Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

Friday, 13 August 2021

Boleh Ke Bertemu Kucing Kesayangan di Syurga nanti?

Bila sebut kucing, mesti ramai yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan kan? Tidak kurang juga yang tidak membela atas sebab-sebab yang tertentu seperti takut kucing, masalah kesihatan dan sebagainya. Aku sendiri tergolong dalam golongan orang yang suka bela kucing di rumah. Dululah. Sekarang tak bela dah sebab duduk rumah bertingkat. Kesian dengan kucing nanti sebab terperap je dalam rumah. Tak bebas. 

Kucing kucing aku bela semua kucing kampung. Tak pernah lagilah beli kucing sebab tak mampu. Kadang kadang geram juga tengok kucing orang lain, semua bulu kembang setaman. Manja. Kaki pendek. Hidung penyek. Tapi bila fikir semula, kalau semua orang pakat beli kucing, kucing kampung nanti siapa nak bela? Kucing kampung pun ada je yang comel comel. Nak kucing gangster, belalah kucing warna oren. Memang gangster kampung pisang!

Kalau ada sesiapa yang masih ingat, aku pernah cerita tentang dua ekor kucing kepunyaan kakak kedua aku yang bernama Sayang dan Hitam. Sadly, Sayang dah mati (kami semua fikir dia dah mati) sebab dah lama tak balik rumah walaupun kakak kedua aku dah habis pantang. Dah balik rumah di Marang semula dah. Sayang tetap tak balik balik. 

Kami (baca: aku, kakak ketiga dan kakak kedua) fikir Sayang mati sebab sebelum kakak kedua aku start cuti bersalin, Sayang macam ada luka atas hidung dan atas kepala. Memang teruk. Dia punya luka tu dah jadi berair, berdarah. Mula mula luka kecil je, tapi lama lama macam makin merebak sampai ke pipi sikit. Kiranya dah tak nampak macam hidung dah, nampak luka yang makin besar dan setompok atas hidung Sayang. 

Puas kesat sebab ingatkan luka biasa je tapi masih tetap sama. Tak sempat bawa pergi klinik haiwan sebab aku dan kakak ketiga dah berpindah ke rumah sewa di Kuala Terengganu. Kakak ketiga kena pergi kursus selama beberapa hari sebelum masuk bekerja. Kakak kedua aku pula dah start cuti bersalin dan duduk di rumah mentua dia buat sementara waktu. 

Kami rasa Sayang mati sebab penyakit sporo. Google google tentang penyakit sporo, rasa macam betul dah Sayang kena sporo. Penyakit sporo bahaya ya teman teman, memang boleh bawa mati dan boleh merebak kepada manusia dan juga kucing kucing yang lain kalau tak dirawat. Nak rawat kucing kena sporo ni memang memerlukan kesabaran, kena selalu bagi semangat dekat kucing. Biar dia terus kuat untuk lawan penyakitnya.

Pendek cerita, Hitam masih setia balik ke rumah kakak kedua aku tu. Balik, makan dan terus keluar semula. Dasar kucing jantan! Dah rasa diri tu besar, memang tak melekat dekat rumahlah kan. Tapi tak apalah as long as dia masih balik makan, masih sihat, itupun dah bersyukur. Sekarang dah pandai memancut. Berapi kepala kakak kedua aku bila Hitam memancut dekat sofa mahal dia 😆


Jadi ada satu persoalan yang bermain main dalam fikiran aku iaitu bila dah kiamat nanti boleh ke kalau kita nak jumpa semula kucing kucing yang pernah kita bela. Selalu orang cakap, in shaa Allah nanti di akhirat sana di syurga sana boleh jumpa semula kucing kucing kita. Tapi betul ke?

Bila tak tahu betul atau salah, kita pun google. Terus jumpa satu artikel yang ditulis oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Jadi jom kita baca adakah kita boleh berjumpa semula kucing kesayangan di syurga nanti ataupun tidak.

Sebuah riwayat dari Abu Hurairah R.A. bahawa beliau berkata yang bermaksud,

'Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan makhluk kesemuanya (pada hari akhirat kelak) iaitu setiap haiwan, burung-burung dan juga manusia. Lalu Allah berkata kepada haiwan-haiwan dan burung-burung, jadilah kamu tanah.'

Tafsir Al Thabari (24/181)

Keadaan haiwan ≠ dengan keadaan manusia di akhirat kelak. Haiwan tak akan dihisab seperti manusia dari segi kebaikan dan keburukannya. Dan haiwan-haiwan juga tak akan dimasukkan ke dalam syurga seperti manusia yang bertakwa. Maka, jadilah debu semuanya.

Ya, itulah jawapannya. Kita tidak akan dapat berjumpa dengan kucing kesayangan di syurga nanti. Tapi para penghuni syurga boleh minta apa sahaja yang mereka mahukan, mungkin mereka boleh minta untuk bertemu dengan kucing mereka? 

Setiap manusia itu lebih utama untuk berusaha memastikan dirinya dapat masuk ke syurga Allah semasa di akhirat kelak. Jadi, jaga kebajikan haiwan-haiwan juga merupakan salah satu perbuatan amalan soleh yang boleh membawa seseorang menuju ke syurga.

Bila seseorang itu sudah berada di syurga, pasti semua kemahuan dan kehendaknya akan ditunaikan dan dituruti sebagai ganjaran dari Allah s.w.t kepada hambaNya yang taat padaNya. 

Sunday, 4 July 2021

Kempen Kibar Bendera Merah untuk Bantuan Makanan Haiwan


Di samping kempen kibar bendera putih, jangan lupa juga untuk kibarkan bendera merah untuk bantuan makanan haiwan. Menurut Arie Dwi Andika iaitu Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, pemilik haiwan peliharaan hanya perlu mengibarkan bendera merah sebagai isyarat kepada penduduk sekeliling yang mereka memerlukan bantuan untuk haiwan peliharaan mereka.

Kempen Kibar Bendera Merah bertujuan untuk membantu pemilik yang terkesan akibat pandemik Covid-19 untuk mendapatkan bantuan bagi haiwan peliharaan mereka. 

Berlakunya peningkatan kes pembuangan kucing dan anjing peliharaan ke jalanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi kempen ini terpaksa diambil bagi membendung masalah pembuangan haiwan tersebut. 

Pembuangan haiwan berlaku kerana pemilik haiwan tersebut mengalami masalah kewangan untuk terus memelihara haiwan yang sudah lama dipelihara, malah turut pernah menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. 

Akhirnya, kucing atau anjing yang dibuang ke jalanan mengalami kecederaan, trauma, penyakit berjangkit dan seterusnya mati kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.  

Bagi kempen kibar bendera merah, pemilik haiwan hanya perlu mengibarkan bendera merah sebagai isyarat kepada penduduk sekeliling yang mereka memerlukan bantuan. 

Sikap ambil peduli dengan bertanya khabar keperluan bekalan makanan kucing dan anjing jiran secara tidak langsung dapat membantu pemilik haiwan tersebut yang menghadapi tekanan ekonomi semasa pandemik Covid-19 melanda negara.


Mulianya hati bagi sesiapa yang mula-mula mengusulkan kempen kibar bendera merah untuk bantuan makanan haiwan ini. Tidak hanya memikirkan perut diri sendiri, tapi masih ada empati dalam diri untuk memikirkan perut haiwan yang perlu diisi juga.

Ya, dalam dunia ini bukan manusia saja yang ada. Semua makhluk Allah ada. Tapi yang paling dekat dengan kita, sudah pasti haiwan seperti anjing dan kucing. Bukan hanya perut kita yang perlu diisi dan dipenuhi, perut mereka tetap perlu diisi dengan makanan. 

Kepada pemilik haiwan, kalau anda ada masalah kewangan untuk membeli makanan haiwan peliharaan anda, ataupun haiwan peliharaan anda sakit dan perlu dibawa ke klinik, jangan segan silu untuk kibarkan bendera merah bagi memastikan orang sekeliling anda tahu yang anda memerlukan bantuan untuk haiwan peliharaan anda.

Jangan buang mereka ke pasar, atau ke mana-mana sahaja. Belalah mereka sampai ke hujung nyawanya. Even ada stray cats yang datang bertandang ke rumah kalian, bagi saja dry food untuk mereka. Nanti esok esok, satu kampung dia bawa geng dia ke rumah kalian HAHAHA. 

Tapi jangan beli kibbles yang berwarna warni ya sebabnya tak elok untuk mereka. Boleh dapat penyakit nanti.

Banyak saja makanan kucing yang tak berwarna yang murah. Aku biasa beli brand Greens. Dijamin tak berwarna. Dan murah. Sayang, Hitam dan Nana memang suka kalau bagi makan kibbles brand Greens ini. Rindu pula tiga ekor ini :')

Tapi tapi, jangan ada yang ambil kesempatan pula ya. Moga moga kempen ini serba sedikit dapat membantu pemilik haiwan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang berterusan kepada sesiapa yang berbuat baik kepada haiwan. Aamiin.

Sunday, 23 May 2021

Sayang Oh Sayang

Ke manalah sayang pergi ya? Satu persoalan menjengah dalam fikiran. Silap, bukan satu persoalan, tapi berpuluh puluh persoalan bermain di minda.

Sayang pergi mana?
Sayang tak nak balik rumah ke?
Sayang tak lapar ke?
Sayang sakit ke?
Sayang ingat tak ada orang di rumah dah ke?
Sayang mati dah ke?
Dan sebagainya...

Sayang, kucing jantan yang pernah aku cerita sebelum ini.

Kali terakhir abang ipar aku jumpa dia 04 Mei 2021, dan sampai sekarang tak balik balik ke rumah. Abang ipar akan singgah ke rumah untuk bagi makanan kepada Hitam, Sayang dan kucing tumpangan yang diberi nama Nana sekali sehari.

Memandangkan kakak kedua aku berpantang di rumah mentua dia, jadi tugas harian abang ipar sebelum balik ke rumah mak dia, kena sediakan makanan kepada Hitam, Sayang dan Nana. 

Tapi cuma Hitam dan Nana sahaja yang setia menunggu di depan pintu rumah. Sayang sampai ke sudah tak balik-balik. Tak tahu menghilang kemana. 

Sedih? Tipulah tak sedih. Tengah menaip inipun rasa nak menitik air mata teringatkan Sayang. Siapa yang catlovers mungkin akan faham perasaan ini. Kucing yang kita bela dari kecil, kita bagi makan, kita mandikan, kita bersihkan tahi mata, kita bersihkan telinga, tiba tiba menghilang tak tahu kemana. 

Tak tahu sihat ke tidak, makan ke belum, atau jangan jangan sudah mati. Tapi kalau dah mati, mana jasad awak sayang? Kalau ada jasad, sekurang kurangnya boleh tanam, ada kubur sebagai tanda ingatan.

Kali terakhir abang ipar bagi makan ke Sayang, abang ipar sempat ambil gambar sebagai bukti kucing kucing semuanya diberi makanan, Sayang memang nampak sihat saja. Tapi memang tak sangka yang Sayang tak akan balik terus keesokan harinya itu :(

Hmmmm, Hitam pun sekarang dah makin tak terurus. Kurap di telinga, luka di paha dan makin kurus. Hitam dah lah penakut, memang selalu jadi mangsa kucing jantan lain lah kalau bergomol.

Kalaulah aku boleh bela kucing, memang aku bela dah Hitam, Sayang dan Nana. Tapi duduk apartment macam ini memang tak boleh bela kucing. Takut pihak pengurusan marah kalau kantoi bela kucing dalam rumah. 

Sayang antara kucing paling manja yang pernah aku bela. Walaupun kucing kampung je, tapi manja dia memang tak boleh bawa berbincang. Suka duduk atas riba, atas sejadah masa orang tengah solat 😂

Masa sayang budak budak dulu, lagilah double triple manja. Memang berkepit tidur bawah ketiak. Tak payah panggil, Sayang akan datang sendiri, naik atas katil then tidur bawah ketiak. Cumanya bila dah besar ni Sayang susah sikit nak ajak tidur sekali, mungkin sebab ada hitam. Jadinya, Sayang akan tidur atas lantai ataupun hujung kaki.


Kali pertama jumpa Sayang, dah manja manja, kacau masa kita tengah solat 😂 Masa ni tak baligh lagi rasanya HAHAHAHA suara pun comel lagi, badan pun bersih lagi, tapak kaki dengan tangan merah lagi.

Mama Sayang tengah pantang pun teringat ingat dekat Sayang, kucing pertama dia bela. Memang terasa kehilangannya. 

Wednesday, 24 March 2021

Ditemani Oleh

Ditemani oleh | Haaa, ditemani oleh siapa? Mestilah makhluk Allah yang berbulu hitam. Peneman setia. Makhluk Allah yang diberi nama Hitam. Inilah si adik yang penakut dengan abang hehehe. 


Abang tengah tidur juga tapi bawah kereta. Abang susah dah sekarang ini kalau ajak tidur atas katil sekali. Mungkin sebab ada hitam rasanya, jadi abang mengalah dan tidur luar. Jadi pengawal keselamatan rumah hahaha.




Tidur dekat atas selimut. Favorite hitam lah tu. Selimut tu selimut dia. Letak lah kat mana mana, nanti dia akan pergi tidur balik atas selimut tu. Minat sangat dengan selimut tu hahaha. Tidur dari pagi tadi lagi, lepas siap makan dalam pukul 7.10 pagi, terus masuk bilik aku. Jilat jilat badan then terus tidur sampai sekarang. Bangun tak bangun pukul 2 petang nanti. 


Bangun minta makanan. Frieskies lah jawabnya. Sebab nanti petang, makan ikan rebus lagi. Jadi sementara tunggu nak makan ikan rebus, makan frieskies dahulu, buat alas perut sebelum makan malam.


Nanti siap makan frieskies baru keluar jalan jalan. Petang dalam pukul 5 lebih balik rumah sebab dia tahu "mama" dia balik kerja. Mama tu kakak aku, owner asal hitam dengan abang dia, Sayang. 


Tapi memandangkan kakak aku tengah sarat mengandung dan bakal bersalin bulan Mei nanti, dia bagi hak penjagaan kucing kucing dia kepada aku 😂 Jadi, aku lah owner kedua (read as: bibik) Hitam dan Sayang. 


Best tengok si bulu bulu dua ekor ini tidur. Sejuk sebab dah dua hari hujan di muka bumi Terengganu ini. Jadi makin best dan syoklah tidurnya. Si abang pun macam macam gaya dah tidur bawah kereta tu. Buas! 


Kalau tidur sekali dengan Sayang atas katil, padan dia seekor saja yang menguasai katil. Kuak lentang sana, kuak lentang sini, terpaling penat gayanya HAHAHA.


Nanti petang bisinglah nak makanan lah nak masuk rumahlah. Si abang tak lepas nak masuk ikut tingkap atau celah pintu grill sebab gemok hahaha. Jadi si abang kena tunggu orang bukakan pintu baru boleh masuk rumah.


Sedih jugalah kalau pindah nanti. Nak bawa pindah sekali, nanti duduk apartment. Kasihan pula dekat dia orang. Tak bebas nak hidup. Kena kurung dalam rumah saja. 


Si abang itu tak apa sebab boleh berdikari lah, yang paling kasihan si adik lah sebab Hitam ni memang penakut. Kalau orang ramai ramai dalam rumah, dia memang lintang pukang lari. Lari selamatkan diri. Kadang kadang tak balik rumah sebab takut orang ramai. 


Kakak kedua aku pun selalu buat ayat sedih, "Kasihan dekat Hitam, bibik nak tinggal dah Hitam. Lepas ini Hitam nak tidur dengan siapa lagi, siapa nak bagi Hitam makan pagi pagi. Kasihan Hitam." 


Saja saja buat ayat sedih. Tapi bagi aku memang sedih hahaha. Nanti mesti rindu dengan Hitam dan Sayang. Sayang pun walaupun garang, tapi dalam hati ada taman. Manja gila. Nak duduk atas riba orang saja. Tapi itulah, masih tak boleh nak bayangkan nanti bila pindah rumah macam mana :(