Friday, 20 August 2021

Tak Boleh Masuk Kecuali dah Cucuk Dua Dos Vaksin

Selamat pagi semuanya. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat seperti sediakala. Pagi ni, topik santai santai sebab tak ada idea nak menulis kikiki. Mood pun macam chipsmore, kejap ada kejap tak ada. Tak tahulah kenapa jadi macam tu. Tapi dah nama pun manusia kan? Mesti ada okey sekejap dan tak okey sekejap. Jangan tak okey lama lama pula, boleh ganggu mental health nanti.


Sajalah nak bercerita, semalam pergi mall untuk beli barang abang keempat. Ingat nak belilah baju, tracksuit, jeans dan lain-lain lagi sebab dah lama tak beli barang baru untuk dia dan memandangkan dia baru nak mula bekerja, kiranya nak bagi semangatlah dekat dia. Tapi pergi dengan harapan, pulang dengan kekecewaan hahaha.


Kecewa sebab tak boleh masuk kecuali dah cucuk dua dos suntikan vaksin. Masuk dalam main mall tu memang boleh. Tapi nak masuk store yang ada dalam main mall tu tak boleh. Bukan semua store lah yang tak boleh. Store yang kami nak masuk itulah tak bolehnya. Tempat korang dah start tetapkan peraturan macam ni ke? Atau korang tak tahu lagi sebab tak jejakkan kaki ke mall lagi? Frust jugalah sebab tak boleh masuk, tapi nak buat macam mana kan? Dah itu peraturannya, memang kena patuhlah. 


Hari Sabtu yakni esok baru aku akan dapat suntikan kedua vaksin. Itupun kena tunggu lagi tujuh atau empat belas hari barulah betul betul valid suntikan vaksin aku tu. Jadi, kecewa punya pasal, kami turun escalator pergi beli roti dan creme brulee cheese tart di kedai Harold's Bread. Salah satu kuih (kuih ke?) kesukaan aku! Memang wajib beli kalau singgah Harold's Bread.

 



Credit pic: Ayu Arjuna

Itulah rupanya. Aku ambil gambar di blog Ayu Arjuna. Malas nak ambil gambar sendiri sebab dah simpan dalam peti sejuk. Manis. Memang manis. Wajib beli kalau singgah tu bukanlah bermaksud setiap hari aku singgah ya. Jarang jarang. Hari hari makan, mahu mencanak bacaan gula dalam darah aku. Serammm! 


Siapa pernah makan creme brulee cheese tart ni? Sedap ke sedap? Kulit tart dia memang rangup! Inti keju dia pun padat rasanya, memang sedap.



Credit pic: Ayu Arjuna

Ini merupakan cara penyediaan dia yang terakhir aku rasa. Maaf ya, ini gambar lama tiga tahun yang lepas aku ambil dari blog Ayu Arjuna. Nak cakapnya, memang sedap sungguh creme brulee cheese tart ni. Eh eh padahal nak memanjangkan entri kikiki.

Sesiapa nak cuba, bolehlah cuba. Tapi jangan makan selalu. Manis. Sekali sekala dimaafkan aaaa begituuu hehehe. Selamat berhujung minggu! Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah s.w.t. dan juga tidak dilupakan kepada mangsa banjir di Yan, Kedah, semoga baik baik sahaja. 

44 comments

  1. Atiqah pergi Mydin eh? Selalu Harold's ini dalam Mydin.
    Akak pun belum jejak lagi. Apapun terima kasih beritahu awal-awal. Nanti kecewa pergi tidak dapat masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh lupa jawab belum cuba cream brulee cheese tart tapi memang boleh bayang manis terlebih sebab gula pasir di atas itu yang dibakar dengan penunu api.

      Delete
    2. Saya pergi KTCC Mall, mydin dekat area rumah saya tutup sebab ada kes covid :') Baik setel dua dos vaksin dulu before keluar sebab mostly kedai sekarang memang nak yang dua dos sahaja. Tapi keluar bila perlu jelah >.<

      Delete
  2. Tak tahu lagi Atiqah boleh masuk store ke tidak. Tak keluar mana pun. beli barang dapur pun suami pergi sorang je. Ada juga certain bank yang lengkap dua dos baru boleh masuk. Tak pernah lagi makan creme brulee cheese tart Harold. Cheese tart jarang tak sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah yang bank tu ada jugak saya dengar kawan bercerita, dia pun tak boleh masuk sebab baru first dos. Kannn! Cheese tart memang tak pernah mengecewakanlah :D

      Delete
  3. Semalam suami akak masuk kedai DIY, dia kata siapa tak tunjuk MySejahtera untuk sahkan dapat Dua dose vaksin, memang tak dibenarkan masuk. Banyak tempat dah buat rule macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah masa saya masuk main mall semalam pun suruh tunjuk mysejahtera jugak tapi satu dos dilepaskan lagi. Tapi bila nak masuk store kecik kecik dalam main mall tu, bila tunjuk mysejahtera baru satu dos dah tak dibenarkan hehehe. Tapi baguslah dia buat arahan macam tu kan kak fiza.

      Delete
    2. nak tanya, kalau individu tu tak pernah terima apa ii vaksin lagi, boleh masuk ke main mall?

      Delete
  4. ni salah satu kelebihan dah cucuk dua vaksin...sama la kat area rumah ni...nak g barber kena dua dos vaksin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, salah satu kelebihan bila dah setel dua dos vaksin. Memang bagus dia buat macam ni.

      Delete
  5. Semalam singgah kejap dekat Billion seri iskandar teman husband tukar bateri jam. Budak yang jaga tu takde plak cakap tak bagi masuk kalau tak lengkap dua dos. Cuma akak pandai2 sendirilah tak masuk sekali dengan husband, sebab sedar diri tak cukup dua dos!!Kih3😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak syu duk seri iskandar jugak ke? Ya allah rindunyaaaa billion tu! Tempat shopping kami sebagai student uitm seri iskandar hahahaha. Memang selalu beli barang dekat situ lerr. Rindunyaaa seri iskandar, 5 tahun menuntut ilmu dekat situ >.<

      Delete
  6. Akak dah cucuk second dose
    Still tak nak dine in lg
    Takut virus delta tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak dine in jugak lagi, memang lagi suka makan dekat rumah hehehe

      Delete
  7. Betul tu tiqah.. Mmg ada stgh2 mall dr mula nk msk mall tu sndri dh ditetapkan kena lengkap 2 dos..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula mula saya ingatkan satu dos pun dah boleh dah, rupanya dua dos baru boleh. Tapi baguslah kan kak ret, bukan saja saja kementerian keluarkan arahan gituuu.

      Delete
  8. Tak mengapalah..utk keselamatan pengunjung jgk bila tak dibenarkan masuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kita pun sepatutnya patuhlah dengan arahan yang diberikan. Takpe lain kali boleh pergi lagi mall tu hehehehe

      Delete
  9. Dah lama tak keluar rumah tak sure lah macam mana.. creme brulee Harold bread tak penah try lagi tapi nampak macm sedap jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time pergi mall tu lepas government umumkan lockdown bulan may haritu. Sekali tak boleh masuk hahaha. Try lah, confirm sedapp! Manis la sikit hehehe

      Delete
  10. Ayah akak pergi Tesco aarea rumah harii tu, memang dia bagi yang dah complete dos je masuk. Akak tak complete lagi so buat masa ni tak dapatlah masuk mall. Huhu. Selangor of course lah lagi strict

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah baca jugak pengalaman orang lain, memang dah banyak tetapkan peraturan gitu. Yang dah fully vaccinated je baru boleh masuk mall or solat jumaat. Selangor memang double triple strict lah kak sal, jumlah kes dia bukan biasye biasye hahaha >.<

      Delete
  11. Macam best jer food tu hahaaa..setakat tempat kak shida mall terima je semua, kecuali yg dine in lah..kena dua dos selepas 14 day..tu saja :) lega~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapppp! Tapi manis la sikit. Makan sekali sekala boleh lah hehehe. Ohhhhh terima je semuanya, nanti kot baru dikuatkuasakan semuanya. Kot lah hehehe

      Delete
  12. Pernah cuba makanan di Harold's Bread. Memang sedap tapi creme brulee cheese tart tu tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah jannah, tapi manis la. Makan sekali sekala takpe hehehe

      Delete
  13. akk xpegi mall lg.. sbbnya suami xcompleted vaksin lg.. lg 1 kalo nk masuk mall kena tglkan ank kat umh pengasuh.. sian plak kat ank.. ahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, fikir anak kan, kesian dekat dia tak boleh ikut sekali. Lagi satu, takut jugak sebab budak kecik tak boleh vaksin lagi kan.

      Delete
  14. Sembahyang jumaat kat masjid tadi pun syaratnya dah dapat 2 dos vaksin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhhh solat pun kena dua dos jugak eh, ingatkan satu dos pun dah lepas dahh.

      Delete
  15. Rasanya banyak tempat wajib cucuk 1st dose dan certain tempat kena complete dah 2nd dose baru boleh masuk.
    Antivax menggelupur la tak dapat bergerak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, baca orang cerita macam dah banyak tempat buat peraturan gituu. Hahahaha memang menggelupur lah antivax sebab tak bolehhh masuk mana mana. Tapi sekarang ada yang tipu sijil vaksin tuuuu, tak faham betul saya >.<

      Delete
  16. kelmarin kot sy bc yg ikea benarkan pengunjung yg dah lengkap 2 dos. sepatutnya mcm tu utk semua peniaga selain kena patuh SOP.

    sedapnyaaaaa cheese tart��������nk sebijikk����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ada jugak baca pasal ikea tuuu, viral dekat twitter. Tapi baguslah dia buat gituuu, demi kesihatan kita semua jugak kan. Hahaha dah habis :P

      Delete
  17. Kat kawasan akak pun sekarang ni banyak yang apply rule 2 dos baru lepas masuk. Akak baru 1 dos. Duduk diam-diam kat rumah dulu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha duk dendiam dulu kak farrah :P
      Saya setel dah dua dos pun still kena tunggu 14 hari kot baru fully vaccinated >.<

      Delete
  18. Hari kelima belas lepas vaksin nanti nak try dine in.. tapi di tempat yang tak ramai orang la.. huhu... Moga selamat selalu kita semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak berani lagi nak dine in walaupun nanti dah fully vaccinated. Syeremmmm >.<

      Delete
  19. Tak pasti pernah makan ke tak jenis creme brulee ni. Selalu makan tart terus telan je. 😂

    Ada baiknya dibuat peraturan macam tu. Memang kena bertegas untuk elakkan penyebaran virus.

    ReplyDelete
  20. belum jejak shopping mall lg...

    sedap nampaknya creme brulee tu..tak pernah jumpa Harold's Bread kt KL..check website, rupanya takde outlet di KL, di Selangor je ada..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhhhh ingatkan Harold's Bread ni ada di setiap tempat, rupanya takde kat KL ye huhuhu.

      Delete
  21. Saya dh vaksin second dose..tapi tak ckup 14 hari lagi..agak2 boleh masuk KTCC tak? Risau pulak klau pegi tak boleh masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk dalam KTCC tu boleh je, cumanya ada sesetengah kedai dalam KTCC contoh macam Pacific Mall yang jual bahagian baju baju tu, guard yang jaga cakap hanya fully vaccinated je baru boleh masuk. Kalau Pacific Mall yang jual groceries tu boleh je masuk. Haritu saya masuk Harolds, F.O.S boleh je. Scan mysejahtera dengan check suhu je.

      Delete
  22. hi, nak tanya. saya belum terima apa ii suntikan vaksin lagi,jadi boleh ke saya masuk main mall?

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)