
  3. Pelik kan pemikiran otak anti vac ni. Geram betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak naniey, tak boleh nak brain dengan pemikiran geng antivax ni >.<

      Delete
  4. Moga terus sihat yee..Vaksin salah satu ikhtiar je... Nona niat inject tu demi negara.. terpaksa pun amek jee.. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rasanya dah sihat dah ni hehehe. Hahaha demi kita semua kannn, dikira usahalah jugak untuk hapuskan covid19 ni kan nona kan :D

      Delete
    2. Yaaa.. follow the flow jee.. Memudahkan kita jugak..

      Delete
  5. Mudah-mudahan Tiqah baik² aje hendaknya. Akak pun sejenis takut hospital Dan klinik. Kalau boleh nak elakkan. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng lagi! Hahaha, betul tu kak fiza, kalau boleh elakkan, memang nak elakkan sangat. Seram bethol kalau jejak kaki dekat hospital >.<

      Delete
  6. Alhamdulillah kesan sekejap sahaja.
    Itulah patutnya jangan tipu ada sijil vaksin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu orang cakap hati hati kalau share sijil vaksin tu sebab no batch tu penting, orang antivax ambik nak buat sijil tipu nanti

      Delete
  7. Alhamdulillah
    Wak takde pulak apa2 kesan sampingan selepas cucuk ke-2 dulu

    ReplyDelete
  8. lain org lain kesannya kan.. ammi alhamdulillah takde rasa pun bab demam, lapar, gigil semua tu..cuma mengantuk mcm 3 hari tak tidur. duduk tertidur, sambil masak pun ngantuk bukan main lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, lain orang lain kesan sampingannya. Pehh mengantuk dia memang tak boleh bawa berbincang eh, sambil masak pun boleh ngantukkk. Bahaya gak tuu kalau time drive kann, takut tertidur. Kalau saya, tak de pulak lapar ke ngantuk ke, cuma rasa macam nak demam gitu aje hehehe

      Delete
  9. rabia makan panadol malam tu
    jantung rabia berdegup kencang
    sebabnya biasanya lepas balik vaksin tu rabia makan ubat awal
    tp rabia degil tak dengar cakap umi makan lewat malam panadol
    jantung berdegup kencang lama2 oklah
    fikir juga aku nak mati dah ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak suka makan panadol, selagi boleh tahan, saya tahan hehehe.
      Uishhh, sampai ke mati ya rabia fikir, tapi ada betul jugak, bila dah kena macam tu, baru ingat pasal kematian kan >.<

      Delete
  10. anti vac ni elok di tempeleng pun ok gak haha

    ReplyDelete
  11. Betul..lain orang lain kesan sampingannya...akak ni plak..lagi pelik...setiap hari pagi sampai tengahari akan batuk...tekak tak sakit..tapi akan batuk...padahal x makan apa pun....vit semua makan...dah 2 minggu macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 minggu tu lama jugak tuu kak SA, tak try pergi klinik ke kak SA, check apa apa yang patut.

      Delete
  12. Alamak, tiba tiba rasa bersalah pulak bila nama disebut. Rasa blog macam punca pulak. Adoiii..fikir jauh nau. Lama jugak kesan second dose tu. Sekarang dah okay tak? Harap harap okay dah. Ke sebab cuaca sejuk dua tiga hari ni hujan je.

    Aneh aneh perangai golongan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhhh bukan salah kak fiza pun, dont worry kak fiza >.<
      Saya tak ada niat apa apa masa mention nama kak fiza tu, sekadar nak cakap tengah blogwalking blog kak fiza je masa tuuuuuu hihihi. Alhamdulillah sekarang dah okey dahhh. Boleh jadi jugak sebab cuaca tu sebab kat rumah saya ni memang hujan selalu.

      Delete
  13. Semoga semuanya baik2 sahaja, Atiqah. Eh, yg nota jemari 1 tu, kita setuju sangat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, maceh Sk! Hahaha kannnnn! Cucuk vaksin kemain cakap takut vaksin, yang dia menipu sijil tu tak takut Allah ke :D

      Delete
  14. Penerimaan badan setiap kita tak samakan. Bertindak balas dengan cara masing-masing. Ada yang sekejap aje kesannya.. ada yang berhari-hari.

    Tolak satu yang haram..eh buat pulak haram yang lain rasanya satu tindakan yang tidak bijak..lebih sedih orang bijak yang buat.

    ReplyDelete
  15. Mungkin vaksin tu tengah build immube sistem awak so tu yang demam sikit tu. Nervous plak akak nak second dose Jumaat ni. Harap Atiqah sihat dan dijauhkan dari virus covid ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah saya pun fikir macam tuuu, orang cakap baguslah kalau ada kesan sampingan bila cucuk vaksin. Tapi kalau tak ada kesan sampingan, jangan fikir tak bagus pulakkk sebab lain orang lain kesannya kannn kak sal. Moga moga yang baik baik saja untuk kak sal, saya pun nervous gak haritu masa second dose >.<

      Delete
  16. kebanyakan yg terkena simptom ni lps 2nd dos. alhamdulillah... x teruj smpi menjejaskan kesihatan...

    pedulikan antivaxx tu. kalau diorg kena covid pandai2 laa berubat sendiri. pandai2 laa kebumi sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ada jugak baca pengalaman orang lain, first dose ok je. Masuk second dose baru la rasa kesan sampingan yang agak teruk sikit. Tapi sekejap je, bukan makan berhari hari. Kannn, suruh geng mereka jugaklah kebumikan bila dah meninggal nanti huhuhu.

      Delete
  17. yg kedua ramai kena simptom demam2
    cam cik nor jga

    ReplyDelete
  18. Semoga sihat-sihat sahaja.. Saya dulu masa dah 2 dos takde apa-apa kesan sampingan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, lain orang lain kesan sampingannya kan encik fairus.

      Delete
  19. Tiqah dah OK ke tu?
    Badan still rasa demam gigil lagi ke?
    semoga cept sihat k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah ok sangat dah harini kak ret hehehe

      Delete
  20. Replies
    1. Alhamdulillah dah sihat dah harini , terima kasih kak nohas ;)

      Delete
  21. Moga sihat-sihat saja.
    Kak Amie dos pertama, demam sikit.
    Dos kedua tak demam tapi asyik lapar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah harini dah ok dahhh kak amie hehehe. Saya dos pertama, lenguh tangan aje. Dos kedua je rasa macam nak demam sikit. Hahahaha lapar setiap masa ke tu kak amie hehehehe

      Delete
  22. panjang perjalanan dia mggil tu..ALhamdulillah dah xde pape..betul la tu..lain bdan lain kesan..harap time kak shida xla teruk mcm dos 1..

    ReplyDelete
  23. yang kedua ni dia lain sikit...dari pengalaman kena sinovac...lenguh juga dalam dua hari...tak sakit tapi lenguh...jalan pun tgn kiri terseret ke tanah

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)