Tuesday, 10 August 2021

Lunch Bersama Pizza Hut Island Tuna, Chicken Popcorns dan Mushroom Soup


Cerita beberapa hari yang lepas teringin nak makan pizza. Walaupun lunch biasanya makan nasi, tapi kita dah bosan makan nasi dan perut menginginkan pizza, jadi kita pun belilah pizza. Beli yang kecil je sebab faham kuota perut kita tak besar mana, nanti beli banyak banyak tak mampu nak habiskan pula dah jatuh membazir hehehe. Selalu share dengan kakak ketiga, tapi memandangkan aku tak ada di rumah sewa tersebut, aku makan seorang diri je. 

Scroll punya scroll dalam foodpanda, akhirnya beli pizza dari Pizza Hut. Honest opinion aku, pizza Dominos lagi sedap daripada Pizza Hut. Pizza Hut bila dah sejuk, dia punya keras tu tak boleh bawa bincang HAHAHA. Dominos tak, walaupun dah sejuk tetap sedap untuk dimakan. Tak keras. Tapi masa aku nak beli tempoh hari, tak ada pilihan lain selain Pizza Hut. Jadi, beli je. 

Fikir punya fikir, beli yang Signature Combo sebab ada up to 45% dicount! Tapi tak macam ada discount pun harganya hahaha. Macam sama je. Tapi tak apalah, sekali sekala hehehe. Sampai sudahlah pakai konsep 'tak apa, sekali sekala.' Hehehehe. 


Total RM 18.40 lepas tolak RM 8.00 sebab voucher. Gigih ya add mushroom soup tu padahal aku tak makan pun. Add mushroom soup sebab nak redeem voucher RM 8.00. Minimum spend RM 25.00. Tak pernah makan sebab tak minat. Selalu mushroom soup tu aku bagi dekat kakak ketiga aku selaku 'tong sampah' HAHAHAHA. Dia jenis makan banyak, jadi apa benda yang aku tak makan, aku akan bagi dekat dia.

Dulu dulu kalau makan dekat kedai makan, selalu kena ugut dengan abang kedua, abang ketiga dan kakak kedua. Kalau makan tak habis, mereka nak tinggalkan aku dekat kedai makan tu. Jadi, siapakah penyelamat aku? Semestinya kakak ketiga aku.


Pizza Island Tuna. Salah satu topping kegemaran aku. Tapi sedih, tunanya sedikit je atas tu. Aku macam kecewa jugalah sebab sikit je tunanya. Tapi nak buat macam mana kan? Hanya boleh bagi review dekat foodpanda. Harap harap lepas ni pihak mereka boleh perbaiki masalah ni. 


Chicken popcorns. Tak kira pula ada berapa ketul tapi bolehlah rasanya. Tak pedas pun. Makan time panas memang sedap, tapi bila sejuk tahu tahu sajalah rasanya macam mana hahaha. 


Mushroom soup. Dekat sejam masa diambil untuk aku habiskan mushroom soup ni sebab aku tak suka. Tapi terpaksa makan juga. Tak tahulah kenapa aku tak suka, padahal bukannya rasa apa pun, rasa mushroom je. Dan rasa mushroom tu tak kuat mana pun, tapi still susah untuk aku terima hehehe.

Overall? Bolehlah walaupun tak puas hati topping tuna sikit. Oh ya, dalam satu set ni ada air pepsi sekali tapi tak letak dalam entri ni sebab aku tak minum hehehe.

Nota jemari: Dalam proses blogwalking hehehe

22 comments

  1. Salam, samala lebih suka dominos, untung ada kakak menolong masa memerlukan, lama tak makan mushroom soup, sedap juga perkena mushroom sekali sekala..

    ReplyDelete
  2. Eh akak pun makan piza juga daripada Pizza Hut saiz kecil juga. Haha akak paling suka sup cendawan. Makan itu dahulu sebelum makan piza.
    Memang keras roti apabila sejuk.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap kan. hehe. terasa lapar pulak melihat gambar pizza ini hehe

    ReplyDelete
  4. akk mmg lg suka dominos dr pizza hut..
    semlm bru mkn yg dominos.. rm19 utk 2boxes... tebus yg vaksin pnya.. haha

    mushroom soup tu kalo xnk bg je kat akk tau..
    febret akk tu! hahakk..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya 🥺 lama takmakan pizza hahaha

    ReplyDelete
  6. Terasa i tau bila u sebut tong sampah, hahahahaha

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Lama dah tak makan pizza. Pizza Hut memang sedap kalau makan masa piza masih panas.

    ReplyDelete
  8. Saya pun tak makan sup cendawan.. Tapi anak-anak saya suka..

    ReplyDelete
  9. Haha ni hantu mushroom soup dah dtg..bwk mai la 2 cup pun slurp slurp habis

    ReplyDelete
  10. Nak beli tapi kurang suka doh pizza hut tebal sangat..Tp selalu tengok iklan yang murah kt TV teringin nak try.. hehe..

    ReplyDelete
  11. dulu suka makan pizza hut sebab mushroom soup dia free refill. Tapi sejak dia stop buat macam tu terus setia dengan dominos je. Ha'ah kalau order dominos, lunch dinner and breakfast esoknya boleh makan lagi hahahaha

    ReplyDelete
  12. mushroom soup ni mkn dgn garlic bread.. sedap.. cer cuba lg sekali nnt.. hehehehe

    ReplyDelete
  13. Kalau kak PC mushroom soup pulak yang dicari-cari..begitulah selerakan setiap orang berbeza-beza.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. Rezeki Allah.

    ReplyDelete
  15. Pizza hut sedap kalau makan cepat, kalau dah sejuk memang bak kata awak, keras dan liat. Uish, mushroom soup tu favourite akak. Gi makan pizza hut, tu yang habis dulu

    ReplyDelete
  16. Dah bertahun x makan pizza hut sejak ada dominos ni ehhehe...
    tp mushrom pizza hut tetap sedap ehhee

    ReplyDelete
  17. Ehh. Mushroom soup lah best. Saya kalau famili beli set Pizza, berebut nak mushroom soup. Makan cicah roti pun layanzz.

    ReplyDelete
  18. Inti atas pizza tu memang bergantung pada store dan orang yang buat.. Kalau dapat yang jenis meriah, puas hati beli.. Kalau dapat yang macam Atiqah ini, memang sedihlah..

    ReplyDelete
  19. komen je trs kt pihak PH. diorg kena pantau tu sbb kite yg beli kan... kalau murah tu lain ceritanya... btw lamanyaaa x mkn pizza🍕

    ReplyDelete
  20. Setuju, dominos sedap lagi. Memang kecewa kalau dapat topping ala kadar je. Tak suka makan mushroom meh hulur sini :p

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)